Wednesday, July 31, 2013

RG2011... FW: Bayi perempuan gergasi dilahirkan di Jerman

 

30 JUL 2013 03:42PM

Bayi perempuan terbesar dilahirkan di Jerman

 

 

Leipzig – Seorang bayi perempuan, Jasleen  yang dilahirkan pada 26 Julai lalu, merupakan bayi terbesar di Jerman dengan berat 6.11 kilogram dan ukuran panjang 57.5  sentimeter.

 

Bayi berkenaan dilahirkan secara normal di Hospital Universiti, di sini.

 

Kebiasaannya bayi sebesar itu dilahirkan melalui pembedahan.

 

Ibu bayi itu  mengalami penyakit diabetes ketika mengandung dan ia dikesan berlaku pada minggu 24 kehamilan.

 

Kedua-dua ibu dan bayi berkenaan berada dalam keadaan sihat namun Jasleen masih dirawat di hospital.

 

Jasleen telah mengatasi bayi lelaki paling besar di Jerman sebelum ini iaitu Jihad yang dilahirkan di Berlin pada 2011 dengan berat 5.9 kilogram.

 

Menurut Guinness Book of World Records, bayi paling berat dilahirkan oleh seorang wanita Kanada, Anna Bates pada 1879.

 

Bayi lelaki seberat 10.8 kilogram itu bagaimanapun meninggal dunia 11 jam kemudian.

 

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment