Sunday, July 14, 2013

RE: RG2011... Fitnah Politik

 

Bukti repot polis?

Ko baru lahir semalam ker?

Yg gobind singh anak lelaki karpal singh anak lelaki gabbar singh tengah lawan dalam mahkamah tu ape??

Lagi nak mintak repot polis ker??

Kah kah kah...

Makin ramei makin tak cerdik trooper umco eh..

 

Oii..shred..

Mende ko nyer trainee neh..tak kasi tazkirah dulu ker sblm masuk sini??

Mallu murid mallu guru bro...he he he..

Zahid Hamidi Disaman Lagi Selepas Polis Didakwa Abai Aduan

Seorang ahli perniagaan mengambil tindakan saman terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas polis tidak mengambil sebarang tindakan terhadap laporannya.

Amir Bazli Abdullah berbuat demikian berikutan mendakwa polis mengabai laporannya mengenai kejadian Ahmad Zahid menumbuk mukanya di Kelab Rekreasi Country Heights di Kajang, pada 16 Januari 2006

Beliau juga mendakwa Ahmad Zahid yang ketika itu Timbalan Menteri Penerangan, mengugut membunuhnya selepas ditahan secara tidak sah di rumah Ahmad Zahid di Country Heights.

Dalam kenyataan tuntutannya, Amir Bazli menuntut kos ganti rugi khas, umum dan teruk, dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Bercakap kepada The Malaysian Insider, semalam, beliau berkata, laporan polis sudah dibuat di balai Dang Wangi pada hari sama tetapi dipindah ke balai Kajang.

"Seorang polis berpangkat cif inspektor merakam kenyataan saya selama tiga hari," katanya.

Beliau berkata, tiga pegawai polis bertemunya yang dirawat di sebuah hospital di Kelantan dan ada mengambil laporan perubatannya.

"Tiga empat bulan kemudian, cif inspektor itu memberitahu kes itu diklasifikasi sebagai 'tiada tindakan selanjutnya'. Saya persoalkan kerana dia berjanji akan siasat dengan adil.

"Pegawai itu memohon maaf dan berkata 'tangannya terikat' kerana ia arahan dari atas."


Amir kemudian cuba bertemu Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan di Bukit Aman untuk mendapatkan penjelasan tetapi mendakwa Musa enggan berjumpa.

"Saya sebaliknya disuruh berjumpa dengan Setiausaha KPN tetapi dia juga tidak mahu bertemu saya," katanya.

Selepas dinasihati pegawai polis lain, Amir membuat aduan bertulis dan mengirimnya secara peribadi ke pejabat KPN tetapi tidak menerima sebarang jawapan selain pengesahan penerimaan surat itu.

Musa pula ketika mengulas hal ini memberitahu The Malaysian Insider dalam teks pesanan ringkas:"Saya tidak ingat dia pernah hubungi saya. Untuk berlaku adil, anda perlu bertanya kepada OCPD kawasan di mana laporan polis dibuat dan tanya kepadanya apa terjadi kepada laporan dan siasatan."

Bagaimanapun, Ahmad Zahid menafi pertuduhan berkenaan, sebaliknya mendakwa Amir menipu jalan ceritanya dan beliau pula membuat tuntutan balas dengan mendakwa Amir memalukannya dan mengalami trauma dari segi emosi akibat pertuduhan ahli perniagaan itu.

Kes saman Amir akan didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam bulan depan. -TMI

 

 

 

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of ieda
Sent: Friday, July 12, 2013 1:21 PM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Fitnah Politik

 

 

Ya sokong buang masa aje, betul sampai kiamat tak settle, mana bukti, buat le laporan polis. Kalau tidak ada, lebih baik jangan buat propaganda.

 


From: NewsforwarderRT <3@pendekarblogger.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thursday, July 11, 2013 8:52 PMakak
Subject: RE: RG2011... Fitnah Politik

 

 

Bagi ko mmg buang masa mungkin, bagaimana kalo itu berlaku kpd diri sendiri? Aku rase, sampei kiamat pon tak settle..

 

 

 

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of Wan Mansor Bin Osman
Sent: Thursday, July 11, 2013 10:37 AM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG2011... Fitnah Politik

 

 

Semuanya bertujuan untuk menjatuh seseorang, adakah Zahid Hamidi dikatakan menyerang dan cubaan membunoh Amir Bazli? Buang masa sahaja memikirkan kes tahun 2006 yang dibangkitkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab yang mempunyai agenda politik tersendiri . Mereka sengaja mengembar gemburkan kes ini agar Zahid meletak jawatan dan didakwa. Wahai semua orang, hendaklah kita terhindar dari fitnah yang dibuat kerana kes tersebut adalah diluar pengetahuan kita dan merupakan kes terpencil. Jangan kita mudah dipengaruhi oleh agenda politik yang sempit?

Sent from my iPhone

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (9)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment