Gambar hiasan
Agama Islam telah memberi hak kepada kaum wanita bagi
menentukan siapa yang akan menjadi teman hidupnya.
mahupun gadis atau janda dan mereka punyai kuasa bagi
menerima atau menolak pinangan orang yang meminangnya.
''Perempuan-perempuan janda tidak boleh dikahwinkan
sebelum terlebih dahulu dimintakan kepadanya persetujuan-
nya, dan anak-anak gadis tidak boleh dikahwinkan hingga
lebih dahulu meminta diminta izinnya. Kata mereka:
bagaimana tanda izinnya? jawab Rasulallah saw:'' Apabila
ditanya diam sahaja".
(HR;Bukhari & Muslim)
"Sesungguhnya seorang anak gadis datang kepada
Rasulallah saw menceritakan bahawa bapanya telah
mengahwinkannya, padahal dia tidak suka, maka
Rasulullah menyuruh pilih kepadanya antara menerima
atau menolak."
(HR: Ahmad, Abu daud dan Ibnu Majah)
Hadith di atas menjelaskan bahawa seorang wanita
baik, dia janda atau anak gadis tidak boleh sesuka
sahaja dikahwinkan oleh walinya tanpa meminta
izinnya terlebih dahulu, tidak boleh kawin paksa.
Dengan demikian bahawa Islam memberikan hak
pada kaum wanita dalam menentukan teman hidupnya.
Akan tetapi wahai kaum wanita janganlah hak
atau kebebasan yang diberikan oleh Islam disalah
gunakan untuk mencari jodoh yang hanya menurut
kemahuan nafsu syaitan semata-mata, dan juga
jangan sampai salah pilih, hingga membawa hidup
sengsara di dunia dan akhirat.
Oleh itu sangatlah diharapkan, baik kepada kedua
orang tua, mahupun terhadap anak gadis juga janda
yang akan berkahwin, hendaklah ada persetujuan
dari berbagai pehak. Semoga dengan demikian
rumah tangga yang akan dibina mendapat rahmat
dari Allah swt, serta dikurniakan anak-anak cucu
dan keturunan yang taat dan patuh terhadap
perintah Allah swt.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you.
Your choices are yours alone. They are as much
a part of you as every breath you will take,
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices,
and you will manage your life.
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment