Tuesday, July 30, 2013

RG2011... Fwd: Sajian Hari Ini

 


ResipiMasakanKini Berkongsi Resipi London Almond

Posted: 30 Jul 2013 09:16 AM PDT

ResipiMasakanKini berkongsi resipi London Almond ini adalah resipi kuih/biskut raya yang pasti ada di kebanyakan rumah pada setiap sambutan hari raya. Setiap tahun saya pasti akan menghasilkan London Almond ini.

Penyediaan : 30 minit | Memasak: 25 minit
55 Minit Masa keseluruhan Jumlah Hidangan: 48

Bahan-bahan:

  • 250 gram mentega
  • 450 gram tepung gandum
  • 2 sudu teh emplex
  • 1 1/4 cawan gula icing
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 150 gram badam, dibakar seketika dalam oven
Bahan untuk disalut
  • 450 gram coklat masakan
  • 1/2 sudu besar lemak sayur
  • Badam cincang, dibakar dlm oven
  • Paper cup bersaiz kecil

Cara menyediakan:

  1. Ayak tepung gandum bersama emplex.
  2. Pukul mentega (dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula icing sehingga sebati, kemudian masukkan telur kuning dan esen vanilla dan pukul lagi sehingga kembang.
  3. Masukkan sedikit demi sedikit tepung dan emplex yang diayak tadi, kacau sebati.
  4. Ambil sedikit doh, dan salutkan nipis pada sebiji badam. Ulang sehingga habis adunan.
  5. Bakar pada suhu 170 Celcius selama 20-25 minit.
  6. Keluarkan dan sejukkan di atas redai.
  7. Untuk bahan salut, gunakan kaedah double boil, panaskan coklat sehingga cair dan masukkan lemak sayur. Kacau sebati.
  8. Ambil biskut yg sudah disejukkan tadi dan celup ke dalam coklat kemudian masukkan ke dalam paper cup. Sudukan sedikit coklat kedalam paper cup supaya memenuhi ruang kosong yang ada.
  9. Tabur/hiaskan dengan badam cincang dan susun rapat supaya paper cup menjadi bentuk bujur apabila sejuk.

ResipiMasakanKini Berkongsi Resipi Biskut Semperit/Samperit

Posted: 30 Jul 2013 09:17 AM PDT

ResipiMasakanKini berkongsi resipi biskut semperit/samperit untuk juadah di hari raya, walau pun simple tetapi tetap menjadi tarikan ramai yang meminatinya.

Penyediaan : 25 Minit | Memasak: 30 Minit
55 Minit Masa keseluruhan Jumlah Hidangan: 8

Bahan-bahan:

  • 260g tepung gandum
  • 350g butter
  • 200g gula aising
  • 2 biji telur
  • 200g tepung kastard
  • 100g tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Ceri merah untuk hiasan
Cara menyediakan:
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga berwarna putih, kemudian masukkan telur dan esen vanila. Pukul sehingga kembang.
  2. Masukkan tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung. Kacau dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Masukan adunan ke dalam acuan semperit dan tekan di atas dulang pembakar yang sudah di gris.
  4. Hias ceri di atasnya.
  5. Akhir sekali bakar dalam ketuhar dengan suhu 180°C selama 10-15 minit atau sehingga masak

ResipiMasakanKini Menghidangkan Resipi Biskut Makmur

Posted: 29 Jul 2013 08:39 PM PDT

ResipiMasakanKini menghidangkan Resipi Biskut Makmur, resipi kuih raya yang tradisional boleh menambahkan lagi kepelbagaian di hari raya.

Penyediaan : 15 minit | Memasak: 15 minit
30 Minit Masa keseluruhan Jumlah Hidangan: 50

Bahan-bahan:


Bahan untuk doh:
  • 500g tepung gandum
  • 2/3 cawan gula icing
  • 1 tin kecil minyak sapi
  • Paper cup
Bahan untuk inti:
  • 200g kacang tanah, digoreng tanpa minyak
  • 3/4 cawan gula icing
  • 1 sudu besar mentega kacang, optional
Bahan untuk salut:
  • Sedikit gula icing
Cara menyediakan:
  1. Sangai tepung gandum dalam kuali, kemudian ayak tepung bersama gula icing. Gaul adunan bersama minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan doh yang lembut dan boleh diuli.
  2. Kisar kacang tanah dan campurkan bersama gula icing dan mentega kacang.
  3. Sukat doh menggunakan satu sudu besar untuk pastikan mendapat kuih yang sama besar. Kemudian leperkan dan letakkan inti kacang di tengah. Tutupkan inti dan buat bentuk membujur.
  4. Susun di atas loyang dan bakar selama 10-15 minit, suhu 150-160 darjah celcius. Kuih mungkin agak lembut bila disentuh ketika masih panas.
  5. Sejukkan biskut, salutkan dengan gula icing dan letakkan di dalam paper cup.


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (9)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment