Kritikan... Tiada siapa yang menyukai apabila dirinya dikritik oleh orang lain tatkala melakukan sesuatu yang tidak disenangi oleh orang yang mengkritik itu. Namun sebagai manusia, kita tidak akan dapat lari daripada mendengar kritikan-kritikan orang lain terhadap diri kita, samada kita suka ataupun tidak dengan kritikan tersebut. Kita mesti menghadapinya dengan pasrah dan mengharapkan agar kata-kata kritikan tersebut adalah tidak benar.
Namun pernahkah kita terfikir bahawa kritikan-kritikan tersebut sebenarnya boleh membawa kepada perkara-perkara positif terhadap diri kita sendiri? Bagi mereka yang menganggap kritikan itu sebagai suatu wasilah pengislahan atau agent perubah untuk ke arah yang lebih baik lagi, pastinya akan memberi kebaikan kepada dirinya sendiri sebagai timbal balas atas apa yang mereka fikirkan. Bak kata pepatah "Siapa diri kita bergantung pada apa yang kita fikirkan. Demikian jugalah bagi mereka yang melihat kritikan itu sebagai negatif, akan mudah berputus asa dan akhirnya terperangkap dengan kritikan tersebut lalu melakukan sesuatu yang merugikan diri sendiri.
Menerima kritikan yang membina pastinya tidak ada masalah kerana kritikan yang membina biasanya diterima dengan baik. Namun kita pasti akan merasa sesuatu apabila kritikan yang menjatuhkan dilemparkan ke atas diri kita. Kritikan-kritikan seperti bentuk rupa paras, kebolehan , prestasi peperikasaan dan sebagainya sering kali diperbesarkan oleh diri kita sendiri apabila ada yang mengkritik kita.
Ramai yang menganggap kritikan adalah sebagai suatu masalah besar yang perlu disembunyikan dan akhirnya akan merana seorang diri dengan masalah tersebut. Namun sedarkah kita, masih ramai manusia yang mepunyai masalah yang jauh lebih besar dari kita? Maka sewajarnya kita mempersiapkan diri dari segi mental khususnya agar apabila menghadapi kritikan-kritikan yang menjatuhkan seperti ini, kita dapat berfikir secara positif dan proaktif.
Tindakan yang wajar kita terima apabila diri kita dikritik adalah sabar dan tenang akan kritikan-kritikan tersebut. Memang nampak agak sukar apabila kita dituntut untuk bersabar apabila ada sahaja individu-individu lain yang mengkritik kita. Apabila dikritik, mungkin sahaja kita merasakan maruah kita telah dimalukan, namun lupakah kita bahawa ada ramai lagi manusia lain yang menghadapi dugaan dan cabaran yang jauh lebih hebat dari kita.
Rasulullah SAW pun masih boleh bersabar tatkala penduduk Mekah memaki hamun baginda. Dugaan yang ditempuh oleh baginda jauh lebih besar dari kita namun dilalui dengan penuh sabar dan tenang tanpa ada perasaan mahu membalas dendam oleh baginda SAW.
Tetapi malangnya kita pada hari ini pula melakukan perkara yang bertentangan dengan baginda tatkala diri dikritik. Kritikan yang sedikit sahaja sudah cukup membuatkan kita melenting dan marah dengan tanpa terus berfikir panjang.
Seharusnya kita menjadikan kritikan yang negatif itu sebagai pembakar semangat. Ya... ramai di antara kita yang melihat kritikan sebagai sesuatu yang melemahkan semangat. Lumrah apabila kita dikritik pasti akan merasakan bahawa kritikan tersebut adalah benar lantaran kelemahan diri kita , tetapi ubahlah persepsi kita mengenai kritikan-kritikan itu sebagai suatu panduan bagi kita dalam menempuh masa-masa akan datang untuk tidak mengulangi kesilapan yang lalu. Jadikanlah kritikan-kritikan yang kita terima itu sebagai pendorong kepada kita untuk menepis cabaran-cabaran pada masa hadapan dengan lebih berkeyakinan untuk tidak terjatuh ke dalam perangkap kegagalan yang lalu.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;-
"Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali"
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kita juga sebenarnya perlu bersyukur jika masih ada yang mahu mengkritik diri kita , tidak kira samada kritikan itu dibuat dengan ikhlas atau sebaliknya, kita perlu melihatnya sebagai suatu tanda kasih nya mereka kepada kita dan sewajarnya berterima kasih kepada mereka kerana masih mahu memberi kritikan kepada kita. Bayangkan sahaja jika kita menempuh dunia ini tanpa nasihat dan kritikan kriktikan yang membina walau kadangkala ianya menyakitkan, sudah tentu kita akan jauh jauh tersesat dalam dunia penuh kenikmatan ini. Ingatlah bahawa tidak ada manusia di dunia ini yang boleh hidup dengan merasakan dirinya sempurna dan tidak perlu dikritik lagi.
Walaubagaimanapun cara kita menerima kritikan itulah yang jauh lebih penting. Ramai yang apabila dikritik akan melakukan sesuatu yang akan merosakkan diri mereka sendiri kerana tidak dapat menerima kekurangan yang ada pada diri mereka. Ada yang akan menangis dan tidak kurang juga yang akan membunuh diri sendiri jika kritikan yang diterimanya dirasakan terlampau berat. Ingat lah bahawa semua orang di dunia ini mempunyai masalah tetapi cara dan bagaimana masalah itu diselesaikanlah yang membezakan seseorang individu itu dari individu yang lain.
Jelas bahawa kritikan itu sebenarnya penting dalam memandu kita ke arah kebaikan dan kebahagian hidup di dunia ini. Apa yang penting adalah kita menerima setiap kritikan itu dengan hati yang terbuka dan tenang. Fikirkan sahaja bahawa setiap kritikan itu sebenarnya adalah panduan yang penting untuk kita berjaya di masa hadapan.
Teringat akan kata-kata aktivis muslim Amerika, Malcolm X yang berbunyi "If you have no critics, you'll likely have no success", benar sungguh kata pepatah ini... Apalah manisnya hidup ini tanpa sedikit masin dan pahit untuk diselang-selikan dalam melayari bahtera kehidupan di alam dunia ini.
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment