GEMPAR!!! Pengasas Arab Malaysian Bank Maut, Isteri Cedera Parah Ditembak Posted: 29 Jul 2013 08:30 AM PDT Pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi maut manakala isterinya cedera parah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di ibu negara hari ini. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata kejadian berlaku pada 2 petang ketika mangsa datang ke tokong itu berjumpa dengan seorang rakannya untuk berbincang mengenai urusan jual beli saham. "Selang beberapa minit kemudian, mangsa didatangi seorang suspek lelaki dari arah belakang melepaskan tembakan rambang kepada kedua-dua mangsa yang ketika itu menuju ke parkir kereta. "Hussain,75, terkena dua das tembakan di bahagian dada dan di sebelah rusuk kiri manakala isterinya, 49, terkena dua das tembakan di pergelangan tangan kiri serta di paha kanan," katanya ketika dihubungi Bernama. Beliau berkata mangsa disahkan mati di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat manakala isterinya dihantar ke Hospital Tung Shin di ibu negara untuk rawatan. Khairi berkata siasatan awal mendapati tiga suspek lelaki berumur lingkungan 35 hingga 40 tahun telah menunggu mangsa di luar tokong semasa mangsa sedang berbincang. "Suspek meloloskan diri menggunakan teksi. Punca sebenar belum diketahui tetapi dipercayai mempunyai kaitan dengan perniagaan," katanya. Sementara itu, seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Lim, 50, berkata suspek didatangi seorang lelaki dari arah belakang sebaik keluar dari tokong itu. "Tiba-tiba saya terdengar bunyi tembakan lebih dari lima das dilepaskan. Suspek kemudian melarikan diri ke bahagian tepi tokong dengan sebuah teksi," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian. Lee mendakwa suspek dilihat memakai pakaian sukan, bercermin mata serta bertopi.- Bernama |
GEMPAR!!! Bahaya Menjilat Sampul Surat Dan Setem [SAKSIKAN..] Posted: 29 Jul 2013 03:46 AM PDT JANGAN SESEKALI MENJILAT SAMPUL SURAT DAN SETEM | Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan surat sebagai salah satu cara untuk berhubung. Cara yang paling cepat untuk melekatkan sampul surat adalah dengan menggunakan span basah. Kisah menarik mengenai seorang wanita yang menggunakan lidah untuk menggantikan span basah bagi melekatkan sampul surat dan stem. Pada suatu hari, seorang perempuan sedang bekerja di sebuah pejabat pos di California. Beliau tidak menggunakan span untuk melekat sampul suratnya tapi sebaliknya menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya. Pada hari yang sama juga perempuan itu mendapati terdapat satu luka kecil pada lidahnya. Luka itu membengkak. Perempuan tersebut terus pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan kerana risaukan lukanya. Tetapi setelah diperiksa oleh doktor tiada apa yang tidak kena dengan lidah beliau dan doktor menganggap bahawa ia hanyalah luka kecil dan bengkak biasa. Perempuan itu tidak merasakan sakit atau kebas walaupun lidahnya bengkak. Tetapi setelah hari berganti hari. Bengak pada lidah perempuan tersebut semakin membesar. Dengan rasa yang tidak puas hati beliau terus berjumpa doktor kembali dan memaksa doktor berbuat sesuatu pada lidahnya. Doktor tersebut terus mengarahkan perempuan itu menjalani ujian x-ray. Keputusannya doktor tersebut mendapati terdapat satu benjolan pada lidah perempuan itu. Doktor terus menasihati agar perempuan itu menjalankan pembedahan kecil pada lidahnya untuk memastikan punca benjol pada lidah perempuan tersebut. Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong Bahagian yang benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah perempuan itu. Kesimpulannya terdapat telur lipas pada pelekat sampul surat yang dijilatnya. Telur itu mampu menetas di dalam lidah dan kelembapan di dalam mulutnya. Gambar hiasan. Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN. Andy Humes menulis: "Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat." "Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan di dalam tangki pelekat untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka benda yang terapung di permukaan "tray" gam tersebut!" "Saya sudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat pelekat sampul surat sebaliknya saya menggunakan span basah." "Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan. Majikan tidak membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat. Saya tidak pernah faham mengapa. "Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak 2500 kotak. Di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas di suatu sudut pada kotak kertas. Saya melihat beberapa ekor lipas sedang menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!" Sumber: berita-harian.net |
Akhirnya 33 Peserta Black 505 Diikat Jamin RM2,000 Seorang [Baca...] Posted: 29 Jul 2013 03:28 AM PDT IniKalilah... Akhirnya 33 Peserta Black 505 Diikat Jamin RM2,000 Seorang [Baca...] SHAH ALAM, 29 JULAI : Seramai 33 individu yang menyertai perhimpunan Black 505 di Padang Merbok pada 22 Jun lalu didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan perhimpunan haram dan cubaan merusuh. Antara yang ditahan atas pertuduhan tersebut adalah Badrul Hisham Shaharin (Chegubard), aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim dan Muhammad Safwan Anang. Chegubard ketika dihubungi TVSelangor berkata, mereka didakwa dengan satu pertuduhan iaitu terlibat dalam perhimpunan haram, manakala 17 peserta lagi berhadapan dua pertuduhan kerana cubaan merusuh. "Kami dipanggil bersidang pada pukul 8.30 pagi, tetapi mahkamah hanya memulakan persidangan pada pukul 1.30 petang. "Dua pertuduhan dikenakan ke atas 17 orang manakala 33 orang (yang didakwa hari ini) kena satu tuduhan," katanya. Hakim, Mat Ghani Abdullah membenarkan mereka diikat jamin dengan RM2,000 setiap seorang. Beliau menetapkan perbicaraan bermula pada 19 Ogos. Isnin lalu, tujuh orang termasuk Rafizi Ramli dan Anthony Loke selaku penganjur perhimpunan, didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012. - Selangorku |
Kes Dharmendran: Akhirnya Pegawai Polis Yang Diburu Serah Diri [SAKSIKAN..] Posted: 29 Jul 2013 01:53 AM PDT SHAH ALAM - Seorang pegawai polis yang menghilangkan diri selepas disyaki terlibat dalam kes kematian tahanan dalam lokap, menyerah diri pagi tadi. Laporan laman mikro Twitter Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang dipetik sebentar tadi menyebut, Inspektor Hare Krishnan a/l K.Subramaniam telah menyerah diri ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Bukit Aman jam 10 pagi tadi. Sebelum ini, usaha mengesan suspek dipergiatkan selepas tiga anggota polis yang terlibat dalam kes tersebut didakwa di Mahkamah Majistret pada Rabu bulan lalu. Hare Krisnan diburu selepas didakwa menyebabkan kematian N. Dharmendran di dalam lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, 21 Mei lepas. Berikutan insiden itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak polis akan mengecam suspek. "Suspek tersebut telah menjadi buruan polis dan diletakkan dalam senarai orang yang dikehendaki," katanya. - SH. |
BONGKAR!! Anwar Desak Siasat Sindiket Jenayah Libatkan Anggota Polis Posted: 29 Jul 2013 01:00 AM PDT SHAH ALAM 29 JULAI : PKR mendesak siasatan terperinci dijalankan ke atas dakwaan penglibatan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam sindiket jenayah dan kegiatan haram, tegas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Gesaan dibuat susulan daripada insiden tembakan dan cubaan membunuh Pengerusi Badan Pemantau Jenayah MyWatch, R. Sri Sanjeevan dua hari lepas; beberapa jam selepas beliau memuatnaik tulisan di Twitter miliknya bahawa beliau menerima ugutan bunuh dipercayai dibuat anggota polis. Tidak menolak kaitan langsung cubaan tersebut dengan hasrat Sanjeevan mendedahkan penglibatan anggota polis dalam sindiket dan kegiatan haram, Anwar yang juga Ketua Pembangkang memohon agar kawalan keselamatan yang ketat ke atas Sanjevan yang kini sedang dirawat di hospital dapat ditingkatkan. "Keadilan juga menyambut baik tindakan pantas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berjanji untuk menjalankan siasatan terperinci terhadap kes ini. "Keadilan menuntut supaya pendedahan Sanjeevan berkaitan penglibatan anggota polis dan pegawai PDRM dengan sindiket jenayah dan kegiatan haram turut disiasat seterusnya membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan," tegas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam satu kenyataan media. Dalam pada itu, Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli turut mendakwa beliau ditemui Sanjeevan sehari sebelum kejadian tembakan, dan Sanjeevan meminta bantuan untuk mendedahkan nama anggota polis yang didakwa terbabit dengan sindiket dadah. Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau tidak pasti sama ada rancangan untuk mendedahkan senarai nama tersebut ada kaitan dengan cubaan membunuh Sanjeewan. Sanjeevan mendapat perhatian umum akhir tahun lepas apabila beliau muncul bersama mantan KPN, Tan Sri Musa Hassan dalam satu sidang media mendedahkan terdapat pegawai polis berpangkat tinggi terlibat dalam sindiket jenayah. Musa semalam dalam kenyataannya berkata kemungkinan Sanjeevan diserang ekoran pendedahannya sebelum ini berhubung penglibatan anggota PDRM dengan sindiket jenayah. Sanjeevan pernah menerima ancaman pada April lalu apabila diserang empat lelaki bersenjatakan parang di aras bawah tanah di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Beberapa minggu lalu, beliau didakwa diekori beberapa lelaki mencurigakan di Terminal Tambang Murah (LCCT), Sepang. Dua hari lepas, beliau yang sedang berhenti di sebuah simpang di Jempol, didakwa ditembak dari jarak dekat oleh pembonceng sebuah motosikal; menyebabkan beliau cedera di bahagian dada kanannya. Beliau kini dilaporkan dalam keadaan stabil tetapi kritikal selepas menjalani pembedahan di Hospital Kuala Pilah. - Selangorku. |
BONGKAR!! Apa Yang Lim Guan Eng Buat Tu? [Lihatlah...] Posted: 29 Jul 2013 12:36 AM PDT |
Adakah Anda Tahu Mukjizat Telaga Zamzam? [Mesti Baca...] Posted: 28 Jul 2013 08:27 PM PDT Adakah anda tahu mukjizat Zamzam? Paras air telaga Zamzam adalah sekitar 10.6 kaki di bawah permukaan. Ia adalah keajaiban Allah bahawa apabila air Zamzam telah dipam secara berterusan selama lebih daripada 24 jam dengan kadar mengepam 8,000 liter per kedua, paras air menurun kepada hampir 44 kaki di bawah permukaan. TETAPI APABILA Pam dihentikan, tahap segera dinaikkan sekali lagi kepada 13 kaki selepas 11 minit. 8,000 liter sesaat bermakna 8000 x 60 = 480,000 liter seminit 480,000 liter per minit bermakna bahawa 480,000 x 60 = 28.8 Juta liter sejam Dan 28.8 Juta liter jam bermakna 28800000 x 24 = 691.2 Juta liter sehari. Jadi mereka dipam 690 jutaan liter Zamzam dalam masa 24 jam, tetapi ia telah dibekalkan semula dalam 11 minit sahaja. Terdapat 2 mukjizat di sini, pertama yang telaga Zamzam dilantik semula diisi dengan segera, & yang kedua ialah Allah yang Memegang tambahan ordinaril y berkuasa Akuifer untuk tidak membuang telaga Zamzam tambahan daripada baik, jika tidak dunia akan tenggelam. Ia adalah terjemahan daripada Telaga ZamZam perkataan, yang bermakna Henti!!! Hentikan!!!! dikatakan oleh Hajirah Alaih Sebagai Salaam. Zimam adalah satu perkataan Arab, ia adalah tali / mengekang dilampirkan kepada kekang atau noseband & ia adalah digunakan / ditarik untuk menghentikan berjalan haiwan. Air Zamzam tidak mempunyai warna atau bau, tetapi ia mempunyai rasa yang berbeza. JazakAllah ♥ Jangan lupa kita kongsikan bersama rakan2 ♥ |
NGERI!! Gambar Dua Buruh Maut Tertimbus [Saksikan...] Posted: 28 Jul 2013 07:33 PM PDT JOHOR BAHRU – Malang menimpa dua buruh Indonesia apabila mereka maut selepas tertimbus konkrit ketika sedang membaiki rasuk yang retak di sebuah pasar raya yang dalam pembinaan di Taman Pelangi Indah di sini semalam. Kejadian kira-kira pukul 3 petang itu mengorbankan buruh yang dikenali sebagai Aripen, 24, dan Asmawi, 27, selepas kedua-duanya tertimbus lebih enam jam di bawah runtuhan konkrit. Mayat Asmawi ditemui pada pukul 9.51 malam manakala mayat Aripen ditemui hampir empat jam kemudian. - kosmo |
Tayangan 'The New Village' Ditangguh? [Saksikan...] Posted: 28 Jul 2013 07:16 PM PDT KUALA LUMPUR - Tayangan filem 'The New Village' ditangguh bagi membolehkan Lembaga Penapisan Filem (LPF) di bawah Kementerian Dalam Negeri meneliti semula kandungannya. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata filem yang dijadual ditayang pada Ogos itu perlu ditapis semula dari segi plot cerita dan mesejnya. Beliau berkata LPF memberi kelulusan kepada filem itu sejak tahun lepas namun ada media sosial dan badan bukan kerajaan (NGO) yang membangkitkan tentang unsur komunisme dalam filem berkenaan. Menteri itu bercakap kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama Jabatan Penjara di sini, malam ini. Akhbar hari ini melaporkan pendedahan sebuah blog mengenai filem itu yang dilihat mengangkat Parti Komunis Malaya sebagai 'hero' dan mempersoal bagaimana ia boleh ditayang pada bulan kemerdekaan sedangkan filem 'Tanda Putera', yang mengisahkan perjuangan pemimpin negara dalam mendepani insiden 13 Mei, terpaksa ditangguh tayangan beberapa kali. - Bernama |
Gempar!! Berita Baik Untuk Pemangkah Parti BN [Sila Sebarkan...] Posted: 28 Jul 2013 05:16 PM PDT IniKalilah dikejutkan dengan berita yang ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng buat hal lagi....kali ni bagi sumbangan kat masjid pulak.... Majlis berbuka puasa anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2013 yang dihadiri oleh Y.A.B Tuan CM Lim Guan Eng, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, YB Hj Rashid Hasnon, YB Dr. Afif Bahardin dan YB Lim Hock Seng. Turut diadakan adalah pemberian sumbangan kepada masjid-masjid . An Emergency!! Good news for pemangkah BN party. Please spread the word ... Last thing again. JOM ... for the contribution of kat mosque has. ... Breaking of fast ceremony organised by the Penang State Government to 2013 which was attended by the Honourable Tuan CM Lim Guan Eng, YB Dato ' Seri Anwar Ibrahim, the HON. Diane Rashid Hasnon, YB Dr. Afif Bahardin and YB Lim Hock Seng. Also held is the grant contributions to mosques. |
You are subscribed to email updates from IniKalilah™ | Bongkar Isu Hangat, Semasa dan Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (24) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment