Salam,
Company yg saya keja memang dah laksana gaji min nie :) ...company kawan kamu tue bagi alasan jer tue...cuba jgn salahkan kerajaan yer...kalu company lain bleh implement..napa lain tak nak follow? salah kerajaan ke?
2012/6/25 salmiah kasmuri <ucusal@yahoo.com>
saya pun tak setuju...malah menyampah lagi. tang duit kiter nak dijagakan sampai 60 tahun bagi org2 swasta. tang yang lain nape tak amik pedulik?...sebelum ni tentang RM900.00 gaji minimum utk semua pekerja swasta. tapi apa sudah jadi?..ada diantara kawan saye sehingga bergaduh dengan majikan (bos) demi menuntut spt yg telah di war-warkan oleh kerajaan. alasan majikan senang je...tak ade perintah pekeliling wajib.lagi kes, pekerja swasta memang tiada yang membela waimah pejabat buruh sekali pun. sebarang masalah dari pekerja swasta, pejabat buruh akan kate.."itu terpulang pada budi bicara majikan awak"....kecuali diberhentikan serta merta dan bla..blaaaa...dah muak dgn itu semua. Ini semua siapa nak amik kisah?....pulak2 KWSP kiter pulak kerajaan nak kisah?....mesti lepas ni ade org tulis pulak...."tak berterima kasih lah tu dgn kerajaan yang telah byk bagi subsidi.."....subsidi2 pun HAKU kena kerja keras gak demi nak idup!!!.From: xstream <pejal71@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, June 22, 2012 2:16 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Kerajaan Berhutang KWSP (RM144.5 Bilion)?
Saya menentang sekeras2nya kenaikan had umur keluar semua wang pada usia 60 tahun.. ini perangai jahat dan zalim. Jangan halang duit orang ramai..jangan jadi jahat. 55 tahun sudah cukup lama wang kita disimpan dan diguna sewenang2nya.. cukuplah..umur 55 tahun untuk kami gunakan pula dan kami tahulah cara nak memberanakkannya..jangan halang pengeluaran sehingga 60 tahun.. saya cukup meluat dgn sikap dan perangai pemerintah sekarang..hutang pandai bayar tak mahu...
2012/6/20 -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
Kerajaan Berhutang KWSP (RM144.5 Bilion)? Lepas Ini, Pengeluaran Wang KWSP (Total) Umur 60 Tahun?
aiyangdisayang.blogspotSekarang ini, pekerja swasta masih boleh membuat pengeluaran wang KWSP di akaun 2 ketika menginjak ke usia 50 tahun. Tetapi untuk pengeluaran wang KWSP melibatkan pengeluaran keseluruhan (secara total) kalangan anda semua mesti tunggu sehingga 60 tahun. Apa sebenarnya tujuan dan matlamat KWSP sebenarnya?Seperti yang diketahui anda di sini, KWSP ini merupakan sebuah institusi yang menjadi platform kalangan kakitangan kerajaan mahupun swasta ini membuat simpanan di hari tua bukannya simpanan sehingga mati!! 2 situasi dan perkara yang berbeza di situ.Sepatutnya KWSP memberikan kelonggaran kepada mana-mana pekerja yang mahu bersara pada umur 55 tahun dengan membenarkan mereka membuat pengeluaran wang KWSP secara total. Ini adalah masa sesuai untuk mereka merasai nikmat di atas penat lelah mereka selama bertahun-tahun mengerah tenaga dan komitmen yang diberikan mereka. Nak harapankan dividen KWSP setiap tahun, berapa sangat yang mereka dapat? Ini wang dan hak mereka, kembalikan semula kepada empunya badan!!. Kena ingat :Takut orang-orang tua ini menyalahgunakan wang sendiri di penghujung usia? Sementara di usia muda inilah, berikan mereka informasi dan pendedahan bagaimana menguruskan kewangan mereka dengan betul. Kebanyakan yang menyalahgunakan wang mereka di hari itu bagi kami masih lagi kes terpencil.
Pengeluaran Wang KWSP (Total) : Dinaikkan Had Umur!!
Tetapi jikalau anda semak keretan akhbar di bawah, pasti anda akan tahu apa sebab-musabab kerajaan mahu melanjutkan had persaraan kepada umur 60 tahun. Sekarang ini nilai hutang kita sudah mencecah RM470.6 bilion yang mana jumlah besar terdiri daripada hutang dalam negeri termasuk hutang kerajaan persekutuan terhadap KWSP (wang milik kakitangan kerajaan dan swasta) yang kini sudah mencecah RM144.5 bilion (setakat data pada 31 Disember 2011).
Cadangan Meningkatkan Dana KWSP?
Ada jalan penyelesaiannya setakat ini yang diambil oleh pihak kerajaan?
- Naikkan had persaraan kakitangan kerajaan
- Naikkan had persaraan kakitangan swasta
- Naikkan had umur bagi pengeluaran wang KWSP secara total pada umur 60 tahun
- Kemudian sekarang ini kerajaan mahu mengkaji sama ada mahu beri pencen bagi pekerja swasta
Bagi kami, sepatutnya dibolehkan pada pengeluaran wang KWSP akaun 2 umur 50 tahunmanakala pengeluaran wang KWSP secara keseluruhannya dibuka pada umur 55 tahun. Baki 5 tahun perkhidmatan lagi, sementara menunggu usia berhenti wajib, gaji bayar penuh, majikan juga dapat juga faedahnya dengan tidak perlu membuat potongan. Ini disebabkan pada masa itu, gaji dah mati skim, ini bagi kami lebih relevan.P/S : Jumlah hutang kerajaan Malaysia adalah sebanyak RM470.6 bilion ketika ini manakala hutang kerajaan terhadap KWSP berjumlah RM144.5 bilion. Mampukah kerajaan membayar semula duit rakyat ini? Kami pulangkan semula persoalan ini untuk kerajaan menjawabnya dan menjelaskannya…Apa kata dan respon anda pula? http://beritasemasa.com/pengeluaran-wang-kwsp
--
Xstream-BOP
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment