Saturday, July 13, 2013

RG2011... Fwd: IniKalilah™

 


IniKalilah™ - Bongkar Isu Semasa Dan Berita Terkini.

IniKalilah™

Link to IniKalilah™ - Bongkar Isu Semasa Dan                      Berita Terkini.

PANAS!! Macam Mana Nak Boikot??

Posted: 12 Jul 2013 07:47 AM PDT

Aku Niaga Guna Ayam,,, Macam mana nak Boikot??
KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini mengajak pengguna memboikot ayam buat sementara waktu, susulan kenaikan mendadak harga barang keperluan itu sejak dua minggu lepas.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata tindakan itu mampu mengatasi masalah kenaikan harga kerana pembekal terpaksa menurunkan semula harga jika tiada permintaan.

"Kita sudah mendengar masalah kenaikan harga ini berulang kali sejak beberapa tahun lalu...kali ini kita harap pengguna mengambil langkah bijak untuk mengatasi masalah yang sama dengan tidak membeli ayam dalam tempoh tiga hingga empat hari," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata kerajaan juga perlu bertindak segera bagi membendung kenaikan harga ayam di pasaran yang sering berlaku ketika Ramadan dan kenaikan kali ini dijangka berlanjutan sehingga Aidifitri.

Kenaikan harga ayam yang meningkat secara mendadak melebihi harga siling yang ditetapkan iaitu RM6.80 sekilogram, menyebabkan pengguna bimbang terpaksa menanggung kos lebih tinggi pada masa akan datang.

Tinjauan Bernama di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor mendapati pasar raya masih menjual ayam pada harga yang berpatutan iaitu sekitar RM7.50 sekilogram.

Bagaimanapun harga ayam yang dijual di pasar tani jauh lebih tinggi iaitu antara RM8.50 dan RM9 sekilogram.

Seorang suri rumah, Siti Rohani Yaakob, 47 menyokong cadangan PPIM agar pengguna memboikot barangan yang harganya naik secara mendadak.

"Harga ayam kerap meningkat terutama di sekitar pasar-pasar tani apabila tiba musim perayaan. Saya harap kerajaan ambil tindakan serius dalam mengawal harga barangan bukan hanya pada musim perayaan tetapi secara berterusan untuk menjamin kebajikan rakyat," katanya.

Ibu kepada lapan anak, Rogayah Ahmad, 64, pula berkata beliau menyedari peningkatan harga barang mentah terutama ayam pada setiap tahun, tetapi tetap membelinya bagi memenuhi keperluan keluarga.

"Saya terpaksa berbelanja lebih untuk membeli ayam kerana mempunyai ahli keluarga yang ramai, jika harga terus meningkat ia akan memberi kesan kepada kami sekeluarga," katanya.

Pesara polis, Abdul Aziz Yusuf, 64 berkata beliau mula menyedari harga barang naik sejak April lalu namun tidak menyangka harga barangan naik mendadak sehingga RM9 sekilogram pada bulan Ramadan ini.

Beliau berharap kerajaan dapat mengawal situasi itu dan memastikan harga kembali kepada asal dalam masa terdekat.

Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor Sesi 2 2013

Posted: 12 Jul 2013 03:25 AM PDT

Kerajaan Negeri Selangor mempelawa mereka yang layak untuk memohon Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor dan Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir 'Fast Track' bagi mengikuti pengajian secara sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

Peringkat Pengajian

Kerajaan Negeri                            Selangor

Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor

  • Semua bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta pengajian peringkat Sijil di Politeknik/ Kolej Komuniti (tidak termasuk Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ ACCA/ Ijazah Lanjutan).

Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir 'Fast Track' Negeri Selangor

  • Bidang kemahiran dan teknikal peringkat Sijil di IPTS tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian dalam tempoh kurang dari satu tahun sahaja.

Kadar Pinjaman

Kadar pinjaman setahun bagi pengajian di semua IPTA dan IPTS tempatan adalah seperti berikut;
  • Ijazah (Perubatan) – RM 7,000
  • Ijazah (Lain-lain) – RM 6.500
  • Diploma – RM 4.900
  • Sijil – RM 4,000

Syarat Kelayakan Memohon

Kelahiran

  • Pemohon seorang warganegara Malaysia.
  • Pemohon lahir di Negeri Selangor, ATAU
  • Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor, ATAU
  • Pemohon lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974, ATAU
  • Pemohon telah bermastautin lebih dari lima tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.

Pencapaian Akademik

  • Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan akademik yang ditetapkan mengikut peringkat pengajian.
  • Pemohon yang memperolehi pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan.

Penajaan

  • Pemohon yang belum menerima sebarang penajaan akan diberi keutamaan.

Tahun Pengajian

  • Pemohon bukan pelajar tahun akhir pengajian atau diberi tempoh pelanjutan pengajian.

Cara Memohon

  • Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman web rasmi Pinjaman Pelajaran Selangor.
  • Borang permohonan yang telah disi dengan lengkap perlu dicetak untuk mendapatkan pengesahan yang diperlukan.
  • Lampirkan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan benar seperti yang diperlukan.
  • Borang permohonan dan salinan dokumen hendaklah di hantar kepada :-
    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
    Unit Biasiswa & Pinjaman Pelajaran,
    Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
    Tingkat 3,
    Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
    40503 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan.

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup permohonan pinjaman pelajaran Kerajaan Selangor ini ialah 30 Ogos 2013.
  • Keputusan permohonan dijangka boleh disemak di laman web Kerajaan Negeri Selangor atau Pinjaman Pelajaran Selangor selepas 14 hari dari tarikh tutup permohonan.
  • Permohonan yang tidak mendapat sebarang maklumbalas dalam tempoh tiga bulan selepas tarikh tutup permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya.

Terkini Isu Semasa Mesir 12/07/2013

Posted: 12 Jul 2013 02:42 AM PDT


Jumaat | 12 Julai 2013 | 11.32 pagi

Puluhan ribu penyokong Dr.Muhammad Mursi mula memenuhi dataran Rabaah Adawiyyah untuk menolak rampasan kuasa tentera.

sumber : R.N.N | شبكة رصد

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"


PMRAM .

Pernah Minum Air Kausar? Mesti Cuba!

Posted: 11 Jul 2013 11:58 PM PDT

Assalamualaikum dan salam 1world... Pernah tak minum air kausar? rasanya mungkin ramai yang belum pernah lagi rasa.. 

Sal apa yang admin tau air ni memang susah nak cari kat pasar  malam atau pon bazar ramadhan.

Jadi hari ni admin nak kongsi resepi.. mesti cuba sal rasanya memang superb.. 

Selamat mencuba...

Bahan-bahan:
2 cawan gula
6 butir getah anggur - direndam semalaman, buangkan kekotoran dan ditapis.
10 butir kembang semangkuk - direndam semalaman buangkan biji dan kulit.
1 sudu besar biji selasih - direndam dalam air panas hingga ia mengembang.
100 gm kismis
1 tin susu cair (sejat) - (410 g)
10 cawan air
1 sudu teh essen pisang

Cara menyediakan sila [klik disini]

PRK 2013: Gambar Penamaan Calon PRK Kuala Besut.

Posted: 11 Jul 2013 08:22 PM PDT

Calon PAS Hj Endut @ Azlan Yusof atau lebih dikenali sebagai Che Long bersama pencadang dan penyokong untuk menyerah borang di dalam dewan pusat penamaan calon di Kompleks Rakan Muda.
 YB Lim Kit Siang turut hadir

SPR mengumumkan calon PRK N.01 Kuala Besut - 2 penjuru antara PAS yang diwakili oleh Haji EndUt @ Azlan Yusof dan wakil BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman



 
Sumber: PRK N01 KUALA BESUT


[Saksikan...] Apa Yang Menarik Hari Ini?

Posted: 11 Jul 2013 07:40 PM PDT

Paparan menarik untuk hari ini:

1. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didesak memperjelaskan dana awam sebanyak RM12 bilion yang digunakan untuk membeli penjana kuasa bebas(IPP) menerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

2. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didakwa berdolak dalih berhubung gangguan polis terhadap orang-ramai yang mahu memfailkan laporan polis berkenaan skandal dakwat kekal.

3. Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching hari ini mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa gagal menunaikan janji memberi imbuhan sebanyak setengah bulan gaji kepada pegawai perkhidmatan awam persekutuan termasuk guru sandaran.

4. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memuji Mufti Selangor Mohd. Tamyes b. Abd. Wahid, Majlis Agama Islam Selangor dan jawatankuasa-jawatankuasa pengimarahan masjid kerana memulihkan kembali fungsi masjid sebagai tempat bermasyarakat.

Selangorku

[Saksikan...] Tips Kejutkan Orang Bangun Sahur.

Posted: 11 Jul 2013 05:12 PM PDT

TIPS KEJUTKAN ORANG BANGUN SAHUR yang agak MENCABAR khas utk orang yang liat bangun sahur...!!
1. Pegang anak jari kiri atau kanan sambil memanggil nama dia perlahan2
2. Sentuh bahu orang yang tidur tu dan goyangkan perlahan lahan sambil panggil nama dia
3. Renjis air kat muka dia
4. Tampar tampar manja pipi dia
5. Tutup kipas/air cond

Tapi kalau still tak ada effect,
1. Jerit nama dia sekuat hati...!
2. Gigit ibu jari kaki dia, macam hantu toyol gigit
3. Simbah air sebaldi, kalau boleh air rendam baju dalam dan stokin busuk korang
4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. Goyang badan dia kuat - kuat dan jerit 'tsunami!' tsunami!

Tapi kalau still tak ada effect gak,
1. Pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia banyak - banyak kali...
2. Pergi dekat dengan dia dan baca je surah Yaasin!

Tapi kalau still tak ada effect gak...Ni je la cara terakhir

1. Panggil je orang masjid atau surau untuk uruskan...kerana Tuhan lebih menyayanginya....Innalillahi wa inna ilaihi roji un... 
Salam Ramadhan~~
Otai Reformasi II


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (7)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment