Wednesday, July 31, 2013

RG2011... Fwd: IniKalilah™

 


Berita TERGEMPAR!! Noh Omar Sudah Gila? [Saksikan..]

Posted: 31 Jul 2013 05:27 AM PDT

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyelar Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar kerana menggesa pihak berkuasa menyiasat pendedah maklumat dalam kontroversi "kantin bilik persalinan" bawah Akta Hasutan.

NONE"Beliau sudah gila... Inilah apa yang kita panggil penyalahgunaan Akta Hasutan," katanya kepada Malaysiakini.

Chua (kanan) sebaliknya berkata, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah yang sepatutnya didakwa menghasut kerana memberitahu pelajar untuk balik ke kampung halaman nenek moyang mereka.

Berhubung insiden di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Chua berkata, ibu bapa cuma bimbangkan anak mereka tidak dilayan dengan baik.

Justeru, katanya, ibu bapa patut dilibatkan bersama dalam perbincangan bagi mencari penyelesaian yang baik.

"Pengetua Sri Pristana dan juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) patut mendekati ibu bapa. Amat dikesalkan apabila pemimpin kanan Umno seperti Noh boleh mengeluarkan kenyataan sebegitu," katanya. - Malaysiakini

PECAH BERITA!! Di Parit Buntar MAUT Ditembak Lagi, Siapa Pulak Kali Ni?

Posted: 31 Jul 2013 03:59 AM PDT

PARIT BUNTAR - Seorang pemandu van, N. Jeevandran, 26, mati ditembak ketika memberhentikan motosikalnya di satu persimpangan di Jalan Permai Utama berdekatan Pejabat Pendidikan Daerah Kerian di sini pagi tadi.

Jeevandran yang ditembak sebanyak tiga kali maut ditempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kiri perut dan bawah pinggang.


ANGGOTA polis memeriksa mayat N.Jeevenran yang mati ditembak ketika menaiki motorsikal di Parit Buntar di sini hari ini.



Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, mangsa yang mempunyai lima rekod jenayah lampau dan baharu selepas menjalani hukuman di Kelantan dipercayai ditembak dari jarak dekat.


"Suspek terus melarikan diri namun kejadian disedari orang awam yang terdengar letupan senjata berkenaan," katanya. - KOSMO

GEMPAR!!! Kenapa Wanita Ini Tidak Boleh Pijak Masjidil Haram? [MESTI BACA...]

Posted: 30 Jul 2013 10:21 PM PDT

GEMPAR!!! Mengapa Wanita Ini Tidak Boleh Pijak Masjidil Haram?  Baca lah seterusnya untuk cari jawapan...

SUDAH lebih sepuluh tahun saya mengumpul pengalaman dalam menguruskan jemaah haji dan umrah, pelbagai kerenah yang saya temui. Tak kiralah sama ada sebelum berangkat ke Tanah Suci ataupun sewaktu berada di sana. Apa yang boleh saya katakan, mereka yang berjaya sampai ke Mekah untuk menunaikan ibadah adalah golongan yang dipilih Allah. Jika Allah tidak menjemput, jemaah itu tidak akan berjaya sampai ke Tanah Suci. Wang bukan segala-galanya.

Saya sering melihat kes di mana jika orang itu banyak duit sekali pun, tetapi ada saja halangannya sejak di tanah air sehingga menyebabkan dia gagal menjadi tetamu Allah di Mekah. Ada kalanya, kerana fikir dia kaya dan banyak wang, maka itu menjadi lesen untuk meminta apa saja bertaraf first class bagaikan melancong ke luar negara lagaknya. Pernah saya bawa seorang jemaah wanita, boleh dikatakan dari golongan elit. Sebelum pergi lagi dah minta macam-macam. Lepas tu, langsung tak mahu bercampur dengan jemaah lain. Kononnya orang lain tak setaraf dengannya. Sikapnya sungguh sombong dan suka memerintah orang.


Semasa di Madinah, dia sudah mula tunjuk rasa tak puas hati. Kononnya makanan tak sedap, persekitaran tak selesa dan macam-macam lagi. Saya sendiri tidak faham tujuannya datang ke Tanah Suci untuk beribadah atau melancong. Sudahlah begitu, dia suka melaga-lagakan orang dengan fitnah hingga ada jemaah yang bermasam muka angkaranya. Bila sampai di Mekah, kami bawa ke hotel penginapan. Walaupun hotel itu tidak secantik mana namun ia selesa dan segala kemudahan disediakan. Semua jemaah suka dan amat bersyukur kerana dapat penginapan yang paling dekat dengan kawasan Masjidilharam. Ini memudahkan mereka berulang-alik mengerjakan ibadah.

Macam Kandang Babi

TAPI berlainan pula dengan wanita elit itu. Mula-mula dia membebel kerana tak puas hati dengan hotel itu. Katanya hotel itu buruk. Lama-kelamaan amarahnya mula berpanjangan. Daripada membebel, akhirnya dia terjerit-jerit marah dan memaki hamun di depan jemaah lain hanya kerana tidak mahu menginap di hotel tersebut. "Hotel ni macam kandang babi? Aku tak mahu tinggal kat tempat kotor macam ni!" jerit wanita itu. Habis pintu hotel ditendangnya. Saya hanya geleng kepala. Jemaah lain turut malu dengan sikapnya hamun dalam ihramnya itu.

Kami memujuk, tapi dia terus memarahi dan memaki hamun kami semua. Hampir setengah hari habis masa kami memujuknya. Tidak mahu jemaah lain terganggu kerana kerenahnya itu, akhirnya kami tempatkan dia di sebuah hotel mewah yang jauh dari Kaabah. Kalau diikutkan, tak layak pun dia duduk di hotel itu. Bayangkanlah, bayar pakej untuk kelas pertengahan, tapi minta layanan bagaikan dia membayar pakej kelas pertama. Tapi kerana malas mendengar suaranya yang tak habis membebel dan mengganggu Jemaah lain, kami turutkan saja kemahuannya.

Lepas itu, mutawif minta wanita tersebut membayar dam kerana sudah banyak melanggar syarat dalam ihram. Lebih kurang RM400 dendanya. Tak sampai 15 minit lepas dia bayar, dia boleh marah semula mutawif dan berkeras minta dipulangkan semula duit damnya itu.

Dia sanggup tinggal seorang diri di hotel berlainan yang jauh daripada jemaah lain. Saya dapat, tahu selepas itu dia langsung tidak dapat mengerjakan ibadah umrah di Mekah. Sebabnya tiba-tiba haidnya datang tak menentu. Kejap ada, kejap tiada. Sehari suci, esoknya 'kotor' semula. Semasa dalam ihram, haidnya datang lagi. Akhirnya, sepanjang 10 hari di Mekah, memang dia lebih banyak duduk di hotel saja, langsung tak dapat buat ibadah. Betapa ruginya orang seperti ini. Gagal Pijak Masjidilharam

SELAIN itu, saya teringat juga satu kes seorang lelaki berusia 60-an yang mengerjakan umrah ditemani anak lelakinya. Semasa di Madinah, semuanya berjalan dengan baik. Tapi, sampai di Mekah lain pula jadinya. Lelaki itu tak boleh memasuki kawasan Masjidilharam. Tiap kali dia jejakkan kaki ke dalam kawasan itu, dia akan menjerit-jerit kepanasan. Badannya rasa nak terbakar sampai nak dicabutnya kain ihram kerana tak tahan berasa panas. Begitulah setiap kali mahu memasuki kawasan Masjidilharam.

Lebih haru, bila kami tanya mana Kaabah, dia boleh tunjuk arah belakang. Maknanya, Kaabah yang besar pun langsung dia tak nampak! Anak lelakinya menangis melihat keadaan itu. Setelah puas bertanya, barulah lelaki itu bercerita dia ada membela hantu raya. Tujuannya untuk membantunya melakukan kerja dan menjaga rumah semasa ketiadaannya sewaktu zaman mudanya dulu. Kami tanya di mana dia simpan benda pemujaan hantu raya itu.
Setelah dia menyebutkan lokasinya, anaknya menelefon keluarganya di tanah air dan minta dibuang benda itu dengan bantuan pengamal perubatan tradisional. Setelah hantu raya itu dibuang, barulah lelaki itu boleh memijak kawasan Masjidilharam. Barulah dia boleh melihat Kaabah. Kerana itu semasa memberi kursus pada jemaah yang mahu berangkat ke Tanah Suci, saya selalu mengingatkan mereka jika ada sebarang amalan ilmu hitam atau yang menyalahi syariat, lebih baik 'dibersihkan' dahulu dan bertaubat sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Betulkan tauhid kita sebelum berangkat ke sana. Jika tidak, itulah yang terjadi seperti kes pakcik tadi. Selain itu, akhlak kita sesama manusia juga harus dijaga. Sebaiknya kita minta ampun dan maaf pada mereka yang pernah kita zalimi atau sakiti hatinya, apatah lagi jika kita ambil haknya.

Akibat Alih Batu Sempadan

PERNAH berlaku seorang jemaah lelaki yang saya bawa tak boleh buat ibadah sepanjang berada di Mekah. Badannya sentiasa terasa panas dan tidak keruan hingga dia langsung tak boleh beri tumpuan untuk beribadah. Dia mengadu pada saya lalu saya bertanya jika dia ada buat apa-apa kesalahan sebelum ini. Akhirnya dia teringat semasa di kampung dia suka mengambil tanah hak orang. Dia dengan sengaja mengalihkan batu sempadan agar tanahnya lebih luas dengan 'mencuri' hak orang lain. Selepas dinasihatkan, dia menelefon jirannya di tanah air dan meminta maaf atas perbuatannya itu. Selepas itu barulah dia dapat melakukan ibadah dengan tenang di Mekah.

Sebenarnya, cerita-cerita yang saya bawakan tadi sepatutnya menginsafkan kita. Apa saja ujian atau balasan yang kita lalui semasa berada di Tanah Suci, terimalah dengan dada terbuka. Jangan takut, jangan gentar. Setiap ujian dan balasan di sana adalah salah satu pengampunan dosa kita. Jika kita tidak dapat menerimanya dengan redha, bermakna kita adalah manusia yang rugi. Segala keajaiban yang ditunjukkan Allah di Tanah Suci itu bersifat pelbagai. Seperti saya alami dua tahun lalu. Ketika saya berniat mahu bawa golongan yang tidak berkemampuan ke Tanah Suci.

Mereka terdiri daripada anak-anak yatim, orang tua, golongan miskin dan pelajar madrasah di mana mereka ingin sangat ke Mekah tapi tidak mampu dari segi kewangan. Kalau diikutkan logic akal, bajet untuk membawa mereka memang tak cukup langsung. Tapi saya tawakal dan berserah pada Allah. Sampai di Tanah Suci, rezeki saya tak putus-putus. Ramai orang menderma, segala bajet seperti makan minum dan penginapan tiba-tiba dapat diskaun paling murah.

Kad ATM bila dicucuk sentiasa ada wang. Dalam poket pun bila saya seluk, ada saja wang yang saya sendiri tertanya-tanya entah datang dari mana. Itulah kuasa Allah. Semasa pergi tak cukup wang, sampai di sana wang saya jadi berlebihan hingga boleh membeli-belah untuk golongan yang tidak berkemampuan ini. Daripada situ saya bertekad seboleh-bolehnya saya mahu membantu membawa golongan sebegini ke Tanah Suci. Oleh kerana itulah saya wujudkan program 'Kembara Taubat Di Bumi Anbia' yang akan bermula pada Mei tahun ini. Tujuannya untuk memberi peluang pada golongan yang tidak berkemampuan untuk sama-sama menjadi tetamu Allah di sana. Saya percaya, benda baik yang kita lakukan dengan ikhlas tanpa tujuan mengaut keuntungan pasti akan dipermudahkan jalannya oleh Allah.

Sumber: Pen Gempaq

Masa Depan Malaysia Bukan Di Tangan Umno, Siapa Cakap? [BACALAH...]

Posted: 30 Jul 2013 08:40 PM PDT

Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berusaha sebaik mungkin dalam kerjanya menjual parti yang didominasi kaum Cina iaitu Parti Tindakan Demokratik (DAP) kepada masyarakat Melayu.

Beliau kagum dengan kemenangan 38 ahli partinya yang memenangi kerusi parlimen walaupun dengan sumber yang amat kurang; beliau menggelar rakan sekerjanya itu sebagai pasukan paling bersedia di Parlimen; beliau sangat selesa berada dalam kumpulan yang berjuang untuk kerajaan dan kepimpinan baik.

"Mereka komited dan berdedikasi, dan saya tidak pernah rasa terganggu atau rendah diri dengan jumlah kaum Cina yang ramai dalam DAP. Saya sangat selesa berada dalam persekitaran mereka dan mereka tidak pernah menghalang saya untuk menyuarakan isu mengenai orang Melayu," katanya dalam satu temubual dengan The Malaysian Insider.

"Kami perlu memusnahkan mitos bahawa DAP adalah buruk untuk orang Melayu. Kita bukan hendak merebut kuasa politik seperti apa yang Mahathir cakap.

"Jika semua kaum Cina bersatu bawah satu lambang sekali pun, secara matematiknya, ia mustahil kerana mereka hanyak membentuk 24 peratus dan Mahathir tahu perkara ini," kata blogger yang menggunakan nama pena Sakmongkol AK47 itu.

Dalam ruangan pendapat di akhbar New Straits Times, Dr Mahathir berkata DAP memujuk pengundi Cina untuk menolak konsep berkongsi kuasa, sebaliknya merebut kuasa politik. Dr Mahathir diselar selepas mengeluarkan pendapat itu dan diingatkan bahawa Melayu, Cina dan India menyokong Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Mohd Ariff kenal taktik menakut-nakutkan itu yang kebanyakannya disasarkan kepada penduduk luar bandar. Tugasnya ialah meyakinkan orang Melayu bahawa hak dan keistimewaan tidak akan menyelesaikan kemiskinan dan masalah ekonomi mereka, dan ia hanya boleh diselesaikan menerusi kerajaan yang baik dengan polisi terbaik.

"Selepas 55 tahun Umno memerintah, orang Melayu masih ketinggalan. Berbanding dengan fakta bahawa hampir semua jawatan penting dalam tampuk kuasa dipegang oleh orang Melayu.

"Pada pendapat saya, keadaan ini menunjukkan bahawa mereka hanya membantu golongan Melayu tertentu saja," katanya dan menambah bahawa rasuah, nepotisme dan kronisme yang menjadi DNA politik Umno meyakinkan dirinya untuk meninggalkan Umno pada Januari tahun lalu dan menjadi Melayu dalam DAP.

Beliau tahu untuk memujuk orang Melayu bahawa DAP bukan sesuatu yang perlu ditakuti bukan perkara mudah tetapi beliau tidak gentar berdepan dengan cabaran sukar itu.

Beliau sebelum ini berada dalam Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai Adun antara 2004 – 2008.

Beliau kemudian menjadi blogger dan tulisannya mengenai politik menjadikannya mempunyai pengikut, terutama komennya mengenai kenakalan dan helah dalam Umno.

Pada penghujung tahun 2011, artikelnya mendapat perhatian Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke. Beberapa siri mesyuarat kemudiannya berlangsung dan pada 8 Januari 2012, Mohd Ariff dan seorang lagi rakan bloggernya, Aspan Alias menghadiri konvensyen DAP sebagai pemerhati.
Katanya, pada hari yang sama, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberitahu beliau akan membuat pengumuman penyertaan ,ereka dalam parti itu, tetapi tidak menjanjikan untuk memberi jawatan dalam parti atau dicalonkan dalam PRU13.

Tetapi, sebelum pilihan raya pada 5 Mei, Mohd Ariff diberikan surat yang menamakannya sebagai calon DAP bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Raub, kerusi yang dimiliki MCA selama beberapa dekad lamanya.

Hanya sekeping surat daripada ibu pejabat parti tanpa sebarang dana pilihan raya disertakan.

"Jadi, kami kena cari sendiri. Cuba bayangkan, semua calon DAP menggunakan sumber sendiri untuk menentang musuh yang mempunyai sumber tanpa had," katanya.

Beliau memperolehi 23,415 undi berbanding calon BN, Hoh Khai Mun yang mendapat 20,601 undi.

"Ini adalah waktu terbaik untuk orang Melayu menjaga Raub. Kerusi itu ditandingi oleh kaum Cina untuk lebih 40 tahun. Ada 49 peratus pengundi Melayu dalam kawasan itu dan mereka mahu wakil Melayu," katanya.
Dalam temubual bersama The Malaysian Insider, Mohd Ariff turut menyentuh mengenai:

* Najib dan pemilihan Umno akan datang
Najib akan berdepan dengan cabaran terbesarnya sebagai pemimpin dalam pemilihan Umno akan datang.

"Golongan akar umbi sudah berteriak mahukan pemimpin yang tegas, tetapi Najib tidak. Sebagai insan, dia baik, saya pernah kenal dan terima kebaikannya. Tetapi daripada aspek kepimpinan, beliau tidak memiliki pemikiran kritis Mahathir. Betul atau salah, Mahathir yang buat keputusan, sementara Najib pula lebih kepada ragu-ragu dalam membuat keputusan dan enggan berada dalam kelompok orang yang lebih baik," katanya.

"Falsafah Najib ialah terus menjaga dan rapat dengan sesiapa yang menyokongnya sebagai presiden Umno, supaya beliau boleh terus jadi PM. Ini adalah salah, pentingkan diri dan ia tidak bagus untuk negara," katanya.

* Pemimpin masa depan Malaysia
Mohd Ariff berkata, masa depan negara bakal menjadi milik golongan muda seperti Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan ahli parlimen pembangkang seperti Rafizi Ramli, Dr Ong Kian Ming, Liew Chin Tong, Tony Pua dan Anthony Loke dan menggelar mereka sebagai ejen perubahan untuk Malaysia yang lebih baik.

Beliau bagaimanapun memberi amaran bahawa kerjaya Khairy dalam politik Umno mungkin tidak dapat berkembang kerana golongan ahli politik tua dalam Umno tidak menggemarinya berikutan pandangannya yang kadang-kala tidak selari dengan dasar yang didukung parti pemerintah itu. – 31 Julai, 2013. - TMI

2 Cedera Dibelasah Depan Masjid Dengan Gergaji

Posted: 30 Jul 2013 07:58 PM PDT

KAMPUNG RAJA - Dua pemuda cedera selepas diserang dengan gergaji dan dibelasah oleh sekumpulan lelaki di hadapan Masjid Alor Lintang, dekat sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa berumur lingkungan 22 tahun cedera di tangan, leher dan kepala akibat diserang dengan gergaji serta dipukul termasuk menggunakan topi keledar.


Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kejadian berlaku semasa mangsa dan rakannya berada di hadapan masjid terbabit sebelum didatangi lima lelaki.


Menurutnya, secara tiba-tiba salah seorang daripada mereka datang menetak tangan kiri dan leher mangsa dengan gergaji kayu.


"Suspek yang sama kemudian menuju ke arah mangsa kedua dan cuba merampas beg di dalam raga motosikal menyebabkan mangsa cuba menghalang, namun dia juga turut menjadi mangsa.


"Kawan-kawan suspek turut memukul mangsa kedua dengan topi keledar. Bagaimanapun, mangsa berjaya melarikan diri dan datang ke Balai Polis Kampung Raja membuat laporan," katanya.


Kamaruddin berkata, kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Besut dan dirawat sebagai pesakit luar kerana hanya mengalami kecederaan kecil.


Menurutnya, motif pergaduhan itu dipercayai ada kaitan dengan masalah kewangan antara mereka dan siasatan lanjut masih dijalankan.


Dalam kes berasingan, polis turut memberkas seorang lelaki berusia 36 tahun kerana disyaki memiliki 80 bungkus cecair dipercayai air ketum dan seguni daun ketum.


Kamaruddin berkata, suspek ditahan dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Kampung Gong Dasar, Jabi pada jam 1 pagi kelmarin.


"Kesemua barang kes tersebut ditemui disorok di dalam semak belakang rumah suspek," katanya. - SH.

GEMPAR!!! Lagi Nahas Kereta Api 1 Maut, 26 Cedera [Saksikan...]

Posted: 30 Jul 2013 07:19 PM PDT

GRANGES-PRES-MARNAND. Sekurang-kurangnya seorang maut dan 26 yang lain cedera apabila sebuah kereta api penumpang bertembung dengan sebuah lagi kereta api yang sedang bergerak di wilayah selatan Switzerland, kelmarin.

Jurucakap polis Vaud, Jean-Christophe Sauterel berkata, nahas berlaku pada pukul 7 malam waktu tempatan membabitkan kereta api yang sedang dalam perjalanan ke Lausanne, manakala sebuah lagi menuju ke Payerne, utara Switzerland.


"Mayat pemandu kereta api itu ditemui beberapa jam kemudian dalam keadaan tersepit di celah rempuhan," katanya.


Sementara itu, seorang yang dilaporkan parah dikejarkan ke hospital menggunakan helikopter dan selebihnya diberi rawatan kecemasan oleh petugas paramedik di lokasi kejadian.


Polis juga enggan mengulas punca rempuhan dan mengesahkan siasatan masih dijalankan.


Nahas berlaku, selang beberapa hari insiden kereta api tergelincir yang meragut lebih 70 nyawa penumpang di Sepanyol sekaligus menjadi nahas pengangkutan kereta api paling buruk dalam sejarah. - Reuters


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (26)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment