Tuesday, May 29, 2012

RG2011... Fw: artis sertai UMNO

 

 

Amy Search sertai UMNO!!

aiyangdisayang.blogspot.

haishhhh..... ni yang buat aku hilang selera nih

 


Sebelum ini heboh di internet apabila penyanyi rock terkenal, Amy Search dikatakan semakin
 
cenderung menyokong perjuangan Pakatan Rakyat.

Gambarnya bersama Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat disebarkan dengan meluas.

 
Malah Amy pernah berkata," Tuan Guru Nik Aziz guru aku", tapiiiiiiiiiiii............. itu
 
duluuuuuuuuuuuuu ...... sekarang bedaaaaa...
 
 
bagaimanapun beliau dan Search telah menerima undangan dari UMNO bagi menjayakan konsert
 
sempena perhimpunan menyambut ulangtahun UMNO yang diharamkan baru-baru ini.


Namun hari ini beliau mengejutkan ramai pihak apabila mengambil keputusan untuk menyertai
 
UMNO.


Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abd Rahman menyertai penyanyi lain seperti Ibnor Reza, Jamal
 
Abdillah dan Mus May sebagai ahli UMNO bahagian Bukit Bintang.

Apa saja keputusannya.. hormatilah kerana negara kita mengamalkan demokrasi..
 
 
 
 
 
3 artis sertai UMNO

KUALA LUMPUR: Legenda rock tanah air, Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abd Rahman,
 
menyertai UMNO kerana yakin perpaduan orang Melayu hanya mampu dikekalkan jika parti itu terus
 
mentadbir negara.

"Hanya UMNO saja yang mampu membuat rakyat kembali bersatu. Saya lihat UMNO adalah sebuah
 
parti yang mampu menjamin masa depan negara dan rakyat melalui segala usaha yang dilakukan
 
pemimpinnya," kata Amy, 54, selepas menyerahkan borang keahliannya menyertai UMNO bersama Mus
 
May atau Mustaffa Din dan Ibnor Riza Ibrahim di ibu pejabat UMNO di sini hari ini.

Ditanya tindakan sesetengah artis menyertai PAS atas alasan agama, beliau berkata Umno juga
 
memperjuangkan agama dengan cara lebih baik dan tidak terlalu ekstrem.

"Bagi saya, jika nak perjuangkan agama tidak semestinya menyertai PAS. UMNO juga memperjuangkan
 
agama, dan dalam pentadbiran, Umno juga tidak mengetepikan golongan ulama. Jika nak perjuangkan
 
agama, bagi saya tidak semestinya sokong parti yang ahlinya berjubah saja," katanya.

Sementara itu, Mus, 44, berkata beliau menyertai UMNO selepas menyedari hanya parti itu mampu
 
memberikan yang terbaik untuk negara selama ia memerintah.

"UMNO sudah matang dan sudah lama memerintah negara... Sudah banyak yang dilakukan kerajaan bagi menjaga dan memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia," katanya.

Bagi Ibnor Riza, 51, beliau sudah lama bercadang untuk menyertai UMNO selepas sedar akan
 
kemampuan parti itu dalam memberi masa depan yang cerah, khususnya kepada pembangunan negara.

Borang mereka diterima Setiausaha Kerja UMNO pusat, Datuk Ab Rauf Yusoh, dan ketiga-tiga artis akan
 
menjadi ahli UMNO Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang.

Ab Rauf berkata, Umno sentiasa menyokong langkah penggiat seni tanah air menyertai parti itu, dan
 
mereka boleh bertindak sebagai duta UMNO.

"Penggiat seni tanah air yang menyertai Umno ini saya lihat akan menjadi duta kepada Umno dalam
 
menarik minat masyarakat di luar sana untuk masuk ke dalam keluarga UMNO," katanya.

Kini, terdapat 43 ahli UMNO Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang yang terdiri
 
daripada artis, antaranya Tan Sri Jins Shamsudin dan Jamal Abdillah.- BERNAMA
 
 
 
suka hati la nak masuk parti mana pun...ni negara demokrasi
 
betul la tu UMNO pun pembela agama jugak
 
kalau masuk PAS nnt kena berjubah pulak
 
tak rock la kan...kan
 
tak sesuwei la kan pakai jubah pastu buat bunyi phiiiiwwiiiitttt.... :P
 
dan takkan papa pakai jubah anak pakai .....pakai....ehhh anak dia pakai apa ehhh....lupa dah

 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment