Jalil Hamid Alkisah Bulan Puasa
Ini ana nak cerita
Alkisah bulan puasa
Warung tutup asap keluar
Rupa tiada bau ada
Ini siapa punya kerja
Tentu orang tak puasa
Ada kisah lain juga
Hasad tamak dan haloba
Pantang tengok si penjaja
Kalau boleh bungkus semua
Bila tiba buka puasa
Dia makan satu saja
(1)Ya habibi ya maulana
Puasa bukan tahan lapar saja
Kalau boleh tahan semua
Hidung mulut mata telinga
Pada hati yang utama
(2)Ya habibi ya maulana
Berpuasa biarlah sempurna
Ramadhan bulan mulia
Janganlah dipersia
Kukuhkan iman kita
Ada kisah seorang lagi
Makan sahur pagi-pagi
Bila terbit matahari
Dia buka tudung saji
Dia nampak kuah kari
Dia puasa setengah hari (tak malu)
Ada seorang sahabat ana
Kononnya letih puasa
Kerjanya tidur saja
Dengar azan terus jaga
Kononnya nak buka puasa
Rupanya azan Asar (ha! padan muka)
Ulang (1) & (2)
----------------------------
Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.
This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.

No comments:
Post a Comment