Sunday, September 30, 2012

Re: RG2011... Fw: Inti Pati Bajet 2013,

Ya, terima kasih PR. Semoga terus menjadi pembangkang yang ikhlas dan berkesan. 


From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Friday, September 28, 2012 11:49 PM
Subject: RG2011... Fw: Inti Pati Bajet 2013,

 

 

BAJET 2013 - TERIMA KASIH KEPADA "PAKATAN RAKYAT" KERANA BERJAYA MEMBERI TEKANAN KEPADA UMNO/BN UNTUK MEMBERI PELBAGAI INSENTIF KEPADA RAKYAT.

btmmari.blogspot.
Written By canang
Cananglahnie
BAJET 2013 - TERIMA KASIH KEPADA "PAKATAN RAKYAT" KERANA BERJAYA MEMBERI
 
TEKANAN KEPADA UMNO/BN UNTUK MEMBERI PELBAGAI INSENTIF KEPADA RAKYAT......
 
TANPA USAHA2 PAKATAN RAKYAT, RAKYAT AKAN DIBULI2 OLEH UMNO/BN.

BAJET 2013 BAJET PANCING UNDI
 
SELEPAS PRU 13 JIKA BN DIBERI MANDAT LAGI
 
HARGA BARANG-BARANG PASTI NAIK LAGI
 
SERIK2LAH RAKYAT JANGAN SAMPAI TERTIPU LAGI
 
 
 
Bajet 2013: Bebas Cukai Untuk Orang Kaya Orang Miskin Kena Bayar Cukai
 
wasukalu.blogspot.
Posted by Hati Muda
 
#BajetAkhirBN - "yang KAYA BERTAMBAH KAYA.. " Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah. -

cubalah bagi cukai percuma kepada pemaju RUMAH KOS RENDAH... tentu banyak rumah itu dibina dan harga murah.

(PR bila memerintah akan salurkan pendapatan negara untuk BINA RUMAH MAMPU MILIK bukan untuk beri FREE TAX kepada PEMAJU HARTANAH projek MEWAH)

BN memang ZALIM... bila tiba PRU-13, tolak BN, undi PR dan rebutlah peluang harga HARGA lebih murah...

PILIHAN DI TANGAN ANDA.. (mohon sebar dan ceritakan maklumat ini kepada orang sekeliling ANDA - PRU dijangka DEC 2012)
 

Harga Gula Naik 20 Sen Kerana Ramai Kencing Manis

addin77.blogspot.
Posted by Addin
 

Ayat "cover line" subsidi gula dikurangkan sebanyak RM0.20 sekilogram mulai esok, namun maksud sebenarnya ialah, mulai esok harga gula naik RM0.20 sekilogram.Adakah logik dengan menaikkan harga gula sebanyak RM0.20 akan membantu 2.6 juta pesakit diabetes di Malaysia? 

Adakah langkah ini akan mencegah sakit diabetes di kalangan rakyat?Benarkah kenaikkan harga gula akan menyebabkan pengeluar makanan dan minuman mengurangkan kandungan gula di dalam produk mereka? Ini petanda harga makanan dan minuman bakal meningkat lagi.  
 
Berdasarkan pengalaman lalu, apa yang jelas taukey restoran-restoran mamak akan ketawa besarmemandangkan ini "lesen besar" untuk mereka menaikkan harga makanan dan minuman jualan mereka yang sudah sedia mahal.

Ini peluang mamak buat untung. Barisan Nasional dengan "Barang Naik" bagaikan kentut dan taik tak dapat dipisahkan. ~milosuam
 
 

Inti Pati Bajet 2013, BR1M RM250 untuk Orang Bujang...Mampukah Wang Itu Pengaruhi Undi Orang Muda?

duniacacamarba.blogspot.
 
BR1M 2.0 diberi pada individu bujang


 
[MK] LANGSUNG Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak sedang membentangkan Belanjawan 2013 yang dinanti-nantikan rakyat Malaysia.

Pembuka kata

- Kerajaan tidak pernah menjanjikan bulan, bintang dan cakerawala.

- Naskhah bajet ini penghargaan kepada rakyat Malaysia kerana terus meletakkan kepercayaan kepada kerajaan.

- Asas ekonomi kukuh membolehkan ekonomi negara di landasan teguh.

Gambaran umum

- Pendapatan per kapita negara sebanyak RM31,000 dan rizab antarabangsa sebanyak RM432.2 bilion.

- Hasil kerajaan pada 2013 dijangka sebanyak RM208.6 bilion berbanding RM207 bilion pada 2012.

- Defisit kerajaan pada 2013 dijangka sebanyak 4 peratus berbanding 4.5 peratus pada 2012.

- Perbelanjaan mengurus sebanyak RM201.9 bilion dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM49.7 bilion.

Isi penting
- Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.
   
- Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.
   
- Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.
   
- Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
   
- Dana Infra Nasional Bhd menerbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk membiayai pembangunan MRT.
   
- RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.

- Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.

- Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.

Industri halal
- SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.

- Pemberian insentif cukai bagi pelaburan dalam aktiviti penapisan produk petroleum dengan pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 10 tahun, pengecualian cukai pegangan dan duti setem.

- Pemberian pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 3 tahun pertama pengendalian syarikat dagangan LNG.

Petani, nelayan & penjaja kecil
- Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.

- Memperkenalkan empat kawasan jelapang padi baru berkeluasan 19,000 hektar di Kota Belud, Batang Lupar, Rompi dan Pekan, dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik padi.

- Sebanyak 55,000 nelayan diberikan bantuan RM200 sebulan dan skim insurans perlindungan dengan perlindungan maksimum hingga RM100,000.

- Subsidi dan insentif pertanian sebanyak RM2.4 bilion diteruskan.

- Memperkenalkan skim takaful pertanian sehingga RM13,000 kepada 172,000 pesawah.

Galakan amanah perniagaan

- Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.

- Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.

- RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.

- Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.

- Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.

Pasaran modal
- Terbitan dua tawaran permulaan awam (IPO) terbesar di dunia melalui Felda Global Ventures Holdings (RM9.9 bilion) daqn IHH Health Berhad (RM6.3 bilion).

- DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.

- Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

- Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.

- Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.

- Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.

- RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.


Pasukan keselamatan
- Seramai 125,708 anggota tentera diberikan insentif khas RM200 sebulan.

- Elaun wataniah dinaikkan dari RM4 kepada RM7.8 sejam.

- Seramai 224,000 pesara tentera tidak pencen mendapat bantuan one-off RM1,000.

- Seramai 242,200 anggota polis dan tentera akan menerima insurans berkelompok kepada dengan had perlindungan RM15,000.

Pinjaman perumahan & pelatih praperkhidmatan
- Pinjaman perumahan penjawat awam akan disusun semula, manfaat dan bantuan kekal 4 peratus.

- Seramai 31,135 pelatih akan mendapat kenaikan elaun praperkhidmatan.

- Unit Rondaan Bermotosikal dengan 1,000 motosikal di kawasan perumahan.

- SPRM akan ditambah baik dengan penambahan 150 perjawatan (5,000 anggota).

Imbuhan
- Seramai 1.4 juta ahli Perkeso diberikan pemeriksaan percuma bernilai RM200 juta.

- Diskaun separuh harga bayaran pasport kepada warga emas RM150 untuk lima tahun dan RM80 untuk dua tahun.

- Sebanyak 40,000 tangki air akan dibekalkan di pedalaman Sabah-Sarawak.

- Sebanyak RM100 juga diperuntukkan untuk menaik taraf 350 klinik kerajaan.

- Pemeriksaan percuma mamogram untuk 100,000 wanita.

- Rebat kepada belia (21-30 tahun) RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G.

- Diskaun separuh harga tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan bawah RM3,000.

- Had pendapatan Skim Rumah Pertamaku ditetapkan RM10,000 untuk suami-isteri dan RM5,000 untuk individu dengan nilai hartanah tidak lebih RM400,000.

- Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M) RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bawah RM2,000.


P/s: Kerajaan bagi ambil kerana wang itu wang rakyat, waktu mengundi nanti jangan lupa pangkah PR! Jadilah orang muda dan rakyat yang celik politik!


No comments:

Post a Comment