Thursday, July 4, 2013

Re: RG2011... Fw: Terima Kasih MUKHRIZ & AZKI..

 

Nampaknya apa yang berlaku di Terengganu bila Pas ambil alih kerajaan negeri dari BN suatu ketika dulu berulang kembali, kali ini organisasi naungan Pas pula mendapat kesan. Hmm..nampaknya manusia tak mahu belajar dari sejarah. Jangan lupa what goes around comes around!

Sent from my iPhone

On Jul 4, 2013, at 12:16 AM, "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg> wrote:

 



 

Terima Kasih MUKHRIZ & AZKI..seronoklah hangpa tengok staff dan anak bini tak ada pendapatan dan KUIN lingkop..!!!

 
Insaniah terkini 3hb Julai 2013
Salam,

Hari ini di akhbar Sinar edisi Utara, Dato' Latifah telah menyaman Insaniah kerana pemecatan beliau dari Insaniah. Didalam berita tersebut juga di sebutkan Penolong Bendahari Cik Katrina dan Ustaz Ghani Shamsuddin di tamatkan kontrak.

Selain itu juga jumlah yang besar pengawal di berhentikan atau akan diberhentikan samada di Kuala Ketil atau di Mergong sendiri. Pensyarah2 ada yang menangis ketiadaan wang dan ada juga makcik2 maintenance menangis tiada gaji 2 bulan, anak di rumah tak dapat susu, terpaksa disuapkan dengan rambutan. Cik Kartina dikatakan menangis kerana selama ini memang khidmatnya cemerlang dan Ustaz Ghani tidak dapat di hubungi, mungkin di Myanmar atas urusan orang Islam Rohingya.

Semalam pihak universiti mengadakan interview kepada pensyarah2 dari Multimedia untuk memilih diantara mereka siapa yang masih sanggup berkhidmat dengan kontrak hingga bulan 12 ini di bawa Kulliyyah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat. Terdapat ura-ura akhirnya semua mahu di pindahkan ke Mergong dan kampus ini akan menjadi "white elephant" Ust Azizan.

Kulliyyah Multimedia sedang di tukar ke bawah Kulliyyah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat. Kebanyakkan pensyarah tidak lagi hadir ke kampus Kuala Ketil. Esok 4hb pelajar baru akan datang dan 7hb Julai pelajar lama akan kembali. Apa akan jadi pada mereka yang Kulliyah dah tiada atau dah tukar dan pensyarah pula tiada. Pensyarah Insan Fasih sudah berpakat tidak akan hadir, bermakna semua pelajar bahasa akan ketiadaan pengajar. Apa nasib pelajar2 tersebut dan adakah waris mereka akan berdiam sahaja selepas itu.

Ini lah natijah apabila dendam kesumat menguasai hati-hati orang yang berdendam. Kalau dulu seteruk teruk mantan MB akan berusaha mendapat dana untuk membayar gaji walaupun kadang2 lambat hingga 7hb tetapi sekarang ratusan anak-anak, isteri-isteri, ibu-ibu keputusan kewangan. Sekira ini menjadi kebanggaan mereka (puak-puak anti Jamil dan anti Azizan) dengan berpesta bowling dan bersuka ria, maka tak lama lagi hancurlah setiap mereka dari doa-doa orang yang di aniayai. Tunggu dan lihat balasan Allah, sesungguhnya perwatakan mereka menghina dan merosakkan Islam itu sendiri akan juga menghancurkan mereka. Mereka sanggup lihat kesangsaraan orang-orang yang tiada berdosa dan tiada kena mengena dengan mereka.

Mesyuarat lembaga universiti akan bersidang hari Sabtu ini untuk menentukan nasib hala tuju anak-anak syarikat Insaniah Holdings yang mengendali Kulliyyah2 berkaitan, marilah beramai-ramai kita berdoa agar Allah memberikan pentunjuk kepada mereka agar kesilapan di perbetulkan.

Selain itu, harapan kami rakyat yang teraniaya agar Tuanku Sultan Kedah dapat memberikan nasihat kepada lembaga tersebut sebagai Chancellor dan Sultan negeri Kedah yang kita cintai.

Rakyat Kedah Prihatin sednag menangis.

Wasalam.

JACK MMK
 
 
 

Nampaknya sejak BN ambik alih KUIN.. semakin ramai warga Insaniah teraniaya

Ustaz Azki, Dato Barni : Bersiap sedialah menghadapi kehancuran dan bala' dari Allah s.w.t

Abdullah bin Abbas radiallahu'anhu telah berkata:

"Bahawasanya ketika Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam mengutus Muaz Bin Jabal radiallahu'anhu ke negeri Yaman (untuk menjadi Amir dan Qadhi), Baginda bersabda kepada nya: "Hindarilah doa orang yang dizalimi, kerana sesungguhnya tidak ada antara doanya itu dengan Allah SWT hijab yang mendindingi".

(Muttafaqun 'alaihi; Bukhari (no: 1425), dan Muslim (no: 29); Tirmizi dalam Musnad Imam Ahmad, Abu Ya'la & Dhiya AL-Maqdisi).

Didalam isu KUIN, orang2 yang teraniaya merupakan kakitangan yang di sekat gaji2 mereka dan keluarga mereka dan jumlah mereka bolih mencapai ratusan manusia yang teraniaya. Sekira makbul seorang pun doa mereka itu, bersiap sedialah squad Bersih KUIN dan pemimpin2 mereka menghadapi azab dan bala' yang bakal dikenakan keatas mereka dari Allah s.w.t

Abdullah bin Abbas radiallahu'anhuma dalam menghuraikan ayat 148 surah al-Nisa', telah berkata: "Allah tidak menyukai seseorang yang mendoakan kebinasaan orang lain melainkan jika orang yang didoakan tersebut menzalimi orang yang berdoa. Maka ketika itu, tidak mengapa yang dizalimi mendoakan kebinasaan orang yang dizalimi". (Tafsir Ibni Kathir 1/571)

Tahukah Ustaz, bahawa setiap kezaliman yang menimpa anak2 kecil, isteri2 dan lain-lain insan yang bergantong hidup dengan gaji dari KUIN akan disoal di hadapan Allah kelak di hari mahshar.

Tahukah Ustaz, segala fitnah dan tuduhan jahat keatas insan lain seperti bekas Rektor lama dahulu juga merupakan dosa besar yang tidak terampun melainkan Ustaz2 sekelian meminta maaf dari mereka itu sebelum kematiannya.

Apabila Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi membunuh seorang ulama Tabi'in yang bernama Sa'id bin Jubayr secara zalim, al-Imam al-Hasan al-Basri telah berdoa "Ya Allah, wahai tuhan yang melumat-lumatkan orang-orang yang zalim, lumat-lumatkanlah al-Hajjaj". Akhirnya selepas tiga hari doa kebinasaan itu diucapkan oleh al-Hasan al-Basri, perut al-Hajjaj telah berulat dan membusuk dan akhirnya matinya si pemerintah yang zalim ini (al-Bidayah Wa al-Nihayah 9/9).

Di bawah ini adalah tuduhan2 kepada Dato Jamil , bekas Rektor KUIN dan komen2 saya yang mana saya tahu. Tuduhan ini saya ambil blog squad bersih bertajuk "17 dosa besar Dato Jamil" olih Insan Tulis.

1) Para Pensyarah Tahfiz KUIN telah di'tendang' ke Yayasan Islam Kedah tanpa proses perbicaraan yang jujur; 

 PASTIKAN KEBENARAN PERKATAAN DITENDANG

2) 5 orang para pelajar telah dikenakan tindakan tatatertib yang dianggap sebagai tindakan melulu pentadbiran;  

à perkara tindakan tataterib perkara mengikut undang2 sesebuah instituisi, ramai para pelajar universiti lain lebih terok di kenakan tindakan dan ini bukan bolih di salahkan Dato Jamil seorang

3) kewujudan anak-anak- syarikat yang hanya mencari keuntungan didalam KUIN; 

à syarikat menjalankan kerja-kerja ikhlas kerana Allah untuk masa depan KUIN dan negeri Kedah dapat bersama didalam arus perkembangan akademik. Menambah program bukan bererti tamak harta, tetapi mengembangkan pendidikan bertarap ijazah kepada rakyat Kedah dan lain-lain.

4) pemberian gaji kepada kroni yang terlalu tinggi; -

à sekira mahu mendapat kepakaran dari professional di bidang2 tertentu maka semestinya KUIN perlu membayar gaji mengikut harga pasaran, gaji para Doktor dan ahli akademik professional lain memang tinggi. Jangan anggap gaji itu sebagai membazir kerana kepakaran itu nanti akan mendidik pelajar2 Kedah. Visi Ust Azizan dan Dato Jamil jauh ke hadapan tetapi puak2 Bersih Kuin ternyata gumud dan kolot dalam kepompong sendiri tidak berpijak di bumi nyata. Sekarang tindakan puak2 ini akan mengembalikan KUIN ke era sebelum 2008.

5) terdapat kursus-kursus baru yang langsung tidak mempunyai pelajar, pertambahan 48 program hanya satu pembohongan di KUIN; -

à sila rujuk semula MQA sekira berbohong atau tidak, tidak semestinya dengan tiada pelajar kita bolih menghukum kakitangan kuliah2 tersebut. Tindakan2 pihak Bersih yang mensabotaj kemasukkan pelajar baru juga menolong mematahkan niat2 pelajar2 baru memasuki kursus2 pilihan mereka yang kemdian mereka salahkan Rektor dan Lain-lain. Ini lah merupakan manusia yang bertopengkan Islam tetapi munafik kepada perjuangan Islam itu sendiri.

6) potongan gaji kakitangan tidak sampai ke pihak ketiga; 

à adakah ini disebabkan Dato Rektor atau MB, bukankah kerjasama pihak lain (SS di Pejabat Kewangan Negeri) dalam melambatkan bayaran2 kepada KUIN dan kakitangan2 munafik yang belot kepada KUIN melambatkan dan mensabotaj segala usaha2 bekas rektor dan akhirnya menyalahkan Rektor atas kelakuan sabotaj mereka.

7) kakitangan dinafikan hak kenaikan 13 peratus; -

à siapa yang nafikan, adakah KUIN ini IPTA atau adakah ia IPTS ? di mana kedudukan KUIN sebenarnya

8) 10 orang staf yang mendedahkan kepincangan tidak dibenarkan masuk ke Kampus KUIN Kuala Ketil pada Hari Jasamu Dikenang; </

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment