Tuesday, July 30, 2013

RG2011... Fwd: IniKalilah™

 


GEMPAR LAGI!!! Pertemuan Sulit Pemimpin Umno-Pas, Betul Ke? [Saksikanlah...]

Posted: 30 Jul 2013 08:00 AM PDT

SHAH ALAM – Ketika isu Syiah dikaitkan Pas, timbul kembali isu penyatuan Umno-Pas apabila sekeping gambar dimuatnaik dalam satu akaun Facebook bekas penulis akhbar.

Dakwaan yang dikaitkan dengan gambar itu adalah berlaku satu pertemuan sulit di antara beberapa pemimpin Pas dan Umno untuk membincangkan masalah disamping usaha menyatukan kedua-dua parti itu.


Walaupun sebelum ini, Pas bertegas menyatakan tidak akan berlaku kerjasama untuk menyatukan kedua-dua parti yang telah berpecah semenjak tahun 1951.

Bagaimanapun, Sinar Harian Online telah mendapatkan pengesahan tentang pertemuan sulit yang dilaporkan penulis itu.


Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas tidak mengetahui dan mendapat maklumbalas  mengenai perkara itu.

 
Menurutnya, Pas berpendirian teguh tidak akan melakukan usahasama dengan Umno.


"Kita tak ada maklumat tentang pertemuan itu, termasuk di peringkat Pas Pusat.


"Kita tak ada gerakkan ke arah itu (kerjasama).


"Lagipun maklumat yang diperolehi daripada gambar itu susah nak kita tafsirkan. Kita nafikan sekeras-kerasnya," katanya.


Dalam pada itu, Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali juga mengesahkan perkara tersebut tidak berlaku dan mendapat maklumat.


"Saya pun tak tahu, saya tak dengar apa-apa," katanya.


Dalam perkembangan yang sama, berdasarkan sebuah blog terkenal yang dipetik mendakwa, satu pertemuan sulit terbaru telah diadakan bagi membincang masalah ke arah kerjasama itu yang diusahakan oleh sekumpulan cerdik pandai.


Dakwanya lagi, pertemuan itu dihadiri sekurang-kurang dua pemimpin ternama daripada Pas. - SH.

HEBOH!!! Gambar Anwar Dihalang Dari Melawat Pengerusi MyWatch [Saksikan...]

Posted: 30 Jul 2013 05:29 AM PDT

DATO' SERI ANWAR IBRAHIM DIHALANG DARI MELAWAT PENGERUSI MYWATCH YANG SEDANG DIRAWAT DI HOSPITAL SERDANG OLEH PIHAK POLIS.


Heboh satu dunia betapa pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang telah tidak membenarkan DSAI melawat mangsa tembak percubaan bunuh Pengerusi MyWatch Saudara Sanjeevan di Hospital Serdang petang tadi.

Apa alasan yang diberikan tidaklah diketahui.... Yang pasti pihak polis hanya membenarkan keluarga terapat mangsa saja yang melawat beliau.


DSAI sebagai pemimpin yang berjiwa besar dan merendah diri akur akan kemahuan dan larangan pihak polis.

Rambo Bentong Kena Penjara 133 Tahun Dan 50 Sebatan [Bacalah..]

Posted: 30 Jul 2013 04:10 AM PDT

TEMERLOH - Rambo Bentong yang sedang menjalani hukuman penjara 133 tahun selain 50 sebatan atas kesalahan rogol, seks luar tabii serta cubaan membunuh anggota polis, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Tinggi di sini, atas pertuduhan membunuh dan merogol seorang remaja perempuan pada 2009.
 
Tertuduh atau nama sebenarnya Rabidin Satir, 42, didakwa membunuh seorang remaja perempuan yang berusia 17 tahun di antara pukul 11.30 malam 7 Mac 2009 hingga 1.50 tengah hari 8 Mac 2009, di Lot 4168 Kampung Ketari Bentong, Bentong.
 
Rabidin, dari Kampung Libang Ulu, Tambunan, Sabah didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.
 
Tertuduh juga didakwa merogol mangsa sehingga menyebabkan kematiannya di tempat dan masa yang sama, mengikut Seksyen 376(4) yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.
 
Rabidin mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibacakan dalam Bahasa Dusun oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Azman kemudiannya menetapkan 26 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula.
 
Rabidin diwakili peguam Richard Bong Chong Fook manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mustaffa.
 
Pada 5 Feb lepas, Rabidin yang tidak bekerja dijatuhi hukuman penjara berjumlah 115 tahun dan 50 sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Raub terhadap empat pertuduhan merogol dan satu pertuduhan melakukan seks luar tabii ke atas empat mangsa perempuan berumur antara lapan hingga 17 tahun.
 
Pada 21 Mac lepas pula dia dijatuhi hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Sesyen Raub selepas mengaku bersalah menyerang dan mencederakan Konstabel Mohd Suhaimi Md Razali, 24, dengan sebilah parang di sebuah rumah bernombor 43 di Taman Shahbandar Husin, Bentong pada kira-kira 6 petang, 14 Nov 2012. - Bernama

AWAS!!! Pembunuh Ada Di Kalangan Kita.. Jadi Perhatikan Sekeliling Anda!

Posted: 30 Jul 2013 12:23 AM PDT

Pembunuh Ada Di Kalangan Kita... Jadi Perhatikan Sekeliling Anda!
Walau apapun kata mereka, kejadian tembak yang semakin berleluasa di negara kita memberitahu kita 2 perkara yang amat pasti dan tidak dapat disangkal lagi oleh sesiapa iaitu:

1. Ada segelintir rakyat di negara ini yang memiliki senjata api secara haram dan digunakan untuk membunuh nyawa yang tidak bersalah.

2. Wujudnya sebuah kerjaya yang baru di negara ini iaitu kerjaya sebagai pembunuh upahan.

Mahu atau tidak, kita semua sering berada di tempat awam sama ada di pusat membeli-belah, tempat-tempat beribadat seperti masjid, kuil dan tokong, di bank-bank, atau di mana saja yang boleh mendedahkan diri kita kepada risiko ditembak. 
Kita tidak tahu jika kita sedang diperhatikan oleh seseorang malah kita juga mungkin tidak sedar bahawa kita mempunyai musuh yang tidak mahu melihat kita hidup. Ini menandakan bahawa di tempat-tempat awam di mana kita sering berurusan, mungkin di kalangan orang ramai itu terdapat seseorang yang sedang membawa pistol yang sentiasa bersedia untuk bertindak.

Di negara kita, menjadi seorang yang baik dan saksi kepada kejadian jenayah boleh mengundang padah. Walaupun kita sering mendengar kempen supaya melaporkan kejadian jenayah, rasuah, pencolekan dan sebagainya, sebagai saksi, anda mendedahkan diri anda kepada risiko ditembak mati.

Si pembunuh upahan tidak pedulikan nyawa. Bagi mereka nyawa manusia ada harga tertentu. Yang penting mereka dapat hidup dan dapat makan hasil dari wang upah menamatkan nyawa manusia lain. Mereka ini mungkin ada di kalangan kita tapi kita tidak sedar dan tidak kenal siapa mereka.

Motif pembunuhan ada pelbagai. Ada yang cemburu, ada yang hasad dengki. Ada juga kerana takut rahsia dibongkar. Motif yang terakhir ini selalunya melibatkan jumlah wang yang besar. Kerana itu mereka sanggup mengupah orang lain untuk membunuh seseorang. Dengan cara ini, si pemberi upah terselamat dari tuduhan membunuh. Bukan dia yang membunuh. Dia hanya beri upah. Undang-undang membezakan antara keduanya. Hukuman kepada yang membunuh dan yang memberi upah bunuh tidak sama.

Walau apapun alasan yang kita dengar, negara kita hari ini sudah ada perkara yang disebutkan tadi - orang yang memiliki senjata secara haram dan kerjaya pembunuh upahan. Jika tiada kedua-dua ini, kejadian tembak tidak akan berlaku sehingga ke tahap serius seperti hari ini.

Yang lebih bahaya, pembunuh ini mungkin ada di kalangan kita malangnya kita tidak berupaya mengenali siapa mereka.
P/S: Apa-apa pon bersyukurlah kerana Malaysia masih aman lagi tiada peperangan seperti Syria dan Mesir... huhu

GEMPAR!!! Kes Mangsa Tembak Lagi, Kali Ni Di Ipoh Pulak. [SAKSIKAN...]

Posted: 29 Jul 2013 10:14 PM PDT

IPOH - Suasana aman sebuah restoran bertukar 'gempar' apabila dua lelaki bertindak melepaskan beberapa das tembakan terhadap sekumpulan lima lelaki yang  sedang minum di sebuah restoran dalam kejadian yang berlaku di Lebuh 5, Kampung Simee, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.15 malam itu, Jasrafveenderjeet Singh, 25, mati di akibat terkena tembakan di leher, manakala dua lagi mangsa yang berusia 55 dan 28 tahun cedera dan mendapat rawatan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.

 
Difahamkan mangsa berusia 55 tahun mengalami kecederaan di telinga manakala mangsa yang berusia 28 tahun mengalami kecederaan di lengan kiri dan kedua-dua mereka dilaporkan berada dalam keadaan stabil.


Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, sewaktu kejadian, ketiga-tiga mangsa sedang minum bersama dua rakan mereka di sebuah restoran sebelum didatangi dua lelaki yang menaiki kereta jenis Proton Wira.


Beliau berkata, Jasrafveenderjeet dipercayai menuju ke kereta berkenaan sebelum suspek melepaskan beberapa das tembakan mengenainya dan dua rakan lain.


"Siasatan awal mendapati, ramai pelanggan berada di dalam dan luar kedai ketika kejadian berlaku.


"Malah, ada dalam kalangan pelanggan menyatakan terdengar seakan-akan bunyi 'mercun' yang sebenarnya adalah bunyi beberapa das tembakan yang dilepaskan suspek di dalam kereta tersebut.


"Akibatnya ketiga-tiga mereka mengalami kecederaan dan dibawa ke HRPB untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, salah seorang mangsa disahkan meninggal dunia ketika tiba di hospital," katanya dalam satu kenyataan semalam.


Berikutan itu, Chang Keong berkata, Ops Tutup dilancarkan bagi mengesan dua suspek yang berjaya melarikan diri dalam kejadian berkenaan.


"Kami masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," jelasnya.


Sementara itu, salah seorang saksi yang enggan dikenali memberitahu, sebelum kejadian tembak berlaku, suspek dikatakan telah bertemu kumpulan lelaki berkenaan yang sedang minum di restoran tersebut.


Menurutnya, berlaku sedikit perselisihan faham antara kedua-dua pihak sehingga menyebabkan salah seorang dari kumpulan tersebut menampar muka suspek.


Katanya, selepas insiden itu berlaku, suspek kemudian bertindak beredar sebelum muncul kembali untuk kali kedua di restoran berkenaan.


"Salah seorang lelaki yang duduk minum bergerak ke arah kereta yang dinaiki dua lelaki terbabit. Bagaimanapun, tiba-tiba beberapa das tembakan dilepaskan dan saya bersama pelanggan yang berada di dalam restoran terkejut akan insiden tersebut," katanya.


Dia mendakwa turut melihat salah seorang mangsa tertiarap manakala dua lagi cedera akibat terkena tembakan itu.


"Dua lelaki itu terus menghilangkan diri selepas kejadian itu berlaku dan kami segera mendapatkan bantuan. Ketiga-tiga mereka kemudiannya dibawa menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan di hospital berdekatan," katanya. - SH.

HMMMM.. Dah kena 5 - 0 Pon Tak Reti-reti Lagi? Undurlah Raja..

Posted: 29 Jul 2013 09:50 PM PDT

"SAYA harap beliau (Datuk K Rajagobal) akan malu dan jangan terus berlagak sombong,"demikian nasihat bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali mengenai kekalahan memalukan Harimau Malaya 0-5 kepada kelab kedua tercorot J-League 1, Shonan Bellmare dalam aksi persahabatan Sabtu lalu.
Sehubungan itu menurut Khalid, sudah tiba masanya Rajagobal mengundurkan diri  dengan cara hormat sebelum dipecat.

Ini kerana katanya, kegagalan itu jelas membuktikan bahawa bimbingan jurulatih berusia 57 tahun itu dalam skuad kebangsaan sudah tidak diperlukan dan kehabisan idea untuk mengembalikan reputasi Harimau Malaya.

"Kalau saya, sudah lama pecat (Rajagobal) dan perkara ini sepatut berlaku dua tahun lalu. Dulu beliau pernah berjanji nak letak jawatan secara sukarela.

"Tidak dinafikan Rajagobal memang bagus tetapi beliau sudah sampai ke tahap tepu. Setiap orang ada batas dan tahapnya.

"Sejujurnya, beliau tidak boleh lagi untuk membimbing Harimau Malaya. Nasihat saya, berundurlah kerana orang akan marah jika anda kekal lebih lama," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Pada masa sama, Khalid juga mendesak agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuka mata dan menganggap sudah tiba masanya badan induk bola sepak itu bertindak serta mempunyai pendirian yang jelas kerana bola sepak negara tidak akan meningkat jika mereka terus membiarkan Rajagobal berkuasa sepenuhnya.

"FAM pun ada salahnya. Mereka sentiasa memberi muka kepada Rajagobal sehingga membuatkan beliau angkuh dan bertindak seolah-olah dia berkuasa sepenuhnya. Dan disebabkan itu Rajagobal tidak pernah rasa takut atau malu setiap kali mengalami kekalahan.

"Dengan mempunyai sokongan kuat dari FAM juga, Rajagobal akan berasa apa yang dibuat olehnya betul dan ini termasuk ketika beliau dituduh melanggar Artikel 88 statut FAM, tapi akhirnya beliau terlepas sedangkan tiada seorang pun yang akan terlepas dikenakan denda sekiranya melanggar statut berkenaan.

"Tapi, dalam kes Rajagobal sangat istimewa. Jadi, saya rasa sudah tiba masanya FAM membuka mata dan jangan terus membiarkan Rajagobal dengan dunianya. Ini kerana alasan diberikan tetap sama dan saya rasa semua pihak sudah bosan dengan alasan mahu menguji pemain dalam setiap perlawanan persahabatan.

"Kalau Rajagobal terus dengan alasan ini, rasanya FAM perlu gugurkan dia dan cari jurulatih luar negara," katanya.

Menganggap sudah banyak peluang diberikan kepada Rajagobal, Khalid juga berharap FAM akan membuat rombakan dengan segera bagi pasukan kebangsaan sebelum terlambat kerana menyifatkan kekalahan di tangan kelab Jepun sebagai memalukan.

"Saya malu, kita kalah dengan pasukan kelab Jepun 0-5 sedangkan kita bukanlah pasukan yang buruk atau tercorot dan Jepun kenal pasukan Malaysia sudah lama dan tahu kekuatan kita, tapi apabila kalah sudah tentu JFA (Persatuan Bola Sepak Jepun) sendiri mentertawakan kita boleh kalah kepada sebuah pasukan kelab

"Jadi, cukuplah setakat ini. Jangan terus memalukan negara. Saya fikir sudah sampainya satu rombakan drastik perlu dilakukan, kekalahan 0-5 sukar untuk diterima oleh semua peminat bola sepak Malaysia.

"Dan jika Rajagobal ada berasa malu, sudah tentu beliau takut untuk menghadapi peminat kerana sering kali mencatatkan kekalahan namun andai sebaliknya iaitu tiada lagi perasaan malu, saya fikir Rajagobal seorang yang angkuh," ujarnya.

Untuk rekod, Harimau Malaya hanya menewaskan Sydney Olympic 4-0 pada aksi persahabatan dan Yemen 2-1 dalam saingan kelayakan Piala Asia 2015 sepanjang 12 perlawanan sejak 1 Februari lalu.

Sebelum ini, anak-anak buah Rajagobal telah mengharungi tiga perlawanan persahabatan di Australia yang berkesudahan mereka tewas 2-3 kepada Canberra FC, menang 4-0 ke atas Sydney Olimpik dan kalah 2-0 dengan Marconi Stallions, Jun lalu.

Harimau Malaya turut seri tanpa jaringan ketika menentang kelab Thailand, Chonburi FC di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 16 Julai lalu.

Terbaru, skuad negara tewas 0-2 kepada Shimizu S Pulse pada aksi pertama siri perlawanan persahabatan di Jepun sebelum dibelasah 0-5 oleh Shonan Bellmare Sabtu lalu dan akan melengkapkan aksi terakhir dengan menentang Tokyo Verdy, Rabu ini. - SH.

TERKINI!! Kemalangan NGERI Bas Masuk Gaung, 37 Orang Maut. [SAKSIKAN..]

Posted: 29 Jul 2013 07:10 PM PDT

AVELLINO - ITALI. Sekurang-kurangnya 37 orang maut dan 11 lagi cedera apabila bas dinaiki terjunam ke dalam gaung di selatan Itali, kelmarin.

Menurut pegawai, nahas membabitkan bas yang membawa 49 penumpang itu berlaku selepas berlanggar dengan beberapa kereta dari arah bertentangan sebelum terjatuh sedalam 30 meter berdekatan bandar Avellino, wilayah Campania.

"Kebanyakan penumpang maut disebabkan tersepit akibat hentakan bas dan sebahagian lagi ditemui di bawah pengangkutan itu.

"Keadaan amat kritikal selain pasukan bomba dan penyelamat bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa yang masih hidup di dalam bas berkenaan," katanya kepada AFP.

Pihak berkuasa bagaimanapun belum mengesahkan sama ada pemandu bas berkenaan antara yang terbunuh.

Setakat ini, 11 penumpang yang cedera dikejarkan ke hospital dan dua disahkan kritikal.

BONGKAR!! Pasal Apa Pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia Ditembak.. [BACALAH..]

Posted: 29 Jul 2013 05:05 PM PDT

ANGGOTA polis mengangkat mayat Hussain yang mati ditembak di dada dan rusuk kiri di sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon semalam.


KUALA LUMPUR - Pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia maut ditembak selepas bertemu dengan seorang lelaki bagi membincangkan urusan jual-beli saham di tempat letak kenderaan di sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon di sini semalam.

Kejadian pukul 2 petang itu berlaku ketika Hussain Ahmad Najadi, 75, pergi ke tokong berkenaan bersama isterinya. Tokong itu terletak tidak jauh dari kawasan Bukit Bintang di sini.

Mangsa merupakan warga Iran dan mendapat taraf penduduk tetap Malaysia.
Hussain mati di tempat kejadian selepas terkena dua das tembakan di dada dan rusuk kiri manakala isterinya parah ditembak di pergelangan tangan kiri dan paha kanan. - kosmo



__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (25)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment