Sunday, September 30, 2012

Re: RG2011... Fw: hebat kerana dibenarkan berhutang RM34.3 bilion

 

Dia berhutang byk mana pun, dia byk membantu orang2 melayu juga menerusi Yayasan al-Bukhary!

Sedih tgk orang melayu skrg berpusu2 nak menyokong orang cina untuk jatuhkan melayu yg tak byk mana pun yg jd tokoh koporat.


Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta (rekod setakat 2004) bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan। Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.

Projek-projek utama Yayasan al-Bukhary

Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang siap pada akhir tahun 2004। Kompleks itu memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.

Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta। Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara.Sumbangan dalam bidang pendidikan

Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies
, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.

Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan।

Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah। Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.

AKU SUNGGUH SEDIH JIKA MELAYU SENDIRI YG BERSEMANGAT MENYEBARKAN EMEL MENJATUHKAN BUKHARY INI!

2012/9/29 -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
 



Lelaki ini adalah rakyat Malaysia dan melayu paling hebat kerana dibenarkan berhutang RM34.3 bilion

gigitankerengga.blogspot.
 
Hutang RM34.3 bilion Syed Mokhtar tidak berjawab 
 
Jamilah Kamarudin

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat menolak soalan lisan yang dikemukakan  Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) berhubung dakwaan hutang korporat syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sebanyak RM34.3 bilion.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, penolakan pertanyaan jawab lisan Pua ditolak mengikut Peraturan Mesyuarat 23(1)(c).

Peraturan Mesyuarat tersebut menyatakan sesuatu pertanyaan itu tidak boleh mengandungi apa-apa hujah, sangkaan, fikiran, tohmahan, puji atau keji atau mengandungi kalimah menyakitkan hati ataupun mengenai apa-apa perkara dangkal atau meminta penerangan mengenai perkara remeh.

Pua dalam soalannya meminta Menteri Kewangan menyatakan kesan negatif kepada sistem kewangan dan perbankan tempatan apabila syarikat milik Syed Mokhtar mempunyai jumlah hutang yang dianggarkan melebihi sepuluh peratus kesemua hutang korporat di Malaysia.

"Nak tanya 'sangkaan' apakah yang menyebabkan Menteri Kewangan enggan menjawab soalan ini sedangkan semua soalan yang dikemukakan kepada Dewan selama ini adalah sangkaan dan dakwaan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Pua menegaskan, dakwaan jumlah hutang itu bukan satu rekaan sebaliknya fakta yang diperoleh melalui sumber terbuka di Bursa Saham dan Bank Negara.

"Saya amat kesal kenapa menteri enggan beri jawapan kerana isu ini mampu memberi ancaman kepada ekonomi negara.

"Angka (hutang) ni bukan tarik dari langit tapi ianya laporan rasmi tahunan daripada syarikat Syed Mokhtar sendiri yang juga boleh anda dapati daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)," katanya.
 
 
 

Ingatkan orang kaya macam Syed Mokhtar hidup tak ada hutang....?

Posted by Kedah Lanie
 
Tahap hutang Syed Mokhtar sangat membimbangkan, kata Pua
KUALA LUMPUR, 27 Sept ― Hutang terkumpul sebanyak RM34.3 billion yang ditanggung syarikat-syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mewujudkan kemungkinan besar yang kerajaan akan terpaksa menebus hutang tersebut dengan wang rakyat, kata Ahli Parlimen DAP Tony Pua hari ini.

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara memberitahu wartawan bahawa soalan tersebut yang diajukan kepada Kementerian Kewangan dihalang oleh Speaker Dewan Rakyat kerana ia berdasarkan andaian.

"Jika kumpulan syarikat mempunyai hutang sebanyak RM34.3 billion, dan apabila tidak mampu untuk membayarnya, kemampuan syarikat yang lain untuk membayar hutang juga akan terjejas.

"Pada tahun 1997, kerajaan terpaksa menebus hutang syarikat, dan terpaksa membeli LRT, memberi pinjaman kepada Tan Sri Halim Saad yang berjumlah RM3.2 billion yang tidak dibayar balik," kata Pua yang merujuk kepada syarikat kumpulan Renong semasa krisis ekonomi pada 1997.
Pua berkata, beliau kesal bahawa Datuk Seri Najib Razak, yang juga merupakan menteri kewangan, tidak menjawab soalannya hari ini kerana ia bakal mendedahkan risiko kepada krisis ekonomi.

"Syarikat beliau (Syed Mokhtar) berhutang sebanyak RM34.3 bilion, lebih dari sepuluh peratus dari hutang korporat nasional, dibandingkan dengan Renong sebanyak RM20 bilion, iaitu cuma lapan peratus.

"Ini adalah perkara serius dan bakal menjadi masalah kepada kewangan dan industri perbankan di negara ini," kata Pua lagi.

Syed Mokhtar memiliki syarikat perhotelan Tradewinds, MMC Corporation dan pada awal tahun ini telah berjaya dalam bidaan untuk menswastakan Pelabuhan Pulau Pinang yang mendapat kritikan dari kedua belah ahli politik Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Timbalan pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, "Syed Mokhtar umpama raja kerana banyak bank di belakangnya."
 


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment