biasalah kalau org nak belanja.....amiklah....kalau ada persoalan
rasuah atau apa pun....report lah MACC......apa susah....
sedangkan shahrizat 250juta pun sleamba ajekan.....apa sangatlah 96ribu kan...
On 26/09/2012, shreddervirtuoso <shreddervirtuoso@gmail.com> wrote:
> RM96,000 sewa jet eksekutif
> INILAH jet eksekutif yang dinaiki Anwar bersama beberapa pemimpin
> pembangkang yang disiarkan dalam blog http://mediawangsamaju.blogspot.com.
> ------------------------------
>
> KUALA LUMPUR - Kos menyewa jet eksekutif selama dua hari untuk membawa
> Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama beberapa pemimpin
> pakatan pembangkang lain ke Labuan, Sabah pertengahan bulan ini adalah
> RM96,000.
>
> Menurut sumber, kos tersebut meliputi semua caj termasuk bayaran
> juruterbang, jurutera dan perkhidmatan lain yang dikenakan Tjets Sdn. Bhd.
> (Tjets).
>
> Difahamkan, urusan tempahan jet berkenaan dilakukan oleh seorang individu
> dari Sarawak.
>
> Sementara itu, Pengerusi Tjets, Datuk Mohd. Taufik Omar (gambar kecil)
> menjelaskan, beliau tiada hubungan persahabatan dengan Anwar sebaliknya
> perkhidmatan pengurusan penerbangan jet eksekutif yang dinaiki Ketua
> Pembangkang itu dilakukan secara profesional.
>
> Jelasnya, beliau tidak mengetahui bahawa Anwar akan menjadi penumpang jet
> eksekutif berkenaan apabila tempahan dibuat.
>
> "Sehinggalah jet mahu berlepas baru saya tahu antara penumpangnya ialah
> Anwar dan rakan-rakannya.
>
> "Saya orang berniaga dan saya menguruskan tempahan secara profesional.
> Tidak pula saya memeriksa siapa yang akan menjadi penumpang apabila sesuatu
> tempahan jet eksekutif dibuat," jelasnya.
>
> Sebelum ini, seorang penulis blog, John F. Seademon mendakwa, Mohd. Taufik
> yang menyewakan jet tersebut kepada Anwar.
>
> Kisah mengenai jet tersebut tercetus apabila Naib Presiden Parti Keadilan
> Rakyat (PKR), Tian Chua pada laman Twitternya memuat turun gambar jet
> eksekutif Dassault Falcon pada 15 September lalu yang kemudian dipetik
> beberapa blog antaranya http://mediawangsamaju.blogspot.com.
>
> Selain Anwar, turut menaiki jet eksekutif berkenaan ialah Timbalan
> Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw; Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr.
> Hatta Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin.
>
> "Apabila saya melihat Anwar menjadi penumpang jet tersebut, apa yang boleh
> saya buat?
>
> "Tidak mungkin saya meminta Anwar dan rakan-rakannya turun. Saya hanya
> sekadar boleh beristighfar dan tunggu apa yang akan berlaku selepas ini,"
> katanya lagi.
>
> Menurutnya, tidak banyak syarikat bumiputera terlibat dengan industri
> pengurusan penyediaan jet eksekutif di negara ini dan oleh itu, adalah
> tidak adil bagi mana-mana pihak menuduhnya ada kaitan dengan Anwar.
>
> "Saya hanya cari makan dan ini adalah salah satu bidang perniagaan saya.
> Adakah saya bersalah hanya disebabkan Anwar menjadi salah seorang penumpang
> dalam jet yang diuruskan oleh syarikat saya?
>
> "Saya amat berharap penjelasan ini menceritakan perkara yang sebenarnya
> berlaku," katanya.
>
> 96K tu murah aje.. kalau dah tadbir malaysia 96 Juta la plak..
> selamberrrrrrrrrr..
>
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment