Saturday, September 29, 2012

Re: RG2011... Bonus Penjawat Awam 2012 (Pecah Rekod): 2 Bulan Gaji?

 

Bagi saya melihat: Budget BN ni tak der makna. Hanya budget untuk meneruskan pegangan kuasa. Happy satu hari sengsara 5 tahun.

Apabila depa menang Pilihan raya tahun depan maka menyusul lah GST dan macam macam lagi cara hendak menyelongakar duit orang miskin.

Salah parking motosikal jer RM300.  Harga motosikal RM700 ...sapa yang punya motor? tentulah orang miskin. Tak bayar..kena black list. Tak ada road tax [ sebab dah black list] depa saman lagi.....Silap haribulan akhirnya sapa tak bayar saman kena penjara.

Yang hutang berbilion, yang curi berbilion, juta juta...kena 12 bulan. [kalau kena] Curi nak beli nasi kena penjara 1 tahun.....

Budget PR ada nampak usaha cuba nak meringankan beban kehidupan rakyat berpendapatan rendah secara keseluruhan....Jadi Fikir fikirkanlah.

HBI

--- On Fri, 28/9/12, Wan Zailan <wanzailan@ajikl.com.my> wrote:

From: Wan Zailan <wanzailan@ajikl.com.my>
Subject: Re: RG2011... Bonus Penjawat Awam 2012 (Pecah Rekod): 2 Bulan Gaji?
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Friday, 28 September, 2012, 4:39 PM

 



ye betul,
penjawat hanya 1.4 juta dari penduduk malaya,
penjawat swasta hampir 12juta, selebihnya pelajar, tak kerja, petani.
penjawat awam dapat bonos 2 bulan, petang hari bajet umum, malam tu harga barang naik,
yang kena bala adalah seluruh rakyat, yang happy hanya 1.4 juta org,
adil ker, kerja tak seberapa, bonus nak banyak, lepas tu susahkan org
----- Original Message -----
From: amiza i
Sent: Wednesday, September 26, 2012 6:45 PM
Subject: Re: RG2011... Bonus Penjawat Awam 2012 (Pecah Rekod): 2 Bulan Gaji?

 

saya sebagai penjawat awam. tak yakin ada bonus & tak mau harap pun.


From: feeqa chunna <abj290377@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, September 19, 2012 5:02 PM
Subject: Re: RG2011... Bonus Penjawat Awam 2012 (Pecah Rekod): 2 Bulan Gaji?

 
seronok sgt nak  merasa bonus berganda ..duitnya bertahan mungkin x sampai sebulan??....
namun tempiasnya  adalah  keatas kenaikan harga barangan harian yang perlu ditanggung oleh semua lapisan rakyat tak kira penjawat awam mahupun tidak.
 
 


 
2012/9/18 roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
 



Bonus kakitangan awam 2012 : Seperti biasa pastinya "mata dan telinga" kalangan kakitangan awam tertumpu kepada pengumuman bonus, samada menjadi menjadi realiti atau fantasi semasa bagi pembentangan Bajet 2013 kali ini. Kalau ada "habuannya" berapa banyak? setengah bulan bonus, satu bualn bonus atau 2 bulan bonus sekaligus? Yang mana satu?

2 bulan bonus? Kalau benarlah dan menjadi kenyataan, bermakna pecah rekod sebagai bonus kakitangan awam 2012 adalah bonus terbaik kakitangan awam selepas kerajaan pernah memberikan bonus kakitangan awam sekitar 1 bulan bonus iaitu ketika diera pemerintahan gandingan Tun Dr Mahathir Mohamad suatu ketika dahulu. Dulu…..

Bonus Kakitangan Awam 2012 Sempena Pilihanraya Umum Ke 13?

 

Hati kecil kami kuat mengatakan pembentangan Bajet 2013 kali memberikan kesinambungan semasa berlangsungnya Pilihanraya Umum ke 13 kelak. Oleh itu bagi kami bonus setengah bulan itu boleh dikatakan hampir pasti untuk dinikmati  kalangan kakitangan awam, tetapi jikalau nak lebih daripada itu iaitu sebanyak sebulan atau 2 bulan bonus, ia pasti menjadi persoalan dan teka-teki…..
Bonus 2012 Bonus Kakitangan Awam 2012 Dalam Bajet 2013 : Satu Bulan @ Dua Bulan Bonus Gaji?
Bonus 2012 Kakitangan Kerajaan Bonus Kakitangan Awam 2012 Dalam Bajet 2013 : Satu Bulan @ Dua Bulan Bonus Gaji?
Walaubagaimanapun, setakat apa yang boleh kami katakan ketika ini berdasarkan sumber yang boleh dipercayai, elaun rumah dijangka akan naik. Ya…Manakala elaun perkhidmatan masih belum mendapat kepastian lagi daripada "pihak yang dibelah" sana.


Cuepacs seperti biasa menjalankan tugas lazimnya setiap kali berlangsungnya pembentangan Bajet kerajaan pada setiap tahun. Walaupun Cuepacs minta 2 bulan bonus gaji kakitangan awam, tetapi hakikat yang perlu diterima kata putus masih lagi terletak di tangan JPA, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan dan tidak lupa juga Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Razak untuk membuat keputusan…..apa yang terbaik kepada negara & kerajaan yang ada sekarang ini.


Apa respon kakitangaan awam di sini mengenai bayangan bonus 2012 dalam pembentangan Bajet 2013 kali ini?





__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment