Cikgu Datang Atok : Cu, pergi menyorok cepat cikgu kamu datang sebab kamu tak pergi sekolah hari ni... Cucu : Atok la pergi menyorok... Atok : Awat pulak atok nak kena menyorok? Cucu : Sebab... saya bagi tau cikgu, saya tak pergi sekolah sebab atok meninggal... Atok : !!@@#$%@# Pukul Anak Seorang nenek memukul bontot cucunya yang telah melakukan perbuatan yang tak sepatutnya... Tiba-tiba ayah budak tersebut telah ternampak.... nak berdiam diri kesian pulak pada anaknya.. nak masuk campur.. tak berani... Lalu setiap kali nenek itu mengayun rotan memukul bontot cucu, si ayah juga bertindak menampar muka sendiri. Melihat tindakan si ayah yang agak pelik, si nenek segera berhenti memukul cucunya dan bertanya dengan penuh kehairanan pada si ayah. "Kenapa engkau menampar muka sendiri?" Jawab si ayah "Anakku dipukul orang ... dan untuk membalas perbuatannya itu, aku telah memukul anak orang itu." Peguam Dan Saksi Di dalam sebuah sebuah mahkamah yang sedang membicarakan kes pembunuhan. Seorang peguam sedang menyoal seorang saksi penting. Peguam : Awak kenal ini? (sambil menunjukkan gambar mangsa pembunuhan) Saksi : Kenal tuan. Peguam : Boleh awak beritahu kepada kami? Saksi : Itu gambar..., tuan. Peguam : Bukan, maksud saya orang dalam gambar ni. Saksi : Oh, itu gambar seorang perempuan, tuan. Peguam : (mula tension) Yang aku nak tau nama dia lah bukannyer lelaki ke perempuan! Saksi : Nama dia Saodah bte Sameon, tuan. Peguam : Bila kali terakhir awak melihatnya? (meletakkan semula gambar itu di mejanya) Saksi : Baru kejap tadi tuan. Peguam : Hahhh!!? Bagaimana awak boleh lihatnya kejap tadi? Saksi : Sebab tadi tuan tunjukkan gambar tu pada saya. Peguam : Bukanlah, maksud saya sebelum saya menunjukkan gambar tu. Saksi : Tak pernah tuan. Saya tak pernah lihat gambar tu sebelum ni. Peguam : Aku bukan bercakap pasal gambar nieee!!! Aku bercakap pasal mangsa!!! (sambil menikam pennya pada gambar tersebut) Saksi : Oh! Kali terakhir saya nampak ialah ketika mangsa ditikam, tuan. Peguam : Boleh kamu tunjukkan siapakah yang menikamnya yang berada dalam mahkamah ini. Adakah lelaki yang berada di kandang tertuduh itu? (sambil mengusap dadanya kerana terlalu bengang) Saksi : Bukan. (tangannya kemudian ditunjukkan pada peguam tersebut) Peguam : Hahhh!!! Kenapa awak tunjuk pada saya!!? Saksi : Baru kejap tadi saya nampak tuan tikam gambar tu dengan pen tuan. Peguam : ARGHHHHH!!! APA YANG KAU MEREPEK NI SYAITANNN!!! AKU BUKAN CAKAP PASAL GAMBAR TU!!! AKU CAKAP PASAL MANGSA YANG KENA BUNUH TU LAHHHHH!!!!!
Ambil Gambar
Pada suatu hari, Abu berada di dalam bas untuk ke bandar. Dia memegang sekeping gambar. Tiba-tiba, gambar itu pun terjatuh di bawah kain seorang makcik. Abu : Makcik, tolong angkat kain, saya nak ambik gambar. Makcik : Apa kamu cakap?! Tiba-tiba.... PANG!!! Abu pun turun dari bas itu dengan muka yang bengang kerana ditampar oleh makcik itu di hadapan orang ramai.
Nasib Peragut PONTIAN - Nasib malang kepada 2 peragut yang telah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung kayu ara pasong, menurut saksi, hj manan jalil 48, salah seorang penduduk tempatan yang berang dengan kedua-dua peragut telah membawa keluar parang tajam yang berkilat untuk menetak leher peragut tersebut. Bagaimanapun perbuatannya sempat dihalang oleh orang ramai. Namun ketika peragut itu ditangkap, saksi mengatakan tidak ada barang berharga ditemui. Salah seorang penduduk tempatan juga merupakan ketua kampung berang kepada peragut itu telah memerintah anak buahnya menyembelih kedua-dua peragut ini. Kaki-kaki peragut diikat sambil bertakbir, kedua-dua peragut telah sembelih peragut tanpa rasa belas kasihan. Darah menyembur keluar, namun tiada penduduk menghalang perbuatan tersebut, kerana yang disembelih itu ialah seeokor kambing dan sesekor lembu yang meragut rumput disembelih untuk hari raya korban... =)
|
No comments:
Post a Comment