Sunday, May 26, 2013

RG2011... Fw: Dilarikan Perompak & Paduka Ayahanda Ditetak

 



Amalia Dilarikan Perompak Berseluar Dalam


Pontian - Sebuah keluarga dari Benut di sini, berdepan detik cemas apabila kediaman mereka dimasuki seorang lelaki yang hanya berseluar dalam bersenjatakan pisau dalam kejadian jam 4 pagi, Selasa lalu.

Ketika kejadian, suami isteri terlibat bersama tiga anak mereka sedang tidur sebelum dikejutkan jeritan anak perempuan kedua yang berada dalam bilik berasingan.

Samsudin Masran, 47, berkata, dia segera ke bilik anaknya sebelum mendapati cahaya mata sulungnya, Amalia Khairulnisa, 10, sudah tiada di tempat tidurnya.

"Anak kedua saya, Nur Farahin, menjerit memberitahu kakaknya sudah tiada dan memberitahu ada orang datang ke bilik mereka.

"Puas saya mencari Amalia di dalam rumah, tetapi tidak jumpa," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Bagaimanapun, Samsudin berkata, usaha isterinya, Rubiah Jerai, 40, yang mencari di kawasan belakang rumah terlihat kelibat anak perempuan mereka bersama seorang lelaki menuju ke arah balai Masjid Tampok.

Menurutnya, Rubiah terus menjerit meminta tolong daripada jiran di sebelah rumah yang kemudiannya bergegas ke belakang rumah.

"Saya dapati anak saya ditinggalkan seorang diri di kawasan belakang rumah dan menangis, namun tidak cedera," katanya.

Samsudin seorang pemandu lori mengakui, kehilangan wang sebanyak RM3,000 yang diletakkan di dalam dua beg selain sebuah telefon bimbit.

Jelasnya, wang tersebut adalah hasil jualan barang yang dibawa di dalam lori yang sepatutnya diserahkan kepada majikannya.

"Saya syak perompak tersebut masuk melalui tingkap kerana tiada kesan umpil pada pintu. Saya kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Benut," katanya.

Sementara itu, Amalia yang masih trauma berkata, lelaki terbabit mengugut agar memberinya wang sambil mengacukan pisau di lehernya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Deputi Superitendan Jokhiri Abdul Aziz mengesahkan kejadian.

comments:

Anonymous said...

Apa nak di bimbangkan...kan kita berada di Malaysia...negara yang paling selamat di dunia..."kata bekas menteri dalam negeri".

 

Paduka Ayahanda Gombak DiTetak ???

malaysiaberih.blogspot
gayapeneroka.blogspot.
Gombak: Seorang penjual telefon bimbit parah selepas dibelasah dan ditetak dengan parang oleh tiga lelaki dalam kejadian di gerai makan di sini, kelmarin.

Berikutan kejadian itu, mangsa yang berusia 47 tahun dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam kejadian jam 12.30 malam itu, mangsa bersama dua rakan lelakinya sedang makan di Melati Setia Tomyam, di sini.

Bagaimanapun, tiba-tiba datang tiga lelaki tidak dikenali membawa parang dan kayu besbol terus menyerang mangsa dari arah belakang menyebabkan berlaku pergaduhan.
"Ketika kejadian itu, hanya mangsa saja diserang dan ditetak bertubi- tubi pada anggota badan manakala dua rakannya tidak diapa-apakan.

"Selepas beberapa minit membelasah mangsa, semua suspek melarikan diri dengan kereta yang diletakkan berhampiran kawasan kejadian," katanya.

Abdul Rahim berkata, mangsa yang parah dihantar ke HKL oleh rakannya selepas tidak sedarkan diri.

Berikut adalah laporan polis yg telah dibuat.

Gombak rpt 3927/13 bertarikh 22/05/13@ 0245hrs.

Sek 324KK I.O: Insp Farouq
Pengadu Mohd Fadli b Yusoff (46 thn)(penghantar surat)

Pada jam l/kurang 0030hrs 22/05/13, semasa pengadu sdg mkn di Melati Setia Tomyam, gombak setia bersama kawan nama Jali@Tyson dan seorg lg kawan jali. Tiba-tiba datang 2/L/melayu dan 1/L/cina membawa parang dan kayu telah serang jali dari arah belakang. Jali cedera di belakang badan bahu kiri dan kanan, tangan kanan dan peha kanan. Saspek kemudiannya melarikan diri menaiki sebuah m/kar jenis dan no. Pendaftaran tak pasti warna gelap. Ambulans telah membawa mangsa ke HKL.

Temubual awal dgn mangsa di HKl dapati mangsa

Nama: Zazali b Safri 661223-10-6207

Kerja : Berniaga handphone.
Menurut doktor yg merawat mangsa terdapat 10 "slash wounds" pd badan mangsa; 6 dibelakang bada, 1 pada bahu kanan dan 1 pd bahu kiri,1 pada pergelangan tangan kanan dan 1 lagi pada peha kanan. Mangsa tidak kenal saspek dan tidak pasti motif saspek kerana tiada bermusuh dgn sesiapa. Mangsa adalah ayahanda kawasan gombak (ayah tyson).

Sumber dari SINI
 

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment