Tuesday, June 26, 2012

Re: RG2011... SUARAM LIAR!

 

Sah shrek dungu!! Altantunya masuk perancis dari Visa Malaysia guna nama aminah ler..


PANAS!!! ALTANTUYA KE PERANCIS GUNA NAMA " AMINA ABDULLAH" DENGAN VISA DIKELUARKAN DI KUALA LUMPUR?

Foto tunjuk Altantuya pernah ke Perancis


Manakala penyiasatan polis Perancis menunjukkan Altantuya Shaariibuu tidak pernah memasuki Perancis dari tahun 1999 hingga 2006, terdapat gambar-gambarnya yang diambil di Paris yang disiarkan beberapa tahun lepas, yang menunjukkan sebaliknya.

Laporan mengenai siasatan polis Perancis telah disiarkan oleh portal berita Free Malaysia Today (FMT) dalam artikel bertajuk 'French probe: Altantuya never entered France' (Siasatan Perancis: Altantuya tidak pernah masuk Perancis').

Laporan yang disiarkan semalam itu berdasarkan dokumen sulit siasatan yang dikemukakan kepada inkuiri kehakiman Perancis yang sedang menyiasat dakwaan pemberian sogokan dalam perjanjian pembelian kapal selam Scorpene pada 2002 antara firma Perancis, DCNS dan kerajaan Malaysia.

Bagaimanapun, pada tahun 2007, satu siri foto diberikan kepada Asia
Sentinel oleh Syed Abdul Rahman Al-Habshi - bekas konsul kehormat Mongolia di Malaysia - yang menunjukkan Altantuya "sedang makan angin ke Eropah".

Menurut portal berita yang berpejabat di Hong Kong itu, Syed Abdul Rahman ketika itu enggan menyatakan dari mana datangnya gambar tersebut.

Ianya dipercayai telah ditemui bersama barangan milik Altantuya selepas dia dibunuh, demikian menurut laporan Asia Sentinel dalam sebuah artikel yang bertajuk 'Who was Altantuya Shaariibuu?' ('Siapakah Altantuya Shaariibuu?') tulisan John Berthelsen pada 5 Disember tahun tersebut.

"Jika anda ke laman Asia Sentinel, anda akan melihat gambar-
gambarnya berdiri di depan Louis Vuitton, Buddha Bar, Notre Dame Catheral dan lokasi-lokasi lain di Paris," kata Berthelsen kepada Malaysiakini.



Berthelsen, bekas wartawan Asia Wall Street Journal di Malaysia, juga berkata, keluarga Altantuya enggan mengulas lanjut mengenai gambar-gambar tersebut.

Bagaimanapun, pada bulan April tahun ini, bapa Altantuya - Setev Shaariibuu - memberitahu satu sidang akhbar yang dianjurkan oleh Suaram di Kuala Lumpur bahawa visa anak perempuannya itu ke Perancis, dikeluarkan di Kuala Lumpur di bawah nama itu "Amina Abdullah" dan anaknya itu sepatutnya memasuki Paris selepas terbang ke Jerman.








Susan Loone-MK
2:48PM Jun 26 2012

Altantuya didakwa dapat visa Perancis di KL
  • Susan Loone
  • 11:20AM Apr 12 2012
 
Bolehkan warganegara Mongolia mendapatkan visa untuk memasuki Perancis ketika berada di Malaysia?

Jawapannya tidak, kata pegawai kementerian luar Mongolia, yang hairan bagaimana penterjemah Altantuya Shaariibuu mendapatkan visa itu ketika berada di Malaysia - kira-kira satu atau dua tahun sebelum beliau dibunuh.

NONEPegawai itu, yang berada di Malaysia bersama bapanya Setev Shaariibuu (kiri) berkata, setiap warganegara Mongolia mesti memohon dan mendapatkan visa asing di negaranya sendiri.

"Tiada cara untuk sesiapa pun daripada kami mendapatkan visa ketika berada di negara lain.

"Kami akan diberitahu supaya kembali ke negara kami untuk memohon mendapatkannya," kata pegawai yang enggan namanya disebut itu kepada Malaysiakini.

Dalam pertemuan dengan kumpulan hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Setev meluahkan kebingungan tentang bagaimana visa memasuki Perancis oleh anak gadisnya itu dikeluarkan di Malaysia.




2012/6/25 shreddervirtuoso <shreddervirtuoso@gmail.com>
 

Siasatan polis Perancis mendapati Altatunya tidak pernah berada dinegara itu dan tidak pernah memasuki negara tersebut...SAH Pakatan Haram diketuai Anwar dan Tian chua menipu rakyat hidup2 tentang Altatunya dan isu Scorpene..






--
Xstream-BOP

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment