Ramadhan antara 2 negeri - negeri DAP bagi tazkirah tapi negeri UMNO tak boleh la pulak..!!!
P.Pinang galak tazkirah Ramadan - Exco Agama
P.Pinang galak tazkirah Ramadan - Exco Agama
telokbakong.blogspot
faqar.blogspot
KERAJAAN Negeri menggalakkan semua pentadbiran masjid kariah mengadakan program tazkirah sepanjang bulan Ramadan demi menyemarak lagi penghayatan Islam yang sebenar dalam kalangan umat.
Justeru, Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim (gambar) berkata, larang tazkirah sempena bulan puasa yang lazim di negeri-negeri tertentu tidak akan dikuatkuasa di Pulau Pinang.
"Tazkirah yang dilakukan merupakan satu alternatif yang baik bagi mengajar dan mendidik manusia.
"Tiada halangan (untuk bertazkirah) dan menggalakkan mana-mana masjid yang ingin mengadakan tazkirah (sempena menyambut) Ramadan," ujar beliau dalam satu sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, George Town baru-baru ini.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi pada isu larangan tazkirah di negeri-negeri tertentu yang dibangkitkan pada mesyuarat penggal pertama DUN Pulau Pinang Ke-13.
Mengulas mengenai perbezaan fiqh ibadah yang turut dibangkitkan dalam dewan, beliau berkata, Kerajaan Negeri menggalakkan solat taraweh 20 rakaat, tetapi, tidak menghalang ibadah sunat itu didirikan dalam 8 rakaat.
Beliau berkata, perbezaan pendapat fiqh mengenai ibadat sunat itu tidak wajar ditajamkan demi keharmonian umat Islam di negeri berkenaan. -END

Harussani: Jangan Rosakkan Tarawih Dengan Tazkirah !
telokbakong.blogspot
pahangdaily.blogspot
IPOH - Umat Islam yang akan menyambut Ramadan mulai esok dinasihatkan supaya jangan merosakkan solat tarawih dengan menganjurkan majlis tazkirah di antara solat sunat itu kerana ia boleh mengganggu kekhusyukan jemaah. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, umat Islam jangan terkeliru sehingga menganggap majlis tazkirah itu sebagai amalan wajib sehingga boleh merosakkan amalan yang sunat. "Ada pihak yang mengatakan bahawa tazkirah lebih wajib daripada tarawih yang sunat.
Tazkirah wajib pada masa-masanya; yang sunat ada masanya. Jangan kita buang yang sunat kerana kononnya yang melaksanakan yang wajib sedangkan dalam itu kita merosakkan yang sunat dan merosakkan yang wajib," katanya (video). Harussani diminta mengulas amalan tazkirah yang dilaksanakan oleh banyak masjid di seluruh negara pada malam-malam Ramadan dan lazimnya dilakukan di antara solat tarawih.
Kerajaan Negeri Pahang melalui Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Pahang Syed Ibrahim Syed Ahmad baru-baru ini keluarkan arahan melarang ceramah atau tazkirah semasa solat tarawih dan mana-mana masjid yang ingkar boleh dikenakan tindakan. Alasannya, supaya solat tarawih tidak diganggu dengan penganjuran ceramah atau tazkirah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam reaksinya berkata keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pahang itu adalah berdasarkan perspektif negeri itu dan selaras bidang kuasa kerajaan negeri. Dewan Pemuda PAS Malaysia dalam pada itu sifatkan langkah tersebut tidak wajar dan lebih sebagai satu tindakan politik dan bersedia beri khidmat bantuan guaman kepada penceramah yang dikenakan tindakan. #sumber
Baca Artikel Selanjutnya Di: http://pahangdaily.blogspot.com/2013/07/mufti-perak-jangan-rosakkan-tarawih.html#ixzz2YYyhTou1
__._,_.___
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___

comments:
semak sungguh ada tok peti yg tak reti macam harus.....ni.
Serabut punya mufti...