Tuesday, June 26, 2012

RE: RG2011... Fw: Kerajaan Berhutang KWSP (RM144.5 Bilion)?

 

Iyer,..itu mmg betul…kalau umur panjang boleh merasa duit epf , Alhamdulillah…cuba bayangkan ramai pekerja swasta yg diberhentikan kerja akibat kilang tutup operasi. Masih belum ada rumah sendiri. Sampai bila diorg mampu nak beli rumah sendiri kalau kerajaan "bekukan" kewangan epf utk dikeluarkan oleh pencarum yg belum mencapai umur 55 tahun….

 

Undang-2 epf ciptaan manusia…bila-2 masa boleh diubah-ubah….jgn fikir hal diri sediri yg dah mewah hidup. Cuba fikir pencarum yg gaji x sebyk mana…saya rasa kalau kerajaan longgarkan syarat akaun pertama jika duit akaun ke-2 tak mencukupi membeli rumah & byr CASH….ramai pencarum akan setuju dgn cadangan saya ini. Sekurang-2nya, pencarum dah ada rumah sendiri. Gaji pencarum dah cukup utk belanja anak, isteri utk makan, sekolah anak & simpanan utk masa depan & simpanan utk anak-2.

 

Itu baru kerajaan yg fikir RAKYAT DIDAHULUKAN…bukan rakyat yg KENA DULU..!!

 

 

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of shreddervirtuoso
Sent: Tuesday, 26 June, 2012 11:44 AM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Fw: Kerajaan Berhutang KWSP (RM144.5 Bilion)?

 

 

Nampak sgt kebodohan darah muda. Cuba pergi tanya orang2 pencen yang dah ambik duit EPF dorang. 100% akan cakap.. nasib baik ada duit KWSP.. kalau tak kena paksa simpan mmg takde la duit bila dah tak bekerja!

 

 

2012/6/25 Syed Azam <ubisyed@yahoo.com.my>

KWSP gagal melaburkan duit pencarum ke Sektor yg selamat dan pulangan tinggi..

setahun 3-4%..tak bagus performance..

 

Syed Azam Jamalullil


From: hazriza <hazriza@soem.sharp-world.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, 25 June 2012 11:35 AM
Subject: RE: RG2011... Fw: Kerajaan Berhutang KWSP (RM144.5 Bilion)?

 

 

Sepatutnya duit epf boleh dikeluarkan oleh pencarum utk membeli rumah. Saya rasa ramai pencarum yg belum memiliki rumah sendiri. Sepatutnya akaun pertama diberi kelonggaran utk pencarum membeli rumah. Saya percaya setakat rumah kos rendah. Pencarum mampu memiliki rumah & bayar CASH jika wang epf boleh dikeluarkan separuh. Itu kan wang rakyat, wang pencarum sendiri. Mengapa mesti dihalang tuan punya badan menggunakan duit sendiri. Tolong fikir masalah rakyat wahai pemimpin-2 yg asyik merompak duit rakyat.

 

Saya x halalkan duit yg dah dicuri oleh pemimpin-2 Malaysia. Saya x setuju had umur dinaikkan ke umur 60 tahun.! Itu hasil penat lelah kami bekerja. Kami nak juga merasai hasil titik peluh kami, sekurang-2 duit epf boleh digunakan pergi menunaikan haji….

 

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of xstream
Sent: Friday, 22 June, 2012 2:16 PM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Fw: Kerajaan Berhutang KWSP (RM144.5 Bilion)?

 

 

Saya menentang sekeras2nya kenaikan had umur keluar semua wang pada usia 60 tahun.. ini perangai jahat dan zalim. Jangan halang duit orang ramai..jangan jadi jahat. 55 tahun sudah cukup lama wang kita disimpan dan diguna sewenang2nya.. cukuplah..umur 55 tahun untuk kami gunakan pula dan kami tahulah cara nak memberanakkannya..jangan halang pengeluaran sehingga 60 tahun.. saya cukup meluat dgn sikap dan perangai pemerintah sekarang..hutang pandai bayar tak mahu...

2012/6/20 -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>

 



 

Kerajaan Berhutang KWSP (RM144.5 Bilion)? Lepas Ini, Pengeluaran Wang KWSP (Total) Umur 60 Tahun?

aiyangdisayang.blogspot

 

Sekarang ini, pekerja swasta masih boleh membuat pengeluaran wang KWSP di akaun 2 ketika menginjak ke usia 50 tahun. Tetapi untuk pengeluaran wang KWSP melibatkan pengeluaran keseluruhan (secara total) kalangan anda semua mesti tunggu sehingga 60 tahun. Apa sebenarnya tujuan dan matlamat KWSP sebenarnya?

 

Seperti yang diketahui anda di sini, KWSP ini merupakan  sebuah institusi yang menjadi platform kalangan kakitangan kerajaan mahupun swasta ini membuat simpanan di hari tua bukannya simpanan sehingga mati!! 2 situasi dan perkara yang berbeza di situ.

 

Sepatutnya KWSP memberikan kelonggaran kepada mana-mana pekerja yang mahu bersara pada umur 55 tahun dengan membenarkan mereka membuat pengeluaran wang KWSP secara total. Ini adalah masa sesuai untuk mereka merasai nikmat di atas penat lelah mereka selama bertahun-tahun mengerah tenaga dan komitmen yang diberikan mereka. Nak harapankan dividen KWSP setiap tahun, berapa sangat yang mereka dapat? Ini wang dan hak mereka, kembalikan semula kepada empunya badan!!. Kena ingat :

"Nilai wang fiat setiap tahun makin lama makin menyusut"

Takut orang-orang tua ini menyalahgunakan wang sendiri di penghujung usia? Sementara di usia muda inilah, berikan mereka informasi dan pendedahan bagaimana menguruskan kewangan mereka dengan betul. Kebanyakan yang menyalahgunakan wang mereka di hari itu bagi kami masih lagi kes terpencil.

Pengeluaran Wang KWSP (Total) : Dinaikkan Had Umur!!

Tetapi jikalau anda semak keretan akhbar di bawah, pasti anda akan tahu apa sebab-musabab kerajaan mahu melanjutkan had persaraan kepada umur 60 tahun. Sekarang ini nilai hutang kita sudah mencecah RM470.6 bilion yang mana jumlah besar terdiri daripada hutang dalam negeri termasuk hutang kerajaan persekutuan terhadap KWSP (wang milik kakitangan kerajaan dan swasta) yang kini sudah mencecah RM144.5 bilion (setakat data pada 31 Disember 2011).

 

Cadangan Meningkatkan Dana KWSP?

Ada jalan penyelesaiannya setakat ini yang diambil oleh pihak kerajaan?

1.     Naikkan had persaraan kakitangan kerajaan

2.     Naikkan had persaraan kakitangan swasta

3.     Naikkan had umur bagi pengeluaran wang KWSP secara total pada umur 60 tahun

4.     Kemudian sekarang ini kerajaan mahu mengkaji sama ada mahu beri pencen bagi pekerja swasta

Bagi kami, sepatutnya dibolehkan pada pengeluaran wang KWSP akaun 2 umur 50 tahun

 

manakala pengeluaran wang KWSP secara keseluruhannya dibuka pada umur 55 tahun. Baki 5 tahun perkhidmatan lagi, sementara menunggu usia berhenti wajib, gaji bayar penuh, majikan juga dapat juga faedahnya dengan tidak perlu membuat potongan. Ini disebabkan pada masa itu, gaji dah mati skim, ini bagi kami lebih relevan.

 

P/S : Jumlah hutang kerajaan Malaysia adalah sebanyak RM470.6 bilion ketika ini manakala hutang kerajaan terhadap KWSP berjumlah RM144.5 bilion. Mampukah kerajaan membayar semula duit rakyat ini? Kami pulangkan semula persoalan ini untuk kerajaan menjawabnya dan menjelaskannya…Apa kata dan respon anda pula? http://beritasemasa.com/pengeluaran-wang-kwsp




--
Xstream-BOP

 

 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment