Mana Fatwa dari Mufti?
Peserta Ratu Cantik Cabar Mufti Wilayah.
TAHNIAH kepada Blog Gendang Perang kerana sanggup mencabar atau mengislahkan Mufti Wilayah Persekutuan, supaya tidak dimalukan oleh peserta ratu cantik Miss Malaysia.
Lihat berita lanjut disini: http://azmieyusoff.blogspot.com/2013/07/mana-fatwa-dari-mufti.html
Pertandingan Ratu Cantik
Sosial/Syariah
Tarikh Keputusan: 15 Jan, 1996
Huraian Tajuk/Isu:
Keputusan:
- Adalah haram dan berdosa bagi orang Islam menyertai atau menganjurkan atau menyumbangkan apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik.
Keterangan/Hujah:
- Berdasarkan kepada nas-nas yang dikemukakan mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa menyertai dan menganjurkan peraduan ratu cantik adalah haram di sisi Islam.
Status Penwartaan: Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 8 Feb, 1996
Nombor Rujukan: JAWI/A/145;PN.(PU2) 530
Akta/Enakmen: Seksyen 34 – Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah – Wilayah Persekutuan) 1993
RASA terpanggil dengan komen dua peserta ratu cantik Miss Malaysia yang mempertikai keputusan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang melarang mereka meneruskan pertandingan itu. Apa yang menarik perhatian gua adalah suatu yang amat jelas yang selama ini kita semua terlepas pandang.
Komen peserta beragama Islam Sara Amelia Bernard yang berbunyi, "Kalau mereka mahu melarang kami, kenapa mereka tidak larang wanita Muslim yang mewakili negara dalam sukan renang dan gimnastik?” katanya.
Sebenarnya komen mereka tidak harus dipandang sepi oleh Jakim atau Majlis Fatwa kerana aktiviti dalam pertandingan gimnastik lebih menjolok mata dan mengaibkan. Lihat sahaja beberapa contoh aktiviti gimnastik di SINI dan bandingkan dengan aktiviti pertandingan ratu cantik dengan berpakaian bikini. Apa penilaian anda?
Memang aktiviti gimnastik lebih menjolok mata dan perlu difatwakan haram kepada wanita Islam oleh pihak berkuasa demi menjaga maruah agama Islam dan orang-orang Islam itu sendiri.
Pemakaian pakaian mandi/ bikini dalam pertandingan ratu cantik tidak memerlukan peserta beraksi lucah. So, Mr mufti bertindak segera... jangan buat fatwa pipih-pilih ikut keperluan. Ada yang haram tapi tak difatwakan haram.(Blog GP)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sepatutnya Mufti kena jawab haram atau halal. Tapi apa yang hendak dikata, selagi UMNO mennguasai Malaysia, kuasa ulama tidak akan melebihi kuasa politik tidak Islamik yang ada sekarang ini.. Ulama hanya jadi alat untuk mengampu, dan membenarkan kata pemerintah sahaja. Mulut mereka terkunci kerana jawatannya.
Sejarah telah membuktikan, bagaimana Mufti Selangor Datuk Ishak Baharum telah tersingkir gara-gara Ratu Cantik juga. Ustaz Ahmad Awang tersingkir dari JPM, dan banyak lagi.
Oleh itu wahai Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh, sila jawab!
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment