Thursday, July 11, 2013

RG2011... Fw: Berapa kemalangan sebelum & selepas AES

 



Berapa kemalangan sebelum, selepas AES dikuatkuasa

KUALA LUMPUR: Datuk Mahfuz Omar [PAS-Pokok Sena] meminta Menteri Pengangkutan menyatakan statistik kemalangan di 14 lokasi AES sebelum dan selepas AES dikuatkuasakan bermula 22 September 2012.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS bertanya demikian dalam soalan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahli-ahli parlimen PAS yang turut mengemukakan soalan seperti di bawah.

Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air menyatakan sama ada Kerajaan Persekutuan akan membenarkan pengambilalihan Syabas oleh Kerajaan Negeri Selangor atau sebaliknya.

Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Perdana Menteri menyatakan sejauh mana kejayaan dan kegagalan projek-projek pelaburan zakat oleh industri zakat di Malaysia.

Siti Zailah Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Kewangan menyatakan kedudukan terkini tentang tuntutan Royalti Petroleum untuk rakyat negeri Kelantan seperti mana termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum 1975. Bilakah pembayaran tunai melebihi 20% yang dijanjikan dalam manifesto BN kepada negeri Kelantan dan negeri-negeri yang layak akan diberikan.
Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air menyatakan:-
(a) jumlah dana Tenaga Boleh Baharu (Renewable Energy) terkumpul sehingga kini hasil daripada bayaran tambahan sebanyak 1% daripada bil elektrik bulanan; dan
(b) kemajuan, keberkesanan dan impak pelaksanaan polisi Tenaga Boleh Baharu (Renewable Energy) sehingga kini.

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz [Pasir Mas] minta Menteri Komunikasi Dan Multimedia menyatakan adakah tawaran-tawaran yang di hantar oleh pihak syarikat kewangan kepada individu-individu tertentu dianggap melanggar salah satu daripada 7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi.

Wan Hasan Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Kerja Raya menyatakan bilakah Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 dapat disiapkan sepenuhnya dan nyatakan pakej-pakej berkaitan yang tidak dapat disiapkan mengikut jadual serta perancangan untuk mengatasinya.

Mohamed Hanipa Maidin [Sepang] minta Perdana Menteri menyatakan adakah Kerajaan bersedia menarik balik semula semua pendakwaan ke atas mana-mana individu di bawah Akta Hasutan 1948.

Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah menyatakan berapakah jalan luar bandar yang masih lagi belum siap dalam usaha menghubungkan kawasan pedalaman dengan bandar.

Datuk Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta Menteri Kewangan menyatakan berapakah jumlah kedai-kedai (outlet) judi di seluruh negara mengikut negeri pada tahun 2012.

Ahmad Baihaki Atiqullah [Kubang Kerian] minta Perdana Menteri menyatakan Perdana Menteri telah datang ke negeri Kelantan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 yang lepas dan berjanji untuk melaksanakan 7 perkara besar bagi rakyat negeri itu. Apakah ia akan terus dilaksanakan walaupun BN tidak berjaya mengambil alih pentadbiran negeri Kelantan.

Datuk Takiyuddin Hassan [Kota Bharu] minta Perdana Menteri menyatakan kenapakah Kerajaan Persekutuan mengambil langkah untuk menjadi 'pencelah' (Intervenor) dalam kes Saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas yang menuntut tunggakan Royalti minyak di Mahkamah, sedangkan Kerajaan Persekutuan bukanlah satu pihak dalam perjanjian Antara Petronas dengan Kerajaan Negeri Kelantan yang ditandatangani oleh kedua-duanya pada tahun 1975.

Dr. Siti Mariah Mahmud [Kota Raja] minta Perdana Menteri menyatakan kenapa pihak Kerajaan enggan menubuhkan IPCMC untuk menyiasat dakwaan kesalahan atau jenayah yang dilakukan oleh anggota polis.

Idris Ahmad [Bukit Gantang] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan:-
(a) bilakah penguatkuasa gaji minimum dilaksanakan, apakah tindakan terhadap majikan yang engkar; dan
(b) berapakah majikan yang telah diambil tindakan kerana mengengkari arahan ini.

Kementerian - Tiada di janji pekerjaan untuk lepasan IPTA & IPGM..!!

Tiada jaminan kerja graduan tamat latihan perguruan

KUALA LUMPUR: Secara prinsipnya, tiada dasar jaminan pekerjaan dalam melaksanakan pelantikan dan penempatan graduan yang telah tamat latihan perguruan di IPTA dan IPGM.

Sebaliknya, pelantikan dan penempatan guru baharu berdasarkan kekosongan jawatan yang mencukupi bagi membolehkan setiap graduan yang tamat pengajian dengan jayanya dan memenuhi syarat pelantikan skim dilantik berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran

Demikian jawapan bertulis kementerian itu kepada soalan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar di Dewan Rakyat, hari ini..

Dalam soalannya, Nurul Izzah meminta Menteri Pendidikan menyatakan:-

(a) rasional penghapusan jaminan kerja bagi graduan perguruan lulusan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA); dan
(b) perancangan jangka panjang untuk graduan ini sekiranya tidak ditempatkan di mana-mana sekolah.

Walau bagaimanapun, kementerian itu menjelaskan pelaksanaan dasar perjawatan ketat yang diputuskan oleh kerajaan mulai 2010, dan keputusan melanjutkan had umur persaraan kepada 60 tahun telah memberi kesan kepada jumlah kekosongan perjawatan yang terhad dan tidak dapat menampung bekalan graduan yang bakal bergraduat mulai tahun 2013.

Justeru, walaupun sebahagian graduan adalah ditaja oleh kementerian, pelantikan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan.

"Perkara ini jelas dinyatakan dalam perjanjian biasiswa yang ditandatangani antara kementerian dan graduan yang terlibat," ujar kementerian itu lagi.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment