Nasihat saya kepada kawan-kawan, baca dulu dan fahamkan betul-betul apa yg dibaca sebelum membuat sebarang ulasan.
Mengikut fahaman saya yang tak berapa cerdik ni, tajuk surat adalah seperti berikut: 'Pendirian dan Pandangan Kementerian Berhubung Permohonan Mengugurkan Matapelajaran Pendidikan Islam Dalam Peperiksaan Awam Oleh Ibu Bapa/Penjaga Bagi Murid Yang Beragama Islam' yang mane ianya menjawab surat dari ibubapa yang tidak mahu anaknya mengambil subjek tersebut bukannya KPM yang nak memansuhkan subjek tersebut.
Setahu saya, KPM tidak akan memansuhkan subjek tersebut sebab ianya telah diwajibkan. Seingat saya juga semasa saya bersekolah, saya tidak diwajibkan untuk mengambil Pendidikan Islam diperingkat SPM tetapi boleh memilih subjek tersebut sebab ianya masih belum diwajibkan.
Tetapi saya wajib belajar subjek tersebut jadi ianya bukanlah satu isu besar sangat sehingga perlu memberikan pandangan yang berunsur negatif.
Harap maaf dan maklum.
Terima kasih.
Adakah subjek agama islam bakal dihapuskan di sekolah-sekolah??????
Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita bahawa seluruh Pahang adalah zon larangan bagi menyampaikan pesanan berbuat kebaikan (tazkirah) diwaktu antara solat terawih.
Hari ni dapat pula berita kementerian pelajaran akan mansuhkan peperiksaan subjek agama Islam di sekolah sekolah?
Biar betul?
Selepas ini jika subjek agama Islam dah tak wajib apalagi untuk hafalan untuk hadap peperiksaan, maka pudarlah sudah ilmu agama anak-anak kita kelak.
--
Xstream-BOP
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (4) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

No comments:
Post a Comment