Sunday, September 30, 2012

Re: RG2011... Fw: hebat kerana dibenarkan berhutang RM34.3 bilion

ape korang ingat company besar2 cina seperti YTL smue xde hutang ke?haloo jgn dengki dgn melayu la'klau yg tulih ni melayu la' ini la perangai melayu jatuh kan melayu..bodoh!!! angkat la DAP tu..barua DAP..jgn kerana nk memerintah sanggup derhaka pada bangsa..ye aku melayu mesti la nk tgk melayu maju..klau hampa nk angkat bangsa lain silakan..jgn nk jatuhkan bangsa sendiri...bangang!!!


From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Saturday, September 29, 2012 12:27 AM
Subject: RG2011... Fw: hebat kerana dibenarkan berhutang RM34.3 bilion

 


Lelaki ini adalah rakyat Malaysia dan melayu paling hebat kerana dibenarkan berhutang RM34.3 bilion

gigitankerengga.blogspot.
 
Hutang RM34.3 bilion Syed Mokhtar tidak berjawab 
 
Jamilah Kamarudin

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat menolak soalan lisan yang dikemukakan  Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) berhubung dakwaan hutang korporat syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sebanyak RM34.3 bilion.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, penolakan pertanyaan jawab lisan Pua ditolak mengikut Peraturan Mesyuarat 23(1)(c).

Peraturan Mesyuarat tersebut menyatakan sesuatu pertanyaan itu tidak boleh mengandungi apa-apa hujah, sangkaan, fikiran, tohmahan, puji atau keji atau mengandungi kalimah menyakitkan hati ataupun mengenai apa-apa perkara dangkal atau meminta penerangan mengenai perkara remeh.

Pua dalam soalannya meminta Menteri Kewangan menyatakan kesan negatif kepada sistem kewangan dan perbankan tempatan apabila syarikat milik Syed Mokhtar mempunyai jumlah hutang yang dianggarkan melebihi sepuluh peratus kesemua hutang korporat di Malaysia.

"Nak tanya 'sangkaan' apakah yang menyebabkan Menteri Kewangan enggan menjawab soalan ini sedangkan semua soalan yang dikemukakan kepada Dewan selama ini adalah sangkaan dan dakwaan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Pua menegaskan, dakwaan jumlah hutang itu bukan satu rekaan sebaliknya fakta yang diperoleh melalui sumber terbuka di Bursa Saham dan Bank Negara.

"Saya amat kesal kenapa menteri enggan beri jawapan kerana isu ini mampu memberi ancaman kepada ekonomi negara.

"Angka (hutang) ni bukan tarik dari langit tapi ianya laporan rasmi tahunan daripada syarikat Syed Mokhtar sendiri yang juga boleh anda dapati daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)," katanya.
 
 
 

Ingatkan orang kaya macam Syed Mokhtar hidup tak ada hutang....?

Tahap hutang Syed Mokhtar sangat membimbangkan, kata Pua
KUALA LUMPUR, 27 Sept ― Hutang terkumpul sebanyak RM34.3 billion yang ditanggung syarikat-syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mewujudkan kemungkinan besar yang kerajaan akan terpaksa menebus hutang tersebut dengan wang rakyat, kata Ahli Parlimen DAP Tony Pua hari ini.

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara memberitahu wartawan bahawa soalan tersebut yang diajukan kepada Kementerian Kewangan dihalang oleh Speaker Dewan Rakyat kerana ia berdasarkan andaian.

"Jika kumpulan syarikat mempunyai hutang sebanyak RM34.3 billion, dan apabila tidak mampu untuk membayarnya, kemampuan syarikat yang lain untuk membayar hutang juga akan terjejas.

"Pada tahun 1997, kerajaan terpaksa menebus hutang syarikat, dan terpaksa membeli LRT, memberi pinjaman kepada Tan Sri Halim Saad yang berjumlah RM3.2 billion yang tidak dibayar balik," kata Pua yang merujuk kepada syarikat kumpulan Renong semasa krisis ekonomi pada 1997.
Pua berkata, beliau kesal bahawa Datuk Seri Najib Razak, yang juga merupakan menteri kewangan, tidak menjawab soalannya hari ini kerana ia bakal mendedahkan risiko kepada krisis ekonomi.

"Syarikat beliau (Syed Mokhtar) berhutang sebanyak RM34.3 bilion, lebih dari sepuluh peratus dari hutang korporat nasional, dibandingkan dengan Renong sebanyak RM20 bilion, iaitu cuma lapan peratus.

"Ini adalah perkara serius dan bakal menjadi masalah kepada kewangan dan industri perbankan di negara ini," kata Pua lagi.

Syed Mokhtar memiliki syarikat perhotelan Tradewinds, MMC Corporation dan pada awal tahun ini telah berjaya dalam bidaan untuk menswastakan Pelabuhan Pulau Pinang yang mendapat kritikan dari kedua belah ahli politik Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Timbalan pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, "Syed Mokhtar umpama raja kerana banyak bank di belakangnya."


No comments:

Post a Comment