Saturday, September 29, 2012

RG2011... Fw: 'Raja Bola Msia ditawar bermain di EPL

 





'Raja Bola Malaysia ditawar bermain di Liga EPL pada 1962'

 

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Mungkin ramai tidak tahu, ''Raja Bola'' Tan Sri Abdul Ghani Minhat yang meninggal dunia hari ini merupakan pemain Malaysia yang pertama ditawarkan beraksi di Liga Perdana Inggeris pada 1962.

Allahyarham dilamar kelab Cardiff City yang mahu beliau menjadi pemain profesionalnya, namun Allahyarham menolak. Sebaliknya, Abdul Ghani membuat keputusan menjelajah England dan Eropah selama empat bulan.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada 10.34 pagi ini di Institut Jantung Negara di sini, akibat komplikasi selepas menjalani pembedahan pintasan jantung pada Selasa.

Allahyarham berusia 77 tahun. Beliau meninggalkan balu Puan Sri Tengku Aishah Tengku Ibrahim dan empat anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan.

Abdul Ghani yang dilahirkan pada 23 Dis 1935 di Rantau, Negeri Sembilan mula aktif dalam sukan bola sepak pada 1954 dengan menyertai pasukan Selangor Rangers dan Kelab Polis Depot.


Pada 1957, Allahyarham mula mewakili Malaysia dalam kejohanan Pestabola Merdeka.

Uniknya, perlawanan itu berlangsung di Stadium Merdeka pada malam 30 Ogos 1957 sebelum berlangsungnya upacara kemerdekaan negara pada keesokan hari.

Beraksi sebagai ''inside forward'' yang licik dan lincah pada sekitar tahun 1960-an, permainan taktikalnya di depan gol sering menggerunkan pihak lawan.

Pada 1962, Allahyarham mengikuti kursus empat bulan di kelab Eintracht Frankfurt di Jerman dan West Ham United di England.

Allahyarham yang mempunyai sijil kejurulatihan dari Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada 1969, pernah menjadi jurulatih kebangsaan dari 1971 hingga 1976.

Selain membawa Malaysia menjuarai kejohanan Pestabola Merdeka dari 1958 hingga 1960, Allahyarham pernah mengetuai skuad kebangsaan meraih pingat emas pada Sukan SEAP (kini Sukan SEA) 1961 di Rangoon (kini Yangoon, Myanmar) dan pingat gangsa pada Sukan Asia 1962 di Jakarta, Indonesia.

Walaupun dilahirkan di Negeri Sembilan, namun Allahyarham lebih banyak terlibat dengan arena bola sepak di Selangor sebagai pemain dari 1953 sehingga 1968 sebelum menjadi jurulatih skuad Gergasi Merah dari 1970 hingga 1972.

Sebagai menghargai sumbangan beliau, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) menganugerahkan gelaran "Raja Bola'' kepada Allahyarham pada 1959.

Sesuatu yang menarik, Allahyarham pernah menjaringkan 106 gol dalam 15 perlawanan sehingga dianugerahkan gelaran Pemain Bola Sepak Terbaik bagi tahun 1959 dan 1960.

Penglibatan aktifnya dalam dunia bola sepak berakhir pada 1993 dengan menjadi jurulatih kepada skuad Piala Emas Raja-Raja bagi pasukan Selangor.

Allahyarham kemudian menumpukan perhatian kepada perniagaan syarikat elektroniknya di Petaling Jaya.

Allahyarham dianugerahkan pingat Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri pada Jun tahun ini.

 

Lagenda bola sepak negara Ghani Minhat meninggal dunia

Oleh Md Izwan

KUALA LUMPUR, 28 Sept — Lagenda bola sepak negara sekitar tahun 1950-60'an, Tan Sri Abdul Ghani Minhat menghembuskan nafas terakhirnya pada 10 pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN).

Allahyarham pada beberapa hari lalu baru sahaja selesai menjalani pembedahan pintasan jantung di IJN.

Dikenali sebagai "Raja Bola Malaysia", Allahyarham berusia 76 tahun pernah memegang rekod bersama skuad kebangsaan dengan jaringan 106 gol dalam 15 perlawanan dan menjaringkan 11 gol semasa membelasah Filipina 15-1 pada Ogos 1962.

Allahyarham dilahirkan pada 23 Disember 1935 di Kampung Solok, Negeri Sembilan.

Menurut adik iparnya, Datuk Nik Kamaruddin Ismail berkata jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di masjid Kampung Baru, di sini sebelum dikebumikan selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam USJ 21, Subang Jaya.

Allahyarham Abdul Ghani meninggalkan isteri Puan Sri Tengku Aishah Tengku Ibrahim dan empat anak, dua lelaki dan wanita.

Tan Sri Abdul Ghani Minhat merupakan bekas pemain bola sepak negara yang pernah mewakili pasukan Piala Malaysia Selangor pada tahun 1950-an sehinggalah penghujung 1960-an.

Dengan aksi lincahnya sebagai seorang penyerang dan sayap ketika mewakili Selangor dan Malaysia, beliau juga pernah dihantar oleh FAM untuk menjalani sesi latihan di Eintracht Frankfurt, Jerman.

Walaupun dilahirkan di Rantau, Negeri Sembilan pada 1935, Allahyarham banyak menyumbangkan tenaga sebagai pemain dan jurulatih bersama pasukan Selangor.

Allahyarham pernah merangkul anugerah pemain bola sepak terbaik kebangsaan pada 1959 dan 1960 dan pernah melakukan keajaiban dengan menjaringkan 106 gol hanya dalam 15 perlawanan.

Digelar sebagai Raja Bola di atas kehebatannya di padang, beliau akan sentiasa diingati sebagai seorang lagenda bola sepak Malaysia.

Pemimpin, rakan dan peminat bersedih dengan pemergian Abdul Ghani dan meyifatkan Allahyarham bukan sahaja akan dikenang sebagai pemain dan jurulatih bola sepak yang handal tetapi juga personaliti yang mampu memupuk semangat cintakan negara.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai kehilangan legenda sukan bola sepak yang sukar diganti.

"Allahyarham berulang kali berpesan... Kalau cintakan negara dan benar-benar ikhlas ingin berkorban untuk negara, lakukan dengan semangat juang," katanya kepada Bernama hari ini.

Azzuddin telah lama mengenali Abdul Ghani, dan semasa hayatnya, Allahyarham pernah menjadi jurulatih beliau ketika berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekitar tahun 1971 dan 1972.

Naib Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin pula berkata sepanjang hayatnya, Allahyarham banyak membantu FAM membangunkan sukan bola sepak di negara ini.

"Saya masih ingat lagi kata-kata beliau kepada saya dua minggu lepas, iaitu jiwa pemain bola sepak dahulu dan sekarang cukup berbeza. Namun, sehingga hari ini, saya tidak faham apakah yang dimaksudkan oleh Allahyarham," kata Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor itu.

Sementara itu, bekas atlet bina badan negara Datuk Malek Noor berkata beliau menghormati Allahyarham sebagai seorang ayah kerana banyak memberi semangat kepadanya dan atlet lain.

"Beliau seorang yang merendah diri, tidak sombong dan berperwatakan menarik ... sesiapa sahaja pasti menyukainya. Saya agak terkilan kerana tidak sempat bertemu dengan Allahyarham... sebaik sahaja tiba di lobi Institut Jantung Negara (IJN) pagi tadi, saya diberitahu bahawa Allahyarham telah meninggal dunia," katanya.

Adik ipar Allahyarham, Datuk Nik Kamaruddin Ismail pula menyifatkan Abdul Ghani sebagai seorang yang baik hati, warak dan mementingkan anggota keluarga.

"Beliau sering memberi nasihat berguna kepada anggota keluarga dan banyak menghabiskan masa bersama keluarga... kadang-kadang kami berkumpul menonton bola bersama-sama. Beliau akan ceritakan pengalamannya ketika aktif dalam sukan bola sepak pada era 50-an dan 60-an," katanya.

Abdul Ghani, 77, meninggal dunia pada 10.34 pagi ini di IJN akibat komplikasi selepas menjalani pembedahan pintasan jantung pada Selasa.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment