Friday, July 19, 2013

RG2011... Fwd: IniKalilah™

 



IniKalilah™

IniKalilah™

Link to IniKalilah™

Terkini Isu Semasa Mesir 19/07/2013

Posted: 19 Jul 2013 07:55 AM PDT

[ Terkini Isu Semasa Mesir ]

Jumaat | 19 Julai 2013 | 1.37 petang

Baltoji (Samseng) dengan bantuan polis mengepung mereka yang sembahyang di Masjid Azhar bagi menghalang perarakan ke Medan Rabaah Adawiyah.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"











PMRAM

BONGKAR!!! Surat Jusuf Kalla Bukti Tidak Pernah Diwawancara Berita Harian

Posted: 19 Jul 2013 02:33 AM PDT

SHAH ALAM 19 JULAI : Mantan Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla dalam satu surat menafikan beliau pernah mengeluarkan kenyataan mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan perolehan dana asing melancarkan perhimpunan Blackout 505.

Dalam satu surat yang ditujukan kepada Ketua Pengarang akhbar Berita Harian (BH), Jusuf bertegas tidak pernah diwawancara berhubung isu berkenaan dan menyanggah berita yang diterbitkan akhbar tersebut pada 28 Jun 2013 dengan tajuk 'Anwar dapat dana asing lancar Blackout 505′.

"Saya ingin jelaskan bahwa tidak pernah ada wawancara khas antara Azharri Siddiq dengan saya, kerana Azharri datang untuk membawa surat permintaan ketemu 8 jurnalis Malaysia yang saya tolak.

"Pertemuan tersebut (1 Jun 2013) hanya silaturrahim singkat kerana diatur seorang anggota Parlimen Indonesia.
"Apa yang ditulis sebagai interview di Berita Harian tidak realistis, karena itu Azharri sudah meminta maaf kepada saya beberapa kali," ujar Jusuf dalam surat yang bertarikh 18 Julai 2013 yang turut diberi salinannya kepada Anwar.

Pada 16 Julai lepas, Anwar yang juga Ketua Umum PKR memutuskan untuk menyaman akhbar BH berikutan laporan fitnah yang menyatakan beliau memperolehi dana asing yang besar daripada Turki, Amerika Syarikat dan Filipina untuk digunakan pada perhimpunan Black505.

Laporan akhbar berkenaan kononnya dipetik daripada satu wawancara khas mantan Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla bersama portal berita Merdeka On-line di Jakarta, Indonesia.

Anwar, di Dewan Rakyat pada Selasa lalu turut memberitahu menerima panggilan dan kiriman pesanan ringkas (SMS) daripada Jusuf yang kesal kenyataannya diputar belit.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga mendesak Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar supaya menjelaskan mengapa kementerian berkenaan mengambil masa terlalu lama untuk mengambil tindakan mengenai isu ini sedangkan penjelasan serta bantahan telah dibuat oleh Jusuf sendiri.


Selangorku

GEMPAR!!! Abby Abadi Bernikah Lagi? [Saksikan...]

Posted: 19 Jul 2013 01:11 AM PDT

Assalamualakum dan salam Ramdhan.. IniKalilah mendapat berita Abby Abadi senyap-senyap sudah bernikah lagi? 

Jika benar alhamdulilah.. dan tahniah.. semoga berbahagia hingga keakhir hayat... Inshaa Allah..

-----------------------------------------------------------------------------------
Dipendekkan cerita, Sebenarnya sudah 12hari dia sah menjadi suami Sy. Maaf sbb maklumkan lambat pd kalian…. ALLAH kami dulukan. Insyallah, majlisnya dlm bulan Raya nnti. Lokasi belum pasti. Doakan Ini jodoh… krn kami saling tidak mengenali antara satu sama lain. Baru 2mggu kenal, ALLAH tunjukkan jalan ke sini… Syukur!!

Majlis perkahwinan mereka akan diadakan selepas umat Islam menyambut hari raya dan khabarnya mereka berdua masih memilih tarikh yang sesuai.

BONGKAR!!! Siapa Dalang Pembekal Dakwat Kekal? [Saksikan...]

Posted: 18 Jul 2013 11:36 PM PDT

Menteri bertanggungjawab enggan dedahkan nama syarikat pembekal dakwat kekal di Parlimen tetapi mengesahkan syarikat lain iaitu Nash Ventures mendapat kontrak perbekalan topi dari SPR semasa PRU13.
Share & like page Rafizi Ramli untuk bantu sebarkan fakta hubung kait Nash Ventures Sdn Bhd dan Mohamed Salleh.

Berdasarkan carian di SSM, selain menjadi pemegang saham dan pengarah kepada Intergrated Challenger, Mohamed Salleh adalah pemegang saham & pengarah kepada Allisons Sdn Bhd.

Perniagaan utama Allisons Sdn Bhd adalah membekalkan peralatan ketenteraan kepada Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.

Turut menjadi pemegang saham & pengarah kepada Allisons Sdn Bhd adalah wanita bernama Shamsia Mansoor.

Shamsia juga merupakan pengarah di Nash Ventures Sdn Bhd iaitu syarikat yang mendapat kontrak perbekalan topi dari SPR secara rundingan terus.

Hubungan antara Mohamed Salleh dan Shamsia adalah berkemungkinan besar sebagai pasangan suami isteri kerana mereka tinggal di alamat rumah yang sama dan nombor MyKad kedua-duanya menunjukkan berasal dari Singapura.

Tidak mengejutkan bilamana ketiga-tiga syarikat ini mendaftarkan alamat perniagaan mereka pada alamat yang sama.

Turut menjadi persoalan bagaimana syarikat berkenaan dipertimbangkan untuk pembekalan kepada SPR kerana syarikat itu tidak mengemaskini rekod kewangan dan kali terakhir difailkan kepada SSM ialah pada 2009.

Memandangkan kontrak diberi secara rundingan terus walaupun terdapat keraguan tentang kemampuan syarikat tersebut (yang telah terbukti gagal) makin menguatkan lagi dakwaan Mohamed Salleh mempunyai hubungan baik dengan kepimpinan SPR.

GEMPAR LAGI!! Gambar Guru Mati Kena Tembak Di Kulim [Saksikan...]

Posted: 18 Jul 2013 05:36 PM PDT


Lagi guru                          mati kena tembak
Suspek lepas 6 das tembakan ketika mangsa berhenti di lampu isyarat

Kulim: Seorang guru mati terkena sekurang-kurangnya enam das tembakan dilepaskan dua lelaki ketika berhenti di lampu isyarat simpang empat Jalan Keladi di sini, semalam.

Serangan berlaku jam 12.25 tengah hari, ketika guru sebuah sekolah rendah di Berapit, Bukit Mertajam, K Shanmugam, 45, yang memandu kereta jenis Toyota Wish dalam perjalanan ke sekolahnya atas urusan kerja.

Ketika kereta mangsa berhenti di lampu isyarat, dua lelaki yang menaiki motosikal menghampiri kenderaannya sebelum melepaskan tembakan bertalu-talu menembusi cermin keretanya.

Kejadian ketiga
Ini kejadian ketiga bulan ini guru menjadi sasaran penembak upahan. Pada 4 Julai lalu, seorang guru, Mat Zaki Hashim, 35, cedera di leher selepas ditembak di Kampung Kubang Panjang, Pasir Mas, manakala pada 7 Julai, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Bachok, Kelantan, Hashim Mat Zin, 43, mati selepas terkena tiga das tembakan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya, berkata ketika kejadian, Shanmugam dikatakan baru keluar dari rumahnya di Taman Bidara di sini.

Katanya, siasatan awal menunjukkan dua lelaki menaiki motosikal jenis Yamaha LC warna hitam melepaskan beberapa das tembakan selepas berhenti di sebelah kereta mangsa ketika lampu isyarat merah.

Kawasan kejadian sesak
"Ketika kejadian kawasan itu sesak kerana waktu puncak selain kedudukannya yang berhampiran simpang empat lampu isyarat Jalan Keladi. Mangsa ketika itu memandu sendirian dan berhenti kerana lampu isyarat merah.
"Sebaik terkena tembakan, mangsa dikatakan cuba menyelamatkan diri melalui pintu penumpang, namun tidak berjaya lalu rebah dan tersembam pada tempat duduk penumpang hadapan," katanya ketika di temui di tempat kejadian di sini, semalam.

Mohd Nashir berkata, polis menemui beberapa butir kelongsong peluru di tempat kejadian, dan menyiasat motif pembunuhan.
Seorang saksi, Mat Ali saad, 63, berkata beliau mendengar bunyi letupan yang disangkanya bunyi mercun, namun tersedar ia bunyi tembakan apabila kereta mangsa melanggar keretanya.

"Ketika itu saya tidak sedar apa yang berlaku dan tiba-tiba sebuah motosikal berlalu melepasi kereta saya dan dalam masa sama bahagian belakang kereta saya dilanggar kereta mangsa.
"Saya keluar dari kenderaan dan terkejut melihat mangsa terkena tembakan," katanya.

Terkini Isu Semasa Mesir: Turki Teruskan Tekanan Kepada Kerajaan "Perampas" Mesir

Posted: 18 Jul 2013 05:16 PM PDT

[ Terkini Isu Semasa Mesir ]

Khamis | 18 Julai 2013 | 05.40 petang


Turki meneruskan tekanan kepada kerajaan "perampas" Mesir apabila dilaporkan Perdana Menteri Turki, Toyyip Erdorgan menolak untuk bercakap dengan Dr.Mohammed El-Baradei melalui telefon.

Erdorgan mendedahkan demikian sewaktu berucap di majlis berbuka puasa di Ankara berkata kepada Baradei, "Bagaimana mungkin saya akan berbincang dengan anda? Anda bukan dipilih oleh rakyat tetapi dilantik oleh perampas kuas adari rakyat."

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"


PMRAM


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (16)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment