Wednesday, July 31, 2013

RE: {Disarmed} RG2011... Sinar Harian di TH 310713 bersamaan 22Ramadhan1434H

 

Kesian nyer aku bila dengar statement yg orang bernama Maznah tu!!!!

 

Cer tanyer byk2!

Maznah tu apa jenis agamanyer?

Jangan ingat bayangan nama Melayu tu bermakna beragama islam!

 

Jika Islam bukan begitu statement nya.

 

Jom siasat!!!!

 

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of Haron, Saipudin
Sent: Wednesday, July 31, 2013 3:13 PM
To: Teman TM; respeks_group@yahoogroups.com; mahligai@yahoogroups.com
Subject: {Disarmed} RG2011... Sinar Harian di TH 310713 bersamaan 22Ramadhan1434H

 

 

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Jurulatih anjing: 'Saya tidak hina Islam'

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: July 31, 2013

SHAH ALAM - Individu yang melakonkan aksi sambutan hari raya bersama anjing dalam satu video kontroversi menafikan bahawa tindakannya itu merupakan satu penghinaan kepada Islam.
 
Memetik laporan Malaysiakini, Maznah Mohd Yusof, 38 atau lebih dikelani sebagai Chetz berkata, beliau berasa sedih kerana video berkenaan disalah tafsir.

"Saya sayang agama saya. Saya fikir orang perlu belajar mengenai agama mereka dulu dan tidak membuat tafsiran salah mengenai video saya yang dibuat tiga tahun lalu," katanya.

Jurulatih anjing tersebut berkata, beliau membersihkan dirinya dan anjing berkenaan dalam video berkenaan kerana agama Islam menurutnya menganjurkan kebersihan.

Maznah berkata, beliau juga sedih kerana imam masjid berhampiran kawasannya juga marah dengan video berkenaan.

"Sebagai seorang pemimpin agama, tidakkah dia tahu mengenai undang-undang Islam? Sepanjang pengetahuan saya, agama saya tidak menghalang saya daripada membela atau menjaga anjing," katanya.

Maznah menambah, jirannya yang beragama Islam kini tidak berpuas hati walaupun mereka sebelum ini tiada masalah dengan tindakannya membela anjing.

"Video ini dibuat tiga tahun lalu, kenapa jadikannya sebagai isu sekarang?

"Saya percaya ini berkaitan dengan kes blogger Alvin Tan dan Vivian Lee... sebab pada awalnya, mereka yang menonton video tersebut menyangka saya seorang Cina," katanya yang merujuk kepada pasangan blogger seks yang didakwa ekoran satu video didakwa menghina Islam.

Sementara itu, semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diarah menggambil tindakan terhadap penyebaran video yang dikatakan menghina Islam bertajuk '1 Hari Di Hari Raya' yang disiarkan dalam laman YouTube.
   
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata, SKMM telah diarah menyegerakan siasatan terhadap pemilik video yang dianggap boleh mengganggu sensitiviti Islam itu.
   
"Saya menerima banyak pertanyaan mengenai hal ini walaupun SKMM belum menerima sebarang laporan mengenainya. Oleh itu, saya telah mengarahkan SKMM menggambil tindakan untuk menyiasat video itu," katanya.
   
Video itu menunjukkan seorang individu membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat perkarangan masjid dengan suara latar Takbir Raya.
   
Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan individu itu memakai Baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.

Video itu juga menyiarkan kata-kata "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga anjing itu).

 

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Lebih 2 juta kg 'sampah' disimpan dalam rumah

Oleh:

Tarikh: July 31, 2013

KUALA LUMPUR - Jumlah bahan kitar semula yang disimpan oleh isi rumah di seluruh negara berjumlah 2.1 juta kilogram.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohd Sadique berkata, secara purata setiap rakyat Malaysia menyimpan bahan kitar semula sebanyak 0.07 kilogram, sehari.

Beliau berkata, sekiranya kitar semula dilakukan, setiap keluarga akan menghasilkan sejumlah 21.69 juta kilogram atau 0.76 kilogram setiap orang, sehari.

"(Contoh) Bahan kitar semula yang disimpan oleh isi rumah ialah mesin basuh yang dibeli oleh suami pada waktu perkahwinan pertama. Walaupun mesin basuh baru dibeli, mesin basuh lama walaupun rosak, disimpan di belakang rumah," katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Rohani Abdullah pada sesi persidangan Dewan Negara hari ini.

Rohani ingin tahu keberkesanan projek 'entry point' untuk meningkatkan program kitar semula atau 3R (Reduce, Reuse and Recycle) dan meningkatkan kadar kitar semula kepada 40 peratus, iaitu peningkatan sebanyak tiga peratus setahun.
   
Halimah berkata, kajian Komposisi Sisa Pepejal oleh kementerian pada 2012, menunjukkan bahawa kadar kitar semula dalam kalangan isi rumah meningkat daripada 5 peratus pada tahun 2005, kepada 9.7 peratus pada tahun 2011.

Katanya kementerian yakin bahawa sasaran kadar kitar semula 22 peratus menjelang tahun 2020 boleh dicapai.

"Keadaan ini menuntut komitmen berterusan daripada semua pihak dalam menguruskan pelupusan sisa pepejal atau sampah sarap domestik yang efektif," katanya.

Beliau berkata, kementerian mendapati 95 hingga 97 peratus yang dikutip di Semenanjung Malaysia dilupuskan di tapak pelupusan sisa pepejal. Hanya baki tiga hingga lima peratus sisa pepejal diproses oleh kilang-kilang kitar semula.

Katanya sisa pepejal yang dilupuskan di tapak pelupusan terdiri daripada sisa makanan dan organik lain (47 peratus), kertas (15 peratus), plastik (14 peratus), logam (4 peratus), kaca (3 peratus), dan bahan-bahan lain termasuk tekstil, kayu dan getah.

"Industri kitar semula merupakan industri yang berkembang pesat dengan menggunakan pendekatan 'Waste to Wealth' dengan nilai RM476 juta pada 2005, dan melebihi RM600 juta pada tahun 2011," katanya.- Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Lapan premis diarah ditutup

Oleh: Juliza Mohd Saad

Tarikh: July 31, 2013

KLUANG - Sebanyak lapan premis makanan di sekitar daerah ini diarah tutup selama dua minggu berkuat kuasa serta merta dalam operasi yang dijalankan Pejabat Kesihatan Daerah Kluang, dekat sini, semalam.

Menurut jurucakapnya, operasi bermula jam 10.30 pagi dan berakhir 1 petang itu dibuat susulan aduan daripada orang awam mengenai tahap kebersihan di kedai makan tersebut.

"Kebanyakan premis yang dikunjungi masih tak mematuhi peraturan yang telah dikeluarkan oleh pejabat kesihatan dan tak mengamalkan ciri-ciri kebersihan ketika dalam kedai.

"Keadaan kedai kotor, malah pekerjanya juga tak memakai pakaian yang sepatutnya sepertimana yang terkandung dalam peraturan.

"Penutupan premis makanan ini termaktub di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 yang membolehkan premis ditutup selama 14 hari akibat tak menjaga kebersihan dan mematuhi undang-undang yang telah diperuntukkan di Peraturan Pembersihan Makanan 2009," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan operasi di sekitar bandar Kluang, di sini, semalam.

Jelasnya, dalam tempoh penutupan premis, pihaknya akan mengadakan lawatan sekali lagi di premis berkenaan bagi memastikan pemilik mematuhi peraturan.

Katanya, sekiranya keadaan premis makanan itu masih tidak berubah kemungkinan mereka boleh dikenakan kompaun minimum RM5,000 bagi setiap kesalahan yang dilakukan.

"Kami adakan operasi pembersihan kedai makanan ini setiap bulan yang mana sebulan dua kali.

"Sepanjang Januari hingga Jun tahun ini, sebanyak 19 premis makanan diarah tutup dua minggu kerana didapati tidak menjaga kebersihan dalam kedai dan makanan yang disediakan mereka.

"Pihak pejabat kesihatan amat bertegas dari segi kebersihan, dan operasi ini akan dijalankan sentiasa bagi memastikan semua premis kedai makan di daerah ini sentiasa mementingkan kebersihan di tempat niaga, makanan serta pekerja memakai pakaian yang bersesuaian," katanya.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Nasib malang seorang isteri

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: July 31, 2013

MUAR – Seorang wanita terpaksa melalui detik yang mencemaskan apabila dipaksa melakukan seks oral selepas disamun di rumahnya di Pagoh, 16 Julai lalu.

Ketua Polis Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, kejadian kira-kira jam 3 petang itu berlaku ketika wanita malang itu berada di rumah bersama anak sulungnya berusia sembilan bulan, sementara suaminya keluar bekerja.

Menurutnya, suspek berusia 28 tahun bertindak menceroboh masuk rumah mangsa yang kemudiannya mengacukan pisau di leher mangsa dan memaksanya melakukan seks oral.

"Suspek kemudian berjaya melarikan diri serta membawa bersama wang tunai RM250.

"Selepas kejadian itu, mangsa terus membuat laporan polis. Susulan kejadian itu, kita berjaya menahan suspek pada 25 Julai di Kluang pada jam 10.40 malam.

"Kita merampas satu beg tangan dan empat unit telefon bimbit yang mengandungi pelbagai gambar dan video klip lucah," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di sini, semalam.

Beliau berkata, siasatan lanjut ke atas suspek sedang dilakukan termasuk untuk mengetahui tujuan dia menyimpan koleksi bahan lucah itu.

"Suspek tidak mempunyai rekod lampau dan direman sehingga hari ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 392 dan 379 kerana samun serta 377 (c) kanun keseksaan kerana memaksa melakukan seks oral," katanya.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Denda RM4,000 miliki 11 jenis rokok terlarang

Oleh: Nor'asyikin Mat Hayin

Tarikh: July 31, 2013

LEDANG – Mahkamah Majistret Tangkak memerintahkan seorang peniaga didenda RM4,000 atas kesalahan menyembunyikan pelbagai jenis rokok keretek dan rokok putih, semalam.

Peniaga berkenaan yang berusia 31 tahun itu mengaku bersalah memiliki 11 jenis barangan larangan import iaitu rokok putih dan keretek di sebuah pasar mini di Jalan Sialang, Tangkak, Mei tahun lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, pada jam 12.45 tengah hari 8 Mei 2012, sepasukan anggota Kastam Bahagian Penguatkuasaan Muar menyerbu sebuah pasar mini di Tangkak.

Tertuduh didapati tiada dokumen pembayaran cukai atau pelepasan cukai sah dari kastam bagi membuktikan kesemua rokok berkenaan diluluskan kastam untuk jualan mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 yang juga boleh dihukum di bawah Seksyen 135 (iii) (aa) akta yang sama dengan denda antara RM3,304.40 hingga RM6,608.80 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa raya Kastam Diraja Malaysia Abdul Rashiddi Ab Drahman.

Mohamad Nasir membayar denda berkenaan apabila rayuannya ditolak Majistret  Maslinda Selamat.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Bayi ditinggalkan dalam bakul

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: July 31, 2013

JOHOR BAHRU - Seorang bayi perempuan dipercayai berusia seminggu, ditemui ditinggalkan dalam bakul yang diletakkan hadapan rumah seorang lelaki di Jalan Camar, Taman Perling, di sini, pagi semalam.

Bayi itu ditemui kira-kira jam 5.30 pagi oleh Lee Nyang Puang, 59, yang terjaga dari tidur selepas terdengar pintu rumahnya diketuk beberapa kali sebelum melaporkan penemuan bayi terbabit kepada polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superitendan Beh Eng Lai ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan ibu bapa bayi berkenaan.

"Bayi terbabit dibawa ke balai polis oleh lelaki yang menemuinya dan hasil pemeriksaan lanjut, kita menemui sekeping nota bersama bayi berkenaan dipercayai ditulis oleh ibu bayi terbabit.

"Nota itu antaranya tertulis nama ibu bayi terbabit, tarikh lahir bayi itu selain meminta jasa baik lelaki berkenaan supaya menjaga bayi terbabit seperti anaknya sendiri," katanya, di sini, semalam.

Eng Lai berkata, selain nota, pihaknya turut menemui bekas susu berjenama Novalac, botol susu dan dua termos air di sebalik selimut yang menyelimuti bayi berkenaan.

"Berdasarkan nota itu lagi, wanita yang melahirkan bayi itu berasal dari Sabah dan mendakwa ditinggalkan teman lelakinya yang juga ayah kepada bayi itu.

"Oleh itu, kita akan siasat secara menyeluruh bagi mengenal pasti ibu bapa bayi berkenaan," katanya.

Justeru, Eng Lai memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes terbabit supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Promosi bufet tiada sijil halal

Oleh: Siti Nadiah

Tarikh: July 31, 2013

GEORGETOWN - Sebuah laman web kerajaan negeri didakwa cuba mempromosikan bufet berbuka puasa di sebuah hotel yang tidak mempunyai sijil halal.

Laman web www.visitpenang.gov.my itu dipercayai adalah laman yang mempromosikan aktiviti pelancongan dan kebudayaan di Pulau Pinang.

Pereka grafik, Zaid Harith Iskandar berkata, dia kecewa kerana sebelum ini kerajaan negeri sendiri menguar-uarkan akan mengambil tindakan terhadap hotel yang tidak mempunyai sijil halal sekiranya mempromosikan bufet berbuka puasa.

Menurutnya, dipercayai pengendali laman web berkenaan memuat naik masuk artikel promosi bufet berbuka puasa dari laman web blogger pengkritik makanan yang terkenal di sini.

"Blogger yang bukan beragama Islam itu mungkin salah faham tentang bufet berkenaan dan menganggap ia adalah untuk berbuka puasa memandangkan hotel berkenaan tidak pernah mempromosikan sebarang bufet berbuka puasa.

"Tetapi sebagai laman web kerajaan negeri, pengendali berkenaan perlu peka kerana laman web mereka dibaca oleh semua penganut agama," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, dia mempertikaikan pihak berkenaan adakah tidak peka dengan isu sekeliling sedangkan berkhidmat untuk bahagian pelancongan negeri.

"Jika artikel sedemikian hanya berada di laman web blogger asal mungkin tidak mengapa kerana pembacanya terdiri daripada orang bukan Islam," katanya.

Sinar Harian cuba melayari laman web berkenaan dan mendapati dakwaan berkenaan benar.

Terdahulu, akhbar ini pada 28 Jun 2013 melaporkan Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan negeri, Datuk Abdul Malik Abul Kassim melarang keras hotel yang tidak mempunyai sijil halal mempromosikan bufet berbuka puasa untuk Ramadan kali ini.

Menurutnya, jika ada restoran mahupun hotel yang berdegil, tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan negeri akan diambil.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda untuk kali pertama RM1 juta atau penjara selama tiga tahun sementara kesalahan kali kedua boleh dikenakan denda sehingga RM5 juta atau lima tahun penjara.

Statistik pemegang sijil halal bagi negeri ini pada 2013 terdapat 565 premis berbanding 498 premis yang mempunyai sijil halal pada 2012.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Senda Islam: 8 NGO lapor polis

Oleh: NIZAM ZAIN

Tarikh: July 31, 2013

KUALA LUMPUR - Gabungan lapan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam hari ini membuat laporan polis terhadap penyebaran satu video dikatakan menghina Islam bertajuk '1 Hari Di Hari Raya' yang disiarkan dalam laman YouTube, semalam.

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Msia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah bersama tujuh wakil Melayu-Islam yang lain membuat laporan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, pada jam 12 tengahari tadi.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan berkenaan, Abdul Rani menyifatkan perbuatan pemilik video itu sebagai menghina kesucian dan menyentuh sensitiviti Islam apabila menyamakan cara mengambil wuduk orang Islam seperti membasuh kaki anjing.

"Kami amat terkejut dan berasa terhina apabila menonton video yang dimuat baik menggambarkan senario hari raya dengan laungan takbir kemenangan umat Islam.

"Jelas sekali penghinaan itu seolah-olah ingin mencabar kesabaran umat Islam apatah lagi dilakukan di bulan Ramadan," katanya ketika ditemui di pekarangan IPD Dang Wangi, di sini, hari ini.

 
AKAN MENYUSUL

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Peniaga sibuk goreng ayam

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: July 31, 2013

SUNGAI PETANI – Seorang janda berusia 30-an sibuk memasak lauk-pauk ketika anggota penguatkuasa menjalankan operasi bersepadu di sekitar daerah melibatkan beberapa lokasi panas termasuk Tikam Batu, Tanjung Dawai, Taman Keladi, Bukit Selambau dan Tupah bermula jam 10 pagi.

Ketika serbuan pada jam 10.45 pagi di Tikam Batu juga didapati beberapa pelanggan yang kebanyakan lelaki beragama Islam berada dalam premis berkenaan.

Apabila ditanya, ada antara pelanggan yang menawarkan diri dan mengaku pemilik kedai semata-mata mahu membantu janda tersebut setelah premis itu dikepung penguatkuasa.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kuala Muda yang mengetuai operasi, Zaiferi Zainul Abidin berkata, operasi yang dijalankan secara bersepadu turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Agama Daerah Yan dan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) melibatkan 36 anggota.

"Ketika sampai di satu kedai di Bukit Selambau pula mendapati, seorang wanita berusia 50-an bersama seorang lelaki sedang sibuk menggoreng ayam selain beberapa juadah lain yang sudah tersedia," katanya.

Tinjauan turut mendapati, peniaga sedang menyediakan nasi bungkus dipercayai telah ditempah lebih awal.

"Apabila kita soal siasat, mereka kata hendak bungkus kepada 150 warga Nepal yang telah membuat tempahan awal," katanya.

Menurut Zaiferi, operasi telah dijalankan sekitar 15 lokasi panas hasil dari maklumat orang awam termasuk di kawasan perkelahan Tupah.

"Tinjauan turut dilakukan di Tupah di mana kita menemui dua kenderaan persendirian yang diletakkan di kawasan tersembunyi dipercayai dijadikan port untuk makan sempena bulan puasa.

"Ini dapat dibuktikan dengan penemuan bungkusan plastik berisi teh O ais dan nasi bungkus yang belum terusik," katanya.

Zaiferi berkata, serbuan kemudiannya ke Tanjung Dawai pada jam 12 tengah hari ke sebuah restoran nasi kandar yang dipercayai dibuka sebelumnya tetapi apabila anggota penguatkuasa sampai mendapati pintu telah ditutup.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas premis melalui laluan pintu dapur mendapati terdapat pelbagai jenis lauk-pauk telah disediakan namun peniaga menafikan kedai dibuka untuk orang ramai pada waktu itu.

"Kemudian, mereka beri alasan lauk-pauk dijual kepada nelayan bukan Islam sahaja," katanya.

Turut dikenal pasti, plastik hitam dipercayai diberikan untuk pelanggan yang datang ke kedai tersebut.

MPSPK keluarkan 4 kompaun

Sebanyak empat kompaun dikeluarkan terhadap premis makanan yang didapati gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan Kerajaan Negeri Kedah selain diberi amaran oleh Pejabat Agama Daerah Kuala Muda atas pelbagai kesalahan.

Pegawai Penguatkuasa Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), Anil Aris berkata, empat kompaun yang dikeluarkan termasuk dua premis di Tikam Batu, satu di Bukit Selambau dan satu di Tanjung Dawai.

Menurutnya, selain kompaun RM300, rampasan makanan yang dituntut juga akan dikenakan bayaran mengikut kuantiti.

"Mengikut mesyuarat yang diadakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang bersidang baru-baru ini memutuskan supaya mengehadkan waktu operasi kedai makanan Islam sepanjang bulan Ramadan kecuali restoran makanan antarabangsa (bukan Islam).

"Selain itu, premis makanan yang dimiliki sepenuhnya oleh orang Islam perlu mengikuti arahan tersebut dan hanya boleh mula beroperasi pada jam 3 petang," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, pihaknya akan membuat pemantauan ke atas premis terlibat sepanjang bulan Ramadan bagi memastikan peniaga mematuhi arahan yang dikeluarkan.

Beliau berkata, pihaknya ada menerima lebih kurang 30 aduan daripada orang ramai berhubung salah satu kedai di Tikam Batu yang didapati beroperasi sebelum jam 3 petang menyebabkan ia menjadi tumpuan kaki ponteng puasa.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

18 kawah dodol dalam masa 12 jam

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: July 31, 2013

SLIM- Bukan hanya satu tetapi 18 kawah dodol disiapkan dalam tempoh lebih kurang 12 jam sempena program kacau dodol secara gotong-royong di Felda Sungai Behrang, dekat sini, kelmarin.

Program itu mendapat kerjasama penduduk Felda Sungai Behrang, Gerakan Persatuan Wanita (GPW), Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) dan kakitangan Felda di tanah rancangan tersebut.

Adun Slim, Datuk Mohd Khusairi Abd Talib berkata, aktiviti kacau dodol itu ada program tahunan menjelang musim perayaan yang bermula sejak jam 5 petang Ahad lalu dan berjaya disiapkan pada jam 5 pagi kelmarin.

"Pada sebelah pagi, penduduk bersama membasuh kawah dan membungkus dodol sebelum diedarkan.

"Saya turut menyerahkan dodol berkenaan kepada ketua blok untuk diagihkan kepada semua peneroka dan generasi kedua yang tinggal di tanah perancangan di sini," katanya.

Hadir sama, Pengurus Felda Sungai Behrang, Amiruddin Hashim, Ketua Peneroka, Sulong Jamil Mohamed Shariff, Ketua GPW, Normah Daud dan Pengerusi MBFM Felda Sungai Behrang, Mardiatul Akhmal Mohd Daud.

Mohd Khusairi berterima kasih kepada semua terlibat bagi menjayakan program kacau dodol secara bergotong-royong dan berharap program berkenaan dapat diteruskan pada masa-masa hadapan.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Meter air jadi sasaran pencuri

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: July 31, 2013

KUALA KANGSAR - Meter air di sebuah taman perumahan di Talang, di sini, menjadi sasaran pencuri apabila beberapa meter air di kawasan itu lesap dicuri pihak tidak bertanggungjawab.

Menurut seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Chun, 34, rumah yang berpenghuni biasanya tidak mengalami masalah kerana meter air mereka dikunci dan dijaga dengan baik.

"Biasanya yang banyak hilang adalah pada rumah yang tidak berpenghuni kerana meter air mereka tidak berkunci.

"Macam kami, kami kunci meter air dan itu menyukarkan pencuri untuk melakukan aktiviti mereka," katanya.

Sementara itu, seorang pekerja binaan di kawasan itu mengakui ada terdengar kes berkenaan berlaku tetapi tidak pernah melihat individu atau kumpulan melakukan jenayah tersebut sepanjang berada di situ.

Menurutnya, pencuri biasanya menjadikan rumah yang kosong sebagai sasaran kerana ia lebih mudah disebabkan meter itu tidak berkunci.

"Sepanjang saya kerja, memang tiada orang yang buat kerja (mencuri meter air) itu di sini. "Tapi sebelum ini memang saya ada dengar-dengar juga tentang kes ini dari rakan-rakan saya," ujarnya.

Tinjauan Sinar Harian di perumahan tersebut mendapati beberapa meter air di beberapa rumah telah hilang dipercayai dicuri pihak tidak bertanggungjawab.

Malah, beberapa penduduk lain dilihat mengunci meter air mereka bagi mengelakkan ia dijadikan sasaran pencuri.

Bagaimanapun, cubaan Sinar Harian mengetahui jumlah kerugian akibat kecurian itu gagal apabila pihak Lembaga Air Perak (LAP) Daerah Kuala Kangsar tidak boleh memberi kenyataan dan meminta supaya menghubungi ibu pejabat LAP di Ipoh.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.
 
Menurutnya, pihaknya telah melakukan beberapa tindakan bagi membanteras masalah tersebut dan kes kecurian membabitkan meter air semakin berkurang sejak kebelakangan ini.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Dua remaja parah rempuh kereta

Oleh: Nurul Mazwana Hamdan

Tarikh: July 31, 2013

KUALA SEPETANG – Dua remaja lelaki mengalami cedera parah apabila terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 6, Jalan Kuala Sepetang, di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, kejadian pada jam 5.30 petang itu membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta.

Menurutnya, pemandu kenderaan difahamkan sedang dalam perjalanan pulang dari Simpang ke Kuala Sepetang.

"Apabila sampai di tempat kejadian kereta terbabit membuat pusingan U dan tiba-tiba dilanggar oleh dua remaja lelaki berusia 20-an yang sedang menunggang motosikal.

"Akibat pelanggaran tersebut, kedua-dua remaja terbabit mengalami cedera parah dan di bawa ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut," katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Yusuf berkata, dalam kes terbabit, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) kerana memandu dengan cuai dan mendatangkan cedera parah.

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan kedua-dua mangsa dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Hospital Taiping.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Dua motosikal bertembung

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: July 31, 2013

KUALA PILAH – Dua penunggang motosikal cedera parah selepas bertembung sesama sendiri di hadapan pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) kilometer 1 Jalan Kuala Pilah- Batu Kikir pada jam 1 tengah hari, semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, kemalangan itu berlaku apabila seorang penunggang motosikal keluar dari simpang secara tiba-tiba sebelum bertembung dengan penunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki.

"Akibat pertembungan itu, mangsa, Norhadis, 23, dan Mohammad Fareez Mohd Zaini, 24, yang menunggang motosikal jenis Kawasaki dari arah jalan Batu Kikir menghala ke Pekan Kuala Pilah tercampak ke atas jalan raya.

"Kedua-dua mereka mengalami pendarahan di bahagian kepala serta anggota lain," katanya.

Menurutnya, kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuala Pilah untuk menerima rawatan selanjutnya.

"Namun selepas itu, Mohammad Fareez dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban kerana mengalami kecederaan serius," katanya.

Difahamkan, Norhadis merupakan warga Indonesia.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Hari Pahlawan: 20 prajurit terima pingat

Oleh: JAMILAH HAMZAH

Tarikh: July 31, 2013

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan hari ini telah menganugerahkan Pingat Kedaulatan Negara kepada 20 prajurit tanah air yang bertugas dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu sempena Hari Pahlawan 2013.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkefli Mohd Zin berkata penganugerahan ini akan dilakukan secara berperingkat kepada hampir 8,000 anggota tentera yang telah bertugas dalam Ops Daulat dari Februari hingga Jun 2013.

Tambahnya, penyerahan itu akan dilakukan oleh setiap Panglima Tentera mengikut unit darat, udara dan laut pada masa yang bersesuaian.

"Kita sedang menempah pingat itu dan akan teruskan penganugerahan pingat secara berperingkat.

"Anggota yang terlibat ramai menyebabakan penganugerahan dibuat secara dua peringkat pertama dan kedua sehingga Ops Daulat ditukar nama menjadi Ops Sanggah," katanya pada pemberita, di sini, hari ini.

AKAN MENYUSUL.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Lima lelaki ceroboh istana

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: July 31, 2013

SERI MENANTI – Lima lelaki yang memasuki Istana Diraja Seri Menanti tanpa kebenaran ditahan oleh anggota polis kira-kira jam 10.15 malam, 28 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitendan Azmi Abdul Rahim berkata, lima lelaki berusia antara 30 hingga 54 tahun itu didapati berada di kawasan istana tanpa undangan.

Menurutnya, melihat mereka dalam keadaan mencurigakan, pihak polis menahan dan bertanya tujuan ke istana.

"Mereka tidak memiliki apa-apa kad jemputan daripada pihak istana dan kesemua suspek memberi alasan yang tidak munasabah dengan memberitahu mengapa mereka tidak boleh berada pada majlis berbuka puasa bersama Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir anjuran pihak istana," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, bertindak atas perkara itu, kesemua lelaki itu ditahan dan disoal siasat di Balai Polis Seri Menanti.

"Hasil siasatan awal mendapati kesemua mereka datang dari Melaka dengan diketuai seorang lelaki yang bekerja sebagai penghantar surat.

"Manakala empat lagi bekerja sebagai peniaga, penjual susu lembu dan peniaga urusan jual beli hartanah.
Buat masa ini, kita belum mengetahui tujuan sebenar suspek berada di istana," katanya.

Katanya, kesemua suspek ditahan bagi siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut seksyen 4 (2) Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Tersadai, tapi kena kompaun

Oleh: AMRAN ALI

Tarikh: July 31, 2013

TELOK EMAS - Kereta miliknya sudah lapan tahun rosak dan tersadai di bengkel. Namun, agak mengejutkan apabila pemiliknya menerima notis kompaun dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas kesalahan lalu lintas.

Itulah situasai dihadapi Ismail Yahya, 64, dari Jalan Tambak Gelam, Bukit Meta, di sini apabila dia terkejut menerima notis berkenaan yang memintanya menjelaskan bayaran kompaun sebanyak RM250.

Menurutnya, notis berkenaan diposkan ke alamat rumahnya pada 19 Julai lalu dengan menyatakan kenderaan miliknya bernombor pendaftaran JAX6499 didapati melakukan kesalahan meletakkan kenderaan di atas garisan kuning pada 27 Januari 2011.

"Saya hairan bagaimana DBKL boleh mengenakan tindakan kompaun sedangkan kereta saya sudah tidak bergerak dan tersadai dibengkel sejak lapan tahun lalu. Bukan sekadar Kuala Lumpur, malah berjalan di sekitar kampung pun tidak pernah.

"Mustahil kereta saya ini boleh berjalan kerana cukai jalannya juga sudah lama mati pada 2005," katanya sambil menunjukkan kenderaannya yang tersadai di rumahnya, semalam.

Ismail berkata, notis kompaun yang diterima juga tidak menyatakan jenis dan warna kenderaan, malah tidak tertera lokasi tepat kesalahan, selain dinyatakan hanya di Kuala Lumpur.

"Saya bimbang nombor pendaftaran kenderaan saya disalah guna pihak tidak bertanggungjawab. Saya telah mengadukan perkara ini kepada pihak DBKL untuk siasatan lanjut," katanya.

Ismail berkata, atasa dasar keselamatan, dia membuat laporan di Balai Polis Kandang lima hari selepas menerima kiriman notis berkenaan.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Terselit celah tiang

Oleh: NUR FARHANA ABDUL MANAN

Tarikh: July 31, 2013

PUCHONG – Pemancing di Sungai Klang gempar dengan penemuan mayat seorang lelaki yang sudah berulat di bawah jambatan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran Plaza Tol Sunway, malam kelmarin.

Mangsa lengkap berpakaian memakai baju T dan seluar pendek berwarna gelap ditemui terselit di celah tiang jambatan itu kira-kira jam 9 malam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata,  mangsa dipercayai meninggal dunia antara empat hingga lima hari lalu berdasarkan keadaannya yang berulat.Menurutnya, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa berkulit cerah dan dipercayai berusia lingkungan 30-an itu.

"Bomba  dikejarkan ke tempat kejadian untuk membawa mayat mangsa ke tebing sungai dari Kuala Lumpur menghala ke Klang itu.

"Mangsa dipercayai terjatuh di tempat lain sebelum mayatnya ditemui di kawasan berkenaan," katanya.

Abd Razak berkata, hasil pemeriksaan  awal  forensik mendapati tiada sebarang kesan jenayah ditemui pada tubuh badan mangsa kecuali kesan calar dihanyutkan.

Mayat terbabit kemudian dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

Sementara itu di lokasi kejadian malam kelmarin, tiga kereta remuk dalam kemalangan yang berlaku akibat pemandu memperlahankan kenderaan untuk melihat apa yang berlaku.

Akibat rempuhan kuat sebuah kereta yang dipandu laju dari arah Puchong itu, ketiga-tiga pemandu dan penumpang kenderaan bagaimanapun dilaporkan selamat dan tiada kecederaan berlaku.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Kaki ponteng puasa terima padah

Oleh: Nik Amirulm u'Min Nik Min

Tarikh: July 31, 2013

KUANTAN - Dua lelaki termasuk seorang warga emas antara individu pertama dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, semalam, atas kesalahan tidak berpuasa setelah dicekup pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kerana makan dan merokok  pada siang hari di tempat terbuka.

Kedua-dua lelaki berusia 48 dan 68 tahun itu mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman denda RM500 setiap setiap seorang.

Berdasarkan pertuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Syarie, Samsulkamal Kamaruddin, warga emas berusia 68 tahun yang bekerja sebagai buruh kasar itu didapati menghisap rokok dalam sebuah restoran bukan Islam di Jalan Besar, di sini.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 9.50 pagi, 12 Julai lalu iaitu pada hari kedua umat Islam berpuasa.

Lelaki terbabit yang kini hidup sendirian selepas kesemua anaknya berada di bawah jagaan orang lain sejak kematian isteri dalam rayuannya meminta maaf kepada mahkamah atas keterlanjurannya itu.

Dia yang kini bekerja di Melaka mengakui tidak mampu untuk berpuasa kerana kerjanya sebagai buruh amat memenatkan.

"Hari itu saya ikut kawan ke kedai Cina untuk makan tapi dia keluar dulu dan saya 'sangkut' selepas kedai itu diserbu," katanya sambil merayu agar hukuman denda ke atasnya dikurangkan.

Manakala bagi seorang lagi tertuduh yang bekerja sebagai penjaga stor memberitahu mahkamah, dia terpaksa berbuka kerana keadaan kesihatannya tidak baik pada hari itu.

Dia dicekup pegawai penguat kuasa Jaip ketika 'makan tengah hari' dengan hidangan nasi bungkus di sebuah pusat snuker, Jalan Tun Ismail 5, kira-kira jam 1.10 petang, 16 Julai lalu.

Bagi kesalahan tidak berpuasa dan makan di tempat terbuka pada siang hari pada bulan Ramadan, mereka didakwa mengikut Seksyen 137 (2) Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda RM500 atau satu bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, pihak pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman paling maksimum memandangkan sikap tidak sensitif kedua-dua tertuduh  terhadap kesucian Ramadan.

Hakim Syarie, Abdul Wahid Md Ali Al Fakwie menasihati kedua-dua tertuduh supaya lebih sensitif terhadap rukun Islam itu kerana ibadat puasa adalah wajib.

"Ibadat puasa bukan untuk membebankan umat tetapi suruhan ALLAH SWT yang menjanjikan ganjaran pahala terlalu besar.
"Kamu berdua sudah berumur dan sepatutnya malu kepada diri sendiri, golongan muda dan anak yang berlumba-lumba untuk menyempurnakan ibadat ini," katanya.

Dalam mahkamah sama, seorang pesara tentera berusia 69 tahun turut didakwa kerana membeli makanan bagi tujuan makan serta merta di siang hari selepas ditahan ketika memegang secawan minuman sambil menghadap nasi lemak yang sudah terbuka bungkusannya.

Bagaimanapun, kes terhadap warga emas itu ditangguhkan selepas Abdul Wahid mendapati timbul keraguan berhubung tuduhan tersebut.

Tertuduh menafikan dia makan ketika itu sebaliknya dia berpuasa hingga waktu berbuka.

Justeru mahkamah menetapkan kes itu disebut semula 10 Oktober depan sementara menunggu pihak pendakwaan meneliti semula pertuduhan.

Dia dibebaskan tanpa dilepaskan dengan jaminan RM500.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Curi lampu hiasan, pemuda sambut raya di penjara

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: July 31, 2013

KUANTAN - Keinginan seorang pemuda untuk menghias rumah sempena sambutan Aidilfitri tahun ini musnah kerana dia terpaksa meringkuk di dalam penjara selama sebulan selepas mengaku bersalah mencuri lampu hiasan di Mahkamah Majistret, semalam.

Tertuduh, Roslan Spei, 37, dari Kampung Bintang, Maran, turut diarahkan membayar denda RM600 oleh Majistret Jessica Daimis.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa telah merancang untuk mencuri barangan tersebut bernilai RM29.90 di Pasaraya Hypermarket Nirwana, Jalan Gambang, pada 27 Julai lalu, kira-kira jam 10.55 pagi.

Perbuatan tertuduh disedari pengawal keselamatan bertugas apabila melihat keadaannya yang mencurigakan.
Pemeriksaan ke atas tertuduh menjumpai lampu terbabit di dalam beg silangnya.

Bagi kesalahan tersebut, tertuduh dihukum di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan, yang boleh dipenjarakan tidak lebih 10 tahun dan denda, manakala kesalahan kedua atau kemudian, boleh dikenakan hukuman penjara atau sebat.

Dalam rayuannya, tertuduh memohon supaya hukumannya diringankan kerana tindakannya mencuri lampu tersebut akibat tidak cukup wang untuk membelinya.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Raya, Farahah Mohd Nazari yang turut meminta hukuman setimpal dikenakan ke atas tertuduh memandangkan barangan yang dicuri bukanlah keperluan asas seperti makanan.

Jessica juga berharap dengan hukuman setimpal yang diberikan tertuduh akan menyesal dan tidak mengulangi lagi pada masa hadapan.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Atap terbang ketika nak berbuka

Oleh: Zairul Afiza Hamzah

Tarikh: July 31, 2013

JERANTUT - Sebanyak enam keluarga dari Kampung Sempadan, dekat sini, yang sedang bersiap-siap menyediakan juadah berbuka puasa gempar apabila secara tiba-tiba atap rumah mereka diterbangkan angin ribut yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang, kelmarin.

Mangsa, Razali Mohamad, 49, berkata, ketika kejadian dia sedang menyiapkan juadah berbuka puasa bersama ahli keluarganya.

Menurutnya, secara tiba-tiba angin kencang bertiup lalu menerbangkan beberapa zink rumahnya menyebabkan mereka ketakutan dan cemas.

"Kejadian itu sangat pantas dan berlaku dalam beberapa minit sahaja. Selepas atap zink rumah diterbangkan angin dalam kejadian ribut itu hujan turun dengan lebat sehingga rumah kami banjir.

"Alhamdulillah tiada sebarang kejadian buruk yang tidak diingini berlaku. Walaupun berbuka dalam keadaan tidak selesa tetapi kami reda menerima dugaan ini dan harap atap itu dapat dibaiki sebelum Aidilfitri ini," katanya.

Seorang lagi mangsa, Ibrahim Awang Long, 49, berkata, dia sedih apabila kereta Wira Aeroback miliknya remuk setelah dihempap pokok durian yang tumbang dalam kejadian ribut itu.

"Namun saya tetap bersyukur kerana pokok durian itu tidak menghempap rumah dan tiada sebarang kemalangan berlaku," katanya.

Seorang lagi mangsa, Che Iszuwang Che Soh, 22, berkata, dia terkejut apabila melihat kereta Proton Saganya itu remuk dihempap pokok getah.

"Saya gunakan kereta itu untuk berulang ke tempat kerja. Sekarang saya terpaksa menggunakan motosikal untuk pergi kerja.

"Selain kereta, rumah saya di bahagian depan turut rosak terkena pokok getah yang tumbang itu. Kejadian ribut ini memberi kesan kepada kami kerana tidak lama lagi akan menyambut hari raya," katanya.

Ali Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris turun padang melihat keadaan rumah mangsa yang dilanda ribut petang, kelmarin.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Curi tiga botol gel mandian

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: July 31, 2013

KUALA TERENGGANU- Tidak berbaloi! Hanya kerana mencuri tiga botol gel mandian bernilai RM17.70, seorang pemuda dipenjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Mohamad Khairun Ezam Yusof, 24, dari Taman Desa Aman, Batu 6, Jalan Maharaja Lela, Teluk Intan, Perak, mengaku bersalah mencuri barangan berkenaan, milik Kedai Rakyat 1Malaysia di Jalan Sultan Omar, di sini, pada 27 Julai lalu, kira-kira jam 8.40 malam.

Dia didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan itu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim, manakala Mohamad Khairun Ezam tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, seorang pekerja berusia 28 tahun menyedari Mohamad Khairun Ezam berada di dalam kedai dengan keadaan mencurigakan kerana membawa beg.

Beberapa minit kemudian, Mohamad Khairun Ezam yang mahu keluar dari kedai tanpa membeli barang ditahan dan hasil pemeriksaan dalam begnya menemui tiga botol gel mandian tersebut tanpa sebarang pembayaran.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Cedera dibelasah depan masjid

Oleh: Mohd Taha Yaacob

Tarikh: July 31, 2013

KAMPUNG RAJA - Dua pemuda cedera selepas diserang dengan gergaji dan dibelasah oleh sekumpulan lelaki di hadapan Masjid Alor Lintang, dekat sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa berumur lingkungan 22 tahun cedera di tangan, leher dan kepala akibat diserang dengan gergaji serta dipukul termasuk menggunakan topi keledar.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kejadian berlaku semasa mangsa dan rakannya berada di hadapan masjid terbabit sebelum didatangi lima lelaki.

Menurutnya, secara tiba-tiba salah seorang daripada mereka datang menetak tangan kiri dan leher mangsa dengan gergaji kayu.

"Suspek yang sama kemudian menuju ke arah mangsa kedua dan cuba merampas beg di dalam raga motosikal menyebabkan mangsa cuba menghalang, namun dia juga turut menjadi mangsa.

"Kawan-kawan suspek turut memukul mangsa kedua dengan topi keledar. Bagaimanapun, mangsa berjaya melarikan diri dan datang ke Balai Polis Kampung Raja membuat laporan," katanya.

Kamaruddin berkata, kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Besut dan dirawat sebagai pesakit luar kerana hanya mengalami kecederaan kecil.

Menurutnya, motif pergaduhan itu dipercayai ada kaitan dengan masalah kewangan antara mereka dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Dalam kes berasingan, polis turut memberkas seorang lelaki berusia 36 tahun kerana disyaki memiliki 80 bungkus cecair dipercayai air ketum dan seguni daun ketum.

Kamaruddin berkata, suspek ditahan dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Kampung Gong Dasar, Jabi pada jam 1 pagi kelmarin.

"Kesemua barang kes tersebut ditemui disorok di dalam semak belakang rumah suspek," katanya.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Sisa minyak masuk kawasan pantai

Oleh:

Tarikh: July 31, 2013

BANGKOK - THAILAND. Kebocoran minyak mentah dari salur paip di Teluk Thailand sejak Sabtu lalu, dilaporkan memasuki kawasan pantai pelancongan negara, semalam.

Jurucakap pegawai alam sekitar berkata, satu gelombang hitam minyak mentah itu memenuhi pantai pelancongan popular walaupun usaha membersihkannya masih berlangsung.

"Tumpahan minyak mula memasuki pantai Ao Prao dan pulau Koh Samet," kata pengendali saluran paip, PTT Global Chemical Pcl.

Kira-kira 50,000 liter minyak mentah memasuki sekitar 20 kilometer kawasan perairan luar pantai Rayong, tenggara Bangkok.

Syarikat berkenaan bagaimanapun, berjaya membersihkan kira-kira 5,000 liter tumpahan di kawasan perairan terlibat.

Sementara itu, pihak berkuasa menyalahkan kerajaan Australia yang dilabel cuai menguruskan cecair minyak mentah sehingga berlaku kebocoran di perairan Thailand.  - BangkokPost

 

 

----------------------------

Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.

 

This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment