Tuesday, June 26, 2012

Re: RG2011... Fw: Kerajaan Berhutang KWSP (RM144.5 Bilion)?

 

Nampak sangat shrek tunjuk pandai tak bertempat..lain bincang lain dikupas..kesiannya..biarlah umur dier 60 tahun baru boleh keluar duit tuh..tahniah shrek...nasib baik ada duit kwsp..fuhh akhir 60 tahun baru leh ke mekah..badan masih kuat lagi nih..alamak dah tua2 baru nak ada duit sedekah..erm camna nak beranakkan duit nih..3 tahun habis...umur 63 dah habis...nak bisnes dah tua sangat..kalau 55 boleh ler tahan...harap dividen kwsp kalau masuk pun bukan boleh keluar kena tunggu 60 tahun...tapi kerajaan BN boleh guna...waaa....

2012/6/26 shreddervirtuoso <shreddervirtuoso@gmail.com>
 

Nampak sgt kebodohan darah muda. Cuba pergi tanya orang2 pencen yang dah ambik duit EPF dorang. 100% akan cakap.. nasib baik ada duit KWSP.. kalau tak kena paksa simpan mmg takde la duit bila dah tak bekerja!




2012/6/25 Syed Azam <ubisyed@yahoo.com.my>
KWSP gagal melaburkan duit pencarum ke Sektor yg selamat dan pulangan tinggi..
setahun 3-4%..tak bagus performance..
 
Syed Azam Jamalullil

From: hazriza <hazriza@soem.sharp-world.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, 25 June 2012 11:35 AM
Subject: RE: RG2011... Fw: Kerajaan Berhutang KWSP (RM144.5 Bilion)?

 
Sepatutnya duit epf boleh dikeluarkan oleh pencarum utk membeli rumah. Saya rasa ramai pencarum yg belum memiliki rumah sendiri. Sepatutnya akaun pertama diberi kelonggaran utk pencarum membeli rumah. Saya percaya setakat rumah kos rendah. Pencarum mampu memiliki rumah & bayar CASH jika wang epf boleh dikeluarkan separuh. Itu kan wang rakyat, wang pencarum sendiri. Mengapa mesti dihalang tuan punya badan menggunakan duit sendiri. Tolong fikir masalah rakyat wahai pemimpin-2 yg asyik merompak duit rakyat.
 
Saya x halalkan duit yg dah dicuri oleh pemimpin-2 Malaysia. Saya x setuju had umur dinaikkan ke umur 60 tahun.! Itu hasil penat lelah kami bekerja. Kami nak juga merasai hasil titik peluh kami, sekurang-2 duit epf boleh digunakan pergi menunaikan haji….
 
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of xstream
Sent: Friday, 22 June, 2012 2:16 PM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Fw: Kerajaan Berhutang KWSP (RM144.5 Bilion)?
 
 
Saya menentang sekeras2nya kenaikan had umur keluar semua wang pada usia 60 tahun.. ini perangai jahat dan zalim. Jangan halang duit orang ramai..jangan jadi jahat. 55 tahun sudah cukup lama wang kita disimpan dan diguna sewenang2nya.. cukuplah..umur 55 tahun untuk kami gunakan pula dan kami tahulah cara nak memberanakkannya..jangan halang pengeluaran sehingga 60 tahun.. saya cukup meluat dgn sikap dan perangai pemerintah sekarang..hutang pandai bayar tak mahu...
2012/6/20 -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
 

 

Kerajaan Berhutang KWSP (RM144.5 Bilion)? Lepas Ini, Pengeluaran Wang KWSP (Total) Umur 60 Tahun?

aiyangdisayang.blogspot
 
Sekarang ini, pekerja swasta masih boleh membuat pengeluaran wang KWSP di akaun 2 ketika menginjak ke usia 50 tahun. Tetapi untuk pengeluaran wang KWSP melibatkan pengeluaran keseluruhan (secara total) kalangan anda semua mesti tunggu sehingga 60 tahun. Apa sebenarnya tujuan dan matlamat KWSP sebenarnya?
 
Seperti yang diketahui anda di sini, KWSP ini merupakan  sebuah institusi yang menjadi platform kalangan kakitangan kerajaan mahupun swasta ini membuat simpanan di hari tua bukannya simpanan sehingga mati!! 2 situasi dan perkara yang berbeza di situ.
 
Sepatutnya KWSP memberikan kelonggaran kepada mana-mana pekerja yang mahu bersara pada umur 55 tahun dengan membenarkan mereka membuat pengeluaran wang KWSP secara total. Ini adalah masa sesuai untuk mereka merasai nikmat di atas penat lelah mereka selama bertahun-tahun mengerah tenaga dan komitmen yang diberikan mereka. Nak harapankan dividen KWSP setiap tahun, berapa sangat yang mereka dapat? Ini wang dan hak mereka, kembalikan semula kepada empunya badan!!. Kena ingat :
Takut orang-orang tua ini menyalahgunakan wang sendiri di penghujung usia? Sementara di usia muda inilah, berikan mereka informasi dan pendedahan bagaimana menguruskan kewangan mereka dengan betul. Kebanyakan yang menyalahgunakan wang mereka di hari itu bagi kami masih lagi kes terpencil.

Pengeluaran Wang KWSP (Total) : Dinaikkan Had Umur!!

Tetapi jikalau anda semak keretan akhbar di bawah, pasti anda akan tahu apa sebab-musabab kerajaan mahu melanjutkan had persaraan kepada umur 60 tahun. Sekarang ini nilai hutang kita sudah mencecah RM470.6 bilion yang mana jumlah besar terdiri daripada hutang dalam negeri termasuk hutang kerajaan persekutuan terhadap KWSP (wang milik kakitangan kerajaan dan swasta) yang kini sudah mencecah RM144.5 bilion (setakat data pada 31 Disember 2011).

 

Cadangan Meningkatkan Dana KWSP?

Ada jalan penyelesaiannya setakat ini yang diambil oleh pihak kerajaan?
1.     Naikkan had persaraan kakitangan kerajaan
2.     Naikkan had persaraan kakitangan swasta
3.     Naikkan had umur bagi pengeluaran wang KWSP secara total pada umur 60 tahun
4.     Kemudian sekarang ini kerajaan mahu mengkaji sama ada mahu beri pencen bagi pekerja swasta
Bagi kami, sepatutnya dibolehkan pada pengeluaran wang KWSP akaun 2 umur 50 tahun
 
manakala pengeluaran wang KWSP secara keseluruhannya dibuka pada umur 55 tahun. Baki 5 tahun perkhidmatan lagi, sementara menunggu usia berhenti wajib, gaji bayar penuh, majikan juga dapat juga faedahnya dengan tidak perlu membuat potongan. Ini disebabkan pada masa itu, gaji dah mati skim, ini bagi kami lebih relevan.
 
P/S : Jumlah hutang kerajaan Malaysia adalah sebanyak RM470.6 bilion ketika ini manakala hutang kerajaan terhadap KWSP berjumlah RM144.5 bilion. Mampukah kerajaan membayar semula duit rakyat ini? Kami pulangkan semula persoalan ini untuk kerajaan menjawabnya dan menjelaskannya…Apa kata dan respon anda pula? http://beritasemasa.com/pengeluaran-wang-kwsp



--
Xstream-BOP






--
Xstream-BOP

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment