Saturday, July 6, 2013

RG2011... Fw: Tidak Kembali Selagi Mursi Tidak Dikembalikan

 



Ulamak Azhar Berbekal Kafan, Siap Mati Membela Syariat

Mesir – Ulama Al-Azhar telah menentukan sikap mereka di dalam konflik di Mesir. Iaitu mendukung presiden Mursi dan menentang kudeta tentera yang dilancarkan oleh Jendral As-Sisi.

Sebagaimana dilaporkan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) di dalam fbnya, para ulama Al-Azhar juga ikut turun di dalam demonstrasi yang berlansung pada hari semalam (Jumaat -06/07).

Para Ulamak Al-Azhar menjadi benteng utama di bahagian hadapan. Mereka terus membantah dan menolak rampasan kuasa yang telah dilakukan oleh pihak askar dan menuntut Dr.Muhammad Mursi di kembalikan jawatannya selaku Presiden Mesir.

Sebelumnya, jutaan rakyat yang pro Mursi telah keluar ke lapangan Rabiah Al-Adawiyah. Para ulama Al-Azhar dilaporkan menuju lokasi tersebut. Dalam aksi tersebut, mereka membawa kain kafan, sebagai bukti bersedia untuk mati. Hal itu ditujukan demi membela syariat Islam dan menolak kudeta tentera ke atas presiden Mursi.

Syaikh Ahmad Thayyib dalam ucapannya menuntut pembebasan Presiden Mursi, para jajaran tinggi pertubuhan Ikhwanul Muslimin dan semua demonstran yang ditangkap pada demonstrasi sebelumnya.

Ulama Azhar seru rakyat tolak rampasan kuasa

MESIR: Ahli Jawatankuasa Lajnah Fatwa Al-Azhar Sheikh Hashim Islam mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat Mesir perlu menolak rampasan kuasa oleh pihak tentera terhadap kepimpinan Dr.Muhammad Mursi.

Beliau yang juga merupakan pengasas Persatuan Ulama Al-Azhar berkata, kepimpinan berasakan rampasan kuasa ditolak menurut syarak.

"Dr. Muhammad Morsi merupakan presiden yang sah kerana dipilih melalui pilihanraya.

"Adalah tidak wajar bagi rakyat mesir berpaling dari beliau. Ini kerana kepimpinan yang berasaskan rampasan kuasa ditolak menurut syarak," katanya seperti dilapor Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Menurut Sheikh Hashim lagi, rakyat Mesir wajib mengekalkan identiti Arab-Islam berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah di negara itu dan pada sama memberi jaminan hak kewarganegaraan yang sama rata bagi non-muslim serta menjaga perpaduan negara Mesir dan rakyatnya.

Menurutnya, konflik yang berlaku di Mesir bukanlah sekadar pertembungan ideologi, tetapi realiti yang berlaku kini ialah pertembungan akidah antara tamadun Islam-Arab Mesir dengan para pendukung sekular dan anti-Islam.

Ekoran rampasan kuasa yang berlaku, beliau menyeru rakyat Mesir untuk turut serta dalam revolusi mempertahankan syariat di seluruh Mesir, dan menewaskan kebatilan seperti yang berlaku dalam perang Jamal, serta membentuk satu jawatankuasa tetangga bagi memelihara negara dan rakyat.

"Walaupun berbeza pandangan antara kita terhadap penjenayah dan pemberontak, namun kita juga perlu membezakan antara demontrasi rampasan kuasa yang diharamkan Islam dengan demontrasi bantahan yang diharuskan oleh Islam.

"Antara prinsip tertinggi dalam Islam ialah menganjurkan kebebasan, membenci pemerintahan diktator dan keganasan," katanya.
-HD

comments:

Salmah Ahmad said...

mohon share berita ini. terima kasih

 

Mesir : Berita terbaru


1) General Asisi mohon berunding dengan Dr Muhammad Morsi untuk dibenarkan meninggalkan Mesir dengan selamat bersama dengan orang-orang yang terlibat dalam rampasan kuasa semalam.

2) Tentera Mesir terbahagi 2. Ketua Turus Tentera Darat meminta Asisi menarik balik kenyataan rampasan kuasa yang dibuatnya.

3) Akhbar Chanell 2 mengulas - Amerika akan menyesal kerana memberikan lampu hijau kepada penggulingan Mursi.

4) Dijangka 3 juta rakyat Mesir sedang bergerak menuju Kaherah menyatakan sokongan kepada Presiden Mesir yang Sah: Dr. Muhammad Mursi.

5) Kereta kebal menurunkan gambar-gambar Asisi.

5) Pertemuan Duta Amerika: Peterson, Asisi dan Al-Baredei berbincang mencari jalan keluar untuk keadaan terbaru ini.

Sumber: Jurucakap Tentera.
 

Rakaman Detik-detik Dr.Mursi Ditangkap

Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah, ALLAHUAKBAR' mulutnya tidak pernah lekang dari terus berzikir memohon pertolongan Yang Maha Esa.

"Ini adalah ujian ALLAH buatku, DIA maha mengetahui dan DIA tahu aku mampu menanggung dugaan ini," bisiknya di dalam hati.

Jam di dinding rumah Kelab Pengawal Presiden Republikan di Kaherah dipandang beberapa kali sambil bersilang tangan.

Langkahnya ke kiri dan ke kanan dari bangun dia duduk dan berjalan ke jendela. Perkara itu dilakukan sejak awal kedatangannya ke pejabat baru di rumah itu, seolah menanti sesuatu.

Pintu diketuk dan sekumpulan tentera menyerbu masuk ke pejabat gerakan itu. Keadaan sedikit huru hara kerana lebih daripada sepuluh anggota pergerakan itu cuba menghalang kehadiran tentera daripada berjumpa beliau.

"Tidak mengapa biarkan mereka masuk dan sediakan kerusi," pintanya memberi arahan kepada seorang ahli kumpulan itu.

"Silakan duduk Encik Abdel, apa hajat dan apa yang boleh saya bantu," katanya kepada Menteri Pertahanan, Jeneral Abdel Fattah al Sisi dengan tenang.

Hatinya yang dari malam kelmarin dirundung keresahan itu terlerai lalu berdetik adakah saatnya sudah sampai? Adakah aku akan berpisah dengan isteriku, Najlaa yang selama ini menjadi kekuatanku dan lima anakku, tiga orang cucuku serta ratusan pengikutku?

Wajah Abdel ditatap tanpa gentar.

"Tuan Presiden, kami hanya ingin membuat permintaan mudah, tempoh 48 jam telah berlalu dan kami mohon tuan mengumumkan peletakan jawatan bagi mengelakkan lebih banyak nyawa terkorban dan protes di negara ini," kata Abdel.

"Kamu langkah mayat saya dahulu. Saya rela mati demi rakyat Mesir. Perjuangan ini akan saya teruskan hingga ke titisan darah terakhir," katanya sambil menggenggam erat kerusinya, menahan marah.

Bergelar Hafiz dan dibesarkan dengan penuh didikan agama tidak memungkinkan beliau untuk bangkit menerajang tetamu tidak diundang itu. Tingginya pegangan agama beliau membuatkan dia menjadi insan paling sabar sekuat imannya.

"Tuan...rakyat, ulama, hakim dan anggota keselamatan, Perdana Menteri Hesham Kandil semuanya mendesak tuan untuk berundur. Terlalu banyak kesilapan yang telah tuan lakukan. Banyak jawatan kerajaan tuan serahkan kepada Ikhwanul Muslimin, masalah ekonomi gagal ditangani. Berundurlah!," pinta Abdel.

"Kamu langkah mayat aku dulu!," Mursi mengulangi kata-katanya itu.

Hakikatnya, puluhan kereta perisai telah ditempatkan di jalan-jalan utama sekitar bandar Kaherah. Puluhan khemah didirikan oleh penyokong anti Mursi dan pejabat Ikhwanul Muslimin juga sudah beberapa kali di pecah.

"Sekiranya tuan tidak mahu mengikut arahan kami, saya menggunakan kuasa sebagai menteri untuk mengarahkan tuan dan pengikut lain dikenakan perintah tahanan di rumah. Tuan dan pengikut lain tidak dibenarkan keluar, semua talian media dan telefon terpaksa diputuskan. Ini ARAHAN TERAKHIR KAMI!," katanya dan terus berlalu meninggalkan Mursi.

"Jangan susah ALLAH sentiasa melindungi kita dan ada penyelesaian untuk masalah ini. Anda jangan melawan dan hanya mengikut arahan sahaja, biarkan mereka berkuasa tetapi yakinlah ALLAH akan membantu kita," katanya kepada pengikut beliau yang mulai kecoh.
Kira-kira setengah jam kemudian, sepasukan tentera komando menyerbu ke rumah itu mengacukan senapang ke arah ahli pergerakan Ikwanul Muslimin.

"Jangan halang tugas kami! Kami menerima arahan untuk membawa Mursi pergi!," kata seorang komando.

"Jangan! Jangan! Jangan! Tidak kamu tidak boleh buat begitu, Tuan Mursi tidak melakukan kesalahan dan atas tujuan apa dia ditangkap dan ke mana dia akan dibawa? Biarkan aku ikut serta, tangkaplah aku sekali, aku rela berjuang bersama dia?" teriak timbalan ketua pergerakan itu, Rashad Bayoumi.

"Itu bukan urusan kamu!," balasnya.

"Tuan sila ikut kami!" Lengan Mursi digenggam dan pemimpin itu akur mengikut arahan.

Di ruang rumah itu jugalah puluhan media berkumpul untuk menjadi saksi penahanan Mursi.

"Tentera telah membawa Mursi pergi dan kami yakin Abdel tidak akan melayan tuntutan kami. Kami naif....Kami tidak sangka Jeneral mengkhianati Presiden yang melantiknya dahulu," kata jurucakap Ikhwan Muslimin, Murad Ali kepada sekumpulan media.

"Anda yakin Mursi tidak akan meletakkan jawatan selepas ditahan?," tanya seorang wartawan.

"Tidak! Kami dan beliau sanggup dipenjarakan, Mursi tidak akan memberikan kuasa kepada tentera," katanya.

"Adakah anda sedar tempoh 48 jam telah berakhir tetapi kenapa Tuan Presiden masih berdegil?," tanya wartawan itu lagi.

"Wahai pemberita anda perlu tahu pada 23 Jun lalu arahan itu datangnya dari cetusan idea Duta Amerika Syarikat, Anne Patterson! Adakah kamu tahu, Asaad el-Sheikh dan Rifaah el-Tahtawy adalah sekutu AS. AS selama ini berpura-pura simpati terhadap nasib tentera Mesir berpangkalan Port Said dan Ismailia di Terusan Suez adalah SANDIWARA!

"Kamu tahu tujuan AS bersimpati adalah mahu mewujudkan sekutu tentera yang baru!, Adakah anda ingin membiarkan perkara itu berlaku? Di manakah maruah Umat Islam dan anda sebagai rakyat Mesir?" jelas Ali.

************

"Najlaa, aku rasa demi keselamatan kamu, anak-anak dan cucu kita, elok la kita berpindah. Istana Ittihadiya tidak selamat. Aku dapat rasakan kebangkitan rakyat untuk menentang pemerintahanku akan berlaku pada 30 hari bulan ini. Kita belum terlambat. Masih ada enam hari untuk kita bersiap dan mengemas. Bawalah Al-Quran, pakaianmu dan sejadah lebih supaya senang pengikutku untuk berjemaah di rumah kelab nanti," katanya.

"Baik dan segala tuntutanmu akan ku penuhi. Kamu jangan bimbang keselamatan kami dilindungi ALLAH," kata wanita tabah itu.
Sejurus tiba di rumah kelab, kelihatan barisan puluhan tentera mengawal di sekitar kediaman itu. Berpakaian lengkap dengan senjata.

"Helo, Tuan Presiden. Abdel sini. Tuan tahu apa yang berlaku di luar sana?"

"Ya saya tahu Jeneral." kata Mursi pendek.

"Tuan, tempoh 48 jam makin hampir. Jangan lupa perjanjian kita. Apa kata, kalau kami menawarkan pelindungan keselamatan untuk tuan dan keluarga dengan meninggalkan Mesir dan pergilah ke Turki, Libya atau ke tempat lain. Asalkan tuan melepaskan jawatan," pintanya.

"Kamu langkah mayatku dahulu! Assalam 'alaikum!" Ganggang terus diletakkan.

'"Astaghfirullah, Subhanallah, ALLAHHU AKBAR..." bisiknya di dalam hati.

************

Pada 3 Julai, seawal jam 5 pagi askar mula mengawal seluruh jalan di Kaherah. Kenderaan tentera, ratusan polis ditempatkan. Jutaan penyokong pro dan anti Mursi berhimpun di Dataran Tahrir.

Bendera berkibar dengan lautan manusia memenuhi segenap ruang menanti pengumuman. Media sosial dan stesen televisyen bagaikan mengalami kesesakan trafik. Jutaan mesej di Twitter dan Facebook disampaikan sepanjang menanti detik pengumuman tengah hari nanti.

"Dengan kuasa yang ada pada saya, saya mengumumkan kerajaan akan mengambil kuasa di Mesir dan Presiden Muhamed Mursi digulingkan. Pembentukan kerajaan sementara akan diketuai Adly Mansur sehingga tarikh pilihan raya ditetapkan," begitulah ucapan ringkas Jeneral Abdel Fattah di stesen televisyen.
-SH
 

comments:

Anonymous said...

Kepimpinanan tentera negara Mesir dari dulu lagi telah dikawal oleh Amerika dan Isreal sejak dari zaman Hosni Mubarak lagi.

So tindakan menyatakan tindakan tentera mesir betul dan Mursi Diktator oleh TV 3, bermakna anda setuju dengan tindakan Yahudi laknatullah mengacau pemimpin Islam di sana. Kepada pengurusan TV3 yang tak sensitif, agamamu Islamkah atau Melayu??? Kalau Melayu maka tak hairan pengurusan tv 3 katakan demikian kerana orang Islam tak akan sesekali kata Mursi sebagai diktator sebaliknya mengatakan sebagai hero kepada Umat Islam.

Anonymous said...

TV3 laknatullah menfitnah sorg alim ulama islam yang sedaya upaya menenggakan syariat islam di bumi mesir,beginikah media yang konon memperjuangkan islam konon,kalu mereka tergamak menfinah TGNA, tak heran mereka juga sanggup berlindung disebalik zionis yahudi demi fitnah mereka..laknatullah..CILAKA TV3..haram beli produk yang diikan di tv3..cilaka..

 

"Kami Tidak Kembali Selagi Mursi Tidak Dikembalikan Sebagai Presiden"

Mursyid yang juga Pimpinan tertinggi Ikhwanul Muslimin Mohamed Badie yang dibebaskan dari tahanan telah muncul dan memberikan ucapannya di dalam aksi massa pro Mursi di Rabaa, Kaherah, Mesir semalam.

Badie sebelumnya diberitakan AP, ditangkap oleh pihak tentera di daerah Marsa Matrouh, kota pinggiran dekat perbatasan Libya.

Dalam ucapannya seperti disiarkan Al-ahram, Badie menyatakan kumpulan jutaan orang di Raba mencerminkan kekuatan Mesir dari kumpulan yang berbezaa. "Allah lebih besar dari semua yang mengorbankan dirinya untuk revolusi, Allah saksi kami," ungkap Badei yang disambut takbir dari puluhan juta penyokong Mursi.

Badei juga mengungkapnya dirinya bangga dengan Mursi dan melihat tindakan tentera sebagai tidak berperlembagaan. "Mursi adalah presiden saya dan semua orang Mesir," ungkapnya.

Badie turut menyatakan bahawa pihaknya tidak akan kembali ke rumah hingga kedudukan Mursi sebagai Presiden dikembalikan.

Di dalam perhimpunan aman oleh kumpulan pro-Mursi yang dihadiri oleh jutaan manusia di Rabaa tersebut, dilaporkan bahawa 17 orang terkorban dan lebih 460 cedera akibat dalam pertempuran diantara pendukung dan anti-kudeta tentera.

Di Kaherah pada Jumaat malam sempat terjadi pertempuran diantara kedua kubu berseberangan di Qubri 6 Oktober yang dimulai dari Maspiro berdekaran Dataran Tahrir, pusat kota Kaherah.

Diberitakan, pertempuran di Maspiro mengorbankan satu orang dan lebih 200 orang mengalami kecederaan.

Maspiro tempat bangunan Pusat Stesyen Radio dan Televisi Nasional itu dikepung pleh pendukung Moursi untuk memaksa kembali menyiarkan demo aman Ikhwanul Muslimin setelah tiga hari ditutup sejak Mursi digulingkan.

TV Mesir pun sudah mengudarakan demo Ikhwan semalam. Jaringan television berbahasa Arab yang sangat berpengaruh di Timur Tengah, Aljazeera, juga sudah diizinkan pada Jumaat untuk kembali mengudarakan dari Mesir, setelah pejabat bironya di Kaherah ditutup sejak Rabu.

Pertempuran di Maspiro itu berlaku setelah pihak tentera mengerahkan kereta perisai dan pasukan bersenjata dan berhasil memisahkan kedua kubu tersebut.

Qubri 6 Oktober merupakan jembatan terpanjang di Kaherah yang menghubungkan Lingkungan Masjid Rabiah Adawiyah -- tempat perhimpunan aman Ikhwanul Muslimin para pendukung Mursi -- dan Tahrir, berlanjut menyeberangi Sungai Nil hingga Dukki, bahagian barat Kaherah.

Petempuran turut berlaku di antara pendukung Mursi dan pihak keselamatan di bangunan Garda Republik, Kaherah timur, tempat Mursi ditahan.

Massa Ikhwanul Muslimin menduduki bangunan yang dikepung kereta kebal dan kawat berduri tesebut dan mereka berjanji tidak akan meninggalkannya hingga Moursi dikembalikan ke jawatannya sebagai presiden.

Diantara intipati ucapan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin.. Dr Muhammad Badie hadapan jutaan manusia di Medan Rabaah Adawiyah...

1) Jutaan penyokong Mursi akan kekal di medan2 perhimpunan "duduklah di tempat kamu.. sehingga Mursi dikembalikan menjadi presiden.. "

2) kepada tentera kembalilah menyertai rakyat mesir tugas kamu adalah menjaga undang2 dan tugas kami memastikan pembebasan Mursi dan memastikan beliau kembali menjadi presiden Mesir.

3) perhimpunan aman kami ini adalah lebih kuat dari peluru-peluru dan kereta-kereta kebal kamu, kami todak gentar dalam menyatakan yang benar

4) sepatutnya kamu korbankan ruh kamu mempertahankan rakyat mesir, jangan kamu korbankan rakyat mesir untk mendapatkan habuan pangkat.

5) Syeikh azhar adalah lambang, tetapi tidak boleh disamakan dengan kehendak dan kemahuan rakyat mesir

6) bagitu juga ketua paderi, kamu bukan mewakili keseluruhan penganut kamu, ada juga diantara mereka yang menyokong mursi

7) kami sanggup mempertahankan leher2 kami demi memastikan presiden kami berkuasa..

Allahu Akbar 3x

comments:

Anonymous said...

Inilah Perjuangan Islam Walaupun Berkuasa Allah Tetap Menguji Kita Sebagaimana Sebelum Kita Berkuasa..Ini Dugaan Para Penyokong Islam Jangan Selesa Setelah Kita Berjaya Ini Musuh Islam Dan Syaitan Tidak Akan Berdiam Diri..Agar Kita Tidak Leka Dan Inilah Cara Allah Nak Uji Kita Istikomah Dalam Perjuangan. Disini Allah Nak Ujui Lagi Adalah Kita Sanggup Berkorban Demi Islam Demi Agama Aadden Ini..Demi Mempertahankan Pemimpin Islam Kita..Bukan Sahaja Mempertahankan Melalui Proses Pilihanraya Atau Mempertahankan Dengan Nyawa Kita..Perjuangan Dan Dakwah Islam Adalah Berpanjangan Selagi Ada Hayat Selagi Dunia Belum Kiamat..

 

Kenyataan PM Turki, Recep Tayyip Erdoğan mengenai apa berlaku di Mesir


 
Kenyataan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdoğan:

1- Turki mempunyai pengalaman berharga dalam menjalankan sistem demokrasi yang berjaya dan perlu dikaji oleh seluruh rakyat dan negara di sekelilingnya bagi mengambil manfaat daripada apa yang telah berlaku kepada mereka sebelum ini.

2- Rampasan kuasa telah berlaku lebih awal di Turki kurang lebih 10 tahun yang lalu.

3- Orang-orang yang bersama dalam rampasan kuasa di Turki, mereka akan dinilai oleh Allah sekiranya perkara ini berlanjutan sehinggalah ke akhir hayat mereka.

4- Sehingga kini, negara-negara Barat tidak berkompromi dengan rampasan kuasa yang berlaku di Mesir.

5- Negara – Negara Barat tidak menunjukkan sebarang pendirian mereka terhadap apa yang berlaku di Mesir. Ini menunjukkan mereka mempunyai niat yang tidak baik terhadap Mesir.

6- Peti undi merupakan satu jaminan untuk menjadi penilaian kepada kegagalan pemerintah.

7- Golongan yang mengambil sikap berkecuali mengenai rampasan kuasa oleh pihak tentera turut bertanggungjawab atas penggulingan tersebut.

8. Kami di Turki bergantung kepada prinsip yang asal walaupun rampasan kuasa ini berlaku ke atas pembangkang , kami juga membangkang terhadap rampasan kuasa ini.

9. Penggulingan dan pengabaian terhadap suara majoriti menzahirkan kegagalan demokrasi.

10. Kesatuan Eropah tidak mengatakan apa yang berlaku di mesir ketika ini merupakan satu rampasan kuasa oleh pasukan tentera, ia seolah-olah melenyapkan dasar demokrasi yang digunakan.

11. Senjata dan media massa tidak berpihak kepada demokrasi.

12. Dunia tidak menyokong Mesir sedikitpun, dan tidak berpihak kepada Mesir kecuali negara Turki, Qatar tetapi bagi negara Greece tidak bersama Mesir. ini membuktikan bahawa berlakunya pertembungan perlembagaan.

13. Individu yang kalah dalam pilihanraya mempunyai pandangan yang tersendiri dalam ucapannya, pandangan majoriti, untuk meningkatkan prestasi diri dan memperbetulkan kesalahannya. Adapun rampasan kuasa oleh tentera adalah bertentangan sama sekali.

14. Mereka yang tewas dalam pilihanraya Turki yang lalu meminta bantuan tentera untuk menjatuhkan pemerintahan.
 

3 Penyokong Mursi Terbunuh Ditembak Tentera Mesir


Pihak keselamatan Mesir telah mengeluarkan tembakan ke arah pendukung mantan Presiden Mohammed Morsi yang digulingkan dan mengorbankan tiga orang, demikian lapor BBC.

Peristiwa terjadi dalam demontrasi selesai solat Jumat (05/07) yang diserukan oleh Ikhwanul Muslimin, gerakan asal Mursi.

Ikhwanul Muslimin menyerukan demontrasi aman guna menentang penggulingan Mohammed Morsi yang disebut sebagai kudeta tentera.


Wartawan BBC di Kaherah Jeremy Bowen di lokasi kejadian melaporkan ia melihat tentera pertama-tama mengeluarkan tembakan ke udara dan kemudian mengarahkan senjata ke kumpulan para demontsran.

Tidak lama kemudian, lanjut Bowen, seorang lelaki terjatuh dan pakaiannya kelihatan berdarah.

Setelah solat Jumaat, para demonstran mengadakan gerakan massa menuju bangunan tempat Mursi diyakini ditahan. Ribuan orang berkumpul di beberapa kawasan di ibukota Mesir, termasuk di lingkungan Masjid Rabaa.

Izin Demonstrasi

Tentera yang berjaga-jaga di sekitar pejabat Pengawal Presiden meminta demonstran untuk tidak menyeberang jalan menuju ke bangunan.

Tetapi semakin besar jumlah pemrotes, mereka menjadi semakin marah dan menerobos pihak keselamatan.

Pihak berkuasa menurunkan kereta kebal dan tentera ke lokasi-lokasi yang dijangkakan tempat demontrasi. Demontrasi besar ini terjadi dua hari setelah Mohammed Mursi digulingkan oleh tentera berkait dengan krisis politik yang tidak berhasil diatasi.

Tentera selanjutnya mengangkat Ketua Mahkamah Perlembagaan Adly Mansour sebagai presiden sementara sehingga disusun undang-undang dasar baru dan dilaksanakan pilihanraya umum.

Tentera juga telah berjanji akan mengizinkan demonstrasi damai dan tidak akan bertindak ke atas kumpulan tertentu, meskipun banyak pucuk pimpinan Ikhwanul Muslimin telah ditangkap.

comments:

Anonymous said...

Army choose the leader, death of democracy, armycracy.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment