IniKalilah™ | |
- GEMPAR!!! Ditetak Di Restoran Nasi Kandar
- TERKINI!! Gambar DS Anwar Ibrahim Di Masjidil Haram
- PANAS!!! Debat Rafizi Ramli - Shabery Cheek 'Live' Di RTM? [Saksikan...]
- TPPA Penjajahan Ekonomi Oleh Amerika [Saksikan...]
- GEMPAR!!! Gambar Mangsa Serangan Di Parkir
- [Saksikan...] Tiada Tindakan Lanjut Terhadap Zul Noordin
| GEMPAR!!! Ditetak Di Restoran Nasi Kandar Posted: 20 Jul 2013 01:16 AM PDT GEORGETOWN - Tiga lelaki cedera diserang dan ditetak sekumpulan 10 lelaki dipercayai kongsi gelap di sebuah restoran nasi kandar di Perai malam kelmarin. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 9.50 malam di sebuah restoran nasi kandar. "Dalam pergaduhan itu, 10 lelaki yang bersenjatakan pedang dan parang menyerang tiga lelaki yang sedang menjamu selera di restoran berkenaan yang dipercayai kaitan dengan dendam lama yang melibatkan soal perniagaan. "Mangsa yang berusia lingkungan 19 hingga 24 tahun mengalami kecederaan serius di beberapa anggota badan antaranya kepala, tangan, siku dan belakang badan yang kemudiannya dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk mendapat rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi semalam. Menurutnya, polis kemudiannya menahan dua suspek di kawasan Butterworth beberapa jam selepas kejadian. "Kedua-dua suspek yang ditahan berusia 27 dan 29 tahun. Turut dirampas, lima bilah parang, sebilah pedang samurai dan sebatang cota. Hasil siasatan, kedua-dua mereka tidak bekerja dan salah seorangnya mempunyai rekod jenayah lampau. "Kita masih mengesan baki kumpulan ini yang dipercayai masih berada di kawasan yang sama. Siasatan awal mendapati, pergaduhan itu dipercayai berpunca dari tidak puas hati berhubung perniagaan. "Bagaimanapun,kita masih menyiasat motif kejadian dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya. SH. |
| TERKINI!! Gambar DS Anwar Ibrahim Di Masjidil Haram Posted: 20 Jul 2013 12:50 AM PDT Gambar Terkini DS Anwar Ibrahim Di Kota Suci Mekah... Semoga Dilanjutkan Usia & Dimurahkan Rezeki Dato' Seri... Selamat Menunaikan Ibadat Umrah. Mudah-Mudahan Diterima Disisi ALLAH SWT... Jangan Lupa Doakan Kemenangan PAS/PR Di Kuala Besut Yer, Dato Seri!!!... Amin!!! |
| PANAS!!! Debat Rafizi Ramli - Shabery Cheek 'Live' Di RTM? [Saksikan...] Posted: 19 Jul 2013 11:40 PM PDT SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyambut baik kesediaan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyahut cabaran Pas untuk berdebat mengenai isu berkaitan rakyat Terengganu. Namun beliau meminta agar debat terbuka itu disiarkan secara langsung di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) sebagaimana yang pernah dijanji kementerian terbabit pada PRU13 lalu. "Kalau dibuat secara 'live' di RTM lebih baik kerana rakyat Kuala Besut dapat mendengar sendiri kupasan perdebatan itu nanti. "Kita serahkan hal itu kepada RTM dan pengurusan Pas Kuala Besut untuk sediakan platform itu kepada kami," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini. Beliau berkata demikian mengulas kesediaan Ahmad Shabery untuk mempertimbangkan berdebat dengan pembangkang jika cabaran dibuat mengikut prosedur dan tajuk yang sesuai. Ahmad Shabery Cheek berkata beliau bersedia mempertimbangkan untuk berdebat dengan pembangkang jika cabaran dibuat mengikut prosedur bersama pilihan tajuk yang sesuai. Mengulas cabaran debat yang dilaporkan dikemukakan Pengarah Pilihan Raya Pas bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut Datuk Husam Musa kepadanya, beliau berkata ia tidak boleh disahut begitu sahaja, apatah lagi ia dibuat tanpa memaklumkan kepada pihaknya terlebih dahulu. Cabaran berdebat itu diusulkan Pengarah Pilihan Raya Pas bagi PRK Dun Kuala Besut, Datuk Husam Musa Khamis lalu untuk berdebat dengan Rafizi. "Saya boleh dan sedia pertimbang untuk berdebat jika cabaran itu dibuat mengikut prosedur di mana saya dan pejabat saya dimaklumkan terlebih dahulu. "Cabaran perlu dinyatakan secara jelas seperti tajuk, tempat, berapa lama dan peraturan yang diguna. Kedua pihak perlu bersetuju, malah pihak keselamatan juga perlu dimaklumkan," katanya. Sementara itu, ketika ditanya mengenai topik perdebatan, Rafizi menambah, isu berkaitan projek pembangunan di Kuala Besut yang dipinggirkan kerajaan negeri mungkin menjadi pilihan. "Kuala Besut dipinggirkan agak ketara apabila banyak projek dipinggirkan bila Datuk Seri Ahmad Said menjadi Menteri Besar Terengganu dan ia memberi kesan kepada rakyat. "Kita juga boleh lihat kegagalan kerajaan negeri BN mewujudkan peluang pekerjaan yang berdaya saing menyebabkan ekonomi Kuala Besut masih di takuk yang lama," dakwanya. SH. |
| TPPA Penjajahan Ekonomi Oleh Amerika [Saksikan...] Posted: 19 Jul 2013 09:49 PM PDT Mari belajar..update ilmu setiap saat..supaya generasi selepas kita tidak memaki kita akibat kebodohan kita hari ini memudaratkan generasi ank cucu kita.. Jika dulu.. kuasa besar jajah negara dengan berperang. Malaya pernah dijarah beberapa negara untuk kaut hasil bumi kita, bijih timah, rempah ratus, kayu kayan dll mineral kita di angkot kenegara penjajah. Itu dulu... Hari ini..konsep menjajah sudah bertukar. Tanpa kita sedar.. seandainya pemimpin yg kita lantik jenis bodoh..dah la bodoh.. bebal.. banyak lak skandal.. belakang ada ugutan.. akhirnya diam diam PM kita sign perjanjian TPPA ni.. Maka... Kita sekali lagi bangun pagi2 bukak tingkap..lihat luar mmg tak ada peperangan.. namun..kita pergi kerja balik lewat malam..taw2 anak dah besar.. hutang kita tak pernah nk habis.. hutang belum habis.. kereta dah buruk.. kan beli baru.. sambung hutang baru.. tekanan kis jenis baru melanda.. Begitulah bentuk penjajahan gaya baru.. perjanjian ini akan kita semua rasai kesannya jika kita pilih PM jenis bermasalah.. Doakan moga Najib tidak sign perjanjian ni secara terang... mahupon secara gelap!!!! King Jason. |
| GEMPAR!!! Gambar Mangsa Serangan Di Parkir Posted: 19 Jul 2013 07:30 PM PDT GEORGETOWN - Dua parah diserang tiga lelaki tidak dikenali di tempat parkir motosikal di bawah sebuah flat di Paya Terubong awal pagi semalam. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.10 pagi di tempat parkir di bawah Blok 5, Lintang Paya Terubong 3, Bandar Baru, Air Itam di sini. "Maklumat awal mendapati, kedua-dua mangsa, diserang tiga lelaki tidak dikenali yang bersenjatakan parang ketika kedua-dua mangsa baru balik dari makan. "Mangsa dikenali sebagai Chan Yong Fang, 35, dan Ooi Lean Keong, 45, yang bekerja sebagai pemandu pelancong. "Kejadian berlaku ketika Lean Kong meminta Yong Fang yang bekerja sebagai mekanik memeriksa motosikalnya yang rosak untuk dibaiki sebelum diserang tiga lelaki yang datang dari arah luar," katanya. Difahamkan ketiga-tiga suspek memasuki kawasan flat itu dengan memanjat pagar dan terus menyerang mangsa. Menurutnya, ketiga-tiga suspek kemudiannya menyerang mangsa dengan parang sehingga kedua-duanya cedera parah. "Selepas menyerang mangsa, suspek kemudiannya melarikan diri dengan menggunakan laluan yang sama. "Mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk mendapat rawatan," katanya. Kong Meng berkata, Yong Fang mengalami cedera di belakang kepala sebelah kanan, belakang badan dan urat tangan kanannya putus dan kini dirawat di HPP. Manakala Lean Keong pula mengalami kecederaan di tangan kiri dan siku kirinya turut patah selain urat tangan kirinya disyaki putus. Kong Meng berkata, kedua-dua mangsa dilaporkan stabil dan pihaknya masih menyiasat motif kejadian. "Kita masih memburu ketiga-tiga penyerang dan minta orang ramai yang ada maklumat, boleh menghubungi balai polis berhampiran atau datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut. "Kes ini disiasat bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah," katanya. SH. |
| [Saksikan...] Tiada Tindakan Lanjut Terhadap Zul Noordin Posted: 19 Jul 2013 04:02 PM PDT |
| You are subscribed to email updates from IniKalilah™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (15) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.






No comments:
Post a Comment