| RASMI: BN Menang PRK Kuala Besut Dengan Majoriti 2,592 Undi Posted: 24 Jul 2013 07:43 AM PDT |
| TERBAIK!! Tahniah Kerajaan Selangorku, Apa Kata Najib? Posted: 24 Jul 2013 03:52 AM PDT Assalamualaikum dan salam Ramadhan.. Tahniah kepada kerajaan Selangor, semoga menjadi contoh kepada kerajaan negeri lain dan persekutuan. SHAH ALAM, 24 JULAI : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pembayaran bonus Hari Raya sebanyak sebulan gaji kepada kakitangan awam di negeri itu. Kerajaan Negeri memperuntukkan RM30 juta dan seramai 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan akan menerima pembayaran bonus berkenaan selewat-lewatnya pada hujung bulan ini. Abdul Khalid berkata, pemberian bonus ini diharap dapat meringankan tanggungan warga kerja Kerajaan Negeri bagi menghadapi persiapan Hari Raya. "Kita berharap kakitangan awam berbelanja dengan berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus ini untuk simpanan untuk kegunaan pada masa depan," kata beliau. Abdul Khalid mengumumkan perkara itu dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini. Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata, jika Kerajaan Pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awamnya, Kerajaan Negeri juga turut sama mengikutinya. "Sekiranya kerajaan Pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini," katanya lagi. Selangorku |
| Gambar-Gambar Hari Pengundian PRK Kuala Besut [Saksikan...] Posted: 24 Jul 2013 01:11 AM PDT |
| GEMPAR!! Rafizi Ramli Hilang Kelayakan Ahli Parlimen? [Saksikan...] Posted: 23 Jul 2013 11:09 PM PDT Sdr Anthony Loke (MP Seremban), Sdr Adib (Sekretariat) dan saya dituduh atas kesalahan menganjurkan perhimpunan #pdgmerbok622 dan kami minta dibicarakan. |
| Al Fatihah: Seniwati Umi Kalthum Meninggal Dunia Posted: 23 Jul 2013 08:26 PM PDT SENIWATI veteran Datin Umi Kalthum meninggal dunia awal pagi tadi. Ia disahkan oleh Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini. Menurut Zed Zaidi, arwah meninggal dunia di rumahnya di Taman Ukay Perdana Saujana Melawati. "Arwah meninggal dunia pada jam 4.30 pagi. "Jenazah dijadualkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Klang Gate, Hulu Klang, sebelum solat Zuhur, " katanya. Umi Kalsom, ataupun nama sebenarnya Patimah Bahaudin, merupakan heroin filem Melayu klasik yang terkenal sebagai Putih dalam filem Bawang Putih Bawang Merah (1959). Allahyarham Umi, yang berasal dari Lenggeng Negeri Sembilan, pernah digelar sebuah majalah antarabangsa sebagai "Wanita Melayu Paling Jelita" di seluruh Singapura dan Malaya. Beliau juga pernah dipilih sebagai Wanita Melayu Paling Jelita di Asia pada zaman kegemilangannya oleh sebuah majalah di Australia. Umi Kalthum juga merupakan ibu kepada pelakon Noor Kumalasari dan ibu tiri kepada Anita Sarawak. Sementara itu, dipetik menerusi Mstar Online, anak Allahyarham, pelakon Noorkumalasari berkata, ketika kakak sulungnya hendak mengejutkan Allahyarham untuk bersahur kira-kira pukul 4 pagi, Umi Kalthum sudah tidak bergerak. "Ketika kakak saya bersiap untuk bersahur, kakak pergi kejutkan ibu di dalam bilik dan mendapati dia sudah meninggal dunia," katanya. Noorkumalasari berkata, Allahyarham tidak menghidap apa-apa penyakit kritikal dan beliau masih cergas walaupun sudah mencecah usia 81 tahun. SH. |
| PRK Kuala Besut: Gambar Ustaz Azhar Turun Padang [Saksikan...] Posted: 23 Jul 2013 08:07 PM PDT |
| GEMPAR!!! Gambar Penemuan Haiwan Pelik [Saksikan...] Posted: 23 Jul 2013 06:55 PM PDT MARANG - Rupanya seperti seekor udang galah, namun ia juga kelihatan seperti seekor ketam kerana mempunyai sepit dan apabila diperhatikan dengan lebih terperinci, ekornya pula kelihatan seperti kala jengking. Haiwan pelik berwarna jingga itu ditemui seorang pengusaha nira nipah liar, Ismail Jusoh, 49, dari Kampung Alor Tuman di sini, di kawasan hutan ketika mencari pokok nipah berdekatan kampung berkenaan, kelmarin. Menurut Ismail, dia menemui haiwan itu di atas daun pokok nipah lalu memberanikan diri memegangnya, namun terkejut apabila melihat rupa bentuknya yang unik. "Saya terkejut melihat haiwan itu berkaki lapan. Bahagian hadapan bentuknya seperti ketam manakala bahagian belakang seperti udang dan seakan-akan ekor kala jengking," katanya kepada Sinar Harian. Ismail berkata, dia akhirnya mengambil keputusan untuk membawa pulang haiwan itu ke rumahnya dan berhasrat memelihara haiwan tersebut. Kini, ia disimpan dalam sebuah takungan berisi air. "Saya belum lagi menghubungi mana-mana pihak berkaitan bagi memaklumkan mengenai penemuan spesies pelik itu termasuk pihak Jabatan Perikanan bagi mengenal pasti spesies sebenar haiwan tersebut. Tapi saya akan menyimpannya terlebih dahulu," katanya. Dalam pada itu, menurut maklumat yang diperoleh dari sebuah laman web, haiwan itu dinamakan sebagai 'ngoang' di Sarawak manakala dipanggil 'jabot' di Johor, namun ia amat jarang ditemui kerana berkemungkinan semakin pupus. SH. |
| BONGKAR!!! Jawapan Isu Makan Di Bilik Persalinan Sekolah Sri Pristana Posted: 23 Jul 2013 05:43 PM PDT Artikel ini di tulis oleh seorang lelaki india yang telah pun melawat sendiri ke sekolah tersebut. "Saya ada pengalaman buruk kerana tidak diberi peluang untuk menjelaskan dari pihak saya sendiri apabila ada sesuatu isu timbul. Sejak dari itu, saya mula memandang setiap perkara dari sudut perspektif yang berbeza. Dengan bersikap secara adil, saya ingin berkongsi sesuatu info berkenaan sekolah sk Pristana mengenai isu yang tengah hangat diperkatakan oleh semua sekarang. Saya telah pun pergi MELAWAT sekolah tersebut dan ini adalah hasil yang saya dapat: 1. kantin sekolah tersebut sebenarnya mengalami masalah dalam menampung sebanyak 350 pelajar yang keluar untuk waktu rehat pada masa yang sama. Hal ini berlaku semenjak Januari 2013 lagi. 2. Pelajar- pelajar duduk disekitar kantin kerana kantin terlalu kecil dan tidak dapat menampung mereka yang lain untuk makan di dalam kantin itu sendiri. 3. Pengetua yang melihat situasi ini memutuskan untuk mengunakan bilik PERSALINAN yang terletak BERHAMPIRAN dengan kantin. 4. bilik persalinan tersebut mempunyai beberapa buah kerusi dan meja yang telah dibuka sejak bulan MAC 2013. Ini adalah salah satu inisiatif dari Pengetua untuk mengelakkan pelajar-pelajar duduk di sekitar kantin dibawah terik dan panas matahari. 5. Sehingga bermulanya Ramadhan, semua pelajar termasuklah pelajar MELAYU telah pun menggunakan bilik persalinan tersebut sebagai "kantin" 6. Sebenarnya TIADA tandas berdekatan dengan bilik persalinan tersebut. 7. Yang sebenarnya, ia hanyalah dua bilik persalinan untuk lelaki dan perempuan yang terletak bersebelahan. 8. Kamu boleh mengatakan bahawa ada tanda "tandas" (gambar lelaki dan perempuan yang selalu kita lihat di depan pintu tandas) di situ. sebenarnya, itu bukan tanda "tandas" tetapi tanda yang membezakan bilik persalinan lelaki dan perempuan. 9. Tiada sebarang MANGKUK TANDAS didalam bilik persalinan tersebut dan jika dilihat secara dekat, pelajar meletakkan KASUT mereka diluar bilik persalinan. 910. Pengetua menggunakan bilik persalinan (lelaki) kerana ia mempunyai fasiliti seperti sinki. Tempat itu juga adalah tempat yang paling DEKAT dengan kantin. Bilik persalinan perempuan masih tidak di gunakan buat masa ini. 11. Di sekolah tersebut mempunyai 3 orang guru BUKAN MELAYU (2 orang india dan seorang lagi orang asli) . Semua mereka sedar tentang hal ini dan mereka tiada masalah berkenaan dengan solusi sementara kerana masalah ruang kantin yang kecil dan tidak dapat menampung kesemua pelajar. Jika kamu berfikir bahawa pelajar INDIA di layan teruk, mestilah dua orang guru india juga akan bersuara dan marah tentang hal ini bukan? PIBG sekolah juga sedar akan hal ini . 12. Ibu bapa yang telah menyebarkan gambar ini di facebook, hanyalah melawat sekolah setelah diberitahu oleh pemandu bas sekolah yang kononnya pelajar makan didalam tandas. mereka TIDAK TAHU perkara ini telah berlaku sejak bulan MAC 2013. 13. Sekolah itu telah di arahkan untuk tutup "kantin sementara" dan telah menerima alternatif yang lebih baik dan telah dipersetujui oleh pengetua sekolah. Ini adalah sebahagian daripada kisah sebenar yang GAGAL untuk difahami oleh sesetengah pihak. - gambar dibawah sudah cukup untuk menepis tuduhan bahawa sekolah ini memberi "layanan buruk" kepada pelajar bukan islam. Guru-guru sendiri pun menggunakan bilik tersebut sebagai tempat untuk menjamu selera. Link: http:// |
| You are subscribed to email updates from IniKalilah™ - Isu Hangat, Isu Semasa dan Terkini Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (19) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.














No comments:
Post a Comment