Wednesday, July 31, 2013

RG2011... Fw: BORANG MAKLUMAT : BALIK KAMPUNG

 

BORANG MAKLUMAT : BALIK KAMPUNG

suffer.frenzyfm.my
 
 
Salam Ramadan kepada semua pembaca. Diam tak diam sudah 22 hari kita berpuasa dan lebih kurang 8 hari sahaja lagi kita menyambut kedatangan Syawal. Korang dah balik kampung halaman masing-masing? Pastinya ada yang belum lagi kan.

Terkini, PDRM telah pun menyediakan BORANG MAKLUMAT : BALIK KAMPUNG sempena cuti perayaan Aidilfitri ini. Apa sebenarnya tujuan borang ini? Tujuan borang ini dikeluarkan ialah demi mencegah kegiatan jenayah semasa penduduk di kawasan perumahan meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung semasa cuti perayaan.

Borang ini perlu diisi oleh pemilik kediaman & diserahkan semula ke Balai Polis berhampiran, bagi memudahkan pihak polis membuat pemantauan dan rondaan. Didalam borang ini juga disertakan ips-tips bagi mengelakkan kejadian pecah rumah dan banyak lagi. Dimana anda boleh mendapatkan borang ini? Sungguh mudah, dengan hanya klik DOWNLOAD atau layari laman web PDRM. Akhir kata, selamat bercuti. :D

No comments:

Post a Comment