Wednesday, July 24, 2013

Re: RG2011... Fw: Minuman buah ‘kantau’ mampu sejukkan badan

 

teman suka bebeno buah kantau (kalau perak bunyinya kanto).. mujor le ada mak sedara yang selalu buat juadah buah kanto ni tiap kali raya.. ada merah, hijau, putih pun ada... fuuuuuuuhhhh


2013/7/21 -:eSpAcE9808:- <rienacom@yahoo.com.sg>
 

 

Minuman buah 'kantau' mampu sejukkan badan semperna PRK Besut...

telokbakong.blogspot
Posted by
Wartawan Sinar Harian
 
 
Othman menunjukkan minuman buah kantau yang dijual di gerainya.

 KUALA KANGSAR - Mungkin ramai golongan muda tidak pernah merasai keenakan buah 'kantau' yang khasiatnya dipercayai mampu menyejukkan badan, membuatkan ia menjadi pilihan ketika tibanya bulan Ramadhan.

Namun, di kalangan 'orang lama' di sekitar Kuala Kangsar, khasiatnya sudah lama diketahui dan selalu menjadi minuman pilihan ketika berbuka puasa.

Menurut seorang peniaga buah kantau, Othman Basri, 44, dia setiap tahun menjual buah tersebut bagi menambah pendapatan keluarganya.

Tambahnya, sebelum Ramadhan dia bekerja sebagai nelayan tetapi menjual buah kantau sepenuh masa setiap kali tibanya bulan puasa.

"Pendapatan saya memang meningkat setiap kali saya jual buah kantau ini. Macam tahun lepas, saya peroleh lebih RM7,000 sebulan dengan jual buah ini saja," jelasnya.

Katanya, bukan mudah untuk mengambil buah tersebut kerana dia dan isterinya perlu meredah hutan tebal kerana buah tersebut biasanya berada di tengah hutan ataupun di tepi sungai.

Malah getah pokok kantau boleh menyebabkan badan menjadi gatal dan tidak ramai yang mampu bertahan dengan keadaan itu.

"Keluarga saya sudah 18 tahun berniaga buah kantau ini dan memang setiap kali bulan Ramadhan kami akan berniaga buah ini.

"Kalau kami tak berniaga, memang ramai orang kampung akan datang ke rumah kami dan tanya kenapa kami tidak jual buah kantau lagi," ujarnya.

Sementara itu, Abdul Momin Mohamad, 42, gemar membeli buah kantau untuk dijadikan juadah berbuka puasa.

Menurutnya, dia sejak dari dulu menggemari buah  itu kerana rasanya yang unik dan mampu menyejukkan badan setelah seharian berpuasa.

"Kalau ikutkan buah kantau ni rasanya tawar saja tapi bila campur dengan air macam air sirap, memang rasanya sedap sangat," katanya.

Msinc-Ate kome kenai ke buah kantau ni macam mane? Buah kantau ni warna dia putih putih.besor besor guli aje.Buahnya lembut kalau yang original rasanya tawo.Kena taruh pemanis dan perwarna.Kalau disejukkan..julin bijik mate bile makannya.bulan pose nih ..kalau kena buah kantau..nyakorr...
 
belah belah Kg Gajah ,Parit ade juge pengusaha buah kantau...Sesape yang tak ponah merase..cobe ler cari..rasa satu ..nak lagi satu..rasa dua..nak lagi dua..Di Besut ..ade ke idak buah kantau ni ..teman tak tau ler..reti ke orang sane memprosesnye???...karang bergaru satu badan weh..yer le getahnya kalau kene gateeel...macam mambang kuning jugeeek..




--
Regards,
Shukri

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment