Tuesday, July 30, 2013

RG2011... Sinar Harian di TH am 310713 bersamaan 22Ramadhan1434H

 

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Ugut: Ketua Syiah lapor polis

Oleh: KU NOOR FAIZAH KU MUSTAFA

Tarikh: July 31, 2013

PENDANG – Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan semalam membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang berhubung ancaman bunuh terhadap dirinya yang dipaparkan menerusi laman sosial Facebook baru-baru ini.

Abdullah berkata, dia terpaksa membuat laporan itu setelah menerima ugutan dan ancaman itu setelah seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Muhd Amirul Roshid berkongsi gambar dan maklumat mengenai dirinya dalam Facebook Gerakan Anti Syiah Malaysia.

"Pemilik akaun tersebut telah menuduh saya seorang yang sangat aktif menyesatkan masyarakat Kedah khususnya pemuda-pemudi Kedah dan menghasut masyarakat supaya membenci orang Islam lain yang mengamalkan Ahlul Sunnah Wal Jamaah," katanya.

"Saya memandang bahawa tuduhan ini adalah amat berat dan sesama sekali tidak berasas. Ingin saya tegaskan dan menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut kerana tidak menepati realiti dan saya akan mendapatkan khidmat nasihat daripada peguam-peguam saya untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di IPD Pendang.

Abdullah berkata, beliau menyedari ancaman itu pada Ahad lalu daripada seorang rakan yang membuka akaun laman sosial tersebut.

"Selain ancaman di laman sosial, saya juga pernah menerima ugutan melalui panggilan telefon dua minggu lalu dengan mengatakan 'Awas ketua Syiah, kami nak hancurkan Syiah' dengan mengulang ayat itu sebanyak tiga kali'.

"Nombor telefon itu tidak dapat dikesan kerana menggunakan nombor peribadi," katanya.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Syiah nafi kafan hitam

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: July 31, 2013

PENDANG – Pengikut fahaman Syiah di Kedah kecewa dengan tanggapan orang ramai bahawa mereka kafan jenazah menggunakan kain hitam dan kebumikan jenazah dalam keadaan berdiri.

Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan berkata, Syiah di negara ini menguruskan jenazah pengikut mereka dengan baik, sama dengan cara dilakukan pengikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Banyak jenazah telah diuruskan, sama ada daripada keluarga (berfahaman) Syiah atau mana-mana pihak yang mewasiatkan untuk mayat diuruskan mengikut (amalan) Syiah.

"Jenazah dikapankan dengan kain putih. Bezanya (dengan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah) ialah kain itu tertulis dengan doa-doa dan dibeli dari Iran," katanya.

Abdullah juga menafikan dakwaan bahawa Syiah pernah merampas jenazah untuk diuruskan pengebumian mengikut fahaman Syiah di Kuala Kedah.

Jelasnya, beliau mengambil jenazah seorang ahli Syiah dari Kuala Kedah untuk diuruskan mengikut fahaman Syiah kerana si mati telah mewasiatkan secara bertulis kepada beliau dan kepada keluarga si mati secara lisan supaya berbuat demikian ketika sedang sakit di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

Beliau juga sifatkan dakwaan ada kubur seorang wanita berfahaman Syiah di Kuala Rimau, Pendang, ghaib sebagai direka untuk disensasikan pihak tertentu.

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Tangisan takut dimarahi isteri

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: July 31, 2013

KULIM - Seorang pengawal keselamatan menangis meminta polis membebaskannya kerana takut dimarahi isterinya selepas ditahan akibat mengambil dadah dan menyamar sebagai anggota polis dalam kejadian jam 1.30 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, ketika kejadian, anggota polis sedang membuat rondaan cegah jenayah di sekitar jalan Sungai Ular menghala ke Taman Seri Mahkota.

Menurutnya, tiba-tiba sebuah kereta jenis Proton Persona yang dipandu suspek berusia 20 tahun itu dilihat memotong kenderaan awam dipandu polis.

"Apabila tiba di kawasan perindustrian Sungai Ular, tiga kenderaan polis berhenti di tepi jalan. Bagaimanapun, polis curiga kerana kenderaan dipandu suspek turut berhenti dan memasang lampu kecemasan.

"Apabila kenderaan polis mula bergerak, suspek dilihat memecut laju ke arah kilang lama. Curiga dengan keadaan suspek, polis memburunya. Dalam usaha melarikan diri, suspek gagal berhenti di enam lampu isyarat," katanya kepada Sinar Harian.

Ghuzlan berkata, apabila tiba di simpang tiga jalan Kilang Lama, polis memintas kereta suspek yang cuba mengundurkan keretanya bagaimanapun dihalang oleh van polis yang ada di belakangnya.

Katanya, dari pemeriksaan dijalankan, polis menemui plastik lut sinar dipercayai bekas menyimpan dadah. Selain itu, beberapa peralatan untuk menghisap dadah turut ditemui di dalam beg di bahagian belakang kereta suspek.

"Suspek menyatakan semua peralatan serta bungkusan dadah yang sudah dihisap itu dimiliki abangnya. Suspek kemudiannya dibawa ke Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk menjalani ujian saringan air kencing dan polis mendapati suspek positif dadah dan akan ditahan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Merbahaya kerana memasukkan dadah dalam badan.

"Ketika kenyataan diambil, suspek menangis dan meminta polis membebaskannya kerana takut dimarahi isteri yang baru dinikahinya tujuh bulan lalu. Menurut suspek, isterinya memberi amaran supaya jangan menghisap dadah," katanya.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Nasrudin: Apa untung nak bunuh karakter saya?

Oleh: Nasrudin Hassan

Tarikh: July 30, 2013

1. TERDAPAT satu artikel di portal berita yang entah dari siapa tetapi menggunakan nama Mohamad Abdullah, melemparkan fitnah kepada saya dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz.

Penulis mengemukakan surat terbuka kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kononnya saya mendapat dana dari Kontraktor Lynas.

Penulis pun sebut "dimaklumkan ...." soalnya siapa yang memaklumkan perkara itu kepada beliau?

2. Saya telah mengisytiharkan harta. Saya menyertai pilihanraya baru-baru ini dengan wang sejumlah yang telah saya isytiharkan sebelum dibantu oleh rakan-rakan.

Wang deposit pilihan raya sejumlah RM15K tu pun dibayar oleh YDP Pas Kawasan.

Jika tidak, hilang kelayakkan saya untuk bertanding.

3. Selepas pilihan raya, saya mengerjakan umrah atas pembiayaan An Nuur Travel kerana dalam masa yang sama saya bertugas sebagai mutawwif kepada ahli jamaah An Nuur Travel.

Ertinya kehidupan saya sebelum dan selepas pilihan raya, dari dulu sehingga sekarang adalah serupa.
[Cuma akan datang terasa juga nak pakai MPV sebuah sebab anak sudah enam orang, sudah tidak muat kami nak naik berlapan sumbat masuk dalam kereta. Maklumlah Ahli Parlimen dapat AP kan, hu hu.... tengoklah macam mana , sebab Hyundai Trajet yang saya guna tu insya-ALLAH saya akan wakafkan buat perjuangan ini dan buat masa ini akan dijadikan kenderaan rasmi Pusat Komuniti Parlimen Temerloh].

4. Saya sangat mengalu-alukan jika benar Lynas nak bagi dana kepada saya, silakan... saya terima dengan terbuka, [pendirian saya ini tidak bermakna saya sokong Lynas] kerana kami sangat memerlukan wang bagi membantu rakyat di Temerloh.

Demikian juga kalau ada orang-orang UMNO mahu menghulurkan sumbangan, kami terima dengan terbuka. Temerloh mempunyai berpuluh pusat pengajian Islam, ramai ibu tunggal, anak yatim dan mereka yang tidak bernasib baik.

[Pendirian saya ini tidak bermakna saya sokong UMNO]. Kami juga menerima wang "riba" yang dihendak dikeluarkan dari akaun masing-masing kerana banyak terdapat jalan-jalan kecil di kampung yang perlu diturap, tetapi kami tiada wang dan peruntukan untuk membantu rakyat.

5. Sebagaimana juga saya selaku Ahli Parlimen, dibayar gaji oleh kerajaan pimpinan Umno dan BN, saya terima gaji itu bukan bermakna saya sokong pimpinan Umno.

6. Buat masa ini saya ke hulu dan ke hilir mencari dana kebajikan rakyat Temerloh.

Rata masjid dan surau saya jelajah menyampaikan tazkirah sambil buka peluang kepada orang ramai berbakti bagi mendapatkan sumbangan untuk Dana Kebajikan Temerloh.

Saya menulis dan jual buku untuk isi poket. Prinsip saya, ada duit insya-ALLAH kita agih kepada mereka yang memerlukan di Parlimen Temerloh ini dan jika tiada duit, kita duduk diam-diam, jangan merungut sebaliknya banyakkan berdoa kepada ALLAH SWT. Mohon murahkan rezeki.

7. Tidak ketinggalan api fitnah turut dipercikkan kepada sahabat saya, Nik Mohd Abduh sebagai seorang yang mengamalkan gaya hidup mewah.

Sedang siapa jua yang rapat dan mengenali beliau akan mengetahui bahawa, sehingga kini beliau yang telah berkeluarga dan mempunyai lapan cahaya mata, masih tinggal sebumbung di teratak sederhana bersama ayahandanya, Nik Abdul Aziz.

8. Kebiasaannya bagi pasangan anak dan menantu, apabila mereka telah mempunyai keluarga sendiri dan beranak pinak, mereka akan mencari kediaman mereka sendiri secara berasingan.

Banyak faktor yang mendorong sedemikian tetapi tidak kepada Nik Mohd Abduh.

Saya masih ingat kata-kata beliau kepada saya apabila saya bertaaruf secara tidak langsung sebagai seorang sahabat seperjuangan.

Beliau menyebut : "Semua orang berbangga dengan ayah ana sebagai Tok Guru, sedang Tok Guru tu ada dalam rumah ana, macam mana ana nak keluar tinggal di tempat lain! .... Ana nak didik anak-anak ana supaya melihat sendiri secara praktikal cara hidup datuknya seorang tok guru.

Anak ana sedang membesar, ana pula banyak masa di luar... elok sangatlah ana tinggal bersama ayah untuk memberi peluang kepada anak-anak terdidik dengan cara hidup seorang ulamak besar bergelar Tok Guru sebagaimana yang pernah ana alami semasa kecil-kecil dulu."

9. Kenyataan beliau memang menimbulkan rasa cemburu di hati kita yang tak ada Tok Guru dalam rumah kita kecuali televisyen dan komputer yang banyak didampingi oleh anak-anak kita.

10. Apa yang saya nak sebut ialah bagaimana mereka memfitnah kononnya Nik Mohd Abduh mengamalkan gaya hidup mewah kalau tempat tinggal pun masih berkongsi rumah dengan orang tua.

Sementara YB lain berlumba-lumba mendirikan rumah sebesar mahligai.

Kenapa penulis tidak menimbulkan isu pemimpin yang jelas terang lagi berlampu hidup dalam kemewahan atau sememangnya pena diasah tajam untuk mensasarkan Nik Mohd Abduh sahaja?

11. Kononnya itu adalah surat terbuka buat Nik Abdul Aziz tetapi realitinya sedang memfitnah ahli keluarga Tuan Guru sendiri sedang anakanda beliau yang dituduh mengamalkan kehidupan mewah tinggal serumah dengan beliau.

12. Kelihatan permainan semakin menarik selepas ini. 'Scud' jenis apa pula akan dilancarkan selepas ini kepada saya dan rakan-rakan termasuk DPPM.

Sekali lagi saya ambil pendekat berdoa kepada ALLAH SWT supaya mereka insaf dan segera berhenti dari menabur fitnah dan membunuh karakter sedemikian rupa.

Apa untung nak bunuh karakter saya? Saya hanya insan biasa .

Nasrudin Hassan

Ketua Pemuda Pas
Ahli Parlimen Temerloh

*Pendapat ini dipetik daripada Facebook (FB) Dewan Pemuda Pas Malaysia

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Pas: Siapa dalang sebenar kes Pengerusi MyWatch?

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: July 30, 2013

SHAH ALAM - Pemuda Pas hari ini mendesak siasatan menyeluruh dibuat mengenai satu percubaan bunuh terhadap pengerusi NGO anti Jenayah MyWatch, R Sri Sanjeevan.

Menurut Setiausaha Pemudanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil, desakan ini dibuat berikutan dakwaan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa percubaan bunuh terhadap Sri Sanjeevan mungkin ada kaitan dengan pendedahannya baru-baru ini mengenai  penglibatan anggota polis dalam sindiket jenayah.

Khairul Faizi turut menganggap kenyataan Musa itu sebagai sesuatu yang serius.

"Jika benar dakwaan tersebut, ia bermakna ada beberapa pihak yang 'merasa panas' dengan pendedahan  Sri Sanjeevan sehingga tergamak mengambil pembunuh upahan menembak beliau.

"Soalnya, siapakah yang berusaha membunuh beliau dan siapakah pula dalang yang mengarahkan beliau dibunuh?" katanya dalam kenyataan media.

Khairul Faizi menambah, individu berprofil tinggi seperti Sri Sanjeevan sepatutnya dilindungi daripada sebarang cubaan jenayah terhadapnya.

Beliau katanya, menghadapi risiko dibunuh ekoran keberaniannya mendedahkan bahawa pegawai polis sendiri terlibat dengan jenayah.

Keberanian beliau wajar dicontohi dan seharusnya banyak pihak lain sanggup ke tengah dalam menegakkan kebenaran tanpa mempedulikan risiko yang bakal diambil, katanya lagi.

"Pendedahan beliau dan jenayah yang berlaku ke atasnya pastinya menggemparkan negara. Cubaan bunuh ke atas beliau menunjukkan bahawa ada beberapa kes besar yang boleh memeranjatkan melibatkan individu atau pihak tertentu cuba untuk dilenyapkan.

"Mungkin beliau memiliki rahsia besar yang perlu disingkapkan bagi pengetahuan umum," katanya.

Bagaimanapun, tambahnya lagi, Pemuda Pas  mengharapkan penjenayah terbabit segera ditangkap untuk dihadapkan ke muka pengadilan.

Menurutnya, kejadian ke atas Sri Sanjeevan menunjukkan jenayah membunuh menggunakan senjata api adalah sesuatu yang serius dan Malaysia sudah tidak boleh dianggap selamat.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Trend baru bunuh guna senjata api

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: July 30, 2013

KUALA LUMPUR - Kejadian pembunuhan menggunakan senjata api yang semakin berleluasa sekarang merupakan fenomena baharu dan mungkin melibatkan 'pembunuh upahan', kata bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Tan Sri Zaman Khan.
   
Beliau berkata kes jenayah kini tidak lagi berunsur rompakan atau samun tetapi bermotifkan isu peribadi, dan modus operandi penjenayah terbabit dirancang dengan rapi.
   
Malah, beliau juga menyatakan perkara-perkara seperti itu jarang berlaku pada zaman beliau berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), di mana kes tembakan sering kali disabitkan sebagai samun atau rompakan.
   
"Kepada saya ini merupakan satu fenomena yang baru, masa saya berkhidmat, perkara macam ini, ada juga tetapi bukan macam kekerapan yang berlaku (sekarang), malah semalam sahaja, dua orang ke tiga orang ditembak," katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama Tv di sini hari ini.
   
"Saya percaya perkara ini memang hitman itu, kerana cara-cara mereka menembak pun nak menentukan orang yang mereka tembak itu mati cepat," kata beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Penjara dan sinonim dengan kes jenayah berprofil tinggi.

Antaranya peristiwa enam banduan menahan seorang doktor dan pembantunya di Penjara Pudu pada Oktober 1986; bekas tentera, Prebet Adam Jaafar yang bersenjatakan raifal M16 mengamuk dan menembak mati seorang lelaki di Chow Kit pada Oktober 1987 dan episod pemburuan penjenayah kejam, Bentong Kali atau P.Kalimuthu di Kuala Lumpur pada 1993.
   
Zaman Khan berkata demikian ketika mengulas mengenai kejadian Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi maut manakala isterinya cedera parah ditembak dari jarak dekat di tempat meletak kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di Kuala Lumpur pada Isnin.
   
Mengenai seruan supaya undang-undang yang lebih berkesan untuk menangani kes tembak yang semakin berleluasa digubal, Zaman Khan berkata masanya sudah tiba untuk berbuat demikian.
   
Beliau berkata kerajaan perlu merangka undang-undang untuk membenarkan pihak polis menahan suspek tanpa dibicara seperti Ordinan Darurat 1969 yang dimansuhkan pada 2011 kerana undang-undang seperti itu perlu ada dalam menjamin keselamatan rakyat.
   
Katanya, ia merupakan langkah yang berkesan dalam menangani jenayah berat, terancang dan berkumpulan.

Malah beliau berkata undang-undang sedemikian bukan untuk menindas masyarakat ataupun menganiayai mereka, tetapi bertujuan dalam mengawal cengkaman penjenayah.
   
"Itu sebabnya kenapa undang-undang ini perlu diwujudkan bukan untuk buat aniaya kepada masyarakat, tidak. Kita buat undang-undang ini untuk menentukan masyarakat kita, keselamatan mereka terjamin, kita boleh hidup mewah, sebagaimana biasa, jangan kita diugut di bawah cengkaman, penjenayah-penjenayah ini," katanya.
   
Mengikut laporan media, PDRM mengesan 67 kes jenayah kekerasan yang dilakukan bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) sepanjang tempoh Januari hingga Jun tahun ini.
   
Angka itu menunjukkan peningkatan 100 peratus berbanding 33 kes dalam tempoh sama tahun lepas.
   
Menurut PDRM, jenayah kekerasan yang dilakukan bekas tahanan EO meningkat selepas 2,473 tahanan EO dibebaskan pada Julai tahun lepas.
   
Pembunuhan Hussain Ahmad berlaku dua hari selepas aktivis antijenayah yang juga Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan cedera ditembak di persimpangan berdekatan Taman Awana Indah, Jempol, Negeri Sembilan.
   
Selain Sanjeevan, seorang lagi mangsa kes pembunuhan berprofil tinggi ialah Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim yang ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya pada 26 April. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Senda Islam: Jangan sampai cetus ketegangan

Oleh:

Tarikh: July 30, 2013

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Tindakan segelintir pihak yang menyentuh sensitiviti masyarakat Islam akhir-akhir ini diharap tidak berlarutan sehingga mencetuskan ketegangan seperti berlaku di negara Islam lain, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
   
Perbuatan itu, kata Timbalan Perdana Menteri, tidak seharusnya berlaku dalam keadaan negara yang ketika ini aman dan tenteram.
   
"Ini menunjukkan tidak ada persefahaman dan pengertian yang mendalam dalam masyarakat. Tiada orang Islam yang mempersendakan agama-agama bukan Islam seperti Kristian, Hindu dan sebagainya.
   
"Tetapi yang berlaku di sini, bukan Islam telah memperlekehkan dan
mempersendakan agama kita," katanya semasa berucap pada majlis berbuka puasa bersama Anak-Anak Rumah Amal Kasih Bestari di sini hari ini.
   
Muhyiddin mengulas penyebaran sebuah klip video dalam laman You Tube bertajuk 'Suatu Hari di Hari Raya' yang memaparkan seorang individu membasuh tangan dan kakinya seperti mengambil wuduk dan kemudian melakukan perkara yang sama kepada tiga ekor anjing.
   
Klip video itu berlatarbelakangkan takbir Hari Raya dan lagu Hari Raya nyanyian Datuk M.Nasir.

Sehubungan itu, katanya, tindakan tegas perlu diambil terhadap mana-mana pihak yang sengaja mencemarkan kesucian Islam.
   
"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri perlu cepat mengambil tindakan supaya kejadian ini tidak terus berulang," kata Muhyiddin.
   
Terdahulu, pada majlis berbuka puasa anjuran Eden Inc.Berhad itu, timbalan perdana menteri menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 70 anak yatim.
   
Hadir sama isteri beliau Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.
   
Beliau berharap sumbangan itu akan menceriakan lagi sambutan Hari Raya anak-anak yang kurang bernasib baik. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

27,700 kes pekerja mati, hilang

Oleh:

Tarikh: July 30, 2013

BEIJING - CHINA. Lebih 27,700 kes kematian atau hilang direkodkan di tempat kerja pada separuh pertama tahun ini di China, lapor Pentadbiran Keselamatan Pekerja Negeri pada Selasa.
   
Bagaimanapun, bilangan kemalangan menurun 13.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, kata Timbalan Ketua Pentadbiran Keselamatan Pekerja Negeri, Wang Dexue dalam kenyataan di sini.
   
Wang berkata pada separuh pertama tahun ini, jumlah pekerja yang dikaitkan dengan kemalangan susut 3.8 peratus tahun ke tahun.
   
Bilangan kemalangan yang berlaku dalam industri arang batu dan perlombongan juga menurun masing-masing 4.8 peratus dan 16.5 peratus dari Januari hingga Jun tahun ini, katanya.
   
Bulan lepas, insiden kebakaran yang mengorbankan 119 pekerja di pusat penyembelihan ayam dan itik di wilayah Jilin, timur laut China membangkitkan kebimbangan aspek keselamatan di tempat kerja dan membawa kepada pemulihan keadaan keselamatan di tempat kerja di seluruh negara itu.
   
Wang berkata keselamatan di tempat kerja masih menjadi masalah utama, memandangkan kecuaian penyelia keselamatan tempatan menyebabkan kerap berlaku kemalangan industri di China, terutama industri perlombongan. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Sistem dwi-sijil SPM, IGCSE di MRSM 2016

Oleh:

Tarikh: July 30, 2013

ALOR GAJAH - Kesemua 45 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara akan melaksanakan sistem dwi-sijil iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan program baharu Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) menjelang 2016.
   
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Mara berhasrat melaksanakan program IGCSE dengan kerjasama Cambridge International Examination itu untuk membolehkan pelajar MRSM mengikuti pengajian di universiti luar negara lebih awal.
   
"Sehingga kini sebanyak 13 MRSM telah melaksanakan program IGCSE dengan MRSM Tun Abdul Razak di Pekan, Pahang merupakan perintis apabila melaksanakan program itu pada 2011.
   
"Dengan pelaksanaan program ini kami harap dapat menghantar lebih ramai anak-anak kita mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang di luar negara," katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Mara di MRSM Alor Gajah di sini, hari ini.
   
Turut hadir Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi dan Pengerusi Mara Tan Sri Annuar Musa. Majlis itu turut dihadiri lebih 100 orang terdiri daripada pelajar MRSM Alor Gajah dan anak yatim sekitar negeri ini.

Mohd Shafie berkata MRSM Kuala Kubu Baharu di Selangor dan MRSM Kuala Kelawang di Negeri Sembilan akan melaksanakan program itu tahun depan.
   
Mengenai program IGCSE, beliau berkata pengajaran dan pembelajaran IGCSE menekankan pembentukan kemahiran lisan dan praktikal serta mengambil pendekatan penyelidikan penyelesaian masalah, aplikasi kemahiran ilmu dan pelaksanaan projek secara individu juga berkumpulan.
   
Katanya program IGCSE diiktiraf peringkat antarabangsa sebagai setaraf dengan British GLSE dan International GCE 'O' Level Exams ditawarkan melalui University of Cambridge International Examinations yang diguna pakai lebih 9,000 sekolah di lebih 160 negara.
   
"Saya percaya pelajar MRSM mampu 'adapt' program ini dengan jayanya, pelajar bukan sahaja perlu mahir aspek bahasa Inggeris malah perlu bersedia untuk mempelajari bidang lain seperti sains dan tekonologi pada tahap tertinggi.
   
"Daripada sudut pengurusan pula, kami akan pastikan semua keperluan bagi menjalankan program ini dipenuhi dalam semua MRSM. Kami tidak seharusnya terburu-buru laksanakan program ini jika keperluannya tidak dapat kami penuhi," katanya.
   
Sementara itu Mohd Shafie berkata untuk memenuhi kehendak rakyat, tiga MRSM baru yang dibina dengan kos RM185 juta akan mula beroperasi tahun depan.
   
Beliau berkata tiga MRSM itu ialah MRSM Arau di Perlis, MRSM Sungai Besar di Selangor dan MRSM Kuala Kangsar di Perak. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Rakyat Malaysia didakwa 'bisnes' dadah

Oleh:

Tarikh: July 30, 2013

JAKARTA - INDONESIA. Seorang rakyat Malaysia yang telah dijatuhi hukuman mati kerana kesalahan dadah dan sedang ditahan di Penjara Cipinang, Jakarta Timur, didakwa masih meneruskan perniagaan dadah dari dalam penjara.
   
Dia dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah pada tahun 2012 setelah didapati bersalah mengedar 350 kilogram dadah dan semasa ditahan dalam penjara, dia dikatakan mempunyai lima buah telefon bimbit.
   
Dia didakwa melakukan perniagaan dadah itu bersama seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara empat setengah tahun di penjara itu dan lima suspek lain, media tempatan melaporkan pada Selasa.
   
Berikutan penangkapan ketujuh-tujuh mereka, polis merampas 10.576 kilogram syabu dan 500 biji pil ekstasi daripada mereka, yang dianggarkan bernilai Rp22 bilion.
   
Berita penglibatan rakyat Malaysia itu menyusul kontroversi tentang skandal perniagaan dadah dari dalam Penjara Cipinang  yang menjadi perhatian media tempatan sejak beberapa hari lalu.
   
Kontroversi itu tercetus selepas seorang model majalah dewasa Vanny Rossyane mendedahkan kepada wartawan bahawa beliau sering berkunjung ke Penjara Cipinang untuk mengadakan hubungan seks dengan seorang banduan yang juga kekasihnya dan mereka bebas mengambil dadah di dalam penjara itu. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Terowong SMART ditutup mulai esok

Oleh:

Tarikh: July 30, 2013

KUALA LUMPUR - Terowong Lebuhraya SMART akan ditutup pada Rabu, 31 Julai hingga Khamis, 1 Ogos.
   
Ia akan ditutup bermula pukul 11 malam hingga 6 pagi keesokan harinya.
   
Menurut kenyataan akhbar Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn Bhd hari ini, penutupan itu bagi membolehkan penyelenggaraan sistem terowong lebuh raya dijalankan.
   
Pengguna boleh menghubungi talian bantuan SMART 1-300-88-7188 untuk sebarang pertanyaan berhubung penutupan terowong itu. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

5 dicekup lepas sejam menyamun

Oleh:

Tarikh: July 30, 2013

KOTA TINGGI - Lima penjenayah diberkas polis kira-kira satu jam setengah selepas menyamun di sebuah rumah di Felda Bukit Besar, Kulaijaya di sini, malam tadi.
   
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Mohd Nor Rasid berkata suspek memecah masuk rumah itu kira-kira 2 pagi menggunakan pemotong besi dan melarikan satu unit Notebook, seutas rantai leher, seutas gelang tangan dan tiga telefon bimbit.
   
"Bertindak atas maklumat iaitu kira-kira pukul 3.30 pagi, sepasukan anggota dari Balai Polis Bukit Besar telah terserempak dengan sebuah Perodua Kancil berwarna putih dalam keadaan mencurigakan di kawasan simpang tiga Jalan Kota Tinggi–Kulaijaya berhampiran Orcard Golf Country Resort di sini.
   
"Sebaik polis cuba menahan kereta berkenaan, suspek terus memecut keretanya menghala ke arah Kulaijaya namun berjaya ditahan tidak lama selepas itu," katanya dalam sidang media Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi di sini hari ini.
   
Katanya, seorang daripada suspek merupakan rakyat tempatan manakala empat lagi warga Indonesia dan polis menemui semula barangan yang disamun dalam kejadian itu bersama satu pemotong besi.
   
Beliau berkata kumpulan itu dipercayai terlibat dalam lebih lima kes samun di daerah Kota Tinggi termasuk di Felda Bukit Besar, Bandar Tenggara, Felda Adela dan Bandar Penawar.
   
Kesemua suspek kini ditahan reman tujuh hari untuk siasatan. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Bekas tahanan EO mati ditembak di Kepong

Oleh:

Tarikh: July 30, 2013

KUALA LUMPUR - Seorang bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) yang mempunyai 20 rekod jenayah, mati ditembak dalam sekatan jalan raya oleh polis di Kepong di sini awal hari ini.
   
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata lelaki berusia 35 tahun yang memandu kereta jenis Toyota Vios itu ditahan dalam sekatan jalan raya pada 2.15 pagi dan diminta menunjukkan dokumen pengenalan diri.
   
"Suspek yang berasal dari Kedah itu tiba-tiba melepaskan tiga das tembakan ke arah anggota polis, namun sasarannya terlepas," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.
   
Beliau berkata lelaki itu kemudian keluar dari kereta untuk melarikan diri menyebabkan polis melepaskan tiga das tembakan ke arahnya.
   
"Suspek cedera di kaki kiri, perut dan bahu dan dihantar ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan. Dia meninggal dunia di hospital pada 2.30 petang ini," katanya.
   
Polis turut merampas sepucuk pistol MK semi-auto, enam topeng muka dan sebatang besi dipercayai digunakan untuk aktiviti samun, yang ditemui dalam kereta itu.
   
"Kereta Toyota Vios itu dilapor hilang di Bukit Mertajam, Pulau Pinang," katanya. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

SKMM diarah siasat video hina Islam dalam Youtube

Oleh:

Tarikh: July 30, 2013

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diarah menggambil tindakan terhadap penyebaran satu lagi video dikatakan menghina Islam bertajuk '1 Hari Di Hari Raya' yang disiarkan dalam laman YouTube.
   
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata SKMM telah diarah menyegerakan siasatan terhadap pemilik video yang dianggap boleh mengganggu sensitiviti Islam itu.
   
"Saya menerima banyak pertanyaan mengenai hal ini walaupun SKMM belum menerima sebarang laporan mengenainya. Oleh itu, saya telah mengarahkan SKMM menggambil tindakan untuk menyiasat video itu," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
   
Video itu menunjukkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Chetz membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat perkarangan masjid dengan suara latar Takbir Raya.
   
Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan seorang lelaki memakai Baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.

Video itu juga menyiarkan kata-kata "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga anjing itu).
   
Ia turut memuatkan ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari Chetz sekeluarga" dengan gambar lelaki duduk bersama tiga ekor anjing di atas sofa.
   
Sebelum ini, pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee telah didakwa di mahkamah kerana mempersenda Ramadan dan umat Islam dengan memuat naik gambar sedang makan hidangan daging babi, Bak Kut Teh, berserta kapsyen dan logo halal di laman Facebook, di bawah Akta Hasutan 1948. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Jakim bantah pembangunan bersebelahan Masjid WP

Oleh:

Tarikh: July 30, 2013

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jawatankuasa Pentadbiran Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membantah cadangan pembangunan di dua lot tanah di Jalan Changkat Kiara Hartamas di sini, yang terletak bersebelahan masjid itu.
   
Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata ini kerana cadangan projek itu tidak sesuai memandangkan kedudukannya yang terlalu hampir dengan tempat ibadat bertaraf masjid negeri itu.
   
Katanya projek itu didapati melibatkan pembinaan beberapa menara berketinggian 49, 47, 37 dan lapan tingkat yang pasti menghalang pandangan masjid dari arah barat, barat laut dan barat daya, sekali gus menghilangkan daripada pandangan menara masjid yang menjadi identiti dan mercu tanda keIslaman setempat.
   
"Cadangan pembangunan ini dirasakan tidak sesuai kerana dipercayai akan mengundang konflik sosial dan berkemungkinan mendapat bantahan penghuni mengenai seruan azan lima, khutbah dan syarahan keagamaan Islam yang mungkin bertukar menjadi isu sensitif melibatkan agama," kata Othman dalam kenyataan hari ini.
   
Beliau berkata pembangunan komersil seperti itu juga akan menyebabkan pertumbuhan premis seperti restoran, pusat hiburan, kelab malam, karaoke dan aktiviti berunsurkan maksiat.

"Pembangunan berkepadatan tinggi seperti yang dicadangkan itu juga akan hanya menambah tahap kesesakan lalu lintas sedia ada kepada tahap lebih serius dan amat membimbangkan," tegas Othman.
   
Othman, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Masjid Wilayah Persekutuan, seterusnya menarik perhatian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenai impak cadangan projek itu terhadap alam sekitar.
   
Ini melibatkan keperluan minimum 10 peratus kawasan hijau bagi memastikan kawasan yang hendak dibangunkan mempunyai cukup ruang udara dan boleh dijadikan ruang riadah.
   
Jakim, katanya, pernah mengemukakan bantahan terhadap cadangan pembangunan di tapak sama pada 11 Okt 2006.
   
Sambil menggesa cadangan projek itu tidak diluluskan, beliau berkata tapak itu pernah dipohon bagi pembangunan sebuah kolej swasta, namun DBKL memberikan alasan ia terletak terlalu hampir dengan masjid berkenaan dan boleh menjejaskan aliran lalu lintas serta tempat letak kereta di kawasan persekitaran. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Pembunuhan pengasas Ambank ada kaitan hartanah

Oleh:

Tarikh: July 30, 2013

KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur tidak menolak kemungkinan urusan jual beli hartanah adalah motif di sebalik kejadian Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi mati ditembak di Lorong Ceylon, di sini semalam.
   
Bagaimanapun, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata perkara itu masih dalam siasatan dan pihaknya sedang mengumpul maklumat latar belakang kejadian ini.
   
"Kita percaya perkara ini dilakukan oleh pembunuh upahan. Polis akan memanggil 7 orang saksi untuk merakam keterangan," katanya pada sidang media hari ini.
   
Dalam kejadian semalam, Hussain, 75, ditembak mati manakala isterinya, Chong Mei Kuen, 49 cedera parah ditembak dari jarak dekat di tempat letak kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, di Lorong Ceylon, di sini.
     
Mangsa terkena dua das tembakan di bahagian dada dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya cedera di pergelangan tangan kiri serta paha kanan.

Kata Mohmad, pihaknya akan memanggil saksi termasuk isteri dan rakan mangsa, yang berjumpa dengan mangsa sebelum pembunuhan itu.
   
"Isteri mangsa, Chong, berada dalam keadaan stabil dan polis akan mengambil keterangan secepat mungkin.
   
"Suspek dipercayai mungkin warga tempatan berumur bawah 50 tahun," katanya sambil menambah pihaknya telah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terletak berhampiran tokong Cina Kuan Yin Temple untuk mengesan suspek.
   
Beliau berkata teksi yang digunakan suspek untuk meloloskan diri dipercayai teksi sewa.
   
Sementara itu, Jenazah Hussain akan dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini selepas solat Isyak malam ini.

Wakil keluarga Allahyarham, Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah, yang juga sahabat baik kepada arwah berkata kepada pemberita di Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur, jenazah itu akan disembahyangkan di Masjid Wilayah Persekutuan selepas solat Isyak sebelum dikebumikan.
   
Jenazah itu dituntut ahli keluarga setelah proses bedah siasat selesai dilakukan pada 1 tengah hari.
   
Tinjauan Bernama mendapati suasana sedih menyelubungi bilik mayat Hospital itu apabila Chong, yang menaiki kerusi roda dengan ditemani 10 anggota keluarga dan rakan, menangis hiba selepas melakukan pengecaman jenazah suaminya.
   
Chong turut dijaga empat anggota polis berpakaian seragam serta bersenjata M-16.
   
Muhammad Shafee berkata beliau mengenali Allahyarham selama 25 tahun dan menyifatkan arwah seorang yang peramah, bersopan-santun serta suka menolong orang lain.
   
"Dia merupakan orang pertama yang derma US$4 juta kepada tabung pendidikan Universiti Islam Antarangbangsa (UIA) sejak kali pertama ditubuhkan. Kali terakhir saya jumpa arwah ialah pada tiga minggu lepas ketika berbuka puasa bersama," katanya.
   
Katanya Chong masih trauma dan lemah ekoran kejadian itu dan enggan ditemu ramah. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Dicekup ketika leka main judi

Oleh:

Tarikh: July 30, 2013

MELAKA - Lima lelaki yang sedang leka bermain mesin judi dicekup polis dalam Ops Dadu di pusat hiburan keluarga di sebuah hypermarket di Bachang di sini.
   
Tiga penjaga pusat hiburan berkenaan turut ditahan selain lapan mesin judi dan wang tunai berjumlah RM2,481 dirampas dalam serbuan pada 1.30 tengah hari ini.
   
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata pihaknya menerima maklumat awam mengenai premis itu menggunakan mesin judi yang menawarkan hadiah wang tunai kepada pemenang.
   
"Kami memandang serius aktiviti judi di pusat hiburan keluarga dan pemantauan akan dibuat dari masa ke semasa bagi membanteras aktiviti seumpama ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
   
Beliau berkata kesemua lima lelaki berusia 20-an terbabit ditahan mengikut Seksyen 6 Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
   
Katanya tiga penjaga premis terbabit juga berusia 20-an disiasat mengikut Seksyen 4B akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 untuk setiap mesin atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
   
Operasi itu melibatkan 25 anggota dan tiga pegawai unit pencegahan perjudian, kongsi gelap dan maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka dan Daerah Melaka Tengah. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

14 ambulans baru untuk Kelantan

Oleh:

Tarikh: July 30, 2013

KOTA BAHRU - Jabatan Kesihatan Kelantan menerima 14 unit ambulans baharu bernilai RM5.37 juta, hari ini.
   
Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan Datuk Makhtar Mustapha berkata ambulans itu adalah tambahan kepada tujuh unit ambulans bernilai RM2.68 juta yang diterima sebelum ini.
   
Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kenderaan Ambulans kepada hospital dan klinik di Kelantan, Makhtar berkata kesemua ambulans itu akan ditempatkan di hospital daerah dan klinik kesihatan di negeri ini. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Penduduk Malaysia 28.3 juta dalam banci 2010

Oleh:

Tarikh: July 30, 2013

KUALA LUMPUR - Banci penduduk Malaysia pada 2010 mendapati penduduk negara ini berjumlah 28.3 juta orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wahid Omar.
    
Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 26 juta atau 91 peratus merupakan warganegara Malaysia manakala 2.3 juta atau 8.2 peratus bukan warganegara.
    
"Operasi banci itu dilaksanakan mulai 6 Julai hingga 22 Ogos 2010. Banci akan datang bagi penduduk Malaysia ialah pada 2020," katanya ketika menggulung perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara di sini, hari ini.
    
Banci bagi penduduk Malaysia dijalankan setiap 10 tahun sekali.
    
Malaysia melaksanakan operasi banci mengikut garis panduan antarabangsa, amalan di negara lain selain mengikut standard Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, katanya.
    
Abdul Wahid berkata Malaysia pada masa ini berada di landasan yang betul untuk mencapai tahap negara maju berpendapatan tinggi.
    
"Ini dapat dilihat melalui pendapatan isi rumah rakyat Malaysia yang hanya RM264 pada 1970 dan RM5,000 pada masa ini," katanya. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Sindiket tumpas, dadah RM1.3 juta dirampas

Oleh:

Tarikh: July 30, 2013

KUALA LUMPUR - Polis menumpaskan satu sindiket dadah dengan penangkapan 11 suspek termasuk ketuanya di Semenyih, Kajang dekat sini Jumaat lepas, selain merampas dadah bernilai RM1.3 juta.
   
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata kesemua suspek lelaki berumur antara 20 dan 36 tahun dengan lapan daripada mereka merupakan warga India.
   
Mereka ditahan dalam tiga serbuan di sekitar Semenyih, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini, hari ini.
   
Katanya kesemua mereka ditahan reman selama lima hari sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Perkeso bayar pampasan RM2 bilion tahun lepas

Oleh:

Tarikh: July 30, 2013

KUANTAN - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) membayar pampasan RM2 bilion kepada pencarum di seluruh negara tahun lepas, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abd Muttalib.
   
Beliau berkata pampasan itu dibayar kepada pencarum yang terbabit kemalangan dan pemeriksaan di tempat kerja perlu sentiasa dibuat bagi mengurangkan risiko kemalangan.
   
"Dengan cara ini, ia mungkin dapat mengurangkan kehilangan tenaga pekerja mahir dari pelbagai sektor," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Cek dan Peralatan Pemulihan Sempena Hari Raya kepada 24 penerima berjumlah RM300,379.32 di sini hari ini.
   
Beliau berkata lebih 63,000 anggota perkhidmatan awam bertaraf sementara dan kontrak kini layak mencarum dalam skim Perkeso mulai 1 Jun lepas.
   
"Nasib mereka kini lebih terbela dan mereka tidak lagi perlu bimbang apabila dilindungi insurans bagi mengelak menanggung kesusahan jika terbabit kemalangan atau musibah," katanya. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

2 lelaki mengaku tak bersalah tetak jari doktor

Oleh:

Tarikh: July 30, 2013

PETALING JAYA - Dua lelaki hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan menetak jari Dr Delaila Ahmad hingga putus ketika melakukan rompakan dua minggu lepas.
   
P. Sharves, 22, dan S. Kanthavellu, 20, didakwa menyebabkan kecederaan dengan menetak jari tangan kiri Dr Delaila, 59, di tepi jalan SS 19/6, Subang Jaya menggunakan parang pada 1.20 pagi, 16 Julai lepas.
   
Mereka didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
   
Hakim Yasmin Abdul Razak membenarkan tertuduh, masing-masing diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan mereka melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali serta dilarang mengganggu atau mendekati mangsa dan saksi.
   
Sementara itu, di Mahkamah Sesyen berasingan mereka didakwa atas tuduhan merompak wang tunai RM18,000 milik Dr Delaila di tempat, tarikh dan waktu yang sama.

Bagi kesalahan itu, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
   
Hakim Rozina Ayob membenarkan mereka diikat jamin RM8,000 dengan mensyaratkan bapa tertuduh pertama dan ibu tertuduh kedua sebagai penjamin.
   
Kedua-dua kes itu akan disebut semula 22 Ogos.
   
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Dalira Din bagi kes rompak dan bagi kes mencederakan, dikendalikan Dhiya Syazwani Izyan Mohd Akhir.
   
Kedua-dua tertuduh diwakilli peguam S. Siva Ganish. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Hukuman penjara ibu campak bayi dikurangkan

Oleh:

Tarikh: July 30, 2013

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengurangkan tempoh penjara ke atas gadis yang mencampak bayi perempuan baru dilahirkan dari tingkat dua rumahnya, kepada lima tahun selepas membenarkan rayuan wanita itu terhadap hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Sesyen Selayang pada Januari tahun lepas.
   
Hakim Datuk Ahmadi Asnawi bagaimanapun mengekalkan hukuman denda RM5,000 atau penjara lima bulan yang dikenakan ke atas bekas pembantu restoran, Noor Atika Kamarolzaman, 20.
   
Dalam penghakimannya, Ahmadi berkata keputusan itu dibuat selepas pihaknya memperhalusi hujahan kedua-dua pihak dan bersetuju dengan keterangan bahawa Noor Atika telah mengalami kecelaruan mental selepas trauma.
   
"Oleh itu, saya dapati hukuman penjara ke atasnya adalah excessive (berlebihan). Justeru, saya benarkan rayuan tertuduh dan mengurangkan tempoh penjara kepada lima tahun bermula dari tarikh tangkap," katanya.
   
Pada 30 Jan tahun lepas, Hakim Mahkamah Sesyen Selayang Maziah Joary Mohd Tajudin menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM5,000 selepas Noor Atika mengaku bersalah menyebabkan kematian bayinya itu di alamat B7-2 Taman Selayang Segar 2, dekat sini, antara 3.30 pagi dan 7.15 pagi pada 3 Okt 2011.

Mahkamah turut memerintahkan dia dipenjara lima bulan lagi sekiranya gagal membayar denda.
   
Pertuduhan ke atas Noor Atika dibuat mengikut Seksyen 309A Kanun Keseksaan dan hukuman dibuat mengikut Seksyen 309B akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.
   
Mayat bayi yang lengkap sifatnya itu ditemui orang awam di dalam longkang dalam keadaan tertiarap.
   
Laporan bedah siasat mendapati punca kematian bayi itu adalah akibat kecederaan teruk di bahagian kepala.
   
Peguam Ravin Singh dari Majlis Peguam mewakili tertuduh manakala Timbalan Pendakwa Raya Fazilah Begum Abdul Ghani mewakili responden. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

JKJR: Remaja paling ramai maut nahas jalan raya

Oleh:

Tarikh: July 30, 2013

BUTTERWORTH - Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) menyasarkan penunggang berusia 25 tahun ke bawah dalam kempen balik kampung sempena Aidilfitria kali ini memandangkan kelompok itu paling ramai menjadi korban jalan raya.
   
Pengarah JKJR Pulau Pinang S. Jegan berkata kelompok usia itu meliputi 70 peratus daripada penunggang dan pembonceng motosikal yang maut akibat kemalangan jalan raya saban tahun.   
   
"Kita menyasarkan golongan itu yang biasanya adalah penunggang baru supaya mereka dapat mematuhi peraturan ketika di jalan raya," katanya kepada pemberita selepas pelancaran kempen bagi peringkat negeri, di sini hari ini.
   
Katanya sempena kempen itu JKJR Pulau Pinang mengedarkan topi keledar percuma, hamper selain risalah keselamatan jalan raya kepada penunggang motosikal. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Berlian Tokong Kuan Yin dijumpai semula

Oleh:

Tarikh: July 30, 2013

GEORGETOWN - Sebutir berlian berusia 200 tahun di Tokong Kuan Yin, Jalan Masjid Kapitan Keling di sini yang dilapor hilang petang semalam, dijumpai semula hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Ismail Idris berkata berlian itu dijumpai pengurusan tokong di dalam sisa pecahan almari kaca ketika kerja pembersihan dilakukan pagi tadi.

"Berlian itu telah diletakkan kembali di dahi patung dewi berkenaan dan polis tidak menyiasat secara terperinci mengenai kehilangannya kerana semasa pemeriksaan dibuat berlian itu tidak dijumpai di badan suspek," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata suspek yang cedera pada bahagian kepala akibat dipukul penjaga tokong kerana cuba mencuri berlian itu masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan berada dalam keadaan stabil.

Dalam kejadian 1 petang semalam, suspek berusia 35 tahun itu memecahkan almari kaca yang menempatkan patung Dewi Kuan Yin dan cuba melarikan berlian yang terletak di dahi patung berkenaan.

Bagaimanapun perbuatannya itu disedari beberapa orang awam dan suspek dipukul sebelum diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut. - Bernama

 

 

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Belanjawan Sukan SEA 2017 dijangka RM116 juta

Oleh:

Tarikh: July 30, 2013

KUALA LUMPUR - Kertas cadangan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) supaya Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017 akan dibawa kepada kabinet bulan depan untuk kelulusan kerajaan.     

Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS) Datuk M. Saravanan berkata kertas cadangan itu turut memuatkan aspek belanjawan temasya itu yang dijangka menelan belanja RM116 juta.
    
"Mengikut giliran, Malaysia sepatutnya menjadi tuan rumah pada 2019 tetapi oleh kerana Brunei belum bersedia menjadi tuan rumah dan hanya akan melakukannya pada 2019, maka Malaysia ditawarkan untuk melaksanakannya," katanya menjawab soalan Senator Baharudin Abu Bakar pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Negara di sini hari ini.
    
Baharudin bertanya tentang peruntukan menjadi tuan rumah Sukan Sea 2017 dan persediaan kerajaan dan kementerian dari segi persiapan atlet dan insfrastruktur bagi memastikan Malaysia muncul penganjur terbaik dan juara keseluruhan.
    
Mengulas lanjut, Saravanan berkata kelulusan penganjuran itu bergantung kepada faktor kewangan kerajaan, prestasi atlet dan insfrastruktur bagi memastikan acara itu berjalan lancar.
    
"Dari segi prestasi atlet, kita akan memastikannya dengan mempertandingkan senarai sukan yang memberi kelebihan dan milikan atlet terbaik negara seperti boling padang, berbasikal, karate, silat, skuasy dan tenpin boling.
    
"Kita juga mahu memastikan temasya ini menjadi medan penyediaan atlet kita dan negara Asean lain untuk menghadapi Sukan Asia dan Sukan Komanwel," katanya. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Jangan jadikan Sukan Sea 2017 temasya 'sarkas'

Oleh: NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH

Tarikh: July 31, 2013

MESKIPUN menyokong penuh hasrat Malaysia  untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA pada 2017, namun Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong berharap hanya acara sukan kompetitif sahaja yang dipertanding dalam temasya dwi-tahunan itu.

Ini kerana beliau berkata acara sukan itu perlu selari acara yang dipertanding pada Sukan Olimpik, Sukan Komanwel dan Sukan Asia. 

Malah katanya, sebagai tuan rumah, acara-acara sukan yang tidak dipertandingkan pada peringkat tertinggi seperti temasya Sukan Asia, Komanwel mahupun Olimpik sewajarnya digugurkan hanya kerana mahu merangkul gelaran juara keseluruhan.

"Saya menyokong penuh hasrat Malaysia untuk menjadi tuan rumah 2017, cuma apa yang perlu dibincang perkara lebih terperinci dengan pihak Majlis Olimpik Malaysia (MOM) ialah perkara seperti jenis sukan dipertandingkan.

"Sebenarnya telah banyak kali saya beri kenyataan sebelum ini bahawa acara-acara yang dipertandingkan di sukan Sea tidak seharusnya ditentukan oleh negara yang menjadi tuan rumah kerana akhirnya memilih sukan yang mengarut dan saya memang dari dulu tidak setuju kalau acara-acara tidak dimainkan di seluruh negara Asea dipertandingkan dalam sukan Sea.

"Acara-acara mengarut seperti renang sirip, sepak bulu ayam, kempo dan vovinam seperti yang dipertandingkan pada temasya sebelum ini perlu digugurkan.  Temasya Sukan SEA bukannya acara sukan rakyat, jadi jangan jadikannya seperti temasya sarkas semata-mata mahu juara keseluruhan. Apa pun sukan tradisi seperti silat dan sepak takraw perlu terus dipertanding kerana ia merupakan acara di peringkat Sukan Asia," katanya kepada pemberita selepas berbuka puasa bersama media di Kafe Atlet MSN semalam.

Justeru, Zolkples berkata,pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan MOM bagi mengenal pasti acara sukan yang dipertandingkan pada temasya itu nanti.

"Sudah tentu sebagai tuan rumah, kita mahu melihat negara kita berjaya di temasya itu, bukan setakat berjaya sebagai pengelola, bahkan berjaya dari segi pencapaian atlet kerana kali terakhir kita mengelolakannya pada tahun 2011, kita tuan rumah dan jadi juara keeluruhan.

"Tapi kita tidak mahu keluar sebagai juara keseluruhan dengan memenagi banyak pingat emas dalam acara eperti tempo, renang sirip, sepak bulu ayam,  sebaliknya kita masih ada kekuatan sukan yang memang popular yang beberapa disukan SEA telah digugurkan.

"Jadi, saya yakin MOM memiliki pendirian yang sama dan kami akan mengadakan perbincangan lanjut bersama pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sekiranya hasrat menjadi tuan rumah benar-benar mahu direalisasikan," jelasnya.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Belia dan Sukan M. Saravanan pada persidangan Dewan Negara semalam bahawa kertas cadangan MOM agar Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017 akan dibawa ke Kabinet bulan depan untuk kelulusan kerajaan.

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin juga melahirkan hasrat supaya negara muncul tuan rumah Sukan SEA 2017 selepas kali terakhir menganjurkan temasya dwi-tahunan itu pada 2001.

Ia ekoran tuan rumah asal, Brunei hanya bersedia menganjurkan temasya itu pada 2019, tahun yang sepatutnya menjadi giliran Malaysia sebagai tuan rumah.

Mengulas lanjut mengenai bajet yang dikatakan mencecah RM116 juta, Zolkples memberitahu, anggaran awal itu dilihat masih berpatutan dan jauh lebih rendah berbanding perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan ketika menganjurkan Sukan Malaysia (Sukma).

"Ini anggaran awal , bukan terkini, apa pun saya rasa RM616 juta lebih murah berbanding sesetangah negeyang mengelolakn temasya sukan Malaysia. Memang Khairy seorang yang amat straight berkaitan perbelanjaan dan saya akan pastikan hanya perkara asas yang diperlukan dan penganjuran temasya Sukan SEA kali ini juga tidak memerlukan pembinaan gelanggang sukan baru, sebaliknya penambahbaikan mana-mana venue sedia ada.

"Kita akan pastikan perbelanjan yang paling minima kita gunakan untuk mengelolakan temasya dwi-tahunan itu," ujarnya yang turut memberitahu bahawa  kontinjen negara dijangka 'terlepas' sekurang-kurangnya 30 pingat emas pada temasya Sukan SEA di Myanmar yang bakal membuka tirainya Disember depan.

Ini kerana menurut Zolkples, beberapa acara yang sebelum ini menjadi 'lubuk emas' kontinjen negara digugurkan penganjur kali ini.

"Acara seperti trek berbasikal (10 emas), boling (lima emas) dan renang seirama (lima emas) yang dipertandingkan pada temasya dua tahun lalu merupakan antara acara yang digugurkan oleh Myanmar kali ini," katanya.

Untuk rekod, pada 2011, kontinjen negara melabuhkan tirai Sukan SEA di Indonesia di tempat keempat keseluruhan carta pungutan pingat selepas meraih 59 emas, 50 perak dan 81 gangsa.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Buku panduan teknikal Sukan SEA 2013 keliru

Oleh:

Tarikh: July 30, 2013

KUALA LUMPUR - Belum pun selesai isu keselamatan yang didakwa menyebabkan Myanmar dilihat tidak serius menjadi penganjur Sukan SEA 2013, mereka sekali lagi mencetuskan masalah apabila gagal menyediakan maklumat lengkap pada buku panduan teknikal temasya berkenaan.
   
Tindakan Myanmar melakukan kesilapan pada buku panduan tersebut telah mengelirukan banyak negara peserta pada temasya yang bakal berlangsung dari 11 hingga 22 Dis ini.
   
Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi berkata badan induk itu menerima buku panduan teknikal daripada Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA 2013 baru-baru ini, dan telah mengagihkan kepada persatuan sukan kebangsaan.
   
Kok Chi berkata beliau terkejut apabila mendapati banyak kesilapan pada buku tersebut dan pihaknya telah menghantar surat kepada Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA 2013, semalam bagi mendapatkan penjelasan.
   
"Kesilapan besar seperti pada tarikh tutup penyertaan tidak sepatutnya berlaku kerana ia mengelirukan dan kita harap mereka dapat selesaikan perkara ini secepat mungkin," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
 
Beliau berkata tarikh tutup penyertaan pada temasya berkenaan sepatutnya 19 Nov, namun pada buku tersebut dicetak 15 Sept.
   
Katanya ini kali pertama MOM menerima terus buku panduan teknikal daripada penganjur kerana sebelum ini, penganjur menghantar borang permohonan dalam bentuk draf terlebih dahulu sebelum mengisi buku panduan berkenaan.
   
"Saya juga minta semua persatuan sukan semak buku panduan teknikal kejohanan secara teliti dan maklumkan kepada kami (MOM) jika terdapat kesilapan pada buku tersebut," katanya.
   
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan ke Sukan SEA Myanmar 2013 akan diadakan selepas Aidilfitri dan persatuan sukan kebangsaan masih mempunyai masa meneliti serta mengisi buku itu.
   
"Kita masih belum tahu jumlah keseluruhan atlet dan pegawai yang akan dihantar ke Myanmar namun jumlah penyertaan dianggarkan antara 600 dan 700 orang," katanya.
   
Daripada 33 acara yang dipertandingkan pada Sukan SEA Myanmar, Malaysia tidak mengambil bahagian dalam empat acara iaitu gusti, perlumbaan bot tradisional serta dua acara seni mempertahankan diri iaitu kempo dan vovinam. - Bernama

 

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Rambo Bentong didakwa bunuh, rogol remaja

Oleh:

Tarikh: July 30, 2013

TEMERLOH - Rambo Bentong yang sedang menjalani hukuman penjara 133 tahun selain 50 sebatan atas kesalahan rogol, seks luar tabii serta cubaan membunuh anggota polis, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Tinggi di sini, atas pertuduhan membunuh dan merogol seorang remaja perempuan pada 2009.
   
Tertuduh atau nama sebenarnya Rabidin Satir, 42, didakwa membunuh seorang remaja perempuan yang berusia 17 tahun di antara pukul 11.30 malam 7 Mac 2009 hingga 1.50 tengah hari 8 Mac 2009, di Lot 4168 Kampung Ketari Bentong, Bentong.
   
Rabidin, dari Kampung Libang Ulu, Tambunan, Sabah didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.
   
Tertuduh juga didakwa merogol mangsa sehingga menyebabkan kematiannya di tempat dan masa yang sama, mengikut Seksyen 376(4) yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.
   
Rabidin mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibacakan dalam Bahasa Dusun oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Azman kemudiannya menetapkan 26 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula.
   
Rabidin diwakili peguam Richard Bong Chong Fook manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mustaffa.
   
Pada 5 Feb lepas, Rabidin yang tidak bekerja dijatuhi hukuman penjara berjumlah 115 tahun dan 50 sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Raub terhadap empat pertuduhan merogol dan satu pertuduhan melakukan seks luar tabii ke atas empat mangsa perempuan berumur antara lapan hingga 17 tahun.
   
Pada 21 Mac lepas pula dia dijatuhi hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Sesyen Raub selepas mengaku bersalah menyerang dan mencederakan Konstabel Mohd Suhaimi Md Razali, 24, dengan sebilah parang di sebuah rumah bernombor 43 di Taman Shahbandar Husin, Bentong pada kira-kira 6 petang, 14 Nov 2012. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Maybank IB beli saham AirAsia X

Oleh:

Tarikh: July 30, 2013

LANGKAH Maybank Investment Bank (Maybank IB) membeli saham AirAsia X seiring dengan mekanisme penstabilan harga yang diperkenalkan Suruhanjaya Sekuriti pada 2008.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan, Maybank IB berkata, mekanisme itu bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dalam pasaran bagi terbitan baharu saham dan untuk memudahkan aktiviti mendapatkan dana.

"Ia akan memastikan permintaan bagi saham dalam tawaran awam permulaan boleh dipenuhi dengan cara yang efisien dan turun naik harga semasa tempoh segera selepas penyenaraian boleh diminimumkan," katanya.

Sebagaimana dalam prospektus IPo AirAsia X, Maybank IB, sebagai pengurus penstabilan, boleh membeli sehingga 118.5 juta saham dalam AirAsia X dalam masa 30 hari pertama penyenaraian.

"Ini merupakan hasil daripada opsyen terlebih peruntukan yang diberikan oleh Orix Airline Holdings Ltd dan Manara Malaysia I Ltd kepada Maybank IB sebagai pengurus penstabilan," katanya. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Inspektor didakwa bunuh tahanan lokap

Oleh: SITI AZIELAH WAHI

Tarikh: July 30, 2013

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai polis dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pagi ini, atas tuduhan membunuh seorang tahanan lokap, dua bulan lepas.

S Hare Krishnan, didakwa bersama tiga lagi, iaitu Jafri Jaafar,  Mohd Nahar Abdul Rahman dan Mohd Haswadi Zamri Shaari didakwa membunuh sehingga menyebabkan kematian tahanan polis, N Dharmenderan, 31.

Kejadian didakwa dilakukan di Tingkat 7, Pejabat Siasatan Khas D9, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur antara jam 12.20 tengah hari hingga 2.50 petang 21 Mei lalu.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Hare Krishnan, 40, yang berkemeja kelabu dan seluar panjang warna hitam menjawab 'faham' selepas pertuduhan dibacakan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang kelihatan tenang di kandang tertuduh.

Timbalan Pendakwa Raya, S Nithia memohon satu tarikh sebutan bersama tertuduh lain,  untuk mendapatkan laporan bedah siasat dan izin pendakwaan.

Majistret Nor A'minahtul Mardhiah Md Nor menetapkan 2 Ogos ini untuk sebutan kes itu bersama tiga tertuduh lain yang telahpun didakwa bulan lepas.

Tertuduh diwakili Peguam, N Kalyanasundram,  G Sri Kumar dan S Kavita.

Peguam, Latheefa Koya turut hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak isteri Dharmenderan.

Pada 5 Jun lalu, tiga anggota polis iaitu Sarjan Jafri Jaafar, Koperal Mohd Nahar Abdul Rahman dan Koperal Mohd Haswadi Zamri Shaari dituduh menyebabkan kematian Dhamendran.

Inspektor Hare Krishanan, yang merupakan pegawai penyiasat cawangan D9 dikatakan menghilangkan diri sejak bulan lalu.

Sementara itu, peguam G Sri Kumar ketika ditemui pemberita memberitahu, Hare Krishnan tidak pernah bersembunyi atau melarikan diri sepertimana laporan media sebelum ini.

"Hare Krishanan telahpun melantik peguam selepas membuat laporan polis pertama, pada 1 Jun berhubung  kematian Dharmenderan dan pihak polis tahu di mana beliau.

Menurutnya tidak adil bagi anak guamnya apabila dituduh menghilangkan diri.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

3 suspek pecah rumah di Nibong Tebal tumpas

Oleh:

Tarikh: July 30, 2013

NIBONG TEBAL - Polis memberkas tiga lelaki yang dipercayai aktif melakukan kegiatan pecah rumah dan sekolah termasuk sekolah agama di sekitar daerah ini.    

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Shafien Mamat berkata suspek berusia antara 20 dan 30 tahun itu diberkas polis peronda di Taman Rebana, Sungai Bakap di sini awal pagi Khamis lepas.   
    
"Curiga melihat dua motosikal dinaiki tiga lelaki ditunggang dengan laju di awal pagi, anggota polis yang membuat rondaan bertindak mengejar mereka sebelum
dapat memintas sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki manakala rakan mereka berjaya melarikan diri.
    
"Hasil pemeriksaan mendapati dua lelaki berkenaan adalah kumpulan pecah rumah dan polis turut menemui beberapa peralatan mencurigakan selain senjata tajam, sarung tangan dan topeng muka,"  katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Polis Bersama Komuniti SPS, di sini malam tadi.
    
Shafien berkata hasil soal siasat, dua suspek berkenaan mengaku sedang membuat perancangan untuk melakukan pecah sekolah di sekitar Nibong Tebal.
   
"Mereka juga mengaku terbabit dalam memecah masuk sebuah sekolah agama sebelum itu dan mencuri sebuah komputer riba dan wang tunai sebanyak RM200," katanya.
    
Menurut Shafien seorang lagi suspek yang sebelum itu berjaya lolos, menyerah diri kepada polis beberapa jam kemudian.
    
"Mereka kini direman dan polis sedang siasat untuk mengenal pasti sama ada mereka ada terbabit dalam beberapa kejadian jenayah pecah rumah atau  bangunan lain sebelum ini," katanya.
    
Terdahulu pada majlis itu, 28 balu dan anak yatim anggota polis di daerah SPS menerima bantuan sempena Aidilfitri. Turut menerima sumbangan itu ialah bekas Special Constabel (SC), Bedah Mohamad, 94. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Pilu sambut aidilfitri tanpa ibu, ayah

Oleh:

Tarikh: July 30, 2013

KOTA BHARU - Ketika remaja seusianya ralit dengan rencah dunia mereka, Muhammad Zulhairie Zainudin, 17, memikul beban orang dewasa menjadi 'ayah' kepada empat adiknya selepas bergelar yatim piatu Mei lalu.
    
Remaja dari Kampung Chekok, dekat sini itu mengorbankan persekolahannya bagi mencari rezeki agar adik-adiknya -- Nur Hazfitrie, 15; Muhammad Zikrie Ikhwan, 13; Muhammad Zulhusni Jafni, 11, dan Nur Hidayah, 7 -- dapat bersekolah.       

"Saya bekerja membuat burger dan membancuh air di sebuah gerai dekat dengan kampung dengan pendapatan sekitar RM150 seminggu, selain bantuan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya ketika ditemui di rumah mereka, di sini semalam.
    
Katanya ayah mereka Zainudin Nafi meninggal dunia Mei lalu selepas menderita sakit dalam perut, manakala ibu Habibah Mat Adam kembali ke Rahmatullah pada 2010 akibat jangkitan kuman.
    
Tinjauan Bernama mendapati rumah yang didiami lima beradik itu dalam keadaan daif dengan pintu utama hanya bertutup dengan langsir dan sumber air pula dari telaga tiub.
    
Jika si abang mencari rezeki, si adik yang paling tua Nur Hazfitrie menggalas peranan 'ibu', menyediakan makanan dan mengemas rumah.
    
"Sepanjang bulan Ramadan ini, saya terpaksa bangun awal pagi untuk masak makanan untuk bersahur. Petang pula memasak untuk berbuka puasa.
    
"Mujur arwah ayah ada tinggalkan sebuah motosikal untuk abang (Muhamad Zulhairie). Bolehlah abang gunakannya untuk hantar dan ambil saya dan adik dari sekolah," katanya.
    
Pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor itu bagaimanapun reda dengan nasib yang menimpa mereka dan tidak patah semangat untuk berusaha mencatat keputusan cemerlang pada peperiksaan Penilaian Menengah Rendah yang bakal didudukinya tahun ini.
    
Dalam pada itu, Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) yang prihatin dengan nasib menimpa keluarga tersebut, tampil menghulur bantuan di bawah program tanggungjawab sosial 'Sentuhan Ramadan Kemudi' bagi meringankan beban lima beradik berkenaan.
     
Presidennya, Anwar Hussin berkata Kemudi memilih keluarga itu untuk dibantu kerana terharu dengan pengorbanan Muhamad Zulkhairie yang sanggup berhenti sekolah bagi mencari nafkah untuk keluarganya.
    
"Kita akan teruskan program sebegini sepanjang Ramadan dan Syawal ini bagi membela nasib golongan yang memerlukan. Ini adalah program tahunan Kemudi yang mula dilaksanakan tahun lepas," katanya.
    
Turut tampil memberi sumbangan ialah Pengurus VS Golden Beauty, Vivi Sumanti Che Ahmad dan syarikat telekomunikasi Digi Telecommunications Sdn Bhd. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Kesesakan kaunter JPJ berakhir hari ini

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: July 30, 2013

JOHOR BAHRU - Masalah gangguan sistem yang menyebabkan beberapa kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara sesak dengan pelanggan dijangka akan berakhir hari ini.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad berkata, masalah tersebut berpunca berikutan peralihan sistem pengkomputeran jabatan berkenaan daripada sistem sikap kepada 'mysikap' bermula Khamis lalu.

"Dalam tempoh peralihan sistem baharu ini bermula Khamis lalu, jabatan mendapati berlaku beberapa gangguan sistem yang
menyebabkan kelewatan di kaunter urusan JPJ di kebanyakan tempat di seluruh negara.

"Bagaimanapun, jabatan sedang menjalankan usaha untuk membaik pulih masalah gangguan sistem yang berlaku ketika ini dan sistem mysikap ini dijangka kembali pulih esok (hari ini)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JPJ negeri di Taman Daya, di sini semalam.

Ismail berkata, pihak menyasarkan penggunaan sistem mysikap tersebut mampu mencapai sasaran 85 peratus urusan secara talian menjelang 2015.

Katanya, pada masa ini hanya 28 peratus penggunaan urusan secara online dan selebihnya urusan dilakukan di kaunter.

 

 

 

----------------------------

Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.

 

This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment