Thursday, July 11, 2013

RG2011... KISAH REMAJA PENCINTA AL-AQSA

 

Motivasi | By: Dr Zainur Rashid Zainuddin |Putrajaya – 8hb Sept 2012

 

 

Saya merasa amat bersyukur kerana berpeluang untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan perkongsian bersama Sheikh Raed Solah, tokoh pejuang pembebasan al Quds. Pertemuan ini terus menyuntik semangat untuk berjuang melalui perkongsian pengalaman seorang tokoh yang telah mewakafkan dirinya untuk kemuliaan Masjid al Aqsa dan Baitul Maqdis.

 

Sheikh Raed Solah telah menceritakan kisah seorang remaja yang tingga berdekatan Masjid al Aqsa yang begitu mencintai syahid. Remaja ini sangat mempunyai hubungan yang intim dengan Masjid al Aqsa dan sanggup berbuat apa sahaja untuknya.

 

Suatu hari beliau telah mendengar berita bahawa para pelampau Yahudi akan masuk ke Masjid al Aqsa dan akan membuat kekacauan yang bakal menodai kesucian kiblat pertama umat Islam ini pada keesokan harinya.

 

Remaja ini telah bersolat dan bermunajat bersungguh-sungguh kepada Allah swt pada sebelah malam supaya dia dipilih di kalangan mereka yang syahid demi memelihara kesucian masjid ini. Dia bukan sahaja tidur dengan lena pada malam tersebut, bahkan telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah saw dan baginda telah memberi pesan beserta berita baik kepadanya.

 

Keesokan paginya, remaja ini memberitahu ibunya bahawa beliau telah bertemu dengan Rasulullah saw, yang telah menjanjikan berita baik kepadanya. Ibunya bertanya kepada beliau tentang barita baik yang dikhabarkan oleh Baginda. Remaja itu menjawab bahawa dia telah berjanji dengan Rasulullah saw untuk tidak menceritakan janji tersebut kepada sesiapa.

 

Remaja ini memohon maaf daripada ibunya sebelum dia berjalan kaki ke Masjid al Aqsa. Sebaik sahaja tiba di Masjid al Aqsa, dia mendapati pelampau zionis sedang mencemari kemuliaan masjid ini dengan pelbagai perbuatan keji dan upacara yang melampau. Berlaku pertembungan di antara pelampau Yahudi dengan remaja ini yang menyertai beberapa pemuda yang lain. Ditakdirkan Allah remaja ini terkorban syahid di dalam Masjid al Aqsa yang merupakan antara 3 masjid yang paling mulia di sisi Allah swt.

 

Jenazah remaja ini diusung sebagai jenazah seorang pejuang. Apabila jenazah ini sampai ke rumahnya, barulah ibunya mengetahui apakah berita baik yang dijanjikan oleh Rasulullah swt kepada anak remajanya yang sangat intim dengan masjid al Aqsa dan sangat mencintai syahid…..

Subhanallah…., inilah seorang daripada ribuan generasi remaja yang berjiwa besardi Palestin yang begitu mencintai perjuangan pembebasan al Quds sehingga bersedia untuk mewakafkan dirinya demi perjuangan yang mulia ini.

 

Tanpa malu, butiran air mata hangat mengalir deras membasahi pipiku kerana mengenangkan diri betapa jauhnya aku jika dibandingkan dengan remaja al Quds ini.

 

Jazzakallah Sheikh al Aqsa… kehadiranmu telah menyuntik semangat kami agar terus bekerja tanpa banyak menoleh ke belakang lagi.

 

Penulis: Sumber Perkongsian dari Sheikh Raed Solah

 

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment