IniKalilah™ | |
- PANAS!!! Alvian Tan & Vivian Dipanggil Soal Siasat SKMM
- GEMPAR!!! Pergaduhan Kaum Melayu-India Di Klang
- Mengapa Mesti Muhyiddin Yassin? [Saksikan...]
| PANAS!!! Alvian Tan & Vivian Dipanggil Soal Siasat SKMM Posted: 14 Jul 2013 08:04 AM PDT Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memanggil pasangan kontrovesi yang mempersendakan bulan Ramadan dengan memuat naik gambar yang menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia, khususnya umat Islam, di laman Facebook mereka. Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi mengesahkan bahawa kedua-dua individu, Alvin Tan dan Vivian Lee, telah dipanggil untuk merakamkan kenyataan mereka dan membantu siasatan. "Kami telah memanggil pasangan tersebut. Mereka dijangka hadir di pejabat penguatkuasaan SKMM esok," kata Datuk Sharil. Pasangan itu memaparkan gambar di laman Facebook kononnya mereka sedang menikmati makanan yang tidak halal dengan kapsyen "Selamat berbuka puasa dengan Bak Kut Teh... Wangi, enak dan menyelerakan!" - Bernama P/S: Semoga menjadi iktibar pada semua. |
| GEMPAR!!! Pergaduhan Kaum Melayu-India Di Klang Posted: 13 Jul 2013 11:50 PM PDT Kes Pergaduhan Kaum / Tetak Di Antara Kaum Melayu - India Di Klang. Assalamualaikum dan salam Ramadhan.. IniKalilah dikejutkan dengan berita pergaduhan kaum antara Melayu dan India di Klang. Kes tetak-menetak di antara satu sama lain sehingga banyak laporan polis di buat terutamanya di sekitar Persiaran Bukit Raja, Bandar Baru Klang, Klang, Selangor. Tahun lepas kita dikejutkan dengan kes yang sama di Sungai Petani, Kedah. Nampaknya, kumpulan-kumpulan samseng di antara Melayu dan India sudah berkumpul di Klang untuk menghuru-harakan lagi keadaan. Kontroversi: Rusuhan Kumpulan Melayu dan India Di Bukit Raja, Klang Untuk makluman awal kes rusuhan diantara kumpulan lelaki Melayu dan kumpulan lelaki India di Flat Rebana dan Taman Klang Utama, Bukit Raja, Klang. Terdapat (3) laporan polis yang berkaitan kejadian iaitu: 1. Bukit Raja Rpt 4238/13 (maklumat pertama) 2. Bukit Raja Rpt 4239/13 3. Bukit Raja Rpt 4240/13 4. Bukit Raja Rpt 4238/13 Mangsa yang cedera adalah seperti berikut:- 1. Zon merah(kritikal)-Kamala Gasan,26 tahun (0163536027) cedera_kepala ditetak s'jata tdk pasti. 2. Zon hijau(pesakit luar)-Nithiaraj a/l Sennasamy 900414085677,no 37 lorong sungai keramat 1 klang utama Manakala (3) lagi mangsa masih belum diperolehi butir-butir. Fakta kes: Pada 11.07.13 jam lebih kurang 2330hrs, anggota gerakan terima maklumat dari (1) (P) india maklum ada pergaduhan antara kumpulan lelaki melayu dan kumpulan lelaki India di flat rebana, bukit raja, klang. Siasatan Awal Terdapat Tiga Kejadian Iaitu: 1. Pengadu: Thangarajah a/l Mylyaganam, 34 thn, membuat laporan Bukit Raja Rpt 4139/13. Pada 11/07/13 jam l/k 2300hrs, semasa pengadu dirumahnya nampak anak saudaranya (mangsa) iaitu: 1. Shuhendran 2. Parthiban 3. Gunaselan Telah dipukul oleh sekumpulan lelaki melayu seramai l/k 100 org bersenjatakan batang besi, kayu, parang dan pisau. Saspek lelaki melayu tersebut turut membakar (2) buah m/sikal milik mangsa. 2. Pengadu: Muthamimaran a/l manimaran, umur 16 thn membuat laporan bersabit Bukit Raja Rpt 4240/13. Pada 11.07.13 jam lebih kurang 2340hrs, semasa pengadu dan kawannya nama Ganesran a/l sekaran berada di depan Pasaraya Econsave Klang telah diserang oleh sekumpulan lelaki melayu l/kurang 30 org bersenjatakan kayu dan besi. Pengadu dan kawannya telah dipukul oleh saspek dan mendapat kecederaan di kepala. 3. Pengadu: Murugan a/l verappan , umur 55 thn telah membuat laporan bersabit Bukit Raja 4241/13. Pada 11.07.13 jam lebih kurang 2330hrs, semasa pengadu dirumah telah terima maklumat mengenai anaknya bernama Prakash telah dipukul oleh sekumpulan lelaki melayu berjumlah seramai 10 org dan m/sikal miliknya telah dibakar. Punca Kejadian Pergaduhan Kaum India-Melayu Di Klang Hasil siasatan awal mendapati punca pergaduhan adalah berkait satu kejadian (1) lelaki melayu telah ditetak di jalan sg keramat 3, taman klang utama. Siasatan dijalankan dibawah Seksyen 324 KK, I.O insp kartini, IP 1500/13, Bukit Raja Rpt 4209/13. Kejadian susulan iaitu pada 11.07.13 jam lebih kurang 1930hrs, (1) lelaki Melayu kerja berniaga pasar malam telah diugut oleh (1) lelaki India dan saspek lelaki india telah menyepak dan menaburlan makanan peniaga melayu tersebut. (Tiada laporan polis dibuat) Hasil siasatan awal mendapati punca pergaduhan adalah berkaitan satu kejadian (1) lelaki melayu Nama: Mohd Syukri b. Sairun Umur:24 tahun, kerja di MPK (Majlis Perbandaran Klang) telah ditetak di jalan sg keramat 3, taman klang utama setelah terbabit dengan kemalangan. Mangsa bersama adiknya menaiki m/sikal utk ke masjid, telah dilanggar oleh suspek yg menaiki m/kar tersebut dr belakang. Telah berlaku pertengkaran mulut dan Suspek tlh keluar kenderaan dan tetak mangsa di kedua belah tangan dan kepala. Mangsa dirawat di zon merah HTAR klang dan tdk sedarkan diri. Suspek (1)(L)(I) umur 20an, bdn kurus sederhana tinggi, menaiki sebuah m/kar proton saga iswara warna biru, no.pend. BEG 8868 bersama (3) lagi lelaki india. Bt Raja 42O9/I3 pada I0/7/I3. Siasatan dibawah Seksyen 324 KK. Untuk makluman awal: slm info: kaum india bramai2 dijangka tlh b'kumpul 1 tmpt skrg utk serang melayu k.u.rakan2 polis m'britahu bhawa mlmni tdpt kunpulan india yg trn bersenjatakan pistol.info tkini,kaum india akn mulakan serangan melalui jln sg.keramat dr jln hj manan kapar trs kluar ke kwsn kilang kosan&econsave k.u.di ingatkan bhawa plu bjaga2 pd sesiapa yg melalui sluruh kwsn k.utama.Sy fwd dr rakan. kepada kwn2 yg berada di KL.. Terbaru Tindakan PDRM: Sepasukan anggota polis dari cawangan MPV, Balai Bukit Raja, Balai Bandar Baru Klang dan cawangan jenayah IPD Klang Utara dan dibantu oleh pasukan D7 IPK Selangor. Telah sampai ditempat kejadian dan berjaya mengawal keadaan. Terkini Pemantauan Masih Dijalankan Untuk Mengawal Pergaduhan Kaum Dari Merebak Pihak gerakan telah dimaklumkan supaya mengarahkan MPV dan RCJ supaya membuat rondaan di kawasan yg terlibat. Terima kasih YDH Dato' / Tuan / Puan. (Sumber: Risikan PDRM) P/S: Admin sedih dan kesal kejadian seperti ini berlaku di bulan Ramadhan. Sumber: Mohdrohaizad.com |
| Mengapa Mesti Muhyiddin Yassin? [Saksikan...] Posted: 13 Jul 2013 07:52 PM PDT PELANTIKAN Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengarah PRK Dun Kuala Besut baru-baru ini menimbulkan pertikaian umum sementelah tanggungjawab itu sewajarnya digalas oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said. Apakah begitu genting sekali kedudukan Dun Kuala Besut ini sehingga orang nombor dua negara terpaksa diturunkan bagi menggerakkan jentera BN di sana? Bagi pemerhati politik, turunnya Muhyiddin ke gelanggang PRK bukan sahaja kerana mahu memastikan kemenangan BN di Dun Kuala Besut sebaliknya ia adalah misi menyelamatkan Terengganu daripada jatuh ke tangan PR. Menurut pensyarah Sains Sosial dan Kemanusian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr. Fuad Mat Jali, prestasi 'cukup-cukup makan' BN pada PRU13 lalu menyebabkan nama Ahmad digugurkan daripada skuad perang BN. "Prestasi Ahmad Said sangat mengecewakan dalam PRU13 yang lalu, beliau tidak berjaya memacu kemenangan yang besar terhadap BN. "Oleh sebab itu saya rasa beliau tidak dilantik," katanya kepada Sinar Harian Online. Malah dakwanya, timbalan perdana menteri itu juga ke Terengganu dengan membawa satu lagi misi sampingan iaitu menyatukan kembali Umno Terengganu yang sudah retak menanti belah. "Semua orang sudah tahu wujud perpecahan dalam Umno Terengganu, masing-masing ada kumpulan penyokong masing-masing. "Jadi kedatangan Muhyiddin Yasin adalah untuk menyatukan semula Umno Terengganu," katanya. Kenyataan Fuad itu disokong oleh seorang lagi pemerhati politik tanah air, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain dari Universiti Sains Malaysia (USM). "Saya lihat perdana Menteri tidak yakin dengan Ahmad Said. "Setahu saya dalam mana-mana PRK sebelum ini, yang menggalas jawatan tersebut adalah menteri besar negeri tersebut, jadi dalam PRK ini kenapa Ahmad Said tidak dilantik?," katanya. Umno Terengganu dikatakan berantakan dan berpecah kepada dua kem. Pada PRU13 lalu, mereka dari kumpulan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh dikatakan semakin diketepikan oleh kumpulan Ahmad Said. Pas dalam siri kempennya di PRK Kuala Besut turut menggunakan isu hubungan dingin antara kedua pemimpin ini sebagai strategi mereka. "Idris semasa menjadi menteri besar ada program pembangunan untuk Terengganu, Mat Said tiada rancangan," kata Pengarah PRK PaS Kuala Besut, Datuk Husam Musa ketika berceramah di Kampung Pusu Tinggi di Kuala Besut malam tadi. Idris pernah menjadi menteri besar Terengganu pada 2004 dan hanya bertahan sepenggal hingga 2008 untuk jawatan berkenaan sebelum digantikan Ahmad Said. "Ahmad Said tidak sebulu dengan Idris. Idris semasa menjadi menteri besar, dia ada program, walaupun kadang kala tiada apa pun. "Ahmad Said tiada program langsung," kata Husam yang bercakap menggunakan dialek Pantai Timur di hadapan sekitar 200 penyokong parti berkenaan. Lumrah, musim pilihan raya adalah musim untuk mencari kekurangan lawan demi memenangkan parti sendiri. Bagi BN, mereka tidak mampu untuk kalah selepas penyandang kerusi itu menang dengan majoriti agak besar pada PRU lalu. Kehampaan tidak boleh berlaku dalam misi mempertahankan kerusi Dun Kuala Besut. Lantaran itu, Muhyiddin diturunkan, bergabung dengan Idris Jusoh yang lebih arif tentang isu "ganu kite". SH. |
| You are subscribed to email updates from IniKalilah™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
__._,_.___
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (8) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___



No comments:
Post a Comment