Sunday, July 21, 2013

RG2011... Fwd: IniKalilah™

 


IniKalilah™

IniKalilah™

Link to IniKalilah™

BONGKAR!!! Pegawai KDN Saudi Akui Perancangan Negara Jatuhkan Mesir

Posted: 21 Jul 2013 08:55 AM PDT

PEGAWAI KDN SAUDI MENGAKUI PERANCANGAN NEGARA JATUHKAN MESIR
 

[ Terkini Isu Semasa Mesir ]

Ahad | 21 Julai 2013 | 3.35 petang


Seorang pegawai tinggi Kementerian Dalam negeri Saudi, Abdullah bin Masfar bin Wahf El-Qohtoni meletakkan jawatan sebagai tanda protes beliau kepada kerajaan Saudi yang disifatkan "memerangi Mesir dengan bantuan negara UAE."

Beliau mengumumkan perkara ini melalui "Twitter": "Saya mengumumkan peletakkan jawatan saya dari Kementerian Dalam negeri, demikian itu selepas mereka menyelewengkan hukum Allah dan memerangi Islam. Saya harapkan apa yang saya lakukan ikhlas kerana Allah.


Saya bersaksi dengan nama Allah bahawa saya berlepas diri dari apa yang dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri (Saudi) yang bekerjasama dengan KDN UAE bagi menggulingkan pemerintahan Islam di Mesir melalui bantuan kewangan dan media..


Saya bersumpah dengan nama Allah Tuhan 'Arasy Yang Maha Agung, bahawa apa yang berlaku di Mesir merupakan kerjasama antara Amerika, UAE dan Saudi supaya tidak berlaku lagi revolusi-revolusi seperti Mesir."


"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"


PMRAM.

Malaysia-Chelsea: Jangan Gentar Jumpa Chelsea - Amri Yahyah

Posted: 21 Jul 2013 02:13 AM PDT

PEMAIN paling senior skuad negara, Mohd Amri Yahyah mengingatkan rakan sepasukannya agar tidak gentar ketika turun menentang Chelsea FC di Stadium Shah malam ini.

Sebaliknya Amri menuntut pemain yang bakal diturunkan nanti akan mempamerkan aksi terbaik bagi menghiburkan peminat yang akan membanjiri stadium.


"Kami sedar secara realistiknya memang susah nak menang dengan kelab hebat seperti Chelsea ini. Tapi kami tetap akan bersungguh-sungguh mempamerkan satu persembahan menarik dan terbaik.


"Cuma yang paling saya harapkan pemain yang beraksi nanti tidak takut. Mereka harus fokus sepenuhnya terhadap 90 minit perlawanan dan berjuang berhabis-habisan," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.


Amri juga memberitahu bahawa beliau akan berusaha untuk menjaringkan gol meskipun mengakui bukan mudah untuk membolosi gawang lawan.


"Ia bukan satu tugas yang mudah tetapi ia bukan alasan untuk kami mengaku kalah sebelum berjuang.

"Lagipun, jika tak dapat mencapai kemenangan sekali pun, kami akan cuba untuk menjaringkan gol untuk menggembirakan penyokong. Itu sesuatu yang tidak mustahil," jelas beliau.


Chelsea FC memulakan jelajah pra musim 2013/14 di Asia dengan mengalahkan pasukan Singha All-Star XI dari Thailand, 1-0 di Stadium Rajamangala di Bangkok, Rabu lepas.


Mereka akan berada di Malaysia sehingga Selasa ini sebelum berkunjung ke Indonesia untuk mengakhiri jelajah mereka dengan menentang pasukan pilihan Indonesia di Stadium Bung Karno di Jakarta, Khamis ini.

Mesir Terkini!! Mashaa Allah Ramadhan dan Ummahku..

Posted: 20 Jul 2013 10:39 PM PDT

[Ramadhan dan Ummahku]

Mereka bersahur dan berbuka bersama. Bertarawih dan solat malam juga bersama. Berjaga dan tidur juga bersama-sama. Bahkan, hidup mulia dan syahid juga mungkin bersama-sama.

Sungguh, Ramadhan kali ini antara Ramadhan yang bersejarah buat bumi Mesir. Kebangkitan mempertahankan kebenaran tidak dihentikan meskipun mereka juga turut berpuasa seperti kita di seluruh dunia.

Lelaki mahupun perempuan semangat mereka sama. Kita patut malu pada mereka semua yang berhimpun di sana. Mujahadah mereka lebih dari menahan lapar dan dahaga. Mereka mengorbankan masa, tenaga, wang malah nyawa mereka sendiri!
Kini, bilangan syuhada' semakin ramai.

Sungguh, ummat Islam seluruh dunia patut tertunduk malu melihat keadaan mereka. Langsung, hati kita sepatutnya tersentuh melihat mereka yang di sana tetap tabah dan terus dalam perjuangan meskipun dihantar peluru-peluru yang mampu menumbangkan jasad mereka bila-bila masa sahaja.

Sungguh, hanya Allah sahaja yang layak menjadi saksi terhadap setiap perjuangan mereka.

Wahai ummah,
Sedarlah akan nasib yang sedang kita terima ini!

Lihatlah kembali satu persatu realiti yang sedang ditunjukkan kepada kita semua. Ummah yang dikatakan ummah yang terbaik sedang mula ditindas dan dikalahkan. Musuh-musuh kita sudah berani untuk mengambil apa jua jenis tindakan asalkan kita berjaya ditewaskan.

Kini, tibanya masa untuk kita semua sedar dan bersatu. Bersatu dengan hati yang beriman kepada Allah S.W.T itu yang paling utama dalam menumbangkan kezaliman.

Dengan hati yang beriman, akan lahir sebuah keyakinan. Dan apabila keyakinan ini bersatu, inilah keyakinan yang paling kuat ibarat tembok batu yang tersusun rapi batu-batanya.

Maka, marilah kita bersama sama memperbaharui nilai hati kita pada Ramadhan kali ini. Lebih berjiwa rabbani (ketuhanan) dan mengambil peduli akan keadaan dan nasib ummah.

Sudah tentu, Ramadhan adalah detik yang terbaik untuk memulakan langkah dalam muhasabah diri.

Jangan kita terhadkan Ramadhan ini hanya sekadar menahan lapar dan dahaga. Dalam tempoh sebulan yang singkat ini cuba tanyakan pada diri,
Mungkin aku sudah berjaya menjadi seorang Muslim yang baik, tetapi ummahku bagaimana?
Mungkinkah amal-amal yang aku kerjakan selama ini sekadar cukup untuk diri sendiri?
Apakah amal yang telah aku lakukan untuk memberi faedah kepada ummah ini?

Muhasabah dan terus muhasabah.

Tanpa sedar, kita terlupa bahawa kita hidup bukan semata untuk diri sendiri, tapi kita juga hidup untuk ummah, untuk mereka.
Saling membantu dan saling mendoakan itulah cara perjuangan orang orang beriman.

Walaupun kita tidak mampu untuk menghantar bantuan secara fizikal, tapi kita hantarkanlah hati-hati kita semua sambil menyatakan, "Aku bersama kalian semua." Kita hantarkan juga doa sebagai tanda itulah senjata terbaik yang sama sama kita imani. Moga Allah memberi kemenangan kepada mereka di sana dan kita semua, inshaAllah!

Jujurnya, Ramadhan kali ini banyak membuatkan aku sendiri berfikir banyak tentang ummah. Palestin, Mesir, Syria, Rohingya dan kesemuanya. Negara-negara ini memerlukan kita untuk bangkit mempertahankan mereka semua meskipun dipisahkan oleh sempadan serta batasan.

Wajib kita ingat, aqidah kita dan mereka sama. Keterbatasan kita bukanlah pada sempadan geografi, tetapi pada sempadan aqidah!

Moga Ramadhan kali ini menjadi titik tolak untuk menyatukan barisan kita semua.

Lagu ini, aku utuskan buat kamu semua.
http://www.youtube.com/watch?v=q5-rDBVt6U0

‪#‎mesirkini‬

BONGKAR!!! Kita Ditipu? [Mesti Baca...]

Posted: 20 Jul 2013 10:20 PM PDT

BACA SAMPAI HABIS, BODOHNYA KITA SELAMA INI, BUTA BUTA KENA TIPU....

Kebijaksanaan Yahudi Menipu Kita!...

Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua. HATI-HATI kawan!

SHARE jika anda suka dengan artikel ini

Kongsi Resepi: Jom Cuba

Posted: 20 Jul 2013 09:56 PM PDT

Assalamualaikum dan salam 1world... IniKalilah nak kongsi resepi hari ni.. 

Kepada yang peminat dan pengunjung setia restoren mamak, apa kata hari ni kita cuba resepi ayam goreng berempah ala mamak. Rasanya tak susah mana pon klau ada kemahuan..

Selamat mencuba..

Bahan-bahan:1 ekor ayam dipotong 121 sudu teh serbuk jintan putih3 sudu makan serbuk ketumbar1 sudu makan serbuk cili1/2 sudu teh serbuk kari daging1 biji telur1 biji limau nipis diambil air perahan1 tangkai daun kari2 sudu makan tepung jagung1/2 sudu makan gula pasir1/2 sudu teh garam3 cawan minyak
Bahan dikisar:4 biji bawang merah6 ulas bawang putih1 1/2 inci kunyit1 1/2 inci halia1 batang serai
Cara menyediakan sini [klik disini]

PANAS!!! 'Ada Pihak Ambil Kesempatan' - Ashraf Muslim

Posted: 20 Jul 2013 09:58 PM PDT

"ADA pihak yang sengaja mengambil kesempatan di atas situasi saya," begitulah komen ringkas Ashraf Muslim, 32, kepada Sinar Harian berhubung sebuah puisi yang tersebar, baru-baru ini.

Meskipun penulis sebenar puisi itu, Ana Hawana sudah pun tampil memberikan penjelasan secara eksklusif menerusi Sinar Harian semalam, namun ia tidak mampu menghentikan kemelut cinta tiga segi yang dialami aktor Aku Masih Dara itu.


Sehingga kini, Ashraf masih mengambil pendekatan berdiam diri dan mengelak daripada bertemu media bahkan orang lain sekalipun.

Malah dia juga gagal menghadiri beberapa majlis hiburan termasuk Forum Bicara Cinta anjuran Majalah I, yang berlangsung di Busana Mall, Medan Mara, Kuala Lumpur, semalam.


Menurut Editor majalah tersebut, Sarina Mohd Som, sebelum ini aktor itu sudah bersetuju menghadiri forum tersebut bersama panel lain, Sham Kamikaze, Ustaz Muhammad dan Ikbal El Sunury.

Bagaimanapun, di saat-saat akhir Ashraf memaklumkan dia demam dan tidak dapat hadir.


Sementara itu, Sinar Harian turut menerima sekeping gambar perkahwinan Ashraf dan isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29.

Meskipun dikatakan kahwin lari'di Thailand pada 7 Julai lalu, namun majlis pernikahan mereka dilihat berlangsung secara sempurna apabila pasangan ini tampil mengenakan  pakaian sedondon berwarna coklat.


Malah jari-jemari Sakinah turut dihias indah dengan inai merah.

Situasi ini menunjukkan seolah-olah perkahwinan mereka bukan dilakukan secara tergesa-gesa tetapi dirancang dengan baik.

 
Bagaimanapun hanya Ashraf mahupun Sakinah yang boleh memberi penjelasan mengapa mereka memilih untuk bernikah di Thailand, sedangkan permohonan poligami sudah dibuat.


Ashraf dan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman, 26, bernikah di Makkah pada 30 Ogos 2011.
Sehingga kini mereka masih belum dikurniakan zuriat.

Bapa mertuanya, Lokman Abdul Hamid, 54, pernah memberikan kenyataan bahawa Dayana tidak pernah reda dengan pernikahan kedua Ashraf.


SH.

BONGKAR!! PAS Bangkit Isu Pembinaan Taman Ilmu Di Besut Pula

Posted: 20 Jul 2013 04:32 PM PDT

Belum pun kerajaan negeri Terengganu menjawab dakwaan pemberian tanah 200 ekar di Pulau Perhentian Kecil, PAS hari ini membangkitkan pula isu projek Taman Ilmu untuk menempatkan beberapa universiti dan kolej di atas sebidang tanah di Tembila, Besut.

PAS mendakwa kerajaan negeri yang dipimpin oleh Datuk Seri Ahmad Said "kurang memberi tumpuan, perhatian dan keutamaan" termasuk berkaitan kewangan terhadap projek pembinaan yang diinisiatifkan oleh Datuk Seri Idris Jusoh sewaktu beliau menjadi menteri besar pada 2004.

Projek dijalankan atas sebuah tapak 700 ekar sebagai tapak untuk beberapa universiti dan kolej pendidikan, dengan kerajaan negeri akan menyediakan tujuh kemudahan iaitu Pejabat pentadbiran, dewan konvokesyen, pusat pelajar, perpustakaan, asrama, infrastruktur dan kompleks sukan.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad Shah turut mendakwa pihak kontraktor tempatan telah mengalami masalah menerima bayaran kerja yang telah disiapkan dan mereka tidak meneruskan kerja pada tahun 2011-2012 atas persetujuan "mutual termination".

"Sehingga hari ini, taman ilmu masih belum disiapkan sepenuhnya dan CF tidak boleh dikeluarkan untuk mana-mana bangunan untuk digunakan.

"Dalam masa yang sama, dua daripada bangunan-bangunan yang dibina telah mengalami masalah struktur di mana satu daripadanya mungkin terpaksa diroboh dan satu lagi mengalami masalah yang hampir sama," katanya.

Bercakap dalam sidang media pagi ini, Raja Bahrin mendakwa dua bangunan yang berdepan masalah adalah pejabat pentadbiran dan kompleks sukan.

Beliau juga turut menunjukkan gambar-gambar bangunan tersebut kepada pemberita dalam sidang media di Markaz Besar Pilihan Raya Kuala Besut.

Raja Bahrin juga berkata pihaknya difahamkan kerajaan negeri telah berunding dengan pihak swasta untuk mengambil alih projek tersebut tetapi didakwanya juga mengalami masalah.

Katanya, umumnya projek pembinaan bangunan tersebut - yang dianggarkan bernilai lebih RM300 juta - telah siap antara 80 hingga 90 peratus dan menganggarkan lebih kurang RM50 juta diperlukan untuk menyiapkannya dengan sempurna.

"Kenapa tidak terus menyiapkan, kerajaan mempunyai sumber kewangan," katanya sambil membidas Ahmad Said yang menurutnya memberi tumpuan kepada projek Zoo di Kemaman yang didakwanya menelan belanja jutaan ringgit berbanding soal pendidikan.

"Keutamaan yang sepatutnya diberi kepada rakyat serta penuntut tempatan, telah disalurkan kepada projek memelihara haiwan-haiwan liar yang mahal dengan projek bernilai berjuta-juta ringgit.

"Dalam masa yang sama kerajaan sedang berbelanja beratus juta ringgit membina kompleks Bebas Cukai di Pulau Bayas di tengah ceruk hutan Tasik Kenyir di mana "viabiliti" projek tersebut dipersoalkan," katanya.


Malaysiakini.


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (14)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment