Kenapa buku ini penting untuk anda?
Aspek perbualan bahasa Inggeris sering menghantui kita yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Hal ini kerana perbualan bahasa Inggeris memerlukan komunikasi yang spontan dan kadang-kadang perkara ini menakutkan kita kerana melibatkan komunikasi face to face atau komunikasi secara berhadapan. Hal ini amat berbeza daripada aspek komunikasi bahasa Inggeris yang lain seperti menulis, membaca dan mendengar.
Pengenalan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Matematik dan Sains di sekolah pada peringkat rendah dan menengah telah meningkatkan lagi kepentingan perbualan bahasa Inggeris dalam aspek kehidupan pelajar-pelajar dan juga anak-anak kita. Pengajaran dan pemelajaran sesetengah subjek utama dalam bahasa Inggeris di institusi pengajian tinggi turut memerlukan kemahiran berbual dalam bahasa Inggeris untuk berinteraksi dengan baik dan selesa dengan pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar lain. Jelas sekali kelemahan dalam perbualan bahasa Inggeris boleh menjejaskan proses pemelajaran anda dan juga memberikan kesan kepada perhubungan sosial anda dengan guru-guru dan kawan-kawan anda.
Dalam kerjaya, perbualan bahasa Inggeris juga amat penting kepada anda yang sentiasa berinteraksi dengan pelanggan-pelanggan, bakal pelanggan, pembekal dan juga pihak atasan. Kelemahan dalam perbualan bahasa Inggeris boleh memberikan kesan kepada komunikasi anda dengan mereka dan akhirnya menjejaskan kerjaya anda kerana tidak dapat dinafikan bahawa aspek komunikasi ialah aspek yang amat penting dalam kerjaya seseorang. Kejayaan seseorang dalam kerjayanya bukan sahaja bergantung kepada kemahiran bekerja semata-mata tetapi turut bergantung kepada kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan-rakan sekerja dan pihak atasan.
Contoh perbualan - Menunjuk Arah
How do I get to the restaurant?/Bagaimanakah nak sampai ke restoran itu?
Azlina : Hi, Azman! How are you today?
Hi, Azman! Apa khabar awak hari ini?
Azman : Hi, Azlina! What’s up?
Azlina : Do you have any plan for dinner today?
Awak ada apa-apa rancangan untuk makan malam hari ini?
Azman : Nothing yet. I am thinking of just having my dinner at the nearby restaurant tonight. Why? Any plan?
Tak ada lagi. Saya fikir untuk makan malam di restoran yang berdekatan sahaja malam ini. Kenapa? Ada rancangankah?
Azlina : Well, I was wondering if you’d like to join me for dinner today?
Baiklah, saya terfikir jika awak ingin sertai saya untuk makan malam hari ini?
Azman : Sure. What did you have in mind?
Sudah tentu. Apa rancangan awak?
Azlina : I feel like eating Thai food.
Saya teringin nak makan makanan Thai.
Azman : I could go for Thai food. I know a really good Thai restaurant in Sungai Buloh. I have eaten there a couple of times and the food is very good.
Saya boleh sahaja makan makanan Thai. Saya tahu satu restoran makanan Thai yang bagus di Sungai Buloh. Saya dah makan di situ beberapa kali dan makanannya memang bagus.
Azlina : What’s the name of the restaurant?
Apakah nama restoran itu?
Azman : Chieng Mai. They have the most delicious tom yam in town.
Chieng Mai. Mereka menyediakan tom yam yang paling sedap di bandar ini.
Azlina : Where’s it located?
Di mana restoran itu terletak?
Azman : It’s on Jalan Hospital near the Sungai Buloh Hospital.
Restoran itu terletak di Jalan Hospital berdekatan dengan Hospital Sungai Buloh.
Azlina : Jalan Hospital near the Sungai Buloh Hospital?Where is it anyway? I am not very familiar with the Sungai Buloh area.
Jalan Hospital berdekatan dengan Hospital Sungai Buloh? Di manakah restoran itu terletak sebenarnya? Saya tak berapa arif dengan kawasan Sungai Buloh.
Azman : It is just after the Sungai Buloh commuter station on the way to the Sungai Buloh Hospital.
Restoran itu terletak selepas stesen komuter Sungai Buloh dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh.
Azlina : Ok but I am not really sure the exact location. You will be driving, right?
Baiklah, tetapi saya tak berapa pasti lokasi sebenarnya. Awak yang akan memandu, bukan?
Azman : No problem. I will drive you there. What time do you want to meet?
Tak ada masalah. Saya akan pandu awak ke sana. Pukul berapa awak nak kita berjumpa?
Azlina : Why don’t we meet at 8 o’clock?
Apa kata kita berjumpa pada pukul 8?
Azman : Eight o’clock it is then. See you later.
Baiklah, pada pukul lapan. Jumpa awak nanti.
Azlina : Ok. Don’t be late.
1.1 Kenapa buku ini penting untuk anda?
1.2 Kepentingan perbualan bahasa Inggeris yang baik
1.3 Kepentingan latihan perbualan
1.4 Cara untuk memaksimumkan penggunaan buku ini
2.2 Etiket yang perlu diamalkan dalam perbualan
3 Memahirkan diri dalam perbualan dengan kaedah permulaan perbualan
3.1 Mendapatkan maklumat/Bertanya soalan
3.3 Menawarkan pertolongan/bantuan
3.4 Menolak sesuatu pelawaan/permintaan dengan baik
3.5 Memperkenalkan diri dan menyapa orang lain
3.6 Selepas memperkenalkan diri sendiri
4 Kaedah permulaan perbualan dengan perbualan kosong
4.2 SIAPAKAH yang berbual kosong?
4.3 APAKAH topik yang orang perbualkan dalam perbualan kosong?
4.4 DI MANAKAH orang berbual kosong?
4.5 BILAKAH orang berbual kosong?
4.6 KENAPAKAH orang berbual kosong?
4.7 Contoh-contoh permulaan perbualan dengan berbual kosong
4.7.1 Talking about the weather/Berbual tentang cuaca
4.7.2 Talking about current events/Bercakap tentang isu-isu semasa
4.7.3 At the office/Di pejabat
4.7.4 At a social event/Di majlis sosial
4.7.5 Out for a walk/Berjalan-jalan
5 Grammar mudah untuk perbualan
5.2 Apakah itu verb tenses?
5.5 Kala Present Progressive
5.7 Kala Simple Past Progressive
5.9 Kala Future Progressive
6 Memperkenalkan diri dan kata aluan
6.1 Introducing yourself/Memperkenalkan diri
6.2 Saying hello and goodbye/Mengucapkan hello dan selamat tinggal
6.3 Goodbye/Selamat tinggal 64
6.4 Giving and requesting personal information/Memberikan dan meminta maklumat peribadi
6.5 Introducing others/Memperkenalkan orang lain
6.6 What is your name again?/Apakah nama awak sekali lagi?
7.1 Describing a friend/Menerangkan tentang seorang kawan
7.2 Don’t forget to drop me a line!/Jangan lupa hubungi saya!
7.3 It’s difficult to keep in touch/Susah untuk terus berhubung
7.4 A heart-to-heart chat/Perbualan dari hati ke hati
7.5 Happy birthday/Selamat hari lahir
7.6 Hanging out together/Melepak bersama
8 Makanan, makan-makan dan restoran
8.1 How do you want your beef?/Bagaimanakan awak mahukan daging lembu awak?
8.2 Ordering food/Memesan makanan
8.3 How often do you eat out?/Berapa kerapkah awak makan di luar?
8.4 We’ll be able to dine alfresco/Kita boleh makan di tempat terbuka
8.5 Light supper/Makan lewat malam
8.6 The dish is too hot!!!/Makanan ini terlalu pedas!!!
8.7 That’s one of my favourites!!!/Benda itu ialah salah satu kegemaran saya!!!
8.8 What’s today’s special?/Apakah masakan istimewa hari ini?
8.9 Going to a restaurant/Pergi ke restoran
8.10 Let’s go for dinner/Jom kita pergi makan malam
9 Masa lapang, percutian dan sukan
9.1 How was your weekend?/Bagaimanakah dengan hujung minggu anda?
9.2 Weeekend plans/Rancangan hujung minggu
9.3 Where do you usually go for your holidays?/Ke manakah awak selalu pergi semasa cuti?
9.4 Everything went like clockwork!!!/Semuanya berjalan lancar!!!
9.5 Travelling to Australia/Melancong ke Australia
9.6 I really miss home/Saya rindukan rumah saya
9.7 Family activities/Aktiviti-aktiviti keluarga
9.8 Picnic preparations/Persediaan untuk berkelah
9.9 Going to the game/Pergi menyaksikan perlawanan
9.10 How often do you go bowling?/Berapa kerapkah awak pergi main boling?
10 Pengangkutan, trafik dan mengembara
10.1 You just drove passed a red light!!!/Awak melanggar lampu merah!!!
10.2 Exceeding the speed limit/Melebihi had laju
10.3 Held up by the traffic/Terperangkap dalam kesesakan jalan raya
10.4 The car is low on fuel/Minyak kereta dah tinggal sedikit
10.5 Can you keep an eye on my bag?/Bolehkah awak tolong tengokkan beg saya?
10.6 My car broke down/Kereta saya rosak
10.7 The battery is dead/Bateri saya mati
10.8 The traffic was brought to a standstill/Trafik langsung tidak bergerak
10.9 The traffic was bumper to bumper/Trafik amat sesak
10.10 Checking in/Mendaftar masuk
10.11 Immigration/Imigresen
10.12 My luggage went astray!!!/Bagasi saya hilang!!!
10.13 Transportation to the KLIA/Pengangkutan ke KLIA
11 Bilik dan tempahan tiket
11.1 Getting a room for the night/Mendapatkan bilik untuk bermalam
11.2 Welcome/Selamat datang
11.3 Reserving a room/Menempah bilik
11.4 Travel arrangement/Aturan perjalanan
11.5 Hotel check-in/Mendaftar masuk hotel
12.1 The weather is very hot!/Panasnya cuaca!
12.2 Another hot day/Satu lagi hari yang panas
12.3 It’s raining cats and dogs today/Lebat betul hujan hari ini
12.4 It hasn’t rained a drop for months/Dah berbulan tak hujan
12.5 Ravaged by earthquake and disease!!!/ Dibinasa oleh kemarau dan penyakit!!!
12.6 Deluged by monsoon rains!!!/Dibanjiri hujan monsun!!!
12.7 The casualty figures are still mounting/Jumlah kematian semakin meningkat
13.1 Making an appointment/Membuat janji temu
13.2 Seeing the doctor/Berjumpa dengan doktor
13.3 In the gymnasium/Di jimnasium
13.4 The rashes are very itchy!/Gatalnya ruam ini!
13.5 I have a migraine/Saya ada migrain
13.6 I think I’m down with a fever/Saya rasa saya demam
13.7 His snoring is getting louder and louder!/Dengkurannya semakin kuat!
14.1 How do I get to the restaurant?/Bagaimanakah cara nak sampai ke restoran itu?
14.2 Using the bus/Menaiki bas
14.3 Visiting the museum/Melawat muzium
14.4 Where’s the cinema?/Di manakah panggung wayang itu?
15.1 I haggled him down to RM80/Saya menawar sehingga RM80
15.2 I’ve got it on thirty days’ free trial!!!/Saya dapat produk ini dengan 30 hari tempoh percubaan percuma!!!
15.3 Have you got them in my size?/Adakah awak mempunyai barangan ini dalam saiz saya?
15.4 What a bargain!!!/Murahnya!!!
15.5 You’ve been ripped off!!!/Awak telah ditipu!!!
15.6 Shopping for a sweater/Membeli baju sejuk
15.7 How much is it?/Berapakah harganya?
15.8 Shopping for Father’s Day/Membeli-belah untuk Hari Bapa
15.9 In a shop/Di dalam kedai
16.2 Terma-terma dalam perbualan telefon
16.3 Bahasa perbualan telefon
16.4 Petua-petua perbualan telefon
Buku Cara Mudah Menguasai Kemahiran Berbahasa Inggeris - Perbualan Sehari-hari Dalam Bahasa Inggeris boleh dibeli di semua kedai buku utama di seluruh Malaysia. Harga buku ialah RM20 senaskhah. Maklumat lanjut boleh didapati di www.books.perintis.com.my atau sila hubungi Cik Nor di talian 03-90195303.