Monday, July 15, 2013

RG2011... Fw: Makmal UITM Kampus Shah Alam Terbakar

 



 

UiTM TERBAKAR LAGI 

 

Apa nak jadi dengan UiTM ni? Sudah berapa kali terbakar? Tak serik-serik. Sibuk dengan kualiti konon. Pensyarah ditekan. Syarikat PFI diberi ganjaran sampai terlebih kenyang. Graduan menganggur.

Apa makna kualiti itu?

Gambar-gambar kebakaran boleh tengok
di sini.
 

Makmal UITM Kampus Shah Alam Terbakar | 15 Julai 2013

yongsukakuning.blogspot.

ezany-kun.com

by Ezany-

Makmal kimia yang berdekatan dengan Kolej Perindu di kampus cawangan Shah Alam terbakar dan kelihatan asap tebal hitam berkepul-kepul di udara. Pihak bomba sedang cuba memadamkan kebakaran tersebut. Punca kebakaran masih belum diketahui. Berikut adalah beberapa keping gambar kebakaran yang sempat diambil.

Berita akan dikemaskini kemudian.

- See more at: http://ezany-kun.com/gambar-makmal-uitm-kampus-shah-alam-terbakar-15-julai-2013/#sthash.ymnzSvRh.dpuf

 
Dulu Pejabat Penyelenggaraan terbakar (baca di sini). Sekarang makmal kimia pula terbakar. Nak tunggu apa lagi? Bila nak ganti pengurusan tertinggi UiTM yang gagal memastikan UiTM sebagai pusat pengajian tinggi yang bukan hanya melahirkan graduan yang cemerlang, tapi menyediakan tempat yang selamat untuk belajar sebelum menjadi graduan.

Dapatkah syarikat-syarikat yang terlibat dalam projek PFI, yang dijangka mengaut keuntungan berlipat ganda setelah membina kampus-kampus UiTM itu menjamin situasi cemas seperti di atas tidak berlaku?

Fikir-fikirlah...
 

Makmal UITM Kampus Shah Alam Terbakar

telokbakong.blogspot.
greenboc.blogspot

Maklumat dari seorang pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam mendakwa sebahagian kawasan kampus itu sedang terbakar ketika ini. Pelajar berkenaan dengan nama Facebooknya Haikal Shafie, telah memuat naik gambar kebakaran tersebut.

Difahamkan anggota-anggota bomba dengan empat jentera bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran berkenaan. Kebakaran dikatakan berlaku di sebuah bangunan di hadapan Kolej Perindu. Keadaan terkini kebakaran masih belum diketahui.

Haikal melalui tweetnya memaklumkan anggota bomba kini sedang berusaha mengawal dan memadamkan kebakaran.

"Yang sedang terbakar ialah makmal kimia yang terletak di hadapan kolej Perindu," katanya melalui Twitternya @HaikalShafie. Kami berharap kebakaran akan segera dipadamkan dan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment