Monday, July 22, 2013

RG2011... Fwd: IniKalilah™

 


IniKalilah™ - Isu Hangat, Isu Semasa dan Terkini Malaysia

IniKalilah™

Link to IniKalilah™ - Isu Hangat, Isu Semasa                      dan Terkini Malaysia

GEMPAR!! Gambar Pekerja Kedai Besi Maut Ditetak

Posted: 22 Jul 2013 08:34 AM PDT

GEORGETOWN - Seorang lelaki ditemui terbaring dan berlumuran darah oleh orang awam di tepi jalan belakang lorong perumahan di Lebuh Rambai 16, Air Itam, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 5.55 petang, berkenaan mangsa ditetak berikutan mengalami kecederaan dipercayai terkena senjata tajam di beberapa anggota badan antaranya kepala, tangan, bahu dan belakang badan.


"Mangsa yang dikenali sebagai G Durintheran, 24, berasal dari Bayan Baru dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dengan ambulans.

"Mangsa kemudiannya meninggal dunia kira-kira jam 8.30 malam semalam (kelmarin) di hospital," katanya kepada media, semalam.


Menurutnya, hasil siasatan, mangsa tiada sebarang rekod jenayah lampau namun polis masih menyiasat punca kejadian.


"Siasatan di tempat kejadian, polis menjumpai dua kelongsong peluru jenis SME 9 mm. Peluru itu dibawa oleh Jabatan Forensik untuk siasatan. Penduduk di sekitar itu juga memaklumkan mereka terdengar bunyi seperti mercun sebelum ternampak seorang lelaki berlumuran darah terbaring di tempat kejadian.


"Mereka juga nampak beberapa motosikal dinaiki sekumpulan lelaki bawa parang panjang mengejar mangsa," katanya.


Kong Meng berkata, polis kemudiannya menahan seorang lelaki berusia 19 tahun dipercayai terlibat dengan kejadian itu.


"Hasil siasatan, suspek tiada rekod jenayah dan kita menahannya untuk diambil keterangan.

"Suspek berasal dari Desa Mawar, Air Itam. Kes ini disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kematian," katanya.


Sementara itu, abang mangsa yang enggan dikenali berkata, dia tidak menyangka kejadian itu menimpa adiknya berikutan mangsa seorang yang baik dan tidak pandai bergaul.


"Adik saya bekerja dengan bapa di kedai pengumpulan besi buruk di Batu Feringghi dan selama ini, dia tidak pernah ada masalah dengan sesiapa.


"Dia masih bujang juga bukan seorang yang sosial kerana tidak merokok, minum arak mahupun mengambil dadah. Saya harap, polis dapat menahan mereka melakukan perkara ini kepada adik saya," katanya.


SH.

TERBARU!! Tawaf Bertingkat(Mataf) Dibuka Minggu Ini

Posted: 22 Jul 2013 01:55 AM PDT

Tawaf bertingkat (mataf) yang baru di Masjidil Haram akan dibuka untuk jemaah haji minggu ini. Hanya jamaah kurang upaya dan warga tua akan dibenarkan untuk menggunakan jambatan pekeliling yang boleh menampung 7,000 jemaah kerusi roda yang dibawa oleh setiap jam.
 
"Sejak jambatan itu akan diasingkan bagi jamaah yang lemah, dan kurang upaya, pergerakan untuk jemaah di bawah di tingkat bawah akan menjadi lebih mudah kerana kawasan itu akan bebas dari kerusi roda yang digunakan menyebabkan kesesakan di kawasan yang sudah sesak," kata jurucakap Kementerian Haji ini Hatim Qadi.

 
Pihak berkuasa telah meningkatkan persediaan untuk menerima berjuta-juta jemaah haji pada separuh kedua bulan Ramadan kerana mereka datang dari seluruh dunia untuk melakukan Umrah dan menghadiri sembahyang khas di Masjidil Haram di Makkah.

 
Jawatankuasa Pusat Haji, yang dipengerusikan oleh Gabenor Makkah Putera Khaled Al-Faisal, dikaji semula perkiraan yang dibuat untuk memastikan keselamatan dan keselesaan jemaah. Gabenor itu menggesa agensi-agensi awam dan swasta untuk melanjutkan perkhidmatan terbaik kepada para tetamu Allah.

 
Kira-kira 5 juta jemaah dari dalam dan luar dijangka untuk melaksanakan Umrah pada bulan Ramadan. Menurut Nabi Muhammad (saw), sebuah Umrah di bulan Ramadhan sama dengan haji dalam ganjaran.

 
Hampir 5 juta jemaah dari luar negara setakat ini telah tiba di negara itu tahun ini untuk melaksanakan Umrah, jawatankuasa itu berkata, sambil menambah bahawa 400,000 daripada mereka masih kekal di Makkah dan Madinah.

 
"Kita telah membuat perkiraan bagi pengangkutan sebanyak 15 juta jemaah dalam bas besar dari tempat letak kereta di luar Makkah ke Masjidil Haram dan belakang," kata seorang pegawai kanan. Kontrak telah ditandatangani dengan lima syarikat pengangkutan untuk menggunakan 1,600 bas untuk perkhidmatan.


Arab news.

PRK Kuala Besut: Dunia Akan Perhati Kita Jika PAS Menang

Posted: 22 Jul 2013 01:18 AM PDT

PRK Kuala Besut: Dunia akan perhati kita jika PAS menang - Anwar
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemenangan calon PAS Azlan Yusof bakal mengubah landskap politik Terengganu dan dianggap luar biasa dalam sejarah negeri itu.

Katanya lagi, dunia akan memberi perhatian mengenai perjalanan politik di Terengganu jika PAS berjaya membawa tema 16:16 pada pilihan raya kecil 24 Julai ini.

"Percayalah, menang ia akan mengubah politik Terengganu. Seluruh negeri akan menjadi tumpuan. Seluruh kerajaan akan memberi perhatian kepada perkara ini.

"Dunia akan memberikan perhatian selepas menang dalam pilihan raya kecil," katanya dalam ceramahnya sempena kempen pilihan raya kecil DUN itu di Kampung Tok Saboh malam tadi.

Anwar berkata beliau akan bertemu Perdana Menteri Turki Racep Tayyib Erdogan selepas sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan akan menceritakan kepada pemimpin Islam itu, jika PAS berjaya mencapai kemenangan.

"Saya nak cerita, kalau menang PAS di Kuala Besut, akan membawa perubahan peta politik Terengganu dan dengan sendirinya berubah dengan rakyat memberi perhatian tentang kedudukan politik tanah air.

"Oleh itu, jangan menganggap pilihan raya ini suatu perkara yang kecil," katanya di hadapan kira-kira 1,000 orang.

P'raya semula T'ganu rakyat untung

Sementara itu, Anwar mengingatkan penyokong Pakatan Rakyat agar menguatkan semangat supaya tidak dibeli atau termakan "fitnah" pihak lawan.

Beliau menyeru semua pihak dan jentera agar mengambil iktibar daripada jumlah kecil tentera Islam dalam peperangan Badar yang mengalahkan tentera kafir yang ramai dalam bulan Ramadan.

Beliau juga mengingatkan jentera dan penyokong supaya tidak berasa kecil berdepan dengan Umno yang dilengkapi dengan jentera lengkap termasuk media massa.

Anwar yang juga ketua pembangkang memberi amaran, Umno turut bertungkus lumus untuk mempertahankan Kuala Besut kerana kekalahan akan mengubah peta politik negara.

"Ia (menjadi) gugatan kepada kekuatan Umno dan pemimpin yang lain.

"Kemungkinan akan diadakan pilihan raya semula. Kalau ada, rakyat untung. Kedai-kedai pun untung. Kuala Besut pun untung," katanya.

Pohon Rasulullah SAW [Baca la...]

Posted: 21 Jul 2013 08:28 PM PDT

POHON NABI

Yang dimaksud dengan Pohon Nabi adalah Pohon yang pernah menanungi Nabi Muhammad Saw. dari terik matahari. Pohon Nabi ini sudah berumur ribuan tahun, namun anehnya Pohon Nabi ini masih hidup dan berbuah hingga sekarang.


Pohon Nabi ini sekali lagi menjadi bukti kenabian Nabi Muhammad Saw. Dan sepertinya Pohon Nabi ini sengaja dibiarkan hidup oleh Allah Swt. agar menjadi pengingat, kenangan dan bukti sejarah masa lalu. Pohon ini adalah pohon yang penuh keberkahan, pohon ajaib, pohon keramat dan pohon yang aneh.

Dulu ketika Rasulullah Saw. melakukan perjalanan menuju Syam bersama Maisarah (pembantu Sayyidatuna Khadijah Ra.) untuk berdagang, Rasulullah Saw. pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana. Pada saat Rasulullah Saw. berteduh di bawahnya, dahan dan ranting-ranting pohon ini bergerak menaungi beliau Saw. dari panasnya terik matahari.

Seorang rahib (pendeta) yang melihat kejadian ini, lantas mendatangi Maisarah dan menunjukkan kepadanya pohon tempat berteduh Rasulullah Saw. itu seraya berkata: "Hanya seorang Nabi saja yang berteduh di bawah pohon itu."

Lihatlah sampai hari ini pohon tersebut tetap subur walaupun berada di tengah-tengah padang pasir yang kering kerontang serta tiada tumbuhan yang hidup sepertinya. Allah Swt. menghidupkannya dengan kehendaknya.

TAHUKAH ANDA APAKAH POHON INI ?

Inilah pohon yang memahami cinta buat Nabinya Muhammad SAW, Pohon yang diberkati.

Sehingga sekarang pokok ini masih hidup lagi di Jordan. Sebab itu ianya digelar " the only living sahabi " atau "sahabat Nabi yang masih hidup".

Sedikit sejarah mengenainya…

Ketika Rasulullah SAW keluar ke Syam bersama Maisarah – pekerja Sayyidatuna Khadijah ra- untuk berniaga, Baginda SAW pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana.

Semasa Baginda SAW berteduh di bawahnya, dahan dan ranting-ranting pohon ini bergerak menaungi Baginda SAW daripada cahaya matahari.

Seorang paderi yang melihat kejadian ini datang bertemu Maisarah & menunjukkan kepadanya pohon tempat teduhan Rasulullah SAW itu dengan berkata: "Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini."

Pohon ini terletak di tengah padang pasir bernama Buqa'awiyya di negara Jordan. Dari segi geografi, ia berdekatan dengan kota Bosra di Syria.

Sebagaimana kita tahu, Rasulullah S.A.W dua kali tiba di Bosra :

1. Ketika bersama bapa saudaranya Abi Talib sewaktu berumur 12 tahun & bertemu dengan Rahib Buhaira dan terserlah tanda kerasulan baginda

SAW di belakang bahu sepertimana tercatat dalam kitab injil tentang tanda kerasulan nabi akhir zaman.

2. Kali kedua rasulullah SAW ke bosra membawa barang dagangan saidatina khadijah. Apa yg menarik selepas dari tanah Tabuk hingga ke Bosrasejauh lebih 500km kita tidak akan berjumpa dengan pokok seumpama di atas. Lihatlah sampai hari ini ia tetap subur walaupun berada di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang. Tiada tumbuhan yang boleh hidup sepertinya. ALLAH menghidupkannya dengan kehendak-NYA jua

GEMPAR!!! Ahli Syiah Cecah Sejuta Di Malaysia? [Jom Terjah...]

Posted: 21 Jul 2013 07:35 PM PDT

SHAH ALAM – Ketua Kumpulan Syiah Malaysia, Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz mendakwa jumlah pengikut fahaman itu kini dianggarkan mencecah antara 300,000 dan sejuta orang.

Beliau bagaimanapun tidak dapat memberi anggaran tepat kerana tidak mempunyai data mengenainya.

"Jumlah yang tepat kita tidak ada. Kita hanya mengambil kira jumlah itu berdasarkan pelbagai pandangan dan laporan di media.

"Ada laporan mengatakan 300,000 orang. Paling ramai pernah dilaporkan mengenai jumlah pengikut Syiah di Malaysia ialah sejuta orang," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas jumlah sebenar pengikut ajaran Syiah di Malaysia.

Diminta mengulas mengenai cadangan mewartakan fatwa anti-Syiah di negara ini, Mohd Kamilzuhairi berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada kerajaan.

"Saya tidak mahu komen panjang. Terserah kepada kepada menteri terlibat untuk buat keputusan mengenai Syiah.

"Cuma apa yang boleh saya kata, sesuatu perkara yang salah lambat laun pasti akan musnah. Begitu juga sebaliknya," katanya.

Media baru-baru ini melaporkan Kerajaan Kedah bercadang mewartakan fatwa anti Syiah selepas dikuatkuasakan sepenuhnya di peringkat kebangsaan sebelum ini.

Menteri Besarnya, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, fatwa anti-Syiah yang bakal digazetkan di Kedah akan dikenakan terhadap mereka yang cuba mengembangkan fahaman tersebut di negeri itu.

Cadangan tersebut turut disambut baik beberapa mufti yang menyifatkan fatwa anti-Syiah perlu diwartakan segera.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad berkata, ini berikutan ajaran itu didapati sudah mula merebak dalam kalangan masyarakat.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid berkata, Selangor sudah lama mewartakan fatwa anti-Syiah dan berharap dapat dilaksanakan di negeri lain.

Anggota kumpulan Syiah ini pernah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada Disember 2011 kerana didakwa menyebarkan ajaran Syiah.

Dalam serbuan tersebut, seramai 200 pengikut terdiri daripada lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak sedang khusyuk berselawat dan mendengar khutbah daripada seorang lelaki warga Iran.

Manakala pada 26 Ogos 2011, Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) merampas kira-kira 200 naskhah buku yang mengandungi dua tajuk berlainan berkaitan fahaman Syiah dan mengenai pengaruh ajaran itu, dalam satu serbuan di Masjid Paya Redan, Melaka.


SH.

BONGKAR!!! Dewan Orang Ramai Bertukar Jadi Hotel? [Jelaskan...]

Posted: 21 Jul 2013 06:28 PM PDT

KUALA BESUT: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menggesa Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said menjelaskan, bagaimana sebuah dewan orang ramai di pekan Kuala Besut boleh menjadi sebuah hotel milik peribadi seorang pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN).
Hotel Samudera yang terletak berhampiran dengan stesyen bas dan teksi Kuala Besut asalnya adalah bangunan milik kerajaan yang menempatkan sebuah restoran keluarga dan dewan badminton yang menjadi premis riadah bagi belia dan orang muda Kuala Besut.

"Hari ini jadi hotel dan saya difahamkan hotel ini milik orang kuat Umno Bahagian Besut. MB kita Dato' Seri Ahmad Said orang yang telus, orang yang berterus terang, saya kira Dato' Seri Ahmad Said lebih berwibawa menamakan orang yang memilikinya".


[Saksikan...] Kemalangan Ngeri 5 Maut

Posted: 21 Jul 2013 05:27 PM PDT

JOHOR BAHRU - Lima maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki terbabas sebelum merempuh tiang jejambat bulatan Kota Iskandar di Lebuhraya Pesisir Pantai Johor Bahru–Nusajaya, dekat sini, semalam.

Kemalangan ngeri itu berlaku sekitar jam 12.50 tengahari ketika semua mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Johor Bahru  menghala ke Gelang Patah.


Mangsa yang maut dikenali sebagai Mokhtar Khalid, 43, bersama empat wanita warga Indonesia berusia lingkungan 20an iaitu Marini bernombor pasport (AR258388); Sehate (AR25799); Desi Angreani (ARAP355538) dan Santi Novita Sitepu (AS184031).


Ketua Polis daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, seorang warga tempatan dan empat warga asing itu meninggal dunia di  tempat kejadian.


"Kita percaya kenderaan tersebut dipandu laju sebelum hilang kawalan dan terbabas ke dalam longkang di bahu kiri jalan menghala ke Gelang Patah.

"Siasatan di tempat kejadian pula mendapati keadaan cuaca baik dan terang.

"Keadaan jalan juga rata, bertar dan kering, sedikit berselekoh dan terdapat tiga lorong, namun tiada kekeliruan tanda jalan," katanya kepada media ketika mengesahkan kejadian, di sini, semalam.


Noor Hashim berkata, semua jenazah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini,  untuk bedah siasat.


Sementara itu, isteri ketiga Mokhtar, Hasni Ali, 36, berkata, sekitar dua jam sebelum kejadian, suaminya sempat membalas sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepadanya memberitahu mahu berbuka bersama keluarga.


"Saya menerima panggilan polis menyatakan suami terkemalangan dalam jam 2 petang dan tidak sangka dia telah pergi meninggalkan kami.


"Kali terakhir saya berjumpanya semalam (kelmarin) tetapi  suami langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan," katanya.


SH.


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (18)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment