Monday, July 15, 2013

RG2011... Fwd: IniKalilah™

 


IniKalilah™

IniKalilah™

Link to IniKalilah™

BONGKAR!!! Obama 'Pujuk' Morsi 3 Kali Sebelum Rampasan Kuasa.

Posted: 15 Jul 2013 08:06 AM PDT

MESIR: Naib Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), sayap politik Ikhwan Muslimin, Dr.'Esom Eryan mendedahkan, minggu terakhir sebelum berlaku rampasan kuasa tentera, Presiden Dr. Muhammad Morsi menerima tiga kali panggilan telefon dari Presiden Amerika, Barack Obama yang meminta Mursi bertolak ansur dalam beberapa perkara selain mengugut untuk mengenakan sekatan ekonomi.
Ihkwanonline melaporkan, Eryan (gambar) yang yang juga Ketua Whip FJP dalam Dewan Senat berkata, ketika panggilan kali terakhir Obama kepada Mursi, beliau sendiri memaklumkan bahawa rampasan kuasa akan berlaku terdekat ini dan kata Obama, Amerika sama sekali tidak akan menghalangnya.

Eryan dilaporkan mendedahkan perkara itu dalam temubual dengan stesen Al-Jazeera semalam.

Eryan berkata, berita rampasan kuasa ini turut dimaklumkan oleh Duta Amerika di Kaherah kepada Pembantu Presiden Mesir, Dr.'Esom Haddad.

Eryan yang juga bekas anggota Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin berkata, bekas Menteri Pembangunan Tempatan, Dr. Ali Bishr (dari Ikhwan) menerima panggilan telefon setiap hari dari pimpinan tentera untuk berunding.

Beliau juga mengakui saban hari dihubungi oleh pimpinan tentera atas tujuan yang sama tetapi mereka menolak sebarang rundingan sehingga hak rakyat dan Morsi sebagai Presiden dikembalikan terlebih dahulu.

Beliau juga menggesa agar Morsi dibebaskan dari tempat beliau disembunyikan bagi diziarahi oleh anggota keluarga terdekat, peguam serta badan hak asasi manusia kerana persembunyian beliau mengundang kebimbangan berkaitan keselamatan dan kesihatannya.

Lawak Gembala Kambing [Mesti Baca...]

Posted: 15 Jul 2013 07:30 AM PDT

Temubual sorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri. 

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang 6 kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak pulak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang 4 kilo rumput sehari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa....yang putih menghasilkan sekitar 6 kilo bulu setahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yang putih dengan yang hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama... hehe...:)


P/S: Jadi moral cerita jangan lah kita membezakan makluk ciptaan Allah. 

'16:16 Terengganu Baru' Rakyat Dapat Untung!!!

Posted: 15 Jul 2013 03:12 AM PDT

KUALA BESUT, - Rakyat Kuala Besut bakal meraih keuntungan politik sekiranya kerajaan 16 - 16 Pakatan Rakyat - Barisan Nasional berlaku, menurut Salahuddin Ayub semasa berucap di sidang media semalam. 
Menurut beliau, PAS membawa slogan bertemakan '16-16 : Terengganu Baru' untuk meyakinkan pengundi untuk memilih calon yang bertanding.
"Ini kerana bagi kita, semakin sengit persaingan politik di antara PAS dan Umno di sini, maka pastinya rakyat akan meraih keberuntungan politik daripadanya".
Penduduk Kuala Besut selain berdepan dengan masalah ekonomi seperti kecetekan muara yang merencatkan sektor perikanan dan pelancongan, mereka turut berdepan dengan masalah pemilikan tanah dan kediaman sendiri. Masih ramai rakyat tempatan yang tidak memiliki tanah dan rumah sendiri. Justeru mereka terpaksa menumpang tinggal bersama ibu-bapa ataupun menyewa. 
"Sebagai contoh, di Kampung Pantai Kuala Besut, Kampung Tok Saboh, ada tiga keluarga tinggal di dalam satu rumah." 
Beliau berkata, Kerajaan BN memberi alasan tiada tanah untuk diberikan kepada rakyat sedangkan baru-baru ini empat wakil rakyat BN dihadiahkan satu hektar tanah setiap seorang dengan begitu mudah.

"Kerajaan BN tidak memberi tanah kepada penduduk dengan alasan tidak ada tanah sedangkan empat wakil rakyat BN dianugerahkan tanah seluas satu hektar setiap seorang."
"Kita ada data ini di mana empat ADUN BN dianugerahkan satu hektar tanah setiap seorang dengan begitu mudah oleh Kerajaan BN. Malah semalam pun sewaktu Timbalan Perdana Menteri datang ke sini (Kuala Besut), isu rumahlah yang diperjuangkan. 
Ini membuktikan bahawa memang penduduk Kuala Besut ini menghadapi masalah rumah, masalah tanah yang tidak pernah mereka dapat semenjak bertahun-tahun lamanya, dan memang ini isu yang sangat mereka (Umno) risaukan di sini."
Justeru, beliau berharap, rakyat Kuala Besut bijak membuat penilaian dan keputusan untuk kebaikan mereka sendiri.
"Pada 24 haribulan nanti, insya Allah sekiranya rakyat dapat bersama dengan Pakatan memberikan satu kerusi lagi untuk Pakatan, 16-16 itu bukan sekadar mencorakkan politik Besut, yang paling penting ia akan mencorakkan lanskap politik negara secara keseluruhan. 16-16 : Terengganu Baru".

Pecah Berita!!! Pakatan Rakyat Saman SPR? [Baca la...]

Posted: 15 Jul 2013 12:47 AM PDT

Pakatan Rakyat hari ini memfailkan saman terhadap tujuh orang ahli SPR termasuk timbalan dan pengerusinya bagi mendapatkan pengisytiharann bahawa keputusan PRU13 yang lalu tidak sah.

Jika Mahkamah Berpihak Kepada PR Kelak, Pilihanraya Umum Semulalah Kita Gamoknyer... 

Isu Ayam: Ini Cadangan Ke Banggang? [Saksikan...]

Posted: 14 Jul 2013 07:43 PM PDT

Ucapan ketua kampung berkenaan harga ayam yang tak terkawal..
"Pengguna perlu guna kuasa untuk ajar pihak tidak bertanggungjawab, kalau tengok harga naik jangan beli ayam tapi beli daging pula," katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Pulau Perhentian dekat sini, hari ini.

Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Hasan mengulangi gesaan kepada peniaga supaya tidak menaikkan harga ayam sesuka hati sebaliknya menanam perasaan mendahulukan rakyat agar negara terus sejahtera.

"Saya lihat masih ada peniaga yang degil. Fikirlah balik...pada saya letaklah kepentingan negara lebih daripada lain-lain supaya kita tak jadi macam negara lain yang huru-hara."

Kita sedang pantau dan cari punca kenaikan harga ayam adakah daripada pembekal, pemborong atau peniaga sendiri," jelas ketua kampung lagi penuh yakin.

Begitulah jawapan seorang tok ketua orang kampung yang dirahsiakan kepada agensi berita farkkof sebentar tadi.

Kah kah kah.. ni la menteri kabinet Najib... kalau lah semua barang kat malaysia ini semua naik, adakah perlu kita memboikot semuanya?  kebodohan apakah ini??
King Jason.

Terkini!! TGHA Bersama Himpunan Jutaan Di Istanbul

Posted: 14 Jul 2013 05:58 PM PDT

[ Terkini Isu Semasa Mesir ]

Ahad | 14 Julai 2013 | 6:22pm

Para pimpinan Gerakan Islam dari seluruh dunia menyertai Himpunan Jutaan di Istanbul bagi menyokong Syariyyah (Presiden Dr.Muhammad Mursi) dan menolak rampasan kuasa yang dilakukan tentera.
 

Tuan Guru ABDUL HADI AWANG turut serta dalam perhimpunan tersebut... Takbir!!!

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"


PMRAM


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (11)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment