Qolu…
Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Roji’un
Pembantu Presiden Pakistan maut letupan bom
BEBERAPA anggota keselamatan dan media memeriksa lokasi serangan bom berani mati di Karachi, Pakistan kelmarin.- REUTERS
KARACHI - Seorang pembantu kanan Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari dan sekurang-kurangnya dua orang terbunuh di sini kelmarin apabila seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya, kata beberapa pegawai.
Pengebom terbabit meletupkan diri berhampiran sebuah pejabat Parti Rakyat Pakistan (PPP) pimpinan Zardari.
Parti tersebut memerintah wilayah Sindh di selatan Pakistan.
Menurut beberapa pegawai, Zardari berada di kediaman rasminya iaitu sekitar 10 kilometer dari lokasi serangan.
"Sekurang-kurangnya tiga orang maut dan 10 yang lain cedera," kata seorang pegawai polis, Tahir Naveed kepada agensi berita AFP.
Seorang lagi pegawai polis, Usman Bajwa berkata, pegawai Zardari yang terkorban itu dikenali sebagai Bilal Sheikh.
Sementara itu, seorang pegawai kanan polis, Omar Khatab mengesahkan kejadian tersebut merupakan kes pengeboman berani mati.
Menurut Khatab, tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu setakat ini.
Media Pakistan melaporkan, Zardari dan Perdana Menteri Nawaz Sharif yang juga pemimpin Parti Liga Muslim mengutuk serangan tersebut.
- AFP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0712&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2YmRTceC8
Hakcipta terpelihara
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

No comments:
Post a Comment