Sunday, July 14, 2013

RG2011... Fw: Senjata api dan peluru dalam MPV polis ditemui

 



Senjata api dan peluru dalam MPV polis dilarikan suspek curi ditemui

 

BUKIT MERTAJAM, 11 Julai (Bernama) -- Semua barangan dan kelengkapan termasuk senjata api MP5 dan peluru dalam kereta peronda polis jenis MPV yang dilarikan seorang lelaki dalam kejadian di Perak pagi semalam ditemui semula di Bukit Minyak di sini malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata polis percaya suspek curi berusia 32 tahun itu tidak mengambil barangan dalam MPV berkenaan kerana hendak cepat melarikan diri.

Katanya MPV itu ditemui di lorong belakang rumah kedai di Taman Sri Mangga di sini hasil maklumat orang awam yang curiga dengan kehadiran MPV itu lebih 10 jam tanpa kehadiran anggota peronda polis.

Pemeriksaan mendapati semua barangan dan kelengkapan dalam MPV itu termasuk senjata api dan peluru masih berada di dalam kenderaan berkenaan, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mazlan berkata polis turut menubuhkan pasukan khas untuk mengesan suspek yang berasal Tasek Gelugor.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohd Yusof dilaporkan berkata dalam kejadian kira-kira 7.40 pagi semalam, ketika hendak dibawa masuk ke dalam MPV berkenaan, lelaki itu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes curi telah menolak anggota polis yang bertugas sebelum melarikan MPV itu.

-- BERNAMA

EIY LIB RHM

comments

  • Penyangak, perompak semua polis susah nak berkasar langsung mereka mudah melepaskan diri. Banyak kali berlaku begini kan? Tapi bila dengan org awam, polis tak bagi peluang pulak, ditibainya kaw kaw masa perhimpinan bersih dulu. banyakkan latihan dan perkembangkan lah jati diri dan nilai2 murni pada setiap anggota polis di malaysia.
  • Khozabenzamin Abd Hamid  •  
    nasib baik dia tak kebas senjata polis...kalau tak...mahu tak haru jadinya nanti??
  • jasont  •  
    omg.. my prediction came true, anyway, who the hell store their gun in a car, especially a police car, don't they have procedure for that? Are they allowed to do so?
  • cm  •  
    Mengapa kenderaan polis tidak ada satellite detector???? Atau polis takut bila curi tulang, bos tahu??? Satiap kali tukar kenderaan dgn harga mahal tapi tak canggih. Shame on U
  • Syed Yahya  •  
    hihihi.... nasib baik yg dua biji peluru dalam seluar tu melekat. Kalau tak.....silap2 yg tu pun dah kena curi gak.
  • Ranjan  •  
    Begitulah polis Malaysia...untuk menjaqga MPV sendiri pun tak boleh...inikan pula menjaga sempada Negara...sebab tu lah militan Filipina senang je masuk ke Lahad Datu...
  • Kaminator  •  
    dah hilang pun report sudah jumpa.......apa yang akan berlaku kalau senjata api sudah hilang dan diketahui oleh rakyat?.....polis yang kena teruk teruk lagi.....report sajalah sudah jumpa....
  •  
    Mandayak  •  
    Lain Kali jangan lupa kunci kereta...penyamun....Malaysia semuanya handal2 belaka.
  • Mannboy33  •  
    saya rasa angota polis itu tidak cekap,pdrm patut memberi dia latihan profesional semula,banyak anggota pdrm berperut buncit,macam mana nak kejar pencuri !! lol
  • ragu  • 
    Betul ke Kena Curi?
  • Zhumba585  • 
    Daripada scenerio kejadian ini, niat penjenayah hanya nak melarikan diri drp tahanan polis....dia tidak berniat nak cederakan anggota polis maupun berniat nak mencuri kelengkapan dalam MPV. Penjenayah sentiasa memikirkan untuk melepaskan diri dan apabila polis cuai walau sesaat pun...itu sudah jadi peluang utk penjenayah memboloskan diri. Apapun, siasatan tetap akan dijalankan keatas anggota polis ini dan tindakan cas mahkamah akan sejurus. Saya menyarankan anggota polis, esp yg mengiringi orang salah, memberi tumpuan 100% kpd tugas mereka. Mereka kena faham drp pakaian uniform, gaji, kenderaan MPV serta kelengkapan senjata-api semua nya kepunyaan rakyat Malaysia. Barangan ini hanya diamanahkan kpd polis utk pengunaan dan penjagaan yg betul.
  •  
    V.J  •  
    "Menolak anggota polis"...senang nya....macam cerita kartun...aje..!!! Perompak tu tak di gari ke...??? Kalau orang awam/reporter buat salah sikit ..habis lingkup...digari kuat-kuat..!!!
    Lawak..lah drama ini....MPV pula tu...hai...hai... apalah nasib...negeri kita!!!!
  • KeADILan  •  
    This case smells of police personnel incompetence and those responsible should be sacked even though the weapons were recovered. It was only luck that they were recovered
  • aisy  •  
    They never learn from the past..exact scenario has happen last year, which is also in penang.
  • wise guy  •  
    kecuaian membawa padah..sepatutnya senjata dan peluru dibawa bersama bukan ditinggalkan dalam kereta... kena ambil tindakan atas kecuaian agar menjadi iktibar pada yang lain...
  •  
    A.MALIK BIN  •  
    tolonglah jangan cuai wahai polis.....berikanlah keyakinan kepada rakyat bahawa polis boleh diamanahkan
  • Jejai  •  
    ha ha ha ha ha.....camno jang ni ooooiiiii.......yang dok belasah duit trafik lain ceritanya, yang cuai mcm ni lain ceritanya, ayoe mcm mana nak gah pasukan PDRM skg ni, x mcm dulu2 zaman Tun Hanif, Tan Sri Rahim Nor.....keras gitu!!!!
  • Badoi  • 
    kelakarnyee.. malaysia tanah air ku. selagi pemimpin2 kurap, ini la jadinyee..
  • Irina  • 
    Peristiwa kecurian kenderaan polis berulang lagi. Macam ada skrip je.
  • atan bijaksana  • 
    Penjenayah lagi cerdik dari polis.....
  •  
    Pak Chin  •  
    Sudah jelas kelemahan pengurusan PDRM dan anggota kakitangan yang tidak
    profesional dan disiplin. Bagaimana anggota PDRM di beri tanggungjawab menjaga
    keselamatan raayat dan negara? Kini terlalu banyak isu isu yang kena di perjelaskan
    ... More
  • Sivasubramaniam  •  
    Now this is embarrassing for PDRM. The negligent officer should be taken to task. What if the weapons were to fall into the wrong hands?
  •  
    ApaSudahJadi  •  
    Nasib baik pencuri itu tak ambil MP5 dan peluru itu utk jual pada Taliban atau suluk, dan jual MPV itu bagi kedai besi buruk kalau tidak habis lah !
  • RUN4  •  
    Polis ni pandai nasihat orang tetapi Polis sendiri kalut. Bercakap besar orang semua salah macam dia seorang yang betul. Cuba minta kurangkan bayaran saman mereka mengeluarkan bahasa kesat macam kita ini budak sekolah.
  • MaRKIX  •  
    lemahnya polis ni apa mcm ble kena curi - bodoh!!!
  • Red Bean Army  • 
    Polis juga hamba allah....ada kesilapan dan kecuaiannya, bumi mana tidak ditimpa hujan??
    bagi chance lar, kena rampas, senjata beberapa kali, suspeks lari beberapa kali baru mereka akan belajar dari kesilapan....

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

2 comments:

  1. Kereta kena curi..bila dijumpai semula satu skru pun tade yang hilang?itu bukannnn cuurrrriiiiii.,,, itu cuaiiiiiii..jika sayalah perampas tu, kacang nak buktikan polis tu cuai cincai...letak kereta tu kat tempat awam dan pasang kit start engin & fuse bom.ha ha ha 2 x kena...

    Dan RED BEAN ARMY...kesilapan mengingat juga sering berlaku.tapi itu urusan kamu dengan Dia...biasakan diri dengan menaip A...bukan a...
    Ramai juga dari laman lain bukan kat sini je...nak komen merujuk kepada ilahi ,,Dia bukan kecil.Allah Maha Besar.

    ReplyDelete
  2. Lupa satu..saya tak lupa yang saya juga bukan muslim...

    ReplyDelete