Thursday, July 11, 2013

RE: RG2011... Fw: Ingat Kes Kanak-kanak Malang Ini?

 

Hmm..

Mahkamah dunia takpa..

 

Mahkamah akhirat bagaimana mahu lepas?

 

 

 

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of -:eSpAcE9808:-
Sent: Wednesday, July 10, 2013 11:58 PM
To: zzxmelayucyber
Subject: RG2011... Fw: Ingat Kes Kanak-kanak Malang Ini?

 

 



 

 

duniacacamarba.blogspot

 

 

Pemandu Teksi Terlepas Hukuman Gantung

 

[Bernama] Putrajaya: Pemandu teksi Mohd Fazli Azri Jamil, yang didapati bersalah membunuh anak perempuan teman wanitanya tiga tahun lepas, terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan meminda pertuduhan terhadapnya kepada menyebabkan kematian kanak-kanak itu.

 

Panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Malik Ishak, dalam keputusan sebulat suara menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap Mohd Fazli, 31, kerana menyebabkan kematian Syafiah Humaira Sahari, 3.

 

Abdul Malik memutuskan sabitan Mohd Fazli bagi kesalahan membunuh tidak selamat kerana masih terdapat keraguan siapa menyebabkan kecederaan pada bahagian kepala kanak-kanak malang itu.

 

Beliau berkata laporan bedah siasat menunjukkan Syafiah Humaira mengalami kecederaan di kepala dan bahagian perut.

 

 

"Kami sudah mempertimbang keterangan saksi pendakwaan dan mendapati kecederaan di bahagian perut kanak-kanak itu jelas akibat perbuatan Mohd Fazli yang menendang serta memijak mangsa dengan but bola sepaknya," katanya.

 

Bagaimanapun, beliau berkata tidak ada bukti menunjukkan kecederaan mangsa di kepala disebabkan Mohd Fazli.

 

Abdul Malik juga berkata, hakim Mahkamah Tinggi gagal mempertimbang isu berkenaan.

 

Sehubungan itu, panel itu membenarkan rayuan Mohd Fazli untuk mengetepikan hukuman bagi sabitan atas kesalahan membunuh dan menggantikannya dengan pertuduhan menyebabkan kematian mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan. 

 

P/s: Tertuduh hanya dikenakan hukuman penjara selama 18 tahun, walaupun ketika membaca kekejaman yang dilakukannya terhadap mangsa bisa menjatuhkan air mata dan kesabaran seseorang.  

 

Tertuduh tidak dikenakan hukuman gantung kerana menurut hakim masih terdapat keraguan tentang orang yang menyebabkan kecederaan pada bahagian kepala kanak-kanak malang itu.

 

Kalau bukan tertuduh, siapa syaitan itu?

Berita awal tentang kes ini di sini.

 

Lebih menyayat hati apabila tertuduh dalam kes seorang budak yang dibelasah hingga mati hanya dikenakan hukuman penjara 5 tahun. Baca di sini.

 

 

 

Tertuduh Dakwa Syafiah Humaira Jatuh Motosikal

 

Oleh SALWA SHA'ARI

Siti Nurhanim hadir di Mahkamah Tinggi bagi perbicaraan kes bunuh anaknya. Foto IQMAL HAQIM ROSMAN/THE STAR

SHAH ALAM: Ibu kepada Syafiah Humairah Sahari, kanak-kanak yang mati dibunuh akibat deraan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa tertuduh, Mohd Fazli Azri Jamil memaklumkan bahawa anaknya dimasukkan ke Hospital Kuala Kubu Bharu, dekat sini kerana cedera terjatuh daripada motosikal.

Siti Nurhanim Aziz, 25, berkata, tertuduh, yang merupakan seorang kenalan menghubunginya pada pukul 11 malam, 25 Februari lalu semasa dia sedang bekerja di Cheras, Kuala Lumpur.

"Selepas diberitahu, saya terus balik dengan menaiki teksi. Semasa saya sampai di hospital, saya diberitahu anak saya telah meninggal dunia," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani.

Dia yang dipanggil sebagai saksi pendakwaan kedua juga memberitahu, tidak melihat jenazah Syafiah Humaira yang manja dipanggil 'Pia' pada malam tersebut.

Sekiranya masih hidup, Syafiah Humaira akan menyambut ulang tahun kelahiran ke-empat pada 22 Jun ini.

Dalam keterangan lain, Siti Nurhanim yang pernah bekerja sebagai pelayan di pusat karaoke di Jalan Imbi, Kuala Lumpur ada menerima Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) daripada tertuduh mengenai keadaan kesihatan Syafiah Humaira.

"Saya terima SMS pada waktu tengah hari, 25 Februari lalu mengatakan anak saya sakit muntah-muntah dan berak-berak. Saya nak balas tapi tiada kredit. Jadi saya tak balas SMS tertuduh," katanya yang begitu tenang menjawab soalan.

Berkaitan soalan peguam Gurbachan Singh yang mewakili tertuduh mengenai perwatakan tertuduh, saksi menjawab tertuduh seorang yang jujur, bertanggungjawab dan tidak pernah mendera atau memukul Syafiah Humaira.

Mohd Fazli Azri dibicarakan atas tuduhan membunuh Syafiah Humaira. Foto IQMAL HAQIM ROSMAN / THE STAR.

Malah, dia menambah, tertuduh yang bekerja sebagai pemandu teksi menyayangi Syafiah Humaira, 3 tahun 4 bulan seperti anaknya sendiri walaupun kanak-kanak itu adalah hasil perkahwinannya dengan seorang anggota polis.

Suaminya, Sahari Usul, iaitu bapa kepada Syafiah Humaira kini ditahan reman sementara menunggu perbicaraan di Penjara Sungai Buloh, dekat sini atas kesalahan membunuh. Dia ditahan sejak Januari 2006.

Mereka berkahwin pada 14 Februari 2003. Siti Nurhanim mempunyai seorang lagi anak iaitu Shafiq Haikal.

Dalam pada itu, Siti Nurhanim juga mengakui, dia menjalin hubungan dengan tertuduh enam tahun lalu dan mulai rapat pada penghujung tahun 2006.

"Saya mula sayang (pada tertuduh) dan merancang untuk berkahwin. Saya ada beritahu suami semasa di penjara," katanya.

Dia juga mengakui hubungannya dengan tertuduh sehingga ke tahap pernah melakukan hubungan seks dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Syakimie Iqbal pada 6 Julai 2008 yang dijaga oleh keluarga tertuduh.

Siti Nurhanim juga memberitahu, keluarga tertuduh menerima dirinya dan Syafiah Humaira dengan baik sehingga ada masanya mereka bermalam di rumah tertuduh.

Sahari dibawa ke Mahkamah Tinggi untuk tujuan pengecaman oleh Siti Nurhanim. Foto IQMAL HAQIM ROSMAN / THE STAR.

Sementara itu, semasa Sahari dibawa masuk ke mahkamah untuk tujuan pengecaman, dia yang dikawal empat anggota polis dan dalam keadaan bergari merenung tajam sambil mengangguk-anggukkan kepala ke arah Mohd Fazli Azri, 28, yang berada di kandang tertuduh.

Mohd Fazli Azri dibicarakan atas tuduhan membunuh Syafiah Humaira pada jam 6.30 petang, 25 Februari lalu di padang bola sepak, Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini.

Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki
 

Belasah Kanak-kanak Hingga Menyebabkan Kematian, Pesalah Hanya Dikenakan Penjara 5 Tahun

duniacacamarba.blogspot.

 

[SH] AYER KEROH - Padah menyebabkan kematian anak angkat tunangnya di sebuah rumah tahun lalu, seorang buruh dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

 

Amiezul Al Ikram Mohamed Ikram, 33, dijatuhi hukuman itu oleh Hakim Azhaniz Teh Azman Teh selepas menukar pengakuan kepada bersalah terhadap pertuduhan pindahan yang disabitkan ke atasnya.

 

Berdasarkan pertuduhan, Amiezul didapati menyebabkan kematian Noor Sofia Syaqira, 5, dan melakukan homisid salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh di sebuah rumah di Taman Seri Telok Mas, kira-kira jam 4 petang pada 1 September 2012.

 

Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, jika sabit kesalahan.

 

Mengikut fakta kes, sehari selepas kejadian, kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Melaka untuk diperiksa doktor sebelum mendapati mangsa sudah tidak bernyawa dan mengalami kesan bengkak pada dahi, selain lebam di leher, tangan, kaki serta dada.

 

Melalui keterangan, berlaku pertengkaran antara tertuduh dengan ibu mangsa sebelum tertuduh yang hilang pertimbangan kemudian bertindak membawa mangsa ke dalam bilik lalu memukul dan menampar kanak-kanak itu.

 

Tertuduh turut mengambil sebotol air mineral lalu membalingnya ke arah mangsa lalu terkena di kepala sebelum dihantar ke hospital selepas badannya didapati sejuk dan lemah pernafasan.

 

Terdahulu, Amiezul diwakili peguam Collin Andrew meminta mahkamah memberikan hukuman ringan kerana tertuduh mempunyai tanggungan termasuk kedua ibu bapanya yang menghidap kencing manis.

 

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Maisarah Kamal ketika mengendalikan kes meminta tertuduh yang mempunyai rekod lampau berkaitan dadah diberi hukuman berat sebagai pengajaran.

 

"Berdasarkan fakta kes, kecederaan mangsa disebabkan perbuatan tertuduh yang melepaskan geram. Malah, tertuduh tidak menyerah diri selepas melakukan kesalahan tersebut dan ditangkap lima bulan kemudian.

 

Selepas meneliti fakta kes dan mempertimbangkan rayuan dikemukakan, Azhaniz menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun bermula tarikh tangkapan pada 21 Mac lalu terhadap tertuduh.

 

Sebelum ini, Sinar Harian 8 September lalu melaporkan tertuduh bertindak mendera anak angkat teman wanitanya hingga menyebabkan kanak-kanak berkenaan menemui ajal akibat kecederaan teruk organ dalaman.

 

 

P/s: Bagaimana kesalahan yang amat serius dan kejam ini hanya dibalas dengan hukuman penjara 5 tahun?

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment