TG NIk Aziz Kesal Sheikhul-Azhar Diperalat Untuk Gulingkan Dr.Mursi
Mursi (tengah) dibawa keluar dari Istana Presiden selepas digulingkan. -Reuters
PAS kesal dengan tindakan penggulingan Presiden Mesir Dr Mohamed Mursi dan mengutuk tindakan pihak tentera negara itu menggunakan golongan ulama bagi menghalalkan perbuatan mereka.
Menurut Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kudeta dan diktator bukan lagi pilihan manusia lagi di era sekarang.
"Di mana-mana sahaja, ada ulama dipergunakan untuk menentang gerakan Islam," kata Nik Abdul Aziz dalam satu kenyataannya pagi ini.
"Tebalnya kulit kitab yang dipelajari dan panjangnya ekor serban bukan jamiman seseorang ulama itu celik politik," tambah beliau lagi.
Sheikh Ahmed al-Tayyeb, Sheikh-ul-Azhar
Bekas menteri besar Kelantan itu tidak menolak kebangkitan rakyat mampu menggembalikan Mohamed Mursi ke tampuk kuasa.
"Jika Hugo Chavez, Presiden Venezuela yang pernah digulingkan tentera suatu masa dahulu namun akhirnya kembali semula ke tampuk kuasa kerana tekanan rakyat, saya tidak nampak ia mustahil berulang di Mesir," katanya.
"Saya melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap apa yang sedang berlaku di Mesir sekarang. Pada saya, inilah saat di mana detik hitam sedang berulang semula dalam sejarah Mesir."
Penglima Angkatan Tentera, Jeneral Abdul Fattah El-Sisi dalam pengumumannya awal pagi ini turut menamakan Ketua Hakim Mahkamah Perlembagaan, Adly Mansour sebagai presiden sementara sehingga pilihan raya baru diadakan.
Menurut Abdul Fatah, Mesir akan ditadbir sebuah kerajaan Teknokrat dengan kuasa penuh sepanjang tempoh peralihan.
Serentak itu, larangan perjalanan dikenakan terhadap Mohamed Morsi dan pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin termasuk ketuanya Mohammed Badie dan timbalannya Khairat El Shater.
Pengumuman yang dibuat secara langsung melalui televisyen disambut dengan sorakan kumpulan anti presiden yang baru berkuasa selama setahun itu.
Mohamed Mursi mula memimpin Mesir selepas Hosni Mubarak digulingkan pada Februari 2011 selepas berkuasa selama 30 tahun.
Detik Hitam Sedang Berulang
Saya melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap apa yang sedang berlaku di Mesir sekarang. Pada saya, inilah saat di mana detik hitam sedang berulang semula dalam sejarah Mesir.
Saya menyaksikan sidang media tentera yang mengumumkan rampasan kuasa dan diberitakan bahawa Sheikh Al-Azhar juga turut bersama-sama dengan tentera menyokong rampasan kuasa menggulingkan Dr Muhammad Mursi. Ini tandanya tentera tidak yakin dengan kekuatan mereka sendiri lantas menjadikan ulama sebagai sandaran untuk meyakinkan rakyat. Di mana-mana sahaja, ada ulama dipergunakan untuk menentang gerakan Islam. Tebalnya kulit kitab yang dipelajari dan panjangnya ekor serban bukan jamiman seseorang ulama itu celik politik.
Sheikh al-Azhar ialah satu jawatan, jawatan tersebut buat masa sekarang dipegang oleh penjawatnya. Namun ilmu yang ada pada Sheikh al-Azhar turut dimiliki oleh orang lain. Belum tentu jawatan ini kekal dan Allah SWT berhak menggantikan orang lain ke jawatan itu pada bila-bila masa. Samalah juga dengan jawatan mufti. Sesiapa yang menjawat jawatan ini usah sesekali menyangka ia akan kekal selama-lamanya. Sudah berlalu banyak orang yang hanya menjadi alat kepada gerakan sekular untuk melawan Islam. Tiba masanya, mereka dilontarkan ke tepi tanpa sesiapa bepaling lagi ke arah mereka.
Saya yakin rakyat Mesir tidak akan berdiam diri dengan perkembangan ini. Mursi menaiki takhta presiden dengan pilihanraya yang sah bukan dengan jalan penipuan melalui jalanraya. Jika Hugo Chavez, Presiden Venezuela yang pernah digulingkan tentera suatu masa dahulu namun akhirnya kembali semula ke tampuk kuasa kerana tekanan rakyat, saya tidak nampak ia mustahil berulang di Mesir. Kudeta dan diktator bukannya pilihan manusia lagi di era sekarang.
Insya-allah, sebagaimana Sungai Nil yang tidak berhenti mengalir, begitu juga nadi kebangkitan rakyat di Mesir pasti akan terus bergerak. Pada saya, fi zhilalil quran dan maalim fit toriq sedang melahirkan generasinya pada hari ini!
Doa dan solidariti untuk Mesir.
HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)
Bertarikh : 25 Syaaban 1434H bersamaan 4 Julai 2013
comments:
Amuraria said...

Mb Kelantan : Mesir - Tragedi kepada Demokrasi...!
Polis Mesir Perintahkan Penangkapan 300 Tokoh Ikhwanul Muslimin
Polis Mesir telah memerintahkan untuk menangkap 300 pemimpin dan anggota Ikhwanul Muslimin setelah pihak tentera menggulingkan pemerintahan Presiden Muhammad Mursi pada Rabu malam waktu tempatan. Demikian kata jejaring rasmi akhbar Al-Ahram pada Khamis.
Seorang pegawai kanan kementerian dalam negeri mengesahkan kepada AFP bahwa surat perintah penangkapan telah dikeluarkan untuk para anggota Ikhwanul Muslimin. Tetapi, pegawai berkenaan tidak memberikan keterangan lebih lanjut.
Para pegawai sebelumnya menyatakan bahwa pasukan keselamatan telah menangkap dua orang pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin yang rapat dengan Presiden Mursi.
Kedua-duanya adalah Saad al-Katatni yang mengetuai Partai Kebebasan dan Keadilan sekaligus cabang politik Ikhwanul Muslimin serta Rashad Bayoumi yang merupaan wakil ketua gerakan Islam itu.
Sementara laporan-laporan dari kota Mediterania, Alexandria, menyatakan sekurang-kurangnya nya 10 orang terkorban ketika lawan dan pendukung Mursi terlibat didalam pertempuran setelah tentera mengumumkan penggulingannya pada Rabu.
Media rasmi dan para pejabat menyatakan tembakan-tembakan berlaku di kota wilayah pantai yang popular itu. Pejabat berita negara MENA, yang mengutip seorang pejabat medis tempatan, melaporkan 50 orang mengalami kecederaan dalam insiden pertempuran tersebut.
Empat orang terkorban dalam pertempuran di kota utara Marsa Matrouh. Demikian kata gabernor negara bahagian itu. Sementara, Gaubernur Badr Tantawi menyatakan kepada Reuters melalui telefon dari kota Mediterania dekat perbatasan Libya bahwa sejumlah pendukung Mursi terkorban. -republika
Mesir: Puluhan penyokong Morsi terbunuh
MESIR: Puluhan rakyat Mesir dilaporkan terkorban diserang askar dan polis negara itu dalam himpunan dibeberapa buah bandar bagi mempertahan kepimpinan Presiden Morsi.
Insiden tersebut berlaku hanya beberapa jam selepas tentera Mesir mengumumkan rampasan kuasa sekaligus menggulingkan Morsi.
Web Ikhwanonline melaporkan di bandar Iskandariah, sekurang-kurangnya 10 terkorban manakala 200 orang cedera ketika ribuan penyokong Morsi berhimpun di Dataran Sidi Bisyr.
Di Asyut pula, dilaporkan dua orang penyokong Morsi terbunuh manakala 500 yang lain cedera selepas ditembak pasukan keselamatan di hadapan Masjid Omar Makram.
Sementara di Aswan, angka kematian tidak dapat dipastikan namun lebih 100 orang cedera dalam himpunan berhampiran dengan Masjid An-Nasr.
Di Matruh pula dilaporkan seramai 10 orang terkorban apabila polis melepaskan tembakan kepada peserta himpunan yang dihadiri ratusan ribu penyokong Mursi.
Sementara itu, beberapa web pro Morsi melaporkan ratusan waran tangkap dikeluarkan oleh pihak tentera bagi menangkap pemimpin dan anggota kumpulan gerakan Islam Ikhwan Muslimin.
Antara yang dilaporkan telah ditangkap termasuk Naib Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr.Rasyad Bayumi serta Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) sayap politik Ikhwan Muslimin, Dr.Muhammad Sa'ad Katatni.
Menteri Pertahanan, Jeneral Abdul Fatah al-Sisi dalam kenyataannya awal pagi tadi, Presiden Mesir Dr. Muhammad Morsi telah digulingkan oleh tentera Mesir selepas diberi tempoh selama 48 jam untuk memenuhi tuntutan rakyat.
Mereka telah mengumumkan perlantikan Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai ketua interim negara bagi menjalankan urusan negara bagi tempoh peralihan sehingga pilihan raya presiden yang baru.
Morsi tolak rampasan kuasa
Dalam perkembangan berkaitan, Morsi dalam kenyataannya terbaru sejurus pengumuman rampasan kuasa itu menolak tindakan tentera yang membuat rampasan kuasa.
Morsi berkata, beliau masih Presiden Mesir yang sah mengikut saluran demokrasi.
Beliau turut menyeru pasukan keselamatan dan rakyat agar masih berpegang dengan perlembagaan dan tidak patuh kepada rampasan kuasa oleh tentera.
"Bersabarlah kerana kemenangan itu akan tiba, dan Allah telah berfirman 'adakah kamu rasa kamu akan masuk syurga selagi Allah tidak mengetahui mereka yang berjihad di kalangan kamu dan mereka yang bersabar." kenyataan Morsi dipetik web ikhwanonline.com. -HD
Akhirnya Presiden Mesir yang dipilih rakyat, Dr. Mursi telah diguling oleh tentera dketuai oleh Menteri Pertahanan Mesir, Abdul Fattah al-Sisi dengan merampas kuasa secara rasmi. Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adli Mansour telah dinamakan ketua interim negara sehingga pilihanraya baru diadakan semula.
Kenyataan itu disampaikan oleh Menteri Pertahanan Mesir sendiri dan disiarkan oleh AFP, Khamis (4/7/2013). Selain itu, Abdul Fattah juga mengumumkan pembekuan perlembagaan Islam yang disusun sebelumnya oleh Mursi.
Fattah berharap pemerintahan yang kuat akan segera terbentuk. Kenyataan beliau mendapat dokongan dari pemimpin pembangkang Mesir, Mohamed El Baradei.
"Itu sesuai dengan keinginan rakyat," kata Baradei.
Menurut anggota kanan Ikhwan Muslimin, Mursi kini berada di bawah tahanan tentera.
"Mursi dan pasukan presiden berada di di bawah tahanan rumah ketika ini," kata anak kepada pembantu Mursi, Gehad El-Haddad.
Bapa Hadad, Essam El-Haddad, antara orang kanan Mursi ketika yang ketika ini turut berada dalam tahanan.
Sebelumnya, ribuan warga Mesir menuntut Mursi meletakkan jawatannya. Penentangan itu telah berkembang hingga mendapat dukungan tentera. Kelmarin, pihak tentera yang mewakili golongan sekular Mesir telah memberi katadua kepada Mursi agar segera meletakkan jawatannya.
Namun Mursi telah menolaknya. Akhirnya pasukan tentera dan kereta perisai mendatangi istana presiden hingga membuat Mursi terkepung.
Sementara itu Dr. Mursi telah menolak rampasan kuasa dan penggulingan dirinya sebagai ketua negara Mesir dan menyatakan akan tetap mempertahankan keabsahannya sebagai Presiden Mesir.
"Saya menolak tegas penggulingan dari kedudukan presiden. Dan saya tetap sebagai presiden sah di negara ini," kata Mursi dalam pidato yang disiarkan oleh television Aljazeera, Kamis.
Sebelum ini Mursi dengan tegas menyatakan:
"Harga mempertahankan kesahihan demokrasi adalah nyawa saya. Kesahihan ini merupakan jaminan untuk mempertahankan negara," katanya dalam ucapan selama 45 minit tersebut.
Pidato Mursi itu tidak disiarkan television setempat, dan tempat penyampaian pidatonya pun tidak diketahui.
Pernyataan Mursi itu dihantarkan ke Internet dan disiarkan oleh jaringan television Aljazeera sekitar satu jam setelah Angkatan Bersenjata mengumumkan peta jalan untuk menggulingkan dirinya.
Mursi mengatakan, ia siap melakukan dialog dengan semua kekuatan politik untuk memecahkan persoalan bangsa.
Ia juga menyerukan semua pihak termasuk pendukungnya untuk tidak melakukan tindakan ganas dan tetap memelihara keamanan negara.
Mursi yang digulingkan setelah setahun menjabat presiden itu juga meminta tentera dan polis melindungi seluruh rakyat dan menjaga kestabilan dan keamanan.
Ruang tempat pidato presiden itu dilatari oleh kaligarafi Arab dan di sisinya sebuah bendera nasional Mesir.
Sementara itu, pendokong Mursi di Bundaran Masjid Rabiah Adawiyah mengecam penggulingan tersebut.
Mereka menanggapi pengumuman penggulingan itu dengan mengumandangkan takbir Allahu Akbar.
"Presiden baru" sementara Mesir, Adli Mansour telah menyampaikan ucapan sulung sebentar tadi. Beliau akan mengangkat sumpah terdekat di hadapan Anggota-anggota Hakim lain dalam tempoh sementara.
Di dalam perkembangan berkaitan, Raja Arab Saudi, Abdullah, dengan begitu cepat telah mengirimkan kawat ucap selamat kepada pejabat sementara presiden baru Mesir dan menyatakan perlantikan Adli Mansour sebagai Presiden sementara Mesir berlaku dalam saat "kritis" sejarah bangsa Mesir.
"Atas nama rakyat Arab Saudi saya mengucapkan selamat kepada anda untuk mengambil alih kepemimpinan Mesir pada saat yang kritis dalam sejarahnya," kata Abdullah dalam ucapan pertama ucapan selamat oleh pemimpin Arab untuk Adli Mansour. Demikian diberitakan pejabat berita rasmi Saudi SPA.
"Kami meminta kepada Tuhan untuk membantu anda memikul tanggung jawab untuk mencapai harapan saudara-saudara kami di Mesir," kata penguasa Sunni di negara yang kaya minyak itu dalam pesanannya semalam.
Ia juga menyampaikan pujian kepada angkatan bersenjata esir dan pemimpinnya Abdul Fattah al-Sisi untuk menerapkan "kebijaksanaan" dalam membantu menyelesaikan krisis dan menghindari "kesan-kesan yang tak dapat diramalkan".
Ucapan Dr Morsi :
Sesungguhnya,
Aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat,
Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,
Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negera,
Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat,
Keberadaaanku adalah kerana Allah mahukan agama ini dijaga,
Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala,
Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,
Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama,
Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja,
Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja,
Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,
Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama,
Kerana dalam setiap apa pun,
Sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan, itulah islam bagiku,
Kaffah menyeluruh,
Kita bukan islam biasa-biasa.
Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita,
Segala macam korupsi yang ada,
Apakah dianjurkan islam?
Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar,
Adakah itu yang islam harapkan? Orang-orang miskin di tepi jalan, semakin ramai yang menganggur, jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan,
Apakah itu yang islam anjurkan?
Itulah yang mahu aku baiki,
Untuk semua rakyat di negara ini,
Kita ada agama yang memimpin hidup kita,
Kita ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita,
Ingat hari kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula.
Aku memohon ampun atas kelewatanku,
Untuk mengurus negeri ini,
Aku mengetahui batasan aku,
Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara,
Namun,
ku mengharapkan,
kamu membantu aku,
Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,
Jika tidak ada sokongan kamu,
Aku tidak akan berada di sini,
Ku hanya memohonkan sabarmu,
Ku hanya memohonkan komitmenmu,
Ku hanya memohonkan bantuanmu,
Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama,
Kerana ianya bukan hak mutlak diriku,
Dia adalah milik kita bersama,
Tetapi keadaannya tidak demikian,
Kau malah menuduh aku bermacam-macam,
Sikapmu yang tidak sabar,
Ianya hanya merugikan kita.
Maka, aku hanya mengharapkan Allah yang satu,
Untuk membantu perjuanganku ini,
Kerana Dia bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya,
Maka aku hanya berpegang dengan taliNya,
Allahumma, bantulah aku Ya Allah, kerana aku membawa agamaMu,
Allahumma, sentiasalah bersama-samaku Allah,
untuk memimpin negara ini,
Allahumma, kerana cukup kekuatanMu ya Allah,
maka aku merasa Kau mencukupi untukku. Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah,
la haula wa la quwwata illa billah!
comments:
kobis merah said...
-
Mana golongan ulama muda umno yang mengatakan menggulingkan kerajaan Islam yang ada itu haram? Haram pun bepilih pilih juga ke? Ke sebab golongan "salafi" anatar yang bekomplot degan sekular untuk jatuhkan kerajaan Islam maka dia jadi halal? Atau seba Raja Saudi, pujaan golongan ini dah awal2 lagi ucap tahniah kepada golongan yang merampas kuasa? Hukum boleh berubah ikut selera sendiri ke?
- hemisfera said...
-
Tiada sebarang komen pun Admin berkenaan perkara ini? Hanya copy paste artikel luar saja? Bagaimana keadaan pemimpin sebegini yang dijatuhkan melalui kaedah paksaan sebegini? bagaimana penerimaan kalian?
- Anonymous said...
-
Bismillahirahmanirahim...Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Sekalian Alam... Ya Allah Ya Tuhanku, Yang Memiliki Kuasa Segala Kuasa, Yang Mempunyai Kuasa Yang Sebenar2nya, Yang Memiliki Kerajaan Yang Sebenar Kerajaan...Engkaulah Yang Miliki Kerajaan Awal,Engkaulah juga Miliki Kerajaan Akhir. Kerajaan Mu Yang Kekal Selama2nya. KerajaanMu yang tidak akan berkurang wlu sedikit kuasa pun, Kerajaan Yang Maha Adil...Ya Allah selamatkanlah kerajaan Islam Mesir dan juga mana2 kerajaan Islam di dunia ini yang ingin menegakkn perintah Mu dan ingin laksanakn syariatMu d muka dunia ini. Sesungguhnya Engkaulah tempat yg sebenarnya kami mengadu & meminta pertolongan . Ya Allah bg lah kmenangan pd Islam dgn apa cara sekalipun yakni cara yg Engkau redhainya. Ya Allah selamatknlah rakyat mesir dan mana2 rkyt d dunia ini yg menyokong dan inginkn daulah Islamiah tertegak d muka bumi Mu ini. Ya Allah selamatknlah pemimpin2 kami yg mengetuai kami bersama dalam susah mahupun senang ingin menegak kedaulatan Islam d muka bumi ini. YA Allah, Engkau hancurkanlah dan Engkau kalahkn lah golongan kufar dan pendokong2 mereka agar mereka tahu bahwa Engkaulah Yang Maha Berkuasa. Ya Allah sesungguh Engkaulah Yang Maha Mengentahui apa kesudahannya. Maka aku hamba Mu yg tersgt lemah& sntiasa memerlukn pertolongan Mu mgharapkn kesudahan yg baik bg rkyt mesir & rkyt mana2 negara d dunia ini yg sgt syg serta ingin melihat Islam d angkat ke kedudukn tertinggi dalam urusan hdup. Amin
- Monkey Code said...
-
Saya menyaksikan sidang media tentera yang mengumumkan rampasan kuasa dan diberitakan bahawa Sheikh Al-Azhar juga turut bersama-sama dengan tentera menyokong rampasan kuasa menggulingkan Dr Muhammad Mursi. Ini tandanya tentera tidak yakin dengan kekuatan mereka sendiri lantas menjadikan ulama sebagai sandaran untuk meyakinkan rakyat. Di mana-mana sahaja, ada ulama dipergunakan untuk menentang gerakan Islam. Tebalnya kulit kitab yang dipelajari dan panjangnya ekor serban bukan jamiman seseorang ulama itu celik politik.
Petikan Kenyataan Media TGNA
@ Ya Allah...berikan lah kemenangan pada rakyaat Mesir yang ikhlas dan hancurkan lah mereka2 yang berniat jahat lagi bodoh (puak secular) dan menentang kerajaan Islam Mu Ya Allah. keatas - BaDiN said...
-
Setiap Kejadian Itu Ada Hikmahnya.
Alangkah gembiranya golongan Anarki Arab Saudi dan Sealiran dengannya Tidak dikecualikan Umno amat gembira di atas trajedi ini.
Cuba analisiskan golongan manakah yang merampas kuasa Mesir dan golongan mana yang di jatuhkannya.
Perjuangan menegakkan Keadilan Islam,Kerajaan Islam.
Amat kecewa rasa di hati atas trajedi ini.
Fahamlah kita bahawa Kekuatan Sekular tidak mampu dihalang dalam sekelip mata,Adakah kes ini ada persamaan atas Kejatuhan Kerajaan PAS Terengganu 2004 dan Kedah 2013. - Anonymous said...
-
Tak sama...Terengganu dan Kedah jatuh sebab kebebalan sendiri...baru dibagi menang, sombong dan bercakaran sama sendiri... Allah ambik balik kuasa
- Anonymous said...
-
inilah pengajaran pada umat islam jika perpaduan tidak dikukuhkan..pemimpin harus sedar bahawa amanah rakyat perlu dilakukan dengan baik..ingat tunjukkanlah kepimpinan sebagai khalifah dibumi allah..ingatlah bahawa yang menyokong adalah mereka yang mahukan keadilan dalam kehidupan
- Anonymous said...
-
kebodohan pimpinan tentera mesir terserlah ... mereka fikir dengan hanya berdemonstrasi dan merusuh tanpa sebab yang benar maka tentera mempunyai hak menggulingkan kerajaan yg sah...bagaimana dgn hak rakyat yg mendokong kerajaan mursi yg sah itu ??? mengapa tentera hanya menyebelahi rakyat yg pro sekular dan yahudi??? tentera mesir betul2 buat tindakan yg tak betul dan tidak sah...seluruh dunia wajib menentang tindakkan rampasan yg sgt jahat dan tidak sah itu..
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

Kejayaan imperialis & samseng dunia@zionis dalam perang saraf terlicik membasuh 'otak-otak' keldai Mesir & yang sekutu dengannya yang anti-Islam ! para pengkhianat menolak hukum Allah SWT tapi mahu bebas dengan menentang ajaran Islam, moga mereka akan merasa kecelakaan atas pengkhianatan mereka terhadap perjuangan ikwanul muslimin yang mendapat sokongan kuat rakyat Mesir!
perjuangan senantiasa berterusan...tetapi awas dengan segala tipu daya syaitan yang bertopengkan manusia...mereka sedang menjerat dari segenap pelusuk...AllahuAkbar!...
Ni sama kes dengan mufti2 yg boleh dijual beli dan puak2 UG mcm hasan ali dan nasharudin. Bila menang syaitan2 umno akan memperalatkan mereka.
Di mesir pun ada umno juga.
Mustahil untuk memuaskan hati semua orang.
Tidak mustahil orang yang sama akan bangkit menentang untuk menjatuhkan kerajaan Umno Mesir ini dalam masa terdekat.
Kegelojohan untuk mengecapi perubahan selepas Era Mubarak.Dr Mursi tak mampu pertahankan kerajaannya disebabkan tali barut Mubarat menjadi duri dalam daging.Nescaya pendokong Islam Mesir terutamanya IkhwanMuslimin tidak akan berdiam diri,akan terus berjuang Demi Islam Tercinta untuk memastikan Rejim Mubarat tumbang.
Sama sama kita doakan agar beliau bangkit.....keadaan akan menjadi lebih kali ini,penyokong beliau takkan duduk diam,ayuh kita beri sokongan pada beliau !!!!!!!!!!!
Nak kena jihad gak gamaknya..
buang dakwat kekal jer demokrasi2 nih.