Saturday, July 20, 2013

RG2011... FW: TPPA bakal ancam peluang pekerjaan graduan

 






Sent from Samsung Galaxy Note



-------- Original message --------
Subject: FW: TPPA bakal ancam peluang pekerjaan graduan
From: Sharom.Musa@akersolutions.com
To:
CC:


 

 

From: Mus
Subject: TPPA bakal ancam peluang pekerjaan graduan

 

TPPA bakal ancam peluang pekerjaan graduan

 

Harakahdaily,  08 Jul 2013 

 

 

KUALA LUMPUR: Adalah lebih baik sekiranya Malaysia keluar dari Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) sebelum terikat dalam perjanjian yang bakal mengancam generasi masa hadapan.

 

Justeru, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dalam satu kenyataan menggesa kerajaan menilai kembali penglibatan negara dalam TPPA.

 

"Ini adalah untuk melindungi kepentingan graduan dan anak muda. Ianya juga dapat mengelakkan berlakunya gejala sosial yang meruncing kerana pengangguran anak muda," tambah kenyataan itu, sebagaimana di bawah.

 

PKPIM mengikuti secara minat mengenai penglibatan Malaysia dalam TPPA.

 

Penglibatan negara sejak tahun 2010 bakal melalui siri rundingan yang ke-18 di Sabah dan dijangka akan ditandatangani seawal bulan Oktober ini.

 

Kami melahirkan kebimbangan kerana perjanjian yang penting ini tidak dibincangkan isi kandungannya kepada masyarakat awam. Kami tidak bersetuju dengan pendekatan 'kerajaan sentiasa betul' dan memaksakan kepada rakyat Malaysia satu perjanjian yang sangat diragui.

 

Ini kerana kami sudah menyelidik pelbagai bantahan baik dari dalam atau luar dan ternyata TPPA ini lebih banyak mendatangkan keburukan baik dari sudut ekonomi, politik dan sosial.

 

PKPIM mahu kerajaan memberi perhatian berkenaan klausa dalam perjanjian di mana rakyat negara asing yang juga terlibat dalam TPPA boleh bekerja di Malaysia tanpa sekatan.

 

Malah syarikat antarabangsa juga boleh mengambil pekerja asing tanpa perlu memenuhi kuota pekerja tempatan seperti yang dikenakan kepada mereka sebelum ini.

 

Perjanjian ini bakal memburukkan lagi situasi pengangguran di Malaysia di kalangan graduan universiti. Ini kerana sukar bagi mereka bersaing dengan pekerja asing yang sanggup dibayar gaji yang lebih murah.

 

Malah pekerja asing yang lebih mahir dan berpengalaman dari negara maju dalam TPPA juga bakal merampas peluang pekerjaan daripada pekerja mahir tempatan.

 

Kami juga tidak bersetuju dengan pandangan bahawa orang  Malaysia juga boleh bekerja di negara lain kerana hakikatnya majoriti graduan mahu bekerja di dalam negara dan mahu berkhidmat demi kemajuan negara tercinta ini.

 

Oleh itu, PKPIM menggesa kerajaan menilai kembali penglibatan negara dalam TPPA. Ini adalah untuk melindungi kepentingan graduan dan anak muda. Ianya juga dapat mengelakkan berlakunya gejala sosial yang meruncing kerana pengangguran anak muda.

 

Adalah lebih baik sekiranya Malaysia keluar dari TPPA sebelum terikat dalam perjanjian yang bakal mengancam generasi masa hadapan.


This e-mail and any attachment are confidential and may be privileged or otherwise protected from disclosure. It is solely intended for the person(s) named above. If you are not the intended recipient, any reading, use, disclosure, copying or distribution of all or parts of this e-mail or associated attachments is strictly prohibited. If you are not an intended recipient, please notify the sender immediately by replying to this message or by telephone and delete this e-mail and any attachments permanently from your system.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment