Thursday, September 27, 2012

Re: RG2011... Fw: Pelakon Filem Telah Dikenalpasti!

 

Kat dunia ni boleh lah eksyen.,buat wayang lebat, fitnah sana fitnah sini.. Kat padang mahsyar yang membuat angkara dan menyokong "mereka" ini jawablah pada Allah.

2012/9/27 noraziziah abdullah <noraziziah@yahoo.com.my>
aiyoooo..ini macam pun ada ke??? desperate!


From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, September 25, 2012 11:14 PM
Subject: RG2011... Fw: Pelakon Filem Telah Dikenalpasti!

 

 

PENEMUAN BARU
 
 
Posted By Greenboc
 

Bukan Mohd Ali Baharom pelakon 'Masaalah Air Selangor' itu..

Ini adalah rakaman oleh Malaysiakini yang mendedahkan akan satu pengambaran secara rahsia tapi terbuka (rahsia apa ke benda tah..) yang telah dijalankan oleh sebuah produksi pengiklanan yang kelihatan akan digunakan untuk menyerang kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor dalam isu air..

Video ini juga secara tidak langsung membuktikan bahawa gambar yang disiarkan oleh beberapa blog yang menyokong Pakatan Rakyat bahawa individu yang berlakon telah dikenalpasti adalah tidak benar.. lihat gambar di bawah..


Dua orang lelaki yang kelihatan (berbaju merah dan hitam) memang sangat popular dengan kerja-kerja mendajalkan Kerajaan Negeri Selangor.. perhatikan warna lori tangki yang membawa bekalan air di atas kemudian perhatikan gambar dari video rakaman Malaysiakini di bawah..


Warna lori dan jenis lori yang digunakan adalah berbeza... dan untuk pengetahuan semua gambar di atas ialah gambar yang telah dirakamkan ketika penduduk di Taman Putra Budiman, Balakong, Seri Kembangan mengalami gangguan selama lapan hari.

Yang berbaju merah itu Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu manakala yang berbaju hitam pula ialah Sohaimi Shahadan Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS).

Selain itu Sohaimi Shahadan juga adalah Ketua Pemuda Umno Selayang yang juga Exco Pemuda Umno Malaysia merangkap Ketua Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan Pemuda Umno Malaysia

Dan perlu diketahui juga Sohaimi Shahadan juga adalah pemegang 35% saham dalam MalTechPro pembekal i-Pad 1Malaysia yang mahal gila.. sila baca di ( SINI ) mengenai i-pad itu..

Jadi buat yang dah menyerang Presiden Pasukan Senaman Punggung atau Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom tu.. pandai-pandailah korang..

Berikut adalah rakaman Malaysiakini mengenai Iklan air masalah air Selangor yang dikatakan berjalan secara 'rahsia' di PJ itu..

 
-ASD 



Siasatan terhadap syarikat Reservoir Productions yang menjalankan produksi filem Masalah Air Selangor masih terus kami lakukan. Difahamkan bahawa terdapat perjanjian di antara pihak pengeluar filem iklan tersebut dengan "klien"nya yang tidak didedahkan.

comments:
Waris said...
Alamak... hantu ponggong berlakon. Takutnye aku...
Anonymous said...
bangang betul... dah la hati tu busuk nak buat kerja fitnah, bodoh pulak tu. kalau niat tu awal2 lagi utk menjatuhkan orang, tuhan akan tunjukkan kebenarannya.
Anonymous said...
BODOH punya penduduk...kerana duit sebyk celah taik gigi, sanggup nak bersubahat busukkan nama kerajaan PR selangor....[DIIZINKAN ALLAH hendaknya]jangan sampai kawasan flat mereka betul2 tak ada air nanti baru PADAN MUKA DIAORANG....
Anonymous said...
Muka tokey tablet 1M pun ada??
Anonymous said...
ali ponggong tak cukup air
khairul ashraf said...
Hahahha tokey ikan bakar tak belakon sekali ka?
Anonymous said...
chaerul,tokey ikan bakar dah buka resort kat sekinchan,ko tengopk kat mingguan utusan,..
azrul perasit said...
dah masuk tv3 belum .. hihih
Anonymous said...
Aku do'akan mudah-mudahan penduduk dikawasan yang berlakun dengan iklan buat fitnah dilimpahkan perkenan dari Allah dengan air yang lebih dari yang diperlukan oleh penduduk disini,semoga mereka akan merasai nikmat dari Allah yang berlebihan dari tempat-tempat yang kekeringan air. Adakah mereka sedar ada sedikit air itu lebih baik dari kekeringan.
azhariyari said...
BEROK PELIHARAAN, KAKI TONGGENG, PELACUR TUA, BANGSAT BANGSA, SUNDAL POLITIK, PEMBODEK ULUNG, PENCEMAR MARUAH,TAIKKKKKKKKKKKK..
Anonymous said...
tunggu dan lihat perkembangan babak seterusnya .suspen juga kut...
Anonymous said...
Mamat dlm kes kepala lembu di Shah Alam dulupun ada...ha..ha..ha..
Anonymous said...
Bole zoom tak? sapa mangkuk baju hitam blkg lori air tu? Dr gmbr samar2, aras mcm kenal..mcm penah nmpk!!
Anonymous said...
Seseorang itu apabila nawaitu nya ingin membahalol kan diri nya, maka bahalol lah dia sehingga menghina diri nya sendiri. Setahu nya, askar2 semua nya cekap cekal dan bikaksana, tapi bagaimana se orang yang bahalol lagi benggap mampu dilantik mengetuai persatuan bekas askar? Adakah askar2 sebahalol dengan nya?

Untuk renungan bersama.....
Anonymous said...
Tapi yg kelakarnya ialah filem ini belum dikeluarkan lagi untuk tontonan umum tapi dah boleh tgk sesi penggambarannya, menunjukkan ini hanya propaganda jahat yahudi umnongok. Diharap Ahli2 Parlimen PR memperlihatkan usaha jahat umnongok ini dgn membawa isu ini ke dalam Parlimen yg bersidang sekarang. Sekian, terimakasih.
Anonymous said...
inilah sikap askar berhenti 13 tahun...bahalol bin bengap..dlm askar dulu pun bengap..kat luar pun lg bengap...sudah2 la...bawa diri tu pi duk kat masjid atau surau..dekat2kan diri denganNYA...x hbs2 sanggup diri diperbodohkan oleh umno syaitan...
Anonymous said...
sayalihat macam ada kaitan ... dan ada persamaannya...

mungkin selepas melihat ali barom dan shohaimi mengagihkan air di balakong maka pihak UMNO telah meminta pihak produksi iklan tersebut menghasilkan filem yang serupa dengannya.

apa-apa pun memang ali baharom dan sohaimi itu telah terlibat di dalam projek memburukkan kerajaan pr selangor dengan isu air yang bermula di balakong.
Anak Perelih said...
hahaha geng askar bontot rupanya...
gen-Y said...
Lagi satu aku nak pesan mcm sblm2 ni.. rancang dulu baru buat,takdok la kantoi. tp sbb mmg semulajadi bangang sejak azali. buat dulu baru nak rancang..

lagi satu nak bakar apa2 pakai minyak,bkn air.. nanti sampai kiamat takkan nyala.. berenti la taktik lapuk korang tu.. kami mmg boleh baca & ramal taktik ketinggalan zaman gen-x ..
Anonymous said...
Ha ha ha..bngsat2 jd meroyan sbb periuk nasi nk kena tutup tu la jd cmni..komisen makeup harge sume nk kena tutup jd naik gile babi la dorng ni,kontrek2 bkl xdpt la klu PR menang..ni la org2 yg sapu duit rakyat..senng je nk cm penyangk2 ni..
parlimen pekan said...
sian kt ali 2..dia dh kerja keras dh..mcm2dia dh bantu kerajaan..sultn x pndg pun kt dia..xde ke sultn yg sudi nk bg dia pgkat datuk ke,dato seri ke?ala..eklan ni sama je ngan thriller the innosen of muslim tu..plakun nmpak tp pngarh perhati dr jauh..cuba tny noh udang tu..
Anonymous said...
bila ambil YAHUDI-APCO sebagai penasihat memang kerja UMNO dah jadi buat fitnah
Anonymous said...
UMNO DAH SINONIM DENGAN PUNGGUNG, CAKAP UMNO MESTI SENTUH PUNGGUNG.....ZAMAN MAKIN KEHADAPAN UMNO MAKIN KEBELAKANG
 

 

Penduduk resah dengan penggambaran iklan air

Posted by peterpang
 
Sebahagian penduduk sebuah blok pangsapuri di Petaling Jaya yang digunakan sebagai lokasi penggambaran iklan yang didakwa berkaitan masalah air di Selangor menyuarakan keresahan mereka berhubung langkah itu.
Mereka mendakwa penggambaran berskala besar itu mengganggu privasi, menyesakkan kawasan, berunsur politik dan tidak memberikan gambaran sebenar masalah berkaitan air.
"Saya amat yakin ini adalah konspirasi. Bila kami tanya penggambaran ini mengenai apa, mereka tidak beritahu.
"Tetapi mereka meminta penduduk dan mungkin pelakon tambahan, dengan bayaran RM50 mengangkat tong air.
"Ini seperti nak tunjuk yang kita tak ada air," kata penduduk setempat Dr S Paramananthan kepada pemberita.
Paramananthan juga mendakwa, penggambaran itu mungkin bertujuan memburukkan kerajaan negeri memandangkan tiada sebarang maklumat terperinci diberikan kepada persatuan penduduk.
Sementara itu, seorang penduduk lagi berkata, mereka hanya dimaklumkan penggambaran iklan "khidmat sosial mengenai air" tetapi tidak dimaklumkan ia berskala besar.
"Ini membuat saya risau kerana mengganggu privasi penduduk. Ini jumlah yang besar. Sebagai penduduk juga kami tidak tahu ia berkaitan dengan politik.
"Sebab kami cuma berunding dengan pihak produksi, bukan mana-mana parti politik," kata penduduk
yang telah menginap di pangsapuri itu selama 30 tahun dan enggan namanya disiarkan.
Sementara itu, seorang lagi penduduk berkata, mereka telah meminta penggambaran itu dibuat di tempat lain tetapi tidak berkesan, malah tenaga produksinya sampai seawal jam 5 pagi.
"Saya dah kata tempat ini tidak sesuai untuk penggambaran. Tetapi mereka kata mereka mahu lakukan kerana tempat ini sesuai," tambahnya.
Seorang warga emas pula tidak berpuas hati apabila berlaku kesesakan di kawasan tersebut sehingga mengganggu kelancaran kehidupan sehariannya.
"Saya dah tua. Sakit kaki. Saya terpaksa letak kereta saya jauh dan berjalan.
"Mereka ini juga dah membuat bising seawal jam 5 pagi dan ganggu saya nak tidur," katanya.
 

Pelakon Filem "Masalah Air Selangor" Telah Dikenalpasti!

Posted by greenboc

Cuba anda camkan betul-betul pelakon utama di dalam produksi filem "Masalah Air Di Selangor" yang bertujuan untuk memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Perhatikan topi komandonya juga! Kalau tak jelas, klik gambar itu kasi dia besar dan jelas lagi.

Anda sudah pasti kenal nama pelakon itu: Beliau adalah Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali yang mengetuai senaman di hadapan kediaman pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga pada pertengahan tahun ini.

Setelah "berjuang" habis-habisan untuk mendapatkan bayaran dari Zahid Hamidi tidak mendapat layanan, kini terpaksa menjadi pelakon di dalam "filem iklan" untuk memburukkan kerajaan PR Selangor - kononnya rakyat Selangor berdepan dengan masalah air paling meruncing dalam dunia!

Baca laporan malaysia kini :

Iklan air masalah air S'gor berjalan 'rahsia' di PJ

Sebuah penggambaran iklan yang didakwa berkaitan masalah air di Selangor dijalankan secara 'rahsia' di sebuah blok pangsapuri di Petaling Jaya.

Walaupun tahu ia berkaitan masalah air, penduduk yang ditemui rata-rata tidak jelas rancangan sebenar penggambaran itu.

Beberapa pelakon tambahan - sebahagiannya penduduk setempat - juga memberitahu Malaysiakini, mereka hanya diberitahu akan dibayar RM50 dan tidak tahu mesej iklan yang dilakonkan mereka.

Selain itu, pihak produksi pula ketika ditemui enggan menjelaskan butiran terperinci rancangan televisyen komersial itu kerana ia didakwa melibatkan kerahsiaan dengan pelanggannya.

"(Iklan) kempen air. Selebihnya saya tak boleh cakap. Saya harap awak semua hormati tugas saya," kata penerbit iklan itu Cheong Wai Leng ketika ditemui di tapak penggambaran.

Babak beratur dapatkan air Pemberita juga dilarang merakam keadaan di tempat itu, melaporkan keadaannya dan diminta meninggalkan kawasan penggambaran.

"Tak boleh dedahkan (butiran penggambaran). Kalau tak, kita yang akan disaman oleh pelanggan. Kami hanya bekerja dan kita mempunyai pelbagai pelanggan.

"Ini bukan kali pertama kami membuat penggambaran untuk iklan," kata Cheong lagi.

Tinjauan Malaysiakini sejak jam 7 pagi sehingga berita ini ditulis mendapati, kira-kira 200 orang terlibat dalam penggambaran itu.

Kelihatan babak orang ramai beratur mendapatkan air daripada lori bekalan air dilakonkan. Mereka juga diminta untuk 'menjerit' dan mengangkat tong air.

Produksi iklan itu juga kelihatan membawa empat lori kontena barangan dan persediaan set.

Penduduk setempat bagaimanapun memberitahu Malaysiakini kawasan mereka tidak mempunyai masalah gangguan bekalan air.

"Ini seperti nak tunjuk yang kita tak ada air," kata penduduk pangsapuri itu Dr S Paramananthan kepada pemberita.






Dengar sini, GB ingin mengingatkan pihak-pihak yang terlibat, bahawa Allah sudah berfirman:

Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43]
 
 
PKR dakwa pembikinan iklan komersil di Seksyen 17 bermotifkan politik
 
The Malaysian Insider 
  • Oleh Md Izwan
PETALING JAYA, 24 Sept — Ahli parlimen PKR, Hee Loy Sian yang tiba di Happy Mansion, Seksyen 17  Petaling Jaya mendakwa pembikinan iklan komersil yang berlangsung disini mempunyai kaitan dengan isu air Selangor dan mungkin digunakan dalam kempen pilihan raya sebagai modal politik Barisan Nasional.
Menurut penduduk tersebut, mereka terpaksa bangun pagi dan diarah oleh krew penerbitan menyertai pembikinan "iklan komersil" yang dianggarkan melibatkan seramai 200 orang rata-rata dan ada antaranya bukan penduduk di flat tersebut.
Krew penerbitan di lokasi didapati membawa trak air dan tong air untuk digunakan dalam pembikinan iklan tersebut.
Hee yang bergegas ke lokasi selepas mendapat rungutan penduduk di sini menyatakan rasa kesal dengan pihak yang bertanggungjawab dalam pembikinan iklan tersebut.
"Mereka (penerbit iklan) kata iklan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepentingan air.
"Tapi apa yang saya tengok hari ini adalah berbeza sekali, dengan trak dan tong air yang digunakan dalam pembikinan iklan ini ia jelas menunjukkan terdapat agenda tersembunyi. Saya rasa ia akan digunakan dalam kempen politik nanti," kata Hee.
Notis di papan pemberitahuan flat tersebut menyatakan pembikinan iklan tersebut akan berlangsung dari jam 7 pagi hingga 7 malam.
Dr S. Paramananthan, salah seorang penduduk di sini berkata aktiviti tersebut bukan sahaja mengganggu mereka malahan menyifatkan ia mempunyai agenda tersembunyi.
"Saya rasa pembikinan iklan ini menyusahkan penduduk di sini, secara tiba-tiba keadaan menjadi kelam-kabut dengan aktiviti ini.
"Saya syak iklan ini bermotif politik memandangkan peralatan dan kenderaan yang mereka gunakan dalam pembikinan iklan tersebut," kata bekas pengerusi jawatankuasa penduduk Happy Mansion itu.
Produser pembikinan iklan yang hanya mahu dikenali sebagai Wai Leng enggan mendedahkan butiran mengenai iklan tersebut atas alasan ia maklumat rahsia dengan pelanggannya.
Malahan dia turut mengarahkan wartawan The Malaysian Insider tidak menulis tentang laporan pembikinan iklan tersebut atas alasan khuatir ia akan mengundang tindakan daripada pihak yang membayar mereka.
"Saya tidak mahu mendedahkan maklumat mengenai iklan yang sedang kami buat ini bagi menjaga kerahsiaan dengan pelanggan kami," kata produser daripada Reservoir Production tersebut.
Antara babak dalam pembikinan iklan tersebut ialah orang ramai beratur untuk mendapatkan air daripada trak dan juga terdapat sepanduk yang digunakan. Difahamkan iklan komersil itu sepanjang 40 saat.
Pihak bertanggungjawab dalam pembikinan iklan itu juga didapati menyediakan khemah dan memberi makanan kepada orang ramai yang terlibat dalam pembikinan tersebut, malahan penduduk di flat tersebut juga mengakui mereka diberi upah sebanyak RM50.
Pengerusi jawatankuasa penduduk yang mahu dikenali sebagai Andrew juga berkata saiz kerja rakaman iklan tersebut telah melebihi dugaan mereka.
"Saya tidak menyangka akan terdapat ramai orang yang datang ke sini hingga mengundang rasa tidak puas hati di kalangan penduduk. Ini mungkin kali pertama dan yang terakhir kelulusan sebegini diberikan," katanya.
Seorang lagi penduduk yang ditemui, Jenny mendedahkan mereka dikejutkan seawal pukul 5 pagi dan turut menerima pemberitahuan menerusi risalah yang dihantar dari rumah ke rumah.
"Kami dikejutkan seawal jam 5 pagi dan pemberitahuan mengenai pembikinan iklan ini dilakukan menerusi risalah-risalah yang dihantar ke setiap rumah. Pada awalnya kami diberitahu pembikinan iklan tersebut hanya untuk kempen kesedaran dan penggunaan air.
"Tidak pula kami diberitahu ia bertujuan politik atau melibatkan mana-mana parti politik," tambah Jenny.
Putrajaya, media arus perdana dan BN Selangor telah memainkan isu krisis air di negeri terkaya tersebut sebagai modal politik mereka menjelang piihanraya yang harus diadakan sebelum pertengahan 2013.
Namun, kerajaan Pakatan di bawah Tan Sri Khalid Ibrahim menolak dakwaan tersebut dengan mengatakan perkara tersebut berpunca dari loji rawatan air yang dikendalikan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Syabas sebaliknya mendakwa terdapat krisis kekurangan air dan menggesa kerajaan Selangor untuk meluluskan pelan membina loji rawatan air Langat 2 bagi menangani masalah tersebut sebelum 2014.
 



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment