Sunday, September 30, 2012

RG2011... Fw: Pro-Mahasiswa Menang Di UM, UKM

 

Analisis Kemenangan Pro-M UKM 2012


Pro-mahasiswa menguasai sekali lagi Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) untuk sesi 2012-2013.

Seakan mengia gelaran kumpulan mereka 'Gabungan Mahasiswa UKM' , kumpulan yang mengaku memperjuangkan suara mahasiswa yang tulen mendapat sokongan 2/3 kerusi dalam pilihanraya kampus (PRK) atau nama rasminya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2012-2013.

Setelah sepenggal PRK ditangguhkan, kali ini kedua-dua pihak; Aspirasi dan GMUKM tampil membawa muka-muka baru yang diangkat sebagai calon-calon 'winable' mereka.

Ironinya dalam PRK kali ini kumpulan Aspirasi selaku 'jaguh kolej' mungkin 'terlupa' untuk menyediakan 7 orang calon untuk mencukupkan bilangan calon-calon mereka sekaligus memberikan kemenangan percuma tanpa bertanding kepada kumpulan GMUKM yang bersiap sedia memenangi kerusi sekali lagi pada tahun ini.

Calon-calon yang 'terlupa disiapkan' termasuk di kerusi-kerusi;

Umum Tahun 3/4
Fakulti Perubatan Tahun 1/2
Fakulti Sains & Teknologi Tahun 1/2
Fakulti Ekonomi & Pengurusan 3/4
Fakulti Pengajian Islam
Fakulti Pendidikan
Fakulti Farmasi

Ini menyebabkan kumpulan GMUKM semakin yakin dengan persiapan longgar 'kumpulan anak emas pengetua kolej' yang sekadar berharap 'ada sinar di hujung jalan'.

Salah seorang calon Umum 3/4 Mohamad Afiq Ammar Tulus dalam responnya di Malaysiakini, "Secara jujurnya, sedikit sedih bila lima kerusi dah hilang awal. Tapi saya percaya calon lain mampu beri kemenangan yang berpihak pada kami.

" Secara analitiknya sememangnya kemenangan GMUKM sudah dapat dijangka oleh penulis sendiri seusai tamat tempoh bantahan pada hari Penamaan Calon 21 September lalu. Mungkin juga Mohamad Afiq Ammar sendiri dalam nada menginspirasi calon-calon mereka walhal diri sendiri sudah menjangkakan kekalahan teruk pada PRK kali ini.

CCC, PAH minoriti, tidak menyumbang

Kumpulan mahasiswa Cina dan India pula semakin merosot pengaruhnya di bawah naungan kumpulan Aspirasi yang didominasi kumpulan TSB yang ultra-Melayu . Buktinya Chinese Community Council (CCC) dan Pertubuhan Agama Hindu (PAH) UKM gagal mendapat sokongan di kalangan mahasiswa dengan hanya seorang calon siswi Aspirasi berbangsa Cina yang memenangi kerusi.

Itu pun di kerusi fakulti tahun 3/4.

Ini juga menyaksikan seramai empat orang siswa wakil CCC dan seorang dari PAH ditolak oleh majoriti mahasiswa UKM.

Bagi penulis sekali imbas, ia nampak lebih kepada sentimen perkauman yang masih gagal dikawal oleh kempen-kempen sepanjang PRK.

Calon-calon CCC dan PAH kelihatan pada kebanyakan masa berkempen dalam kelompok mereka sendiri termasuk di kelas-kelas dan kawasan umum. Malah, sebuah risalah tertulis " KAMI MINORITI tetapi kami mewakili MAJORITI mahasiswa " seakan-akan mengiakan telahan awal CCC dan PAH tidak mendapat bantuan sokongan penyokong Aspirasi dan bakal ditolak dengan teruk dalam sesi pemilihan kali ini.

Kepada kepimpinan Aspirasi sewajarnya melihat perkara ini amat perlu dibincangkan secara serius jika tidak mahu CCC dan PAH 'melompat parti' dalam pemilihan MPP akan datang. Kepada kepimpinan GMUKM pula harus mengambil kesempatan kemenangan yang dianugerahkan ini untuk lebih toleransi dan berbaik-baik dengan kepimpinan PAH dan CCC demi 'politik nilai' yang dilaung-laung sebelum ini.

CyberTrooper UMNO tidak membantu PRK

Kelibat jentera media maya yang diketuai Tun Faisal bin Ismail yang merupakan Ketua Unit Biro Media Baru UMNO yang mengasaskan MyMahasiswa dan PemikirPolitik.blogspot juga gagal menarik perhatian mahasiswa. Biarpun terdapat beberapa polemik yang ditimbulkan menjelang hari pembuangan undi di UKM, kerja keras daripada jentera cybertrooper yang memfokuskan UKM dan UM masih gagal memberi kesan.

Polemik-polemik yang ditimbulkan pula didapati sukar difahami khususnya bagi mahasiswa tahun satu yang baru beberapa hari menjengah kampus besar kedua-dua Universiti, mengakibatkan undi tetap dibuang ke kotak calon pro-mahasiswa.

Penulis juga melihat Ops 20/20 yang digagaskan tetapi kemudiannya bocor tak bertampal akhirnya terpaksa dilupakan dan dibakulsampah oleh pengasasnya yang juga bekas aktivis TSB UKM.

Mungkin ada eloknya pemimpin bergelar Datuk itu kini kembali mengatur dengan 'orang-orang baru' ; bukan 'jentera pencen' yang berpenghuni di JPPel itu.

GMUKM perlu bermuhasabah

Penulis menginsafi firman Allah di dalam surah Al-Nasr (Pertolongan);
Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah). Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai.

Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

Kepimpinan GMUKM yang rata-rata berimejkan pendokong Islam; ustaz dan ustazah (boleh dikatakan kesemuanya menganggotai ISIUKM- sebuah badan dakwah di UKM) sudah semestinya amat rapat dengan ayat di atas, sewajarnya turut bersama-sama menginsafi bahawa kemenangan yang dikurniakan bukan milik mutlak mereka. Di penghujung ayat Al-Nasr di atas turut mengingatkan bahawa 'ucapkanlah tasbih dan mintalah ampun' buat peringatan semua calon yang memenangi PRK baru-baru ini.

Kepimpinan GMUKM juga kini wajar berani membawakan suara-suara mahasiswa setelah sepenggal 'bereksperimen' di bawah kepimpinan LT M Ahmad Muzzammil Muhd Hairi dalam kabinet PMUKM sesi 2010-2011. Biarkan nista daripada pihak pentadbiran Universiti ataupun tindak-tanduk kurang senang masyarakat politik di luar sana yang cemburu akan kemenangan kalian kali ini. Datuk-datuk atau datin-datin itu sudah bisa bergaji puluhan ribu sebulan, tidak akan mengerti apa erti 'perjuangan mahasiswa'.

Seharusnya kalian GMUKM yang memimpin PMUKM sekali lagi penggal ini membuktikan benar kata Pak Ungku Aziz; "Belajar sambil mencabar, pelajaran tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak kan maju tanpa pemimpin berpengalaman dan terpelajar" Sokongan mahasiswa yang dijelmakan oleh pengundi-pengundi yang juga rakan-rakan mahasiswa kalian wajar diinterpretasi sebagai amanat yang wajib ditunaikan sedaya mungkin.

Jumlah pungutan yang agak besar di kolej-kolej kediaman bersaiz sederhana seperti di Kolej Aminudin Baki (KAB), Kolej Antarabangsa Ibu Zain (KAIZ) dan Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) khususnya bagi kerusi-kerusi Umum wajar dilihat jentera sebagai satu sokongan padu mahasiswa kepada GMUKM.

Kepergian kempen-kempen GMUKM di kolej berkapasiti besar iaitu Kolej Pendeta Za'ba(KPZ) dan Kolej Keris Mas (KKM) sebelum ini wajar dinilai semula walaupun kedua-dua kolej juga turut menyumbang undi yang besar kepada kemenangan calon-calon GMUKM.

Di samping itu Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) dan Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) juga sewajarnya mendapat perhatian yang agak penting oleh kepimpinan GMUKM dan PMUKM selepas ini, apabila terdapat kemerosotan dari segi peratus mengundi calon-calon GMUKM dan peratus keluar mengundi sendiri di kedua-dua kolej besar tersebut.

Aspirasi, GMUKM perlu bersatu

Biarpun agak kontroversi di akhir kalam ini, penulis selaku pemerhati bebas yang baru melangkah ke alam pelajar siswazah kini amat mengharapkan akan ada penyatuan di antara kumpulan Aspirasi dan GMUKM. Biarpun bukan secara ideologi perjuangan di dalam kampus, penulis melihatkan akan perlunya ahli-ahli dan kepimpinan kedua-dua kumpulan untuk bersama-sama mengatur aktiviti luar kampus seperti pertandingan futsal atau paintball di atas kapasiti kumpulan masing-masing.

Memetik kata-kata salah seorang pensyarah kelas penulis yang berjenaka mencadangkan agar kedua-dua jentera kumpulan mengadakan pertandingan memancing di Tasik Fakulti Kejuruteraan UKM, penulis melihat ada benarnya maksud kata-kata pensyarah tersebut yang mengimpikan anak muridnya menolak fahaman sempit dalam berpolitik untuk bersatu menggapai maksud sebenar 'politik nilai'.

Rahmann Setpol
 
 
Pro-Mahasiswa Menang Di UM, UKM



Keputusan pilihan raya kampus Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memihak kepada kumpulan Pro-Mahasiswa.

Pro-Mahasiswa memenangai 22 kerusi manakala Pro-Aspirasi pula menguasai 19 kerusi. Dua calon peringkat kerusi fakulti memperolehi undi yang seimbang.

Peratusan keluar undi hanya 42.14.

Keputusan itu diumumkan oleh Naib Canselor UM Tan Sri Dr Ghauth Jasmon kira-kira pukul 6 petang ini di Akademi Pengajian Melayu.

Ghauth berkata sembilan kerusi umum dan 34 kerusi fakulti dipertandingkan dalam pilihan raya kampus universiti itu tahun ini dan keputusan rasmi akan diumumkan Khamis ini.

Dalam pada itu, Kumpulan Pro-Mahasiswa juga menang di UKM dengan memperoleh 19 kerusi manakala Pro-Aspirasi menang di sembilan kerusi.

"Pro-Mahasiswa berjaya mengekalkan penguasaan di UKM sekali lagi," kata seorang pemimpinnya kepada Sinar Harian Online.

Dalam pada itu, kumpulan Pro-Aspirasi menang besar dalam pilihan raya kampus di kebanyakan universiti.

Antaranya,Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Sains Malaysia.

Di UPM, Pro-Aspirasi memenangi 39 daripada 47 kerusi yang dipertandingkan manakala di UUM pula, 34 kerusi disapu bersih daripada 36 kerusi.

Sementara itu, di UPSI, 25 daripada 29 kerusi yang dipertandingkan milik Pro-Aspirasi, manakala di UPNM, kesemua kerusi dimenanginya.

Selain itu, di UMP pula, 22 daripada 24 kerusi dimenangi Pro-Aspirasi dan 33 kerusi dimenangi di UMS.

Dalam pada itu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pula menggantung keputusan pengundian malam tadi ekoran masalah teknikal dalam sistem e-undi. Pengundian semula, menggunakan sistem kertas, dijangka diadakan minggu depan.-
SH

comments:

 

Sinner said...

Baca dalam The Star.. kata Pro-Aspirasi yg menang kat UM..

Pening.. official website tadak ka?

Anonymous said...

KAMI PELAJAR IPT KEMPEN IBUBAPA DAN KELUARGA TOLAK BN DAN PTPTN

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment